Hentikan Resahmu Wahai Pejuang Bahasa


Sehari dua ini pejuang bahasa, sarjana, cendekiawan, sasterawan dan badan penulis berteraskan bahasa Melayu agak terkedu apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa sekolah vernakular tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Mereka tidak dapat berkata apa-apa lagi kerana keputusan mahkamah adalah jelas ia dibuat berlandaskan peruntukan dalam undang-undang tertinggi yang dipakai di negara ini.

Kita tunggu adakah kes ini akan benar-benar dibawa ke Mahkamah Rayuan pula atau sekadar berhenti di mahkamah tinggi saja.

Bagi mereka yang rasis, eloklah faham bahawa keputusan mahkamah dibuat oleh hakim berlandaskan realiti perlembagaan dan undang-undang. DAP, Lim Kit Siang dan Dr Mahathir Mohamad tidak terbabit dalam hal ini.

Menteri alam sekitar yang nampaknya tidak begitu pandai berbahasa orang putih juga tidak ada kena-mengena dengan isu ini.

Sejak beberapa tahun lalu pejuang bahasa, sarjana dan sasterawan agak agresif berkunjung ke pejabat pimpinan politik tertentu untuk melobi isu bahasa, budaya dan hak Melayu.

Ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara dengan mandat yang diterima mereka sejak Mei 2018, kumpulan terbabit berkali-kali melobi untuk menemui Mahathir tapi gagal.

Akhirnya mereka dapat menemui Anwar Ibrahim - yang kononnya 'bakal' perdana menteri - di Petaling Jaya.

Dihukum mahkamah sejarah
Selepas Perikatan Nasional (PN) berkuasa golongan yang sama juga cuba menghadap perdana menteri yang baru, Muhyiddin Yassin, tetapi gagal. Akhirnya mereka sekadar berjumpa dan minum teh bersama Saifuddin Abdullah tanpa hasil positif.

Isu bahasa dan hak pengantar utama sudah lama menjadi duri dalam daging rakyat Malaysia. Perlembagaan dengan jelas meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa utama tetapi tidak ada klausa yang menghalang bahasa lain di sekolah.

Kita arif sekolah persendirian dan sekolah jenis kebangsaan dibina dan dimajukan oleh orang perseorangan dan swasta.

Mereka bebas menggunakan bahasa lain kerana tidak terikat oleh perlembagaan.

Di pentas politik, isu bahasa pernah menjadi gelombang yang menakutkan apabila dilaungkan untuk memancing undi. Sasterawan Negara Usman Awang dengan Keranda 152 mempertikaikan iltizam siasah yang menghancurkan kedaulatan bahasa Melayu.
Orang politik secara rakus mengisytiharkan kemerdekaan negara dengan tangan yang terikat. Isu bahasa, budaya, pemilikan ekonomi anak jajahan British amat longgar namun kemerdekaan diraih semata-mata untuk mengejar jawatan daripada penjajah di Tanah Melayu

Ketua Pembangkang dan Presiden PAS, Asri Muda, pernah memberi amaran di Parlimen bahawa Umno akan dihukum oleh 'mahkamah sejarah' kerana membenarkan bahasa asing dipergunakan secara meluas di sektor swasta.

Pada 1978 isu Universiti Merdeka hangat diperkatakan apabila pihak swasta mahu menubuhkan sebuah universiti yang bahasa utamanya bukan bahasa Melayu.

Segelintir ahli Umno dan PAS membantah. Namun hari ini mereka tidak lagi bersuara kerana banyak universiti dan kolej swasta di Malaysia sudah mengutamakan bahasa Inggeris dan Mandarin.

Bukan untuk tujuan rasmi
Hari ini Umno, PAS dan Bersatu sudah tidak ada masa untuk bercakap isu bahasa. Mereka lebih sibuk dengan isu kuasa dan bagaimana menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Mereka tega bercakap tentang Muafakat Nasional atau Perikatan Nasional. Bahasa terus menjadi isu sampingan dalam kalendar politik Malaysia kerana kuasa. Dan kekuasaanlah yang lebih medominasi pada zaman serakah ini.

PH pula lebih terarah untuk melihat kelemahan diri kerana yakin Anwar semakin sukar menjawat tampuk kuasa. Isu bahasa bukan agenda pembangkang kerana kelangsungan politik pelbagai kaum menjadi keutamaan.

MCA yang mendapat sedikit nafas di bawah kerajaan PN memberi reaksi jujur. Presidennya, Wee Ka Siong, berkata setiap warganegara Malaysia dapat terus menikmati hak dalam pendidikan di sekolah vernakular tanpa ragu-ragu lagi

“MCA akan terus memelihara kepelbagaian di negara ini bagi memastikan pendidikan vernakular tidak terancam,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu lalu memutuskan bahawa kewujudan dan penubuhan sekolah vernakular serta penggunaan bahasa Cina dan Tamil di sekolah terbabit adalah sah serta berperlembagaan.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali berkata, sekolah vernakular bukan pihak berkuasa awam dan penggunaan bahasa pengantar yang bukan bahasa Melayu untuk pengajaran di sekolah vernakular bukanlah bagi tujuan rasmi.

Justeru katanya ia tidak bercanggah dengan Perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan.

Ketika ini, terdapat lebih 1,800 sekolah vernakular di seluruh negara dengan kira-kira setengah juta pelajar daripada komposisi kaum yang berbeza secara keseluruhan.

Bahasa sentiasa jadi alat saja
Hakim berpendapat penggunaan bahasa terbabit tidak bercanggah dengan perlembagaan dan dilindungi di bawah pengecualian dalam Perkara 152(1) (a) dan (b) Perlembagaan Persekutuan.

“Tafsiran yang benar dan tepat kesemua proviso ini dalam Perkara 152(1) tidak menghalang penubuhan dan penyelenggaraan sekolah vernakular sebagai sekolah jenis kebangsaan yang turut menggunakan kurikulum kebangsaan seperti yang diterima pakai oleh semua sekolah dalam Sistem Pendidikan Negara,” katanya.

Sehingga kini pimpinan kerajaan belum mengulas keputusan mahkamah. Ismail Sabri Yaakob mungkin terlalu sibuk menyodok tanah di kawasan banjir sebagai hiasan kalendar tahun baru

Rina Harun juga sibuk dengan water jet kerana banyak pusat pemindahan sementara sedang dibina di Kelantan dan Teregganu yang terkesan dengan banjir.

Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi sedang sibuk menghitung hari.

Kes mahkamah yang tidak memihak kepada mereka hanya membuka laluan lebih luas ke Sungai Buloh.

Muhyiddin dan timbalannya Ahmad Faizal Azumu mungkin sedang tekun membincang hala tuju mereka bersama ulama bertaraf dunia bagi menghadapi PRU tidak lama lagi.

Ahli bahasa, sasterawan, persatuan penulis, sarjana, cendekiawan dan cendawan... insaflah.

Isu bahasa tidak pernah mati seperti juga sejarah politik yang sentiasa memperalatkan bahasa dan kaum untuk kepentingan siasah.

Kepada para pembodek yang cuba mendekati ahli politik, eloklah insaf bahawa dalam kasta siasah, yang ada hanya korporat dan kapitalis, bukan sasterawan dan bukan budayawan!

Oleh: IMLAN ADABIsasterawan dan mantan penulis khas Berita Harian


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2022/01/hentikan-resahmu-wahai-pejuang-bahasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malang Sekali Bila Orang Melayu Tak Hargai Kepentingan Bahasa Sendiri

Malang Sekali Bila Orang Melayu Tak Hargai Kepentingan Bahasa Sendiri

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 218 hits
Mohd Lutfi Abdul KhalidAda yang guna tulisan Jawi hingga dapat keuntungan lumayan RAMAI saja kawan kawan Melayu dan India di sekolah kebangsaan Dari sinilah akan berlaku dan bercambahnya semangat toleransi saling memahami dan menghormati ke...
Bahasa Padang

Bahasa Padang

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 210 hits
Bahasa Padang penyebutan yang benarnya adalah bahasa Minang atau bahasa Minangkabau Bahasa Minang adalah salah satu bahasa daerah di Indonesia yang menjadi bahasa ibu masyarakat Sumatera Barat hingga masyarakat di pinggiran provinsi Riau Ja...
Resmi Menikah Ini 5 Potret Prosesi Akad Lala Karmela Yang Menggunakan Bahasa Inggris

Resmi Menikah Ini 5 Potret Prosesi Akad Lala Karmela Yang Menggunakan Bahasa Inggris

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 172 hits
Kabar bahagia datang dari penyanyi Lala Karmela Ia telah resmi dipinang oleh kekasih bulenya yang bernama Chris Tampil dengan busana adat Sunda proses ijab kabul dilakukan menggunakan bahasa Inggris Intip potretnya berikut ini
7 Cara Efektif Belajar Bahasa Inggris Di Rumah Tips Belajar Bahasa Inggris

7 Cara Efektif Belajar Bahasa Inggris Di Rumah Tips Belajar Bahasa Inggris

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 262 hits
Hallo bertemu kembali sesi kali ini akan membawakan mengenai tips belajar bahasa inggris 7 Cara Efektif Belajar Bahasa Inggris di Rumah simak selengkapnya begitulah pembahasan perihal 7 Cara Efektif Belajar Bahasa Inggris di Rumah semoga ar...
Bahasa Kurang Sopan Ubah Cara Komunikasi Remaja Masa Kini

Bahasa Kurang Sopan Ubah Cara Komunikasi Remaja Masa Kini

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 361 hits
BILA sebut bahasa kurang sopan tergambar perkataan kotor mencarut dan ayat ayat maki hamun yang keluar daripada percakapan seseorang atau tulisan mereka di media sosial Bagi mereka yang diajar sejak kecil mengamalkan bahasa yang baik dan be...
Cabaran Keperlembagaan Terhadap Sekolah Vernakular Dan Penggunaan Bahasa Pengantar Selain Bahasa Kebangsaan

Cabaran Keperlembagaan Terhadap Sekolah Vernakular Dan Penggunaan Bahasa Pengantar Selain Bahasa Kebangsaan

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 304 hits
Mohamed Haniff Khatri Abdulla Harap dapat diselesaikan di peringkat lanjut medan mahkamah 1 PADA 16 12 2019 firma guaman Amelda Fuad Abi Adil telah memfailkan satu tindakan guaman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi pihak dua pertubuhan NG...
Dialog Perkenalan Dan Basa Basi Dalam Bahasa Minang

Dialog Perkenalan Dan Basa Basi Dalam Bahasa Minang

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 169 hits
Halo dunsanak dalam sebuah komunikasi biasanya kita memulai dengan perkenalan dan basa basi terlebih saat bertemu dengan orang baru Basa basi ini diperlukan sebagai pembuka sebuah percakapan ia seumpama gerbang yang harus kita lalui Kita ti...
Dialog Perkenalan Dan Basa Basi Dalam Bahasa Minang

Dialog Perkenalan Dan Basa Basi Dalam Bahasa Minang

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 230 hits
Halo dunsanak dalam sebuah komunikasi biasanya kita memulai dengan perkenalan dan basa basi terlebih saat bertemu dengan orang baru Basa basi ini diperlukan sebagai pembuka sebuah percakapan ia seumpama gerbang yang harus kita lalui Kita ti...
Kumpulan Percapakan Bahasa Minang Dengan Teman

Kumpulan Percapakan Bahasa Minang Dengan Teman

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 322 hits
Halo dunsanak apo kaba Berbicara tentang bahasa Minang agaknya akan menarik sekali jika kita mampu berbicara bahasa Minang kepada teman yang berasal dari Minang Tentu ini akan mudah bagi orang Minang tapi cukup sulit bagi orang yang sama se...
Importance Of Domain Valuation

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Bazaar Wangsa Maju Draws Attention With Its Impressive Length

Study Warns Climate Change Will Lead To More City Fires

The New Evs From Bmw Will Outperform All Others On Range

Selamat Tinggal 0176076730

6 Ciri Ciri Yang Dicari Lelaki Daripada Seorang Wanita

Nippon Sushi Dan Myviets Melancarkan Menu Istimewa Sempena Ramadan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Hari Lebaran Siti Nordiana

Saat Hilang Tong Gas Mu

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan

Everything Zen A Charming Bmw R65 Bobber From Sydney

Polis Terima Enam Laporan Siasat Tiga Pengacara Radio