Hentikan Penguatkuasaan Sop Layanan Dua Darjat Di Negara Ini Gesa Pemuda Pas


 


PUTRAJAYA - Pemuda PAS menyeru agar layanan ‘dua darjat’ dalam penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Covid-19 di negara ini dihentikan segera.
Layanan ‘dua darjat’ seperti itu sepatutnya tidak berlaku kerana kerajaan telah menggariskan SOP yang lengkap sebagai rujukan rakyat, kata Ketua Pemuda PAS Khairil Nizam Khirudin dalam kenyataan hari ini.
“Tetapi di mana silapnya? Ada ruang untuk agensi penguatkuasaaan kita tersalah tafsir?” soal beliau.
“Justeru (kami) memohon agar semua pemegang taruh yang bertanggungjawab menggariskan SOP ini dapat duduk bersama dan membincangkan dengan serius masalah ini.”

Khairil Nizam menggesa semua agensi penguatkuasaan bertindak dengan tegas dan telus serta menggunakan budi bicara yang penuh hikmah kepada semua pesalah, tanpa mengira darjat.
“(Ini) terutama pada mereka yang sengaja melanggar SOP,” tambah beliau.
Awal hari ini, usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa dan suaminya, Haris Ismail yang juga dikenali sebagai PU Riz, masing-masing dilaporkan dikompaun RM20,000 dan RM10,000 atas kesalahan melanggar SOP perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).
Selain itu, 20 anggota keluarga Neelofa akan dikompaun RM1,500 seorang kerana gagal mematuhi peraturan penjarakan fizikal ketika menghadiri majlis akad nikah pasangan itu.

Ini setelah sebulan siasatan dijalankan pihak berkuasa terhadap dakwaan pelanggaran SOP di majlis yang diadakan pada 27 Mac itu.
Kelmarin, masing-masing seorang peniaga burger dan peniaga colek dikompaun RM50,000 kerana beroperasi melebihi masa dalam tempoh pelaksanaan PKP di gerai masing-masing di Kelantan.
Ini menimbulkan rasa tidak puas hati warganet kerana dianggap wujud layanan tidak setara.
Kata Khairil Nizam dalam kenyataan hari ini, beliau yakin rakyat bersedia mematuhi SOP semaksimum mungkin, namun rakyat tidak boleh menerima ‘layanan terpilih’.
“Dalam pertarungan kita membendung Covid-19, kepercayaan dan sokongan rakyat adalah amat penting dan kritikal.
“Saya yakin kerajaan hari ini telah melaksanakan pelbagai strategi dan inisiatif untuk memutuskan rantaian Covid-19.
“Tetapi jika kita terus membiarkan isu ‘SOP dua darjat’ serta ketidakadilan ini berterusan, kita mungkin akan menemui titik kegagalan,” katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/04/hentikan-penguatkuasaan-sop-dua-darjat.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panas Dr Rafidah Belasah Golongan Kayangan Pasrah Dengan Layanan Dua Darjat Dalam Negara

Panas Dr Rafidah Belasah Golongan Kayangan Pasrah Dengan Layanan Dua Darjat Dalam Negara

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 586 hits
April 23 2021 Kepada golongan kayangan luangkanlah sedikit masa membaca coretan ini Saya pelik betul anda tidak segan silu menjalankan aktiviti langgar SOP terang terangan Tidak mengapalah mungkin begitulah perangai dan cara kehidupan Saya ...
5545 Ppim Gesa Kerajaan Sedia Sop Jelas Metrotv Harian Metro 14 04 2021

5545 Ppim Gesa Kerajaan Sedia Sop Jelas Metrotv Harian Metro 14 04 2021

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 394 hits
Kuala Lumpur Persatuan Pengguna Islam Malaysia meminta kerajaan mengeluarkan prosedur operasi standard yang jelas untuk penerima suntikan vaksin Covid 19 membuat aduan dan ganti rugi jika mengalami kesan sampingan Ketua Aktivis PPIM Datuk N...
5546 Ppim Gesa Kerajaan Sedia Sop Jelas Harian Metro 15 04 2021

5546 Ppim Gesa Kerajaan Sedia Sop Jelas Harian Metro 15 04 2021

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 430 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia meminta kerajaan mengeluarkan prosedur operasi standard yang jelas untuk penerima suntikan vaksin Covid 19 membuat aduan dan ganti rugi jika mengalami kesan sampingan Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan b...
Varian Afrika Selatan Dikesan Khairy Gesa Kaji Semula Kelonggaran Sop

Varian Afrika Selatan Dikesan Khairy Gesa Kaji Semula Kelonggaran Sop

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 262 hits
Kajian semula kelonggaran SOP Covid 19 itu adalah supaya program vaksinasi kebangsaan yang dijalankan ketika ini tidak terjejas Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika sidang media mengenai program vaksinasi C...
Ketua Pengarah Kesihatan Gesa Penerima Vaksin Covid 19 Patuh Semua Langkah Kesihatan Awam Dan Sop

Ketua Pengarah Kesihatan Gesa Penerima Vaksin Covid 19 Patuh Semua Langkah Kesihatan Awam Dan Sop

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 401 hits
Seramai 40 kakitangan Kementerian Kesihatan yang selesai menjalani proses vaksinasi dengan menerima dua dos suntikan dikesan dijangkiti COVID 19 Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu sembilan k...
5581 Ppim Gesa Kerajaan Nyatakan Sop Aduan Dan Ganti Rugi Kesan Vaksin Malakat Tribune 15 04 2021

5581 Ppim Gesa Kerajaan Nyatakan Sop Aduan Dan Ganti Rugi Kesan Vaksin Malakat Tribune 15 04 2021

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 467 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan perlu mengeluarkan prosedur operasi standard yang jelas untuk penerima suntikan vaksin Covid 19 membuat aduan dan ganti rugi jika mengalami kesan sampingan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim J...
Senator Pn Pertikai Layanan Istimewa Polis Kepada Suspek Kes Pukul Dua Pengawal Peribadi Kerana Puasa

Senator Pn Pertikai Layanan Istimewa Polis Kepada Suspek Kes Pukul Dua Pengawal Peribadi Kerana Puasa

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 607 hits
PUTRAJAYA Ahli Dewan Negara Muhammad Zahid Md Arip mempertikaikan layanan istimewa polis kepada majikan yang didakwa memukul dua pengawal peribadinya kerana berpuasa sehingga dibenar membuat sidang media memohon maaf kepada umat Islam dan Y...
Dua Tahun Sudah Cukup Kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador

Dua Tahun Sudah Cukup Kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 515 hits
1 906 total views 1 550 views today Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador memberitahu tempoh dua tahun sudah mencukupi bagi beliau untuk mengemudi pasukan Polis Diraja Malaysia Menurut beliau dia sudah bersedia untuk mengundurkan dir...
Giddy Up Galloping Motorcyclist Mimicking Horse Ride Goes Viral

Commando Badly Injured After Parachute Landing Goes Wrong

Zakat Pendapatan Cara Kira Bayar Zakat Ikut Negeri

Kalendar Akademik 2026 Versi Kartun Kumpulan A Dan B

Unboxing Series Ikea Hauga Storage Cabinet

Checklist Beli Rumah 2026

Hiburan Muhyiddin Yassin Letak Jawatan Pengerusi Perikatan Nasional

Murid Kini Bebas Pilih Tali Leher Tidak Wajib Lagi Mulai 2026


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kotak Kurma Custom Untuk Ramadan 2026 Tingkatkan Nilai Produk

Malaysia Cemerlang Raih Tempat Ketiga Dalam Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Keajaiban Tersembunyi Sejarah Dan Warisan Gunung Afghanistan

Kereta Parkir Halang Laluan Treler Empat Kenderaan Rosak Di R R Ayer Keroh

Anggota Komando Pulpak Cedera Semasa Aktiviti Payung Terjun Di Pantai Klebang

Hukum Menipu Untuk Menutup Aib Sendiri