Henti Amalan Tubuh Simpan Syarikat Tak Catat Untung Pm Anwar




Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Negara pada 20 Mac 2025. Foto Facebook Dr Zulkifli Hassan
KUALA LUMPUR, 20 Mar – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata budaya menubuhkan syarikat serta amalan menyimpan syarikat yang tidak mencatatkan keuntungan harus dihentikan serta merta.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan melaksanakan pemantauan ketat terhadap syarikat di bawah Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan setakat ini, hanya sejumlah kecil sahaja syarikat di bawah GLIC dan GLC yang ditutup.
“Tetapi, dengan prinsip ketelusan dan tatakelola, yang ditutup banyak itu di bawah agensi kerajaan, umpamanya syarikat kecil di bawah RISDA atau FELDA yang tidak memenuhi keperluan dan tujuan matlamat asal. Itu dan kalau tidak catat keuntungan, kita tutup.
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Negara pada 20 Mac 2025. Foto Bernama“Tidak relevan bagi syarikat yang dibuka, kemudian ada ahli lembaga, kemudian ada allowance-nya (elaun), syarikatnya rugi.
“Jadi kita rasa ini amalan yang budaya yang tidak memberi manfaat dan harus dihentikan,” kata beliau semasa sesi pertanyaan lisan di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Senator Datuk Mustafa Musa mengenai pencapaian dan keberkesanan fungsi komposisi lembaga pengarah GLIC dan GLC yang ditetapkan pencapaian dan integriti operasi pelaburan dan perkhidmatan.
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Negara pada 20 Mac 2025. Foto Facebook Dr Zulkifli HassanAnwar berkata, pemantauan terhadap GLIC dan GLC kini dilaksanakan dengan lebih ketat lagi.
“Ini saya boleh bagi jaminan. Pada 2023 ada pemantauan secara menyeluruh dan lebih ketat dan pengurusan syarikat-syarikat ini dipertanggungjawabkan seandainya ada kelemahan untuk diperbaiki.
“Jadi untuk GLIC dan GLC, saya bagi jaminan ia (pelaksanaannya) lebih keras sekarang ini dan ia turut dijalankan kepada semua agensi-agensi kerajaan di mana sebahagiannya tidak munasabah dipertahankan,” katanya.
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Negara pada 20 Mac 2025. Foto Facebook Dr Zulkifli HassanMengenai isu perolehan GLIC dan GLC, Anwar berkata syarikat membelanjakan RM59 bilion iaitu 32 peratus daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan dari tahun 2020-2024 terhadap syarikat Bumiputera termasuk dari segi peluang pekerjaan, latihan dan pendidikan melalui program pembangunan vendor Bumiputera GLC di Malaysia.
“Contohnya, anak syarikat UEM Group menggunakan rangka kerja Malaysian Productivity Business Excellence untuk membantu perniagaan memperoleh persijilan seperti ISO dan menyertai anugerah industri seperti Anugerah Kecemerlangan Industri dan Anugerah Kecemerlangan Prestasi Global untuk memperkukuh daya saing mereka di pasaran,” katanya.
Anwar berkata, GLC dan GLIC turut komited menyokong kebajikan pekerja dan kesejahteraan komuniti selain membantu golongan rentan dan keluarga yang ditimpa bencana dan menyokong pemulihan semula bandar raya Kuala Lumpur.
Di bawah program Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PUTERA35) pula, GLIC dan GLC diberi peranan khusus untuk menyumbang kepada agenda Bumiputera melalui pelaburan dalam syarikat Bumiputera berpotensi tinggi, program pembangunan vendor serta program pembangunan modal insan Bumiputera.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/03/henti-amalan-tubuh-simpan-syarikat-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Simpan Duit Raya Anak Jangan Dalam Bank Pilih Cara Ini Lebih Untung

Nak Simpan Duit Raya Anak Jangan Dalam Bank Pilih Cara Ini Lebih Untung

papar berkaitan - pada 21/3/2025 - jumlah : 205 hits
Setiap kali musim perayaan kanak kanak pasti teruja menerima duit raya Bagi ibu bapa pula timbul persoalan di mana tempat terbaik untuk menyimpan duit raya anak anak Ramai yang memilih untuk memasukkannya ke dalam akaun bank kerana dianggap...
Syarikat Korporat Glc Disaran Laksana Inisiatif Sekolah Angkat Pm Anwar

Syarikat Korporat Glc Disaran Laksana Inisiatif Sekolah Angkat Pm Anwar

papar berkaitan - pada 13/3/2025 - jumlah : 136 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan para tetamu ketika hadir pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Syarikat Korporat dan Syarikat Berkaitan Kerajaan di Universiti Multimedia Cyberjaya pada 12 Mac 2025 Foto Facebook Anw...
Beza Mahazalim Dan Anwar Isu Sapura

Beza Mahazalim Dan Anwar Isu Sapura

papar berkaitan - pada 13/3/2025 - jumlah : 147 hits
Aman MuhammadAntara perkara yang membezakan PM6 dan PMX dalam isu Sapura ni ialah audit forensik dan penstrukturan semula Sapura PM6 mahu bail out Sapura tanpa audit forensik dan penstruktiran semula Sapura Manakala PMX telah buat audit for...
Cuma Allah Mampu Balas Budi Anwar Sarimah Sebak Dapat Balik Hak Cipta Selepas 36 Tahun

Cuma Allah Mampu Balas Budi Anwar Sarimah Sebak Dapat Balik Hak Cipta Selepas 36 Tahun

papar berkaitan - pada 15/3/2025 - jumlah : 118 hits
SITI NUR ZAWANIMarch 15 2025Seniwati Datuk Sarimah Ahmad tidak mampu menahan air mata selepas penantiannya selama 36 tahun untuk mendapatkan kembali empat filem beliau daripada sebuah syarikat produksi akhirnya selesai Dalam nada sebak pela...
We Ll Mobilise A Larger Rally To Defend Ura Says Anwar

We Ll Mobilise A Larger Rally To Defend Ura Says Anwar

papar berkaitan - pada 16/3/2025 - jumlah : 127 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim says the government wants to redevelop areas in Kuala Lumpur through the Act so that Malays are no longer stuck in the same cramped conditions that they have been living in for 50 or 60 years KUALA LUMPUR Prime ...
Anwar Says Politicians Should Not Steal And Stash Money In Houses

Anwar Says Politicians Should Not Steal And Stash Money In Houses

papar berkaitan - pada 16/3/2025 - jumlah : 137 hits
PRIME Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has called on political leaders to refrain from misappropriating public funds for personal gain emphasising that leadership roles like his should focus on serving the people not amassing wealth Speaki...
Manusia Bernama Anwar Ibrahim Ini Tak Takut Siapa Dia Buat Apa Dia Rasa Betul

Manusia Bernama Anwar Ibrahim Ini Tak Takut Siapa Dia Buat Apa Dia Rasa Betul

papar berkaitan - pada 15/3/2025 - jumlah : 122 hits
SITI NUR ZAWANIMarch 14 2025Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai seorang pemimpin yang tidak pernah gentar dengan ancaman mana mana pihak Setiausaha Politik Kanan Pejabat Presiden PKR Datuk Romli Ishak berkata sepanjang beliau mengen...
11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Tattoo Supplies Essential Tools For Professional Tattoo Artists

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Bomb Battle S New Outlet At The Curve Set To Redefine Immersive Experiences

Speed Read The New Speed Triple 1200 Rx And More

The Cave Of Crystals Mexico S Hidden Underground Giant

Peran Protein Dan Kalsium Dalam Susu Untuk Tumbuh Kembang Anak

Rafizi Merajuk Dan Tidak Mahu Rasmi Kongres Wanita Dan Amk Pkr


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Affordable Background Checks Verisafe S Promise

Ayam Goreng Rangup 10 Teknik Kreatif Yang Confirm Jadi

Majlis Makan Malam

Sinopsis Ejen Ali The Movie 2

Jumpa Juga Ulam Pucuk Daun Tenggek Burung Setelah Sekian Lama Mencari

Puding Kastard Jagung Mudah Sedap Confirm Jadi