Hegemoni Politik Dap




oleh AB JALIL BACKER
SISTEM pentadbiran negara adalah berasaskan ‘westminster’ United Kingdom yang diadunkan bersama sejarah tamadun Melayu yang merangkumi kuasa tradisional kesultanan Melayu negeri-negeri yang berakar umbi sejak sekian lama.
Justeru, dalam sistem pentadbiran negara ini kita mempunyai dua peringkat sistem pentadbiran iaitu peringkat negeri dan Persekutuan. Kedua-dua peringkat ini mempunyai sistem perwakilan daripada rakyat melalui pilihan raya dan unsur ketamadunan Melayu melalui Sultan dan Yang di-Pertuan Agong.
Usaha kerajaan untuk membuat beberapa perubahan struktural dalam sistem demokrasi negara membabitkan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Parlimen dicurigai sebagai usaha mengukuhkan hegemoni atau dominasi parti DAP dalam politik negara.
Negara pernah memperkenalkan pilihan raya PBT, namun dimansuhkan kerana tidak serasi dengan kepentingan masyarakat bumiputera dan kedudukan Islam. Ini kerana partisipasi dalam pilihan raya ini tidak mencerminkan kepentingan masyarakat asal negara ini terutama orang Melayu.
Ada yang menyatakan alasan ini bersifat perkauman dan prejudis, namun itulah realiti politik negara yang mempunyai kepelbagaian budaya dan agama. Kegagalan sebahagian masyarakat menyerap dan berasimilasi dalam budaya tempatan menyebabkan perbezaan antara kaum dan agama ini akan terus menjadi pertimbangan politik.
Kuasa
Ketika ini PBT bahagian ketiga sistem pentadbiran negara telah diurus dan diawasi Kerajaan Negeri yang dibentuk melalui pilihan raya umum. Kerajaan Negeri mempunyai kuasa dalam pelantikan dan pengurusan pihak berkuasa tempatan termasuk Yang Di Pertua atau Datuk Bandar dan Ahli Majlis.
Sistem ini sepatutnya sudah mencukupi untuk mewakili suara rakyat termasuk di bandar. Sudah tentu apa sahaja sistem semak dan imbang yang lebih meluas seperti pilihan raya PBT baik untuk rakyat, namun kemampuan melaksanakan dan keberkesanannya juga perlu dilihat.
Sebahagian wang yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan dan pemuliharaan kawasan perbandaran akan digunakan untuk pilihan raya PBT. Pastinya untuk menampung peningkatan kos ini, PBT akan menaikkan kadar cukai dan kompaun.
Pilihan raya PBT adalah perjuangan DAP sejak dahulu kerana di sinilah kekuatan sebenar mereka yang terdiri daripada masyarakat Cina kawasan perbandaran.
Kebimbangan masyarakat Islam, penguasaan wakil-wakil bukan Islam dalam majlis perbandaran akan mengubah polisi perbandaran dalam perumahan, prasarana awam, kompleks perniagaan, pembinaan rumah ibadat, tanah perkuburan dan taman awam.
Usaha DAP tidak terhenti setakat itu. Kini muncul pula cadangan untuk mengubah sistem pilihan raya umum melalui Jawatankuasa Pembaharuan Pilihan Raya (ERC).
ERC mencadangkan Pilihan Raya Umum (PRU) di Semenanjung Malaysia menggunakan Sistem perwakilan berkadar (PR) berbanding sistem pemenang undi terbanyak (FPTP) sekarang. Melalui sistem ini kerusi Parlimen di Semenanjung tidak lagi ditentukan oleh pengundi sesuatu kawasan tetapi mengikut Parti.
Setiap parti akan diagihkan kerusi Parlimen mengikut peratusan undi yang diterima oleh sesebuah parti. Ini bermakna kuasa menentukan ahli Parlimen tidak lagi melalui proses semak dan imbang antara parti dan rakyat tetapi lebih menjurus kepada parti sahaja. Kesetiaan Ahli Parlimen bukan lagi kepada rakyat tetapi kepada penguasa parti.
Felo Penyelidik Majlis Profesor Negara (MPN), Dr Muhammad Asri Mohd Ali menegaskan pelaksanaan sistem PR hanya bertujuan mengukuhkan kedudukan DAP dan memberi beberapa kesan negatif terhadap landskap politik negara.
“DAP adalah parti yang paling banyak akan mendapat kerusi di Parlimen berbanding parti lain, pengundi mereka di bandar dan di negeri yang banyak kerusi bukan Melayu.”
Tampaknya ketika pemimpin Melayu sedang bertelagah siapa calon Perdana Menteri akan datang, DAP sudah merangka rancangan jangka panjang mengukuhkan hegemoni politik mereka.
Sinar




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/02/17/hegemoni-politik-dap/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=hegemoni-politik-dap

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tendang Keluar Dap Pertemuan Presiden Presiden Parti Politik

Tendang Keluar Dap Pertemuan Presiden Presiden Parti Politik

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 705 hits
Makan malam Azmin PAS Umno dan PPBM tamat tanpa umum kerajaan baru PETALING JAYA Majlis makan malam melibatkan pemimpin PKR yang bersepakat dengan Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali Umno PAS dan PPBM berakhir tanpa pengumuman ketika negara...
Lucut Kerakyatan Bekas Adun Dap Pujut

Lucut Kerakyatan Bekas Adun Dap Pujut

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 248 hits
JOFRI JARAIEEPengajaran miliki dua kewarganegaraan PAS Sarawak tanpa prejudis menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan di mana badan perundangan negeri Sarawak mempunyai kuasa untuk menyingkirkan Dr Ting Tiong Choon sebagai ADUN Pujut Kep...
Bubar Parlimen Halang Dap Dapat Lebih Kerusi Isma

Bubar Parlimen Halang Dap Dapat Lebih Kerusi Isma

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 282 hits
Ikatan Muslimin Malaysia Aminuddin YahayaKUALA LUMPUR Ikatan Muslimin Malaysia berpandangan langkah terbaik untuk menghalang DAP daripada mendapat lebih kerusi di Dewan Rakyat adalah dengan membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya u...
Tak Tipu Tak Fitnah Bukan Kit Siang Dan Dap Najib

Tak Tipu Tak Fitnah Bukan Kit Siang Dan Dap Najib

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 466 hits
Kit Siang tak pernah buang tabiat menipu dia Saya rasa menipu adalah dalam DNA dia Orang yang sudah meninggal pun akan difitnah dan dipergunakan oleh dia untuk menipu Rakyat tanpa sebarang rasa bersalah Masa mendiang Kevin Morais dibunuh de...
Isu Pakatan Nasional Dap Sudah Mengelabah

Isu Pakatan Nasional Dap Sudah Mengelabah

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 344 hits
Mula mula DAP berkata yang cerita tentang kerajaan baru Pakatan Nasional ini berita palsu atau khabar angin Sekarang pula DAP berkata sekiranya kerajaan semua Melayu Pakatan Nasional ini dibentuk maka Malaysia akan menjadi failed state Ceri...
Supp Questions Sarawak Dap S Dissatisfaction Over Loss Of State Seat

Supp Questions Sarawak Dap S Dissatisfaction Over Loss Of State Seat

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 580 hits
SUPP president Dr Sim Kui Hian says he never acquired citizenship while in Australia unlike Dr Ting Tiong Choon KUCHING The Sarawak United Peoples Party has questioned Sarawak DAP s intentions after the party expressed disappointment over t...
Tindakan Dap Tidak Hormati Mahkamah Dr Khairuddin

Tindakan Dap Tidak Hormati Mahkamah Dr Khairuddin

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 155 hits
Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At Takiri Oleh Mohd Irsyadi Abu BakarKUALA NERUS 13 Februari Tindakan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik Sarawak Chong Chieng Jen yang menyanggah keputusan Mahkamah Persekutuan melucutkan kelayakan Dr Ti...
Adun Dap Pujut Dilucut Milik 2 Kerakyatan Khianat

Adun Dap Pujut Dilucut Milik 2 Kerakyatan Khianat

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 637 hits
Keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Kuching yang mengembalikan semula Dr Ting sebagai ADUN Pujut diketepikan dalam keputusan majoriti tujuh dua Gambar fail Foto FacebookTerlucut dengan keputusan 7 2 ADUN Pujut Dr Ting Tiong Choon ...
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Happy Deepavali 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sunyi Sepi Jam 2 00 Pagi Bahagia Klik Blog

Best Middle Eastern Braised Beef Recipe

Apocalypse Now Motorcycles To Outrun The Undead

Baby Shima X Mimpi Pap Pap Chord

Monolog Jiwa Khas Di Puncak Yang Tak Kembali

Hiburan Ibu Didakwa Jadi Punca Perceraian Nubhan Dan Isteri Pelakon Tampil Buat Penafian Gambar Itu Jadi Bahan Fitnah