Hazami Dilantik Ketua Pengarah Dbp Baharu


 
Dr Hazami Jahari menerima surat lantikan daripada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek di pejabatnya, di Putrajaya hari ini. (Gambar Facebook Menteri Pendidikan)KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengumumkan pelantikan Dr Hazami Jahari sebagai ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Hazami, 55, yang merupakan pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidikan DBP menggantikan Abang Sallehudin Abang Shokeran yang tamat kontrak pada 28 Nov lalu.
“Diharapkan dengan pelantikan Dr Hazami ini, beliau dapat menerajui DBP dengan komitmen yang lebih utuh dalam memartabatkan bahasa Melayu dan melestarikan budaya membaca dengan tekad untuk terus mencerdaskan anak bangsa,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.
Majlis penyerahan surat lantikan berkenaan disempurnakan Fadhlina di pejabatnya di Putrajaya, yang turut disaksikan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Dr Awang Sariyan, Ketua Pengarah Pendidikan Pkharuddin Ghazali dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pendidikan (KPM) Ramzi Mansor.
-ADVERTISEMENT-Ads by 
Hazami ketika dihubungi Bernama berkata, beliau amat berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan bagi menggalas jawatan tersebut dan berazam memastikan fungsi serta peranan DBP dapat terus dipertingkat dalam konteks memartabatkan bahasa dan sastera negara.
“Dukungan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang sangat mencintai bahasa Melayu merupakan satu kelebihan kepada saya untuk terus membawa DBP ke landasan yang betul.
“Ini selari dengan aspirasi memartabatkan bahasa Melayu bukan sahaja di peringkat kebangsaan tetapi juga antarabangsa,” katanya,
Menurut maklumat daripada majalah rasmi DBP, Dewan Masyarakat, Hazami yang berasal dari Kuching, Sarawak, memiliki Doktor Falsafah Kesusasteraan daripada Universiti Sains Malaysia dan mula berkhidmat di DBP pada 1992.
Beliau yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang bahasa dan sastera turut memiliki sarjana Sastera (Penulisan Kreatif dan Deskriptif) dan sarjana muda sastera (Penulisan Kreatif dan Deskriptif) daripada Universiti Malaya.
Sebelum menjawat portfolio pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidikan pada 2021, beliau pernah menyandang jawatan pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera (2019), pengarah Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera (2018) dan menerajui DBP Cawangan Sarawak (2014-2016). - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/01/hazami-dilantik-ketua-pengarah-dbp.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Tangguh Lantik Pengarah Pusat Timbang Tara Baharu Kata Majlis Peguam

Jangan Tangguh Lantik Pengarah Pusat Timbang Tara Baharu Kata Majlis Peguam

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 167 hits
Jangan tangguh lantik pengarah pusat timbang tara baharu kata Majlis Peguam Dikemas kini 27 minit yang lalu Diterbitkan pada
Semangat Cina Vs Semangat Melayu Di Tahun Baharu Cina

Semangat Cina Vs Semangat Melayu Di Tahun Baharu Cina

papar berkaitan - pada 23/1/2023 - jumlah : 237 hits
RonasinaSaya dibesarkan di kejiranan yang jumlah rumah orang Cina hampir sama ramai dengan kami orang Melayu Rumah teres kos rendah yang letaknya berdepan depan itu menjadikan saya biasa dengan kaum Cina Hampir semua mereka terdiri daripada...
Lokasi Baharu Dendeng Bakar Cafe Chinese Muslim Food Lebih Segar Besar Dan Selesa Di Prima Suajana Kajang

Lokasi Baharu Dendeng Bakar Cafe Chinese Muslim Food Lebih Segar Besar Dan Selesa Di Prima Suajana Kajang

papar berkaitan - pada 22/1/2023 - jumlah : 420 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Sebelum ni Maha ada kongsikan kepada korang tentang makanan chinese muslim yang dijamin Halal dihasilkan sendiri oleh pemilikn...
Kim Swee Uji Kemampuan 3 Tonggak Baharu Di Thailand

Kim Swee Uji Kemampuan 3 Tonggak Baharu Di Thailand

papar berkaitan - pada 22/1/2023 - jumlah : 332 hits
Kim swee berkata kesebelasan utamanya akan berangkat ke Bangkok pada 27 Januari ini bagi melayani kunjungan kelab dari Korea Thailand dan Denmark Gambar fail Pasukan Sabah FC akan berangkat ke Bangkok pada 27 Januari ini bagi melayani kunju...
Pm Ucap Selamat Tahun Baharu Cina

Pm Ucap Selamat Tahun Baharu Cina

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 310 hits
PERDANA Menteri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Cina di negara ini yang akan menyambut perayaan itu Ahad ini Beliau menyifatkan perayaan besar di negara ini memberi peluang kepada rakyat untuk menyemai ...
Kisah Tahun Baharu Cina Suatu Masa Dulu

Kisah Tahun Baharu Cina Suatu Masa Dulu

papar berkaitan - pada 21/1/2023 - jumlah : 331 hits
Sebenarnya ia dikenali sebagai Tahun Baharu Lunar Kalau diterjemah ke Bahasa Melayu lunar ialah bulan Tahun Baharu Lunar dirayakan di Vietnam dan Korea Selatan selain China dan negara majorti penduduk Cina seperti Singapura dan Hong Kong Di...
Strategi Baharu Sedang Dirangka Atasi Kos Sara Hidup Rafizi

Strategi Baharu Sedang Dirangka Atasi Kos Sara Hidup Rafizi

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 205 hits
Sepertimana yang diumumkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada minggu lepas kadar inflasi pada Disember 2022 mereda kepada 3 8 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya Bagi keseluruhan tahun 2022 inflasi Malaysia adalah 3 3 seperti yan...
2 Pengarah Kanan Syarikat Bergelar Datuk Ditahan Berkait Isu Menara Kl

2 Pengarah Kanan Syarikat Bergelar Datuk Ditahan Berkait Isu Menara Kl

papar berkaitan - pada 7/1/2023 - jumlah : 263 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan dua pengarah kanan syarikat bagi membantu siasatan pembelian saham dan pengambilalihan konsesi Syarikat Menara Kuala Lumpur yang didakwa membabitkan rasuah bernilai r...
Monolog Jiwa Menunggu Antara Bertahan Dan Menyerah

Lirik Lagu Sesaat Aina Abdul

Hutang Oh Hutang Peningnya Aku

Bayi Kembar Isteri Arwah Masdeh Rosmin Debaran Saat Kelahiran Cucu

Strawberry Manis

Ayam Goreng Berempah Dan Bab Sedekah Penghapus Dosa

Senarai Filem Tahun 2026

Makluman Gempa Bumi Lemah Di Perairan Batu Pahat Johor Pada 27 September 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anak Muda Duit Kawan Atau Lawan

Tiramisu Sds

De La Te Coffee Alor Setar Cafe Ini Sesuai Untuk Lepak Santai

17 Tahun Menghilang Kumpulan X Factor Kembali Reunion Buat Peminat Teruja Helok Helok Walaupun Dah Berusia

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

Tmj Mengulas Isu Fam Dan Fifa