Hentikan Putar Belit Fakta Lawatan Menteri Sawit Pas Ke Turki Dan Menyamakan Kisah Burung Hud Hud Dalam Al Quran




Percubaan Mursyidul Am PAS, Dato' Hashim Jasin mempertahankan dan membela Menteri Industri Perusahaan dan Komoditi, Datuk Khairuddin Aman Razali yang terbukti bersalah melanggar Perintah Kuarantin Wajib 14 hari selepas balik dari Turki adalah amat dikesali.

Ucapan berupa gesaan dan hasutan ke atas ahli-ahli Pas agar melihat dan menganggap Khairudin sebagai wira yang menyelamatkan Malaysia dengan pelaburan yang kononnya berjaya dibawa balik dari Turki pada waktu negara kita menghadapi kemelesetan ekonomi, jelas adalah sikap yang tidak bertanggungjawab. Membuktikan Pas sanggup berbuat apa sahaja demi mempertahankan pemimpin dan pandangan mereka sekalipun ternyata salah serta tidak selari dengan undang-undang negara.

Tindakan Mursyidul Am PAS itu juga yang mengumpamakan lawatan Menteri Khairuddin ke Turki sebagai menyamai kisah 'burung hud-hud' bersama Nabi Sulaiman a.s sepertimana yang diceritakan oleh kitab suci Al Quran adalah sangat semberono dan bersifat melampau. Ia upaya mengundang persepsi negatif kepada agama Islam itu sendiri. Perumpamaan itu juga tidak tepat, malah tidak cocok sama sekali.

Pertama, kisah burung hud-hud yang diceritakan dalam Al Quran itu berlaku di luar pandemik atau pun wabak yang telah menjejaskan sekurang-kurangnya 25.1 juta orang dan membunuh sekurang-kurangnya 844,000 nyawa manusia di di seluruh dunia .
Kedua, tiada arahan dan SOP Kuarantin Wajib 14 Hari yang dikuatkuasakan pada masa itu oleh Nabi Sulaiman a.s . Sedangkan dunia hari ini umumnya telah menerima pakai peraturan dan SOP khusus sejak pandemik Covid-19 tercetus.

Tindakan undang-undang telah diambil kepada semua yang melanggari peraturan dan melakukan kesalahan tanpa mengira sama ada mereka rakyat biasa ataupun pemimpin-pemimpin negara. Setakat ini sahaja pun, sudah kurang lebih enam orang pemimpin beberapa buah negara terpaksa melepaskan jawatan dan kedudukan masing-masing dalam kerajaan akibat kesalahan engkar arahan dan SOP Covid-19.

Jika dulu Malaysia terkenal dan dimalukan oleh Najib disebabkan 1MDB, kini sekali lagi Malaysia terkenal dan dimalukan oleh Pas dan Khairuddin akibat keangkuhan memperhebatkan kesalahan melanggar Perintah Kuarantin Wajib 14 hari.

Saya ingin mengingatkan Dato' Hashim Jasin bahawa lawatan Menteri Khairuddin ke Turki adalah lawatan peribadi bersama dengan isteri dan sahabatnya. Lawatan tersebut bukan dibiayai oleh kerajaan dan ia langsung tidak membawa balik apa-apa pelaburan sepertimana yang didakwa!

Justeru, kenyataan Mursyidul Am PAS yang cuba menyamakan Menteri Khairuddin dengan burung hud-hud pada zaman Nabi Sulaiman a.s sepertimana diceritakan di dalam kitab Al Quran adalah satu percubaan bersifat wewenangan dan tidak wajar. 
Bahkan, Khairuddin jauh sekali daripada boleh dianggap sebagai wira yang menyelamatkan Malaysia dengan pelaburan yang kononnya berjaya dibawa dari Turki.

Kenyataan Dato' Hashim Jasin menyalahkan Kementerian Luar Negara dan Kementerian Kesihatan sebagai telah menyebabkan Menteri Khairuddin tidak memakai gelang tangan merah jambu juga adalah suatu tindakan dan sikap yang sama sekali tidak wajar, malah mengejutkan. Sebagai seorang Menteri Kabinet, Khairuddin seharusnya lebih tahu dan sedar darihal Perintah memakai gelang tangan merah jambu dan menjalani kuarantin wajib 14 hari selepas pulang dari luar negara memandangkan ini adalah keputusan Kabinet. 
Maklumat ini juga telah selalu diwar-warkan oleh kerajaan melalui media massa sama ada cetak mahupun elektronik.
Islam mengajar kita tentang kepentingan mematuhi undang-undang dan menjaga kebajikan dan keselamatan masyarakat umum. Justeru, suka saya menyeru agar Dato' Hashim Jasin memberi fakta yang benar sebelum mengeluarkan kenyataan membela Menteri Khairuddin. 
Kegagalan memberi maklumat serta kenyataan yang benar itu nanti hanya akan menggalakkan lebih ramai mengikut jejak langkah Khairuddin untuk melarikan diri daripada Perintah Kuarantin dan seterusnya menyumbang kepada kemungkinan merebaknya wabak Covid-19 di kalangan masyarakat Malaysia.

Akhirnya, saya juga ingin bertanya kepada Menteri Khairuddin darihal gambar percutiannya bersama isteri yang telah tersebar, adakah beliau bercuti ke Turki ataupun sebenarnya ke Holland dan England?

HJH AIMAN ATHIRAH SABU
Ahli Dewan Negara, Parlimen Malaysia
Kuala Lumpur,
31 Ogos 2020




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/09/hentikan-putar-belit-fakta-lawatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Punya Ngong Samakan Menteri Pas Ingkar Kuarantin Dengan Kisah Burung Hud Hud

Apa Punya Ngong Samakan Menteri Pas Ingkar Kuarantin Dengan Kisah Burung Hud Hud

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 305 hits
Senator Aiman Athirah Sabu membidas Mursyidul Am PAS Hashim Jasin kerana mengumpamakan pelanggaran kuarantin Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Khairuddin Aman Razali dengan kisah burung hud hud dalam al Quran Aiman yang juga ketua...
Video Berita Pas Pertahan Burung Hud Hud Dua Darjat

Video Berita Pas Pertahan Burung Hud Hud Dua Darjat

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 254 hits
Beliau mempertikai tindakan Hashim itu yang mengumpamakan lawatan Khairuddin ke Turki sebagai menyamai kisah burung hud hud bersama Nabi Sulaiman a s adalah sangat semberono dan bersifat melampau Ia upaya mengundang persepsi negatif kepada ...
Wah Hebat Selepas Menteri Belatuk Pergi Turki Harga Sawit Naik Melonjak

Wah Hebat Selepas Menteri Belatuk Pergi Turki Harga Sawit Naik Melonjak

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 395 hits
ARIF ATAN Enggan mengakui Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali ingkar perintah kuarantin wajib selepas pulang dari luar negara Mursyidul Am Pas Hashim Jasin mendakwa harga minyak sawit di pasaran melonjak naik selepas Menteri Perusahaan Per...
Wajah Burung Hud Hud Yang Menjadi Kepercayaan Pemimpin Pengikut Pas

Wajah Burung Hud Hud Yang Menjadi Kepercayaan Pemimpin Pengikut Pas

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 429 hits
INI lah wajah burung hud hud yang menjadi kepercayaan pemimpin dan pengikut Pas yang tiba tiba muncul di abad ini Burung ini baru balik holiday dari Turki dan tak kuarantin tak macam rakyat marhaen Setiap hari kerajaan Muhyiddin Yassin umum...
Ismail Sabri Tak Pasti Jika Menteri Ke Turki Bersendirian Atau Bersama Orang Lain

Ismail Sabri Tak Pasti Jika Menteri Ke Turki Bersendirian Atau Bersama Orang Lain

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 443 hits
KUALA LUMPUR Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob tidak pasti jika Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Khairuddin Aman Razali melawat Turki bersendirian atau bersama orang lain Saya cuma tahu YB menteri saja Yang ikut dia saya tak tahu...
Harga Sawit Bukan Ditentukan Oleh Menteri

Harga Sawit Bukan Ditentukan Oleh Menteri

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 332 hits
HAMDAN TAHATEKAN LINK DIBAWAH UNTUK MELIHAT PARAS HARGA MINYAK SAWITMalaysia pernah menjadi pengeluar kelapa sawit no satu di dunia tapi sekarang tidak lagi Harga kelapa sawit di pasaran dunia bukan di tentukan oleh kerajaan malaysia apa ta...
Rentasan 736 Hadi Awang Terbukti Seleweng Fakta Guna Kisah Nabi Muhammad Saw

Rentasan 736 Hadi Awang Terbukti Seleweng Fakta Guna Kisah Nabi Muhammad Saw

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 247 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 7361 RAMPASAN KUASA ITU DEMOKRASI TIDAK LANGSUNG 2 HUDHUD JUJUR BERBANDING MENTERI LANGGAR KUARANTIN 3 TERUSKAN EGO DAN BUNUH DIRI 4 BELAJARLAH UNTUK HIDUP BERSAMA SEMULA
Ingkar Kuarantin Menteri Pas Hanya Kena Kompaun Rm1 000

Ingkar Kuarantin Menteri Pas Hanya Kena Kompaun Rm1 000

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 328 hits
Ingkar kuarantin KKM kompaun Khairuddin RM1 000 Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengenakan kompaun RM1 000 kepada Menteri Perusahaan Ladang dan Komoditi Dr Khairuddin Aman Razali Menurut KKM ia setelah Khairuddin didapati bersalah menu...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor