Hazelnut Chocolate Kek Terbaru Secret Recipe
Ini cerita bulan Oktober yang lepas. Tak sempat update bulan Oktober, kita update bulan November. Apa ada hal kan.
Nak dijadikan cerita, tengah scroll scroll instagram nampak post Mira Filzah promote kek terbaru Secret Recipe, Hazelnut Chocolate. Nampak macam sedap je. Kita ni dah lah pencandu hazelnut.
Dalam hati berkata, "haruslah kena cuba ni"
Baca komen pun ramai yang cakap sedap. Apa lagi, jomlah kita membeli. Dia punya nak rasa, terus beli sebiji kek. Ini bukan rasa-rasa ni. Ini buat tambah lemak! Betul-betul cheat week. Bukan cheat day.
Awas, sila jangan tiru aksi ni ye.
Lepas ni sila puasa makan kek. Kek dipotong-potong masuk bekas. Senang nak makan. Hanya perlu keluarkan bekas je. Dia kalau tak potong lambat sikit nak habis. Sebab malas nak potong. Kannn?
FYI, Kek ni macam cepat cair lapisan luar dan dalamnya. Sampai rumah dia jadi lembik. Kena masukkan dalam peti ais baru bagi keras sikit baru mudah nak potong dan sedap di makan.
Harga kek Secret Recipe Hazelnut ChocolateHarga sepotong, RM14.20 kalau tak silap lah. Harga sebiji kek Hazelnut Chocolate Secret Recipe (SR) RM142. Kek keluaran terbaru SR, coating hazelnut chocolate dan ada bits hazelnut. Padanlah kot dengan harga tu.
Tapi kalau biasa beli kek Secret Recipe mesti perasan harga pun dah semakin naik dan naik harganya. Barang mentah pun dah mahal sekarang ni. So tak boleh nak kata apalah.Lapisan dalam kek macam kek chocolate indulgence, lapisan dia rendah sikit tapi. Apa yang buat lagi sedap dia tak manis sangat dan tak muak. Itu yang sedap tu. Tambah pula ada cebisan kacang hazelnut.
Kacang pun kecil-kecil dan tak keras sangat. Untuk pemakai braces masih boleh gigit dan kunyah.
Sebiji kek ni dalam seminggu lebih jugalah nak menghabiskan. Mujurlah tak rosak. Peminat kacang hazelnut dan kek coklat indulgence kena cuba. Sedap! pasti tak megecewakan deria rasa anda.
Bila tengok gambar kek ni semula, terasa-rasa pula kesedapan kek ni. Aduhaii...insaf Fiza oiii..cukup sudah! Kena tunggu next birthday lah baru kita beli sebiji. Tak pun beli sepotong buat rasa-rasa.
Kita ni kalau tak bersenam, rasa bersalah betul nak makan benda-benda macam ni. Kannn....tapi kadang bedal je. hiks~ Makan dulu menyesal kemudian
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2024/11/hazelnut-chocolate-kek-terbaru-secret.html