Heboh Isu Jenama Arak Tanpa Alkohol Ini Pandangan Mufti Wilayah


Tular sejak dua tiga hari ini dengan tindakan sebuah syarikat pengeluar minuman beralkohol yang mengiklankan produk terbaru bir tanpa alkohol yang mendatangkan tanda-tanya dalam masyarakat.
Hal ini telah mendatangkan kekeliruan kepada pelbagai pihak tentang hukum meminum minuman tersebut. Berikut merupakan kenyataan dari Mufti Wilayah Persekutuan melalui laman rasminya.
Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan pengeluaran produk baharu arak tanpa alkohol oleh sebuah syarikat arak ternama. Apa yang menjadi kegemparan, apabila ia dipromosikan dengan giat oleh pihak yang berkenaan dengan menggunakan tagline yang mengelirukan iaitu “Now you can”.
Dengan tagline tersebut dan diletakkan pula berhampiran dengan produk-produk halal yang lain, ia menimbulkan kekeliruan kerana seolah-olah menggambarkan produk tersebut berstatus halal.
Namun demikian, setelah pelbagai pihak menyatakan bantahan dan mempertikaikan cara produk tersebut dipromosikan, pada 13 Julai 2019, syarikat berkenaan telah mengeluarkan kenyataan media menjelaskan bahawa produk tersebut adalah non-halal dan hanya dikhususkan buat bukan Islam.
Sehubungan dengan itu juga, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Mujahid Yusof telah menegaskan bahawa pengeluaran produk sedemikian adalah tidak wajar dan mengelirukan.
Ini kerana proses penghasilan minuman itu, termasuk penyulingan air, dibuat dalam kerangka menghasilkan arak. Justeru, beliau menasihati pengguna Islam supaya tidak membeli atau menggunakan sebarang produk yang diragui status halalnya.
Justeru, kami melihat, isu ini perlu diberi perhatian yang serius oleh pihak berwajib dan semua pihak. Dengan itu, kami nyatakan dalam Bayan Linnas kali ini satu lagi penjelasan berhubung isu arak bertajuk Status Minuman Yang Menyerupai Arak.
Semoga Bayan Linnas kali ini memberi pencerahan yang tuntas akan mudaratnya arak kepada kehidupan peribadi dan juga masyarakat.
Gambar hiasan. (Kredit: Thought.co) Pengharaman arak Arak merupakan najis dan dosa besar sekiranya melakukan aktiviti yang berkaitan dengannya. Wajib sebagai umat Islam untuk menjauhinya dan ini merupakan perintah Allah SWT dengan firmannnya:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
(Surah Al-Maidah: 90)
Jumhur ulama bersepakat tentang pengharaman meminum arak sama ada sedikit atau banyak. Ini kerana sifatnya yang memabukkan dan menyebabkan hilang ingatan untuk mengingati Allah SWT. (Lihat Al-Mausuah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah, 5/15) Jelas sepertimana firman Allah SWT:
إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَن يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ ۖ فَهَلْ أَنتُم مُّنتَهُونَ
Maksudnya: Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?
(Surah Al-Maidah: 90)
Selain itu mengikut mazhab Imam Syafie arak serta minuman yang memabukkan adalah najis. Ini jelas dalam ayat yang di atas perkataan Rijzun memberi makna dari segi bahasa: kotor atau najis. (Lihat al-Fiqh Manhaji ala Mazhab Imam Syafie, 3/78).
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan Isu Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Pewangi Dan Ubat-Ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:
Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.
Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.
Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.
Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh) dimakan/diminum.
Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.
Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.
Kredit: JAKIM Haram terlibat dengan arak Bukan sahaja arak itu haram pada zatnya, bahkan Rasulullah SAW menegah umat Islam daripada terlibat dengan apa sahaja yang menyumbang kepada arak. Ini berdasarkan hadis Nabi
لَعَنَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الخَمْرِ عَشَرَةً : عَاصِرَهَا ، وَمُعْتَصِرَهَا ، وَشَارِبَهَا ، وَحَامِلَهَا ، وَالمَحْمُولَةُ إِلَيْهِ ، وَسَاقِيَهَا ، وَبَائِعَهَا ، وَآكِلَ ثَمَنِهَا ، وَالمُشْتَرِي لَهَا ، وَالمُشْتَرَاةُ لَهُ
Maksudnya :” Rasulullah saw melaknat sepuluh orang yang berkaitan dengan arak. Yang memerah,yang meminta perah, yang minum, yang membawa, yang dibawa kepadanya, yang menuangkan arak, yang menjual, yang memakan hasil jualan arak, yang membeli dan yang dijual untuknya.”
Riwayat al-Tirmizi ( 1295)
Al-Marhum Sheikh Atiyah al-Saqr ketika ditanya tentang orang yang bekerja di sektor yang membantu penjualan arak beliau menjawab:
“Dan orang yang memberi minum arak kepada orang lain mendapat dosa yang sama sepertimana yang telah diberitahu oleh nas hadis. Sama ada dia redha dengan perbuatan tersebut dan orang yang redha dengan maksiat maka akan dihukum dengan hukuman yang sama orang yang melakukannya. Ataupun dia hanya membantu dalam perkara maksiat. Orang yang membantu dalam perkara maksiat maka dia turut serta mendapat dosa disebabkan maksiat tersebut:” (Rujuk Ahsan al-Kalam Fi al-Fatawa wa al-Ahkam, 3/186)
Maka pekerjaan tersebut adalah haram kerana ia membantu dalam pembuatan arak. Di mana ia adalah sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah. Kaedah fiqh menyebut :
كُلّ مَا أدّى إِلى حَرَامٍ فَهُوَ حَرَام
Maksudnya: “Setiap perkara yang membawa kepada perkara yang haram maka ia adalah haram (hukumnya).”
Berdasarkan kaedah ini maka membantu dalam perkara yang diharamkan oleh Allah adalah dikira sebagai berdosa. Ianya dikuatkan lagi dengan firman Allah:
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.
(Surah al-Maidah : 2)
Larangan bersama dalam majlis arak Di samping itu, kita juga dituntut supaya tidak menunjukkan sikap redha dan bersetuju dengan golongan yang meminum arak. Ini bersandarkan hujahan dan nas yang menunjukkan kepada larangan ke atas perbuatan tersebut. Antaranya nas umum berdasarkan firman Allah SWT:
وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللَّهِ يُكْفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلَا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّىٰ يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ
Maksudnya: Dan sungguh Allah telah menurunkan kekuatan kepada kamu di dalam Al Quran bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain.
Surah Al-Nisa’ (140)
Berdasarkan kepada mafhum ayat di atas, perbuatan duduk di dalam sesebuah majlis yang terdapat di dalamnya pengingkaran dan penghinaan kepada ayat-ayat Allah adalah ditegah dan dilarang. Ini jelas ditunjukkan oleh frasa بِهَا فَلَا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ yang datang dengan ‘La al-Naahiyah’ yang membawa hukum haram.
Imam Abu Ja’far al-Thabari Rahimahullah dalam tafsiran beliau ke atas ayat ini berkata:
وفي هذه الآية، الدلالة الواضحة على النهي عن مجالسة أهل الباطل من كل نوع، من المبتدعة والفسَقة، عند خوضهم في باطلهم
Maksudnya: Ayat ini menunjukkan kepada dalalah yang jelas ke atas larangan duduk bermajlis bersama ahli kebatilan dari segenap jenis lapisan. Dari kalangan ahli bid’ah dan juga golongan yang fasiq, semasa mereka melakukan kebatilan tersebut. (Lihat Al-Jaami’ al-Bayan, al-Thabari, 9/320)
Selain itu, terdapat juga sebuah riwayat yang jelas daripada Nabi SAW akan larangan duduk di dalam majlis yang dihidangkan padanya arak. Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Ibn Abbas R.Anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda:
من كان يؤمنُ باللهِ واليومِ الآخرِ فلا يشربِ الخمرَ من كان يؤمنُ باللهِ واليومِ الآخرِ فلا يجلسْ على مائدةٍ يشربُ عليها الخمرَ
Maksudnya: Sesiapa yang beriman dengan Allah dan juga hari akhirat, janganlah dia meminum arak. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka janganlah dia duduk pada hidangan yang diminum padanya arak.
Riwayat al-Haithami (1/283)
Konteks hadis di atas jelas menunjukkan larangan kita berkompromi dengan majlis yang di dalamnya terdapat hidangan arak. Berasaskan kaedah ini, jika kita membeli sebarang produk syarikat arak, walaupun produk itu berstatus bukan arak, ia tetap dikira bersubahat atau berkompromi dengan arak kerana menyumbang kepada kelangsungan syarikat arak tersebut.
Minuman bukan arak yang menyerupai arak  
Dalam hal ini, umat Islam telah diperintah supaya berpegang dengan prinsip tidak melakukan sesuatu perbuatan yang menyerupai orang kafir pada sesuatu yang kita dilarang melakukannya.
Lantaran itu, kita dilarang oleh Rasulullah SAW menyerupai golongan kafir dalam hal yang merupakan amalan dan tradisi dalam agama mereka. Daripada Ibn Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Maksudnya: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia adalah dari kalangan mereka.” Riwayat Abu Daud (4031)
Sheikh al-‘Azim Abadi menukilkan pandangan al-Munawi dan ‘Alqami. Kata mereka: “Yang dimaksudkan dengan hadis ini ialah berpakaian dengan pakaian mereka, juga menyerupai cara mereka serta menyerupai perlakuan dan perbuatan mereka.” (Rujuk ‘Aun al-Ma’bud Syarh Sunan Abu Daud, 9/54)
Al-Imam al-San’ani menyebut: “Hadis ini menunjukkan sesiapa yang menyerupai atau meniru orang yang fasiq, orang kafir, atau pembuat bidaah maka dia adalah dari kalangan mereka (sama seperti mereka). Di mana dia meniru apa yang khusus bagi mereka seperti pakaian, tunggangan atau gerak-geri mereka.” (Rujuk Subul al-Salam Syarh Bulugh al-Maram , 4/175)

Justeru, perbuatan minum arak dan mengadakan majlis minum arak merupakan amalan dan tradisi biasa bagi orang kafir. Sedangkan ia jelas terlarang dalam agama Islam. Maka umat Islam dilarang sama sekali meniru walaupun sekadar gaya perbuatan mereka yang meminum arak.
Imam al-Nawawi mengatakan, wajib dikenakan hukuman takzir kepada orang yang mengadakan majlis seperti gaya majlis minum arak. (Lihat Raudhah al-Talibin wa ‘Umdah al-Muftin, 10/174) Ini seperti perbuatan mengedarkan gelas-gelas arak, dituang air dan dilagakan gelas antara satu sama lain sebelum minum.
Demikian juga yang disebut oleh al-Rahibani dalam Mazhab Hanbali bahawa diharamkan menyerupai golongan peminum arak, bahkan ditakzir pelakunya walaupun minuman itu sendiri halal.
Jika berkumpul suatu kumpulan, diadakan majlis, dibawakan alat-alat minuman dan bekas-bekasnya, lalu dituangkan padanya minuman al-sakanjabin (bukan arak) atau seumpamanya, dengan dilantik seorang pelayan untuk melayani mereka.
Di samping mereka saling mengucapkan perkataan-perkataan yang biasa diucapkan oleh peminum arak (seperti “cheers”), maka hukumnya adalah haram walaupun minuman itu halal kerana majlis tersebut menyerupai majlis peminum arak. (Lihat Matalib Uli al-Nuha fi Syarh Ghayah al-Muntaha, 6/219)
Hal ini sama dengan status minuman tidak beralkohol yang dikeluarkan oleh syarikat arak. Ini kerana, selain daripada syarikat yang mengeluarkannya adalah syarikat arak, ia dipakejkan dalam bentuk botol arak dan mempamerkan jenama arak. Oleh itu, kami amat bersetuju dengan ketetapan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ke-19 pada tahun 1987 berkenaan produk Malta Guiness yang antara lain menetapkan bahawa:
“Jawatankuasa fatwa tidak wajar mengisyhtiharkan minuman Guiness Malta ini halal, walaupun pada hakikatnya (kandungan) minuman ini halal kerana ditakuti menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.”
Kami melihat kaedah yang digunakan pada pengeluaran fatwa ini adalah amat tepat, dan ia sebenarnya merupakan kaedah sadd al-zari’ah (menutup pintu kemudaratan) dan mengambil kira fiqh ma’alat al-af’aal (fiqh implikasi). Ini kerana, institusi fatwa selaku badan berautoriti yang mewakili kerajaan dalam memelihara maslahah umat Islam hendaklah berpegang pada kaedah fiqh:
التَّصَرُّف على الرّعية مَنُوط بِالْمَصْلَحَةِ
Maksudnya: Segala polisi mestilah mengambil kira maslahah rakyat yang terlibat.
Antara maslahah umat Islam yang ingin dipelihara dalam hal ini dapat dilihat seperti berikut: Bekas minuman halal yang menyerupai bekas minuman arak akan mendatangkan kekeliruan sehingga dikhuatiri umat Islam akan terjebak meminum arak dengan sangkaan ia bukan arak; Minuman halal yang diletakkan dalam bekas minuman arak berkemungkinan besar bertujuan sebagai strategi pemasaran untuk mempromosikan arak yang sebenar, melanggan minuman tersebut secara tidak langsung menyebabkan umat Islam terjebak dalam bersubahat menggalakkan industri arak; Pihak yang sengaja mengeluarkan produk minuman menyerupai bekas arak, semestinya mempunyai niat yang tidak baik, justeru sebagai seorang muslim wajib, mengelakkan diri daripada melanggan produk yang sedemikian. Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan Dalam isu ini, hendaklah dilihat berdasarkan dua kondisi berikut;
Pertama, bagi umat Islam, WAJIB menggunakan kuasa sebagai pengguna muslim yang bijak untuk menjauhkan diri daripada apa jua bentuk produk yang meragukan. Apatah lagi produk yang jelas mempunyai hubungan dengan perkara yang dilarang syarak seperti arak. Rasulullah SAW bersabda:
دَعْ مَا يَرِيبُكَ إِلَى مَا لاَ يَرِيبُكَ فَإِنَّ الصِّدْقَ طُمَأْنِينَةٌ وَإِنَّ الْكَذِبَ رِيبَةٌ
Maksudnya: “Tinggallah apa yang menjadi keraguan kepadamu kepada yang tidak meragukan. Maka sesungguhnya kebenaran itu adalah satu ketenangan dan sesungguhnya dusta itu adalah satu keraguan”.
Riwayat al-Tirmizi (2708)
Kedua, bagi pengusaha syarikat arak, jangan sekali-kali melakukan sebarang usaha untuk mempromosi atau menormalisasikan minuman arak khususnya kepada umat Islam. Perbuatan tersebut hanya akan menimbulkan kekeliruan di samping menyentuh sensitiviti umat Islam.
Sebarang produk yang dikeluarkan oleh syarikat arak, hendaklah dipamerkan status non-halal, diletakkan di tempat khas dan terasing daripada produk-produk halal.
Kami turut menyeru kepada semua pengusaha produk seperti minuman atau makanan yang boleh menimbulkan sebarang keraguan, hendaklah merujuk terlebih dahulu kepada badan berautoriti seperti Bahagian Hab Halal, JAKIM.
Akhir sekali, kami menyeru kepada pihak kerajaan agar menyediakan satu polisi yang jelas dan tegas dalam menangani isu sebegini. Dalam Siyasah Syar’iyyah, adalah menjadi tugas dan kewajipan pihak berkuasa membuang dan mencegah segala kemungkaran dan menghalang terjadinya sebab-sebab kemungkaran itu.
Ketika membahaskan senarai perkara-perkara yang tidak boleh dizahirkan kepada orang-orang Islam oleh orang-orang kafir zimmi, Ibn Hajar al-Haitami mengatakan:
ومن إظهار منكر بيننا نحو خمر وخنزير وناقوس
Maksudnya: “(Termasuk yang ditegah) ialah menzahirkan mungkar dalam kalangan kita orang-orang Islam, seperti arak, babi dan loceng gereja.” Menurut beliau lagi, di antara sebab ia ditegah itu ialah kerana ia boleh membawa pelbagai kemungkaran. Selain daripada itu, perkara yang turut dilarang sama sekali tidak boleh dizahirkan ialah syiar atau lambang kekufuran dan kemungkaran. (Lihat Tuhfah al-Muhtaj, 9/301)
Semoga Malaysia terus maju ke hadapan dan meninggalkan budaya-budaya yang tidak bermanfaat kepada bangsa dan negara. Kami berpandangan, alangkah baiknya jika seluruh rakyat Malaysia dapat menghindarkan diri daripada hanyut dengan arak.
Arak telah terbukti menjadi ibu bagi segala kerosakan masyarakat, perpecahan dan keruntuhan rumahtangga. Malah di dalam Islam, perbuatan meminum arak adalah satu maksiat yang wajib ditinggalkan.
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/07/15/heboh-isu-jenama-arak-tanpa-alkohol-ini-pandangan-mufti-wilayah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Hantaran Rm15k Apa Pandangan Korang

Isu Hantaran Rm15k Apa Pandangan Korang

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 287 hits
Lately aku banyak luangkan masa dekat twitter rather than Facebook and Instagram Aku suka baca jelah daripada tweet Dalam pada scroll twitter ini entah macam mana keluar 1 posting video berkenaan ada 1 gadis ini keluarkan pendapat nak hanta...
Pandangan Netizen Ini Tentang Isu Keretakan Rumah Tangga Fizo Omar Dapat Perhatian Ramai

Pandangan Netizen Ini Tentang Isu Keretakan Rumah Tangga Fizo Omar Dapat Perhatian Ramai

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 340 hits
Kemelut rumah tangga pelakon Fizo Omar dan Mawar Karim bertemu titik noktah apabila mereka sah bercerai talak satu selepas enam tahun melayari bahtera perkahwinan Tidak dinafikan ramai juga yang terkejut dan sedih dengan berita tersebut ker...
Sensasi Salmafina Sunan Mulai Dari Buka Hijab Hingga Heboh Isu Pindah Keyakinan

Sensasi Salmafina Sunan Mulai Dari Buka Hijab Hingga Heboh Isu Pindah Keyakinan

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 353 hits
Isu pindah agama Salmafina Sunan sukses mencuri perhatian Kabar tersebut mencuat saat sebuah foto yang diduga Salma mengenakan kalung salib beredar di media sosial
Isu Bir Tiada Alkohol Siti Tembak Mujahid Tepis

Isu Bir Tiada Alkohol Siti Tembak Mujahid Tepis

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 284 hits
Menurut Siti Kassim di Makkah sendiri sejak tahun 80 an produk minuman tanpa alkohol telah dijual
Isu Plat Tmj Rz Armada Bersatu Gesa Mp Dap Ditegur

Isu Plat Tmj Rz Armada Bersatu Gesa Mp Dap Ditegur

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 216 hits
News Diterbitkan Hari ini 9 59 pagiPemuda Bersatu Johor menggesa Menteri Besar Pengerusi Bersatu dan DAP Johor menegur Anggota Parlimen Labis Pang Hok Liong berikutan soalannya terhadap terhadap status pendaftaran kenderaan oleh kerabat dir...
Suami Di Pekanbaru Bunuh Istri Gara Gara Isu Perselingkuhan

Suami Di Pekanbaru Bunuh Istri Gara Gara Isu Perselingkuhan

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 212 hits
Dugaan adanya orang ketiga membuat petaka dalam rumah tangga Hernita Krisdayanti dan Ape Rusu Halawa di Jalan Toman Kelurahan Muara Fajar Kecamatan Rumbai Pekanbaru Selalu saja perkara kecil menjadi besar karena sering terjadi salah paham d...
Betukah Rakyat Tidak Resah Isu Tabung Haji

Betukah Rakyat Tidak Resah Isu Tabung Haji

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 365 hits
Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki Kelmarin Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof di Parlimen mendakwa rakyat tidak resah dan tidak kisah isu berkaitan Lembaga Tabung Haji jadi tiada keperluan untuk menu...
Isu Forex Libatkan Anwar Dr M Ku Li Gesa Syor Rci Dilaksana

Isu Forex Libatkan Anwar Dr M Ku Li Gesa Syor Rci Dilaksana

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 301 hits
Pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah menggesa kerajaan melaksanakan syor Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung urus niaga mata wang asing melibatkan Bank Negara pada 1990 an Ia adalah satu perkara yang serius kerana RM30 bilion ker...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Resipi Daging Masak Hitam Berempah Terlajak Sedap


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Teringin Nasi Orang Kahwin

Rekomendasi Lagu Dengan 2 Kunci Gitar Saja Yang Cocok Untuk Pemula Belajar Gitar

29 Flights Half Price Cruises Whether It S Black Friday Or Travel Tuesday Deals Abound

Hiburan Saya Dah Hari Ke 34 Doakan Saya Misi Selawat 40 Hari Hampir Selesai Ruhainies Akui Rasai Perubahan

Tiada Jodoh Lee Donghwi Jung Hoyeon Dah Berpisah Selepas 9 Tahun Bercinta

Pmx Bertemu Presiden Muslim Korea