Betukah Rakyat Tidak Resah Isu Tabung Haji


Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki Kelmarin Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof di Parlimen mendakwa rakyat tidak resah dan tidak kisah isu berkaitan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), jadi tiada keperluan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan salah laku dalam pengurusan Tabung Haji.

Saya ingin bertanya kepada semua rakyat di sini:

1. Benarkah rakyat tidak kisah dengan hibah 1.25 peratus setahun sedangkan semasa Barisan Nasional (BN) memerintah purata hibah tahunan adalah 6.75 pertaus?


2. Benarkah rakyat tidak kisah dengan tuduhan Pakatan Harapan (PH) bahawa wujud penyelewengan oleh Kerajaan BN yang telah mengakibatkan Tabung Haji rugi RM17.8 bilion?

3. Benarkah rakyat tidak kisah dengan akaun Tabung Haji yang didakwa telah dimanipulasi sehingga menampakkan tiada sebarang defisit untuk tahun 2017?

4. Benarkah rakyat tidak kisah dengan tuduhan menteri bahawa akaun Tabung Haji telah dipalsukan untuk menutup defisit RM4.1 bilion?

5. Benarkah rakyat tidak kisah dengan dakwaan bahawa defisit RM4.1 bilion yang dialami Tabung Haji kerana dirompak atau dicuri oleh BN?

6. Benarkah rakyat tidak kisah wang mereka berjumlah RM17.8 bilion digunakan untuk ‘bail-out’ atau sebagai suntikan dana kepada Tabung Haji sedangkan sejak puluhan tahun di bawah BN tidak pernah kerajaan terpaksa berbuat demikian?

7. Benarkah rakyat tidak kisah dengan penjualan aset-aset strategik Tabung Haji termasuk bernilai RM10 bilion kepada Syarikat SPV Urusharta Jemaah Sdn. Bhd.?

( Nota: Antara hartanah bernilai yang dijual termasuklah tanah TRX yang dibeli pada harga RM196 juta dan dijual pada harga RM400 juta; Platinum Park dijual pada harga RM737 juta sedangkan harga belian RM485 juta; ini tidak termasuk hotel-hotel Tabung Haji yang turut dijual di Bayan Lepas, Kuching, Kelana Jaya, Kota Kinabalu, Alor Setar, Terengganu).

8. Benarkah rakyat tidak kisah ke mana dibelanjakan baki keuntungan RM5.8 bilion hasil penjualan aset-aset berharga Tabung Haji kepada Syarikat SPV Urusharta Jemaah Sdn. Bhd.?

9. Benarkah rakyat tidak kisah dengan dakwaan menteri sebelum ini yang mengaitkan pelbagai kerugian pelaburan Tabung Haji yang dikaitkan dengan penyelewengan dan pelbagai salah laku seperti TH Heavy Engineering, Putrajaya Perdana, FGV dan PT TH Indo Plantation di Riau?

10. Benarkah rakyat tidak kisah apabila sukuk yang diterbitkan untuk mengumpul dana dengan penjualan aset-aset Tabung Haji hakikatnya tidak dijamin kerajaan? Apakah jaminan bahawa aset-aset yang dijual oleh Tabung Haji kepada Syarikat Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. mampu ditebus pada nilai yang sepatutnya dan tidak merugikan pendeposit Tabung Haji pada masa depan?

Kenapa agaknya kerajaan PH takut sangat untuk menubuhkan RCI mengenai Tabung Haji yang bebas sebagaimana janji manifesto mereka?

Penulis ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNOMedia Shah Alam Kini di Tukar Kepada www.suarabiru.com (https://mediashahalam.blogspot.com)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mediashahalam.blogspot.com/2019/07/betukah-rakyat-tidak-resah-isu-tabung.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+SuaraBiru+%28SUARA+BIRU%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Tabung Haji Menteri Dilabel Cap Ayam Gagal Beri Penjelasan Berfakta

Isu Tabung Haji Menteri Dilabel Cap Ayam Gagal Beri Penjelasan Berfakta

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 372 hits
KUALA LUMPUR 1 Julai 8211 Kegagalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof memberikan jawapan secara tepat dan berfakta berkaitan Tabung Haji telah mengundang rasa tidak puas hati di kalangan pembangkang hingga perti...
Rakyat Tak Resah Isu Th Yang Resah Pembangkang Sahaja Mujahid

Rakyat Tak Resah Isu Th Yang Resah Pembangkang Sahaja Mujahid

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 273 hits
KUALA LUMPUR Prestasi Tabung Haji kini berada di tahap terbaik setelah perubahan tampuk pengurusan tertinggi dan langkah penjimatan yang telah diambil oleh agensi berkenaan sejak Mei 2018 lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Muj...
Hotel Tabung Haji Alor Setar Pilihan Staycation Raya 2019

Hotel Tabung Haji Alor Setar Pilihan Staycation Raya 2019

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 1019 hits
Hotel Tabung Haji Alor Setar Pilihan Staycation Raya 2019 Hai korang Baru nak sambung citer raya hihi Seperti yang mommy maklum dalam entry raya sebelum ni Raya kedua kami balik kampung belah mommy Tak jauh pun iaitu Kubor Panjang Pendang B...
5 500 Bakal Haji Selangor Hadiri Kursus Tabung Haji

5 500 Bakal Haji Selangor Hadiri Kursus Tabung Haji

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 321 hits
Seramai 5 500 peserta menghadiri Kursus Perdana Haji peringkat Selangor anjuran Lembaga Tabung Haji di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Sabtu JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI...
Tabung Haji Scandal Revisited

Tabung Haji Scandal Revisited

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 659 hits
Our country is never short of scandals The scandals come in varying sizes and shapes or more appropriately intensity depending on the amount of money and the people involved If the police s estimate of the much touted anti ICERD rally at Da...
Dewan Rakyat Anggota Dewan Rafak Sembah Atas Kemangkatan Sultan Haji Ahmad Shah

Dewan Rakyat Anggota Dewan Rafak Sembah Atas Kemangkatan Sultan Haji Ahmad Shah

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 566 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Tiada Keperluan Tubuh Rci Tabung Haji Mujahid

Tiada Keperluan Tubuh Rci Tabung Haji Mujahid

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 328 hits
TIDAK ada keperluan untuk kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menentukan status kewangan Lembaga Tabung Haji kata Mujahid Yusof Kalau dah selesai dan kembali stabil kenapa perlu RCI soal menteri di Jabatan Perdana Menteri i...
Ku Nan Mahu Aset Kayamas Bina Rumah Untuk Kakitangan Dbkl

Ku Nan Mahu Aset Kayamas Bina Rumah Untuk Kakitangan Dbkl

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 801 hits
Perbicaraan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Tw...
Krisis Sudan 2025 Perang Berdarah Punca Kesan Dan Situasi Terkini Di Darfur

Malaysia Us Trade Deal Like Insurance Against Reckless Driver

Kg Papan Residents Protest At Bnm Demand Promised Homes

Iium Dons Urge Action After Romans Learned Shipbuilding From Malays Remark

Zurinah Hassan In Translation

James Chin Dives Into How Ancient Malays Were Able To Teach Romans Shipbuilding Or Even Fly

Lebih 800 Dilapor Keracunan Makanan Di Taman Tema

Wanita Warga Britain Ditangkap Anjur Kelas Yoga Bertema Intim


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Reminder 8 Incoming Mails Blocked

Detik Masa Yang Tidak Pernah Menoleh Ke Belakang

Common Misconceptions About Slot Progressive Login Tangandewa

Kenapa Madu Tidak Beku Dalam Peti Sejuk

Menteri Komunikasi Sambut Baik Kunjungan Ppim Saran Penglibatan Dalam Forum Kandungan Mcmc 06 11 2025

Wahai Tuhan Kami Keluarkanlah Kami Dari Azab Ini