Helikopter Ambil Nasi Ganja Langgar Sop Rentas Negeri


Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri Helikopter yang mendarat di Padang Ipoh, pagi tadi untuk mengambil pesanan nasi ganja daripada sebuah restoran terkemuka di bandar raya Ipoh. - Foto Ihsan AWANI Perak IPOH: Polis membuka kertas siasatan mengenai kejadian helikopter mendarat di Padang Ipoh, di sini, semata-mata mengambil pesanan 36 bungkus 'nasi ganja', kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) larangan merentas daerah serta negeri.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata siasatan terhadap individu serta syarikat pemilik helikopter terbabit dibuat mengikut Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) 2020 atau Akta 342.
"Polis akan membuka kertas siasatan berkenaan isu tular helikopter dari Kuala Lumpur ambil pesanan nasi 'ganja' di Ipoh ini berdasarkan kesalahan melanggar SOP larangan rentas daerah atau negeri terhadap individu dan syarikat berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, Mior Faridalathrash berkata, pihaknya mengesahkan sebuah helikopter mendarat di Padang Ipoh, di sini, antara jam 9.55 hingga 10.15 pagi tadi.
Beliau berkata, pemeriksaan dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mendapati helikopter berkenaan hanya diberi kebenaran mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), di sini.
"Selepas membuat semakan dengan pihak CAAM Ipoh, helikopter berkenaan didapati hanya mendapat kebenaran untuk mendarat di LTSAS namun tidak mendapat kebenaran mendarat di Padang Ipoh," katanya.
Terdahulu, orang ramai 'terkejut' dengan kemunculan helikopter mendarat di Padang Ipoh, semalam, dipercayai untuk mengambil tempahan nasi kandar daripada sebuah restoran terkemuka di bandar raya ini.
Terdapat dua individu dalam helikopter berkenaan dipercayai milik syarikat swasta, 'ditugaskan' untuk mengambil tempahan nasi kandar yang dikenali sebagai nasi ganja.
Difahamkan, helikopter mendarat di Padang Ipoh, di sini untuk mengambil 36 bungkusan nasi ganja yang ditempah oleh pelanggan dari Kuala Lumpur.
Sementara itu, seorang jurucakap restoran nasi ganja yang enggan namanya dikenali mengesahkan ada menerima 36 bungkusan nasi berlauk ayam, daging dan telur masin daripada pelanggan di Kuala Lumpur.
Pada mulanya, beliau meragui pesanan yang dibuat dengan menganggapnya sebagai jenaka kerana ia akan diambil menggunakan helikopter.
"Saya juga ragu-ragu kerana tidak pernah lagi pelanggan ambil pesanan dengan helikopter tetapi betul jadinya. Ini adalah kali pertama pesanan diambil pelanggan dengan menaiki helikopter. Ia macam pesanan mewah yang saya pernah terima tetapi harga setiap bungkusan nasi masih sama iaitu RM10," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/helikopter-ambil-nasi-ganja-langgar-sop.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ipoh Ambil Pesanan Nasi Ganja Guna Helikopter

Ipoh Ambil Pesanan Nasi Ganja Guna Helikopter

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 509 hits
Sebuah helikopter dikesan mendarat di Padang Ipoh di sini hari ini untuk mengambil pesanan 36 bungkus nasi kandar yang popular di bandaraya itu yang lebih dikenali sebagai nasi ganja Kehadiran helikopter yang dipercayai milik sebuah syarika...
Awani Ringkas Helikopter Dari Kl Mendarat Di Padang Ipoh Ambil 36 Bungkus Nasi Ganja

Awani Ringkas Helikopter Dari Kl Mendarat Di Padang Ipoh Ambil 36 Bungkus Nasi Ganja

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 295 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTER https twitter com 501Awani INSTAGRAM htt...
Wow Tedia Guna Helikopter Ambil Pesanan Nasi Ganja

Wow Tedia Guna Helikopter Ambil Pesanan Nasi Ganja

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 623 hits
Wow Guna helikopter ambil pesanan nasi ganjaSebuah helikopter mendarat di Padang Ipoh pagi Jumaat dipercayai bagi mengambil pesanan 36 bungkus nasi ganja foto Astro AwaniBUKAN biasa biasa apabila ada yang menggunakan helikopter bagi mengamb...
Lucu Kata Tengku Zafrul Kononnya Beliau Order Nasi Ganja Guna Helikopter

Lucu Kata Tengku Zafrul Kononnya Beliau Order Nasi Ganja Guna Helikopter

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 380 hits
GAMBAR yang dimuat naik dalam Facebook Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz bagi menafikan beliau membuat pesanan nasi ganja dari sebuah restoran popular di bandar raya Ipoh Perak menggunakan penghantaran helikopter Oleh UTUSAN ONLINE23 Julai 20...
Lagi Kes Langgar Sop Fuhhh Sedap Mengkedaqah Gaya Tropika Bersama Anak Beranak

Lagi Kes Langgar Sop Fuhhh Sedap Mengkedaqah Gaya Tropika Bersama Anak Beranak

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 272 hits
Timbalan Speaker Dewan Rakyat langgar SOP lagi Kes kenduri durian hari tu pun tak tau apa kesudahannya Kali ni boleh pulak makan ketupat kat rumah orang Pengalaman pertama katanya gaya tropika Difahamkan bukan hanya mereka bertiga berada di...
Rakyat Degil Kerana Menteri Langgar Sop Menteri Boleh Bebas Kami Tidak Boleh

Rakyat Degil Kerana Menteri Langgar Sop Menteri Boleh Bebas Kami Tidak Boleh

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 327 hits
Antara Menteri yang didakwa melanggar SOP termasuk Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad dan Menteri Industri Perladangan dan Komoditi Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali Mala...
25 Warga Bangladesh Didenda Rm125 000 Langgar Sop Berhimpun Pada Hari Raya Aidiladha

25 Warga Bangladesh Didenda Rm125 000 Langgar Sop Berhimpun Pada Hari Raya Aidiladha

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 484 hits
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda berjumlah RM125 000 terhadap 25 lelaki warga Bangladesh selepas didapati bersalah melanggar prosedur standard operasi dengan berkumpul pada Hari Raya Aidiladha baru baru ini Setiap ...
Juru Langgar Sop Solat Aidilada Di Surau Taman Pelangi Mainpp Minta Penjelasan Pengerusi Kariah

Juru Langgar Sop Solat Aidilada Di Surau Taman Pelangi Mainpp Minta Penjelasan Pengerusi Kariah

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 603 hits
Pengerusi kariah Taman Pelangi dan Pegawai Tadbir Agama Daerah Seberang Perai Tengah diminta menyediakan laporan menjelaskan kejadian melibatkan lebih 200 individu melanggar prosedur operasi standard solat sunat Aidiladha di surau Taman Pel...
Menteri Langgar Sop Merosakkan Kredibiliti Pkp Khairy

Menteri Langgar Sop Merosakkan Kredibiliti Pkp Khairy

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 330 hits
Menteri langgar SOP merosakkan kredibiliti PKP Khairy Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin mengakui menteri yang melanggar SOP merosakkan kredibiliti perintah kawalan pergerakan penuh di Malaysia Dalam ...
Berat Normal Tapi Perut Buncit Ini Bahaya Yang Korang Wajib Tahu

Resepi Nasi Lemak Sedap Homemade Keluarga

A Comprehensive Guide To Processing A Plastic Bag Making Machine

Bunga Telang Putih

Why Financial Literacy Is The Most Important Skill You Were Never Taught

Bermain Badminton Waktu Malam Boleh Dapat Serangan Jantung

Silenced In The Office Why Toronto Employees Delay Reporting Harassment And What It Costs Them

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Jom Makan Buffet Dinner Sempena Cuti Krismas Di Renaissance Johor Bahru

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

Rayhana Oo Rayhana

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari

One More Seat Six Unforgettable Custom Sidecar Motorcycles

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026