Hiburan Berat Naik 20kg Lepas Berpantang Nina Iskandar Kongsi Tips Turunkan 5kg Dalam Masa 16 Hari
Pelakon Nina Iskandar menerusi sebuah hantaran di Instagram mendedahkan bahawa berat badannya telah naik mendadak sehingga 20 kilogram (kg) usai berpantang anak pertamanya, Aaryan Ar-Rizqin yang kini berusia setahun.
View this post on InstagramA post shared by Nina Iskandar ?? (@ninaiskandar)
AdvertisementMenurut Nina, dia sangat gemarkan memakan manisan seperti kek dan segala pemanis mulut serta tidak suka bersukan telah menyukarkan usahanya untuk menurunkan berat badan.
Namun, menyedari anak sulungnya semakin aktif dan lincah dari hari ke hari, Nina mengambil keputusan untuk berubah.
View this post on InstagramA post shared by Nina Iskandar ?? (@ninaiskandar)
“Sejak pandemik ini iaitu selepas berpantang, berat saya telah naik sehingga 20kg kerana saya tidak boleh manafikan minat saya terhadap kek dan desserts, tambahan pula saya seorang yang malas untuk bersukan. Boleh anda bayangkan berapa banyak kilogram saya naik.”
AdvertisementMenurut pelakon kelahiran Brunei Darussalam ini lagi, dia mengambil keputusan untuk mengamalkan program diet yang diberi nama Keto Diet dan telah berjaya menghilangkan berat sehingga 5kg dalam masa 16 hari.
Tidak menafikan bahawa dia sangat merindukan untuk makan pemanis mulut, nasi dan segala jenis ‘real food’, namun Nina berkata dia perlu berkorban kerana usaha untuk menurunkan berat badan sangatlah sukar berbanding menaikkannya.
View this post on InstagramA post shared by Nina Iskandar ?? (@ninaiskandar)
“Kepada wanita di luar sana yang menghadapi situasi yang sama dengan saya, jangan jadi demotivated atau kurang keyakinan diri dengan rupa anda” tulisnya panjang lebar di bahagian kapsyen.
Sekadar info, Nina atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar telah mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan iaitu Mohd Azlan Adzanan yang juga merupakan penolong pengarah drama pada awal April 2019 yang lalu.
Nina dan Azlan kemudian telah menimang cahaya mata lelaki pertama pada 23 Disember 2019.
The post Berat Naik 20kg Lepas Berpantang, Nina Iskandar Kongsi Tips Turunkan 5kg Dalam Masa 16 Hari first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2021/03/hiburan-berat-naik-20kg-lepas.html