Hayatilah Lagu Anak Keci Main Api Pesan Tuan Ibrahim Buat Umno




Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini mengeluarkan kenyataan keras menyasarkan pemimpin Umno berhubung penolakan parti itu untuk bekerjasama dengan Bersatu bagi pilihan raya akan datang selepas Muafakat Nasional (MN) yang dimeterai bersama ketika menjadi pembangkang tidak dilihat dalam situasi ketika ini.
Tuan Ibrahim turut mempersoalkan keyakinan yang ditunjukkan pemimpin Umno, dan menganggap parti tersebut sudah melupakan asas kerjasama dalam permuafakatan politik di antara kedua-dua parti.
“Apakah kita rasa cahaya di hujung terowong yang dilihat cerah, maka lampu ditangan perlu dibuang?
“Apakah bila hujan berhenti, maka payung perlu dicampakkan? Hebatkah kita kerana merasai kita kuat dengan ahli berjuta, lalu kita rasa dahulu sama dengan sekarang?
“Apakah dua parti lebih baik dari tiga kerana mendapat lebih banyak kerusi untuk bertanding, lalu kita berangan-angan akan pasti menang?”kata Tuan Ibrahim menujukan persoalan kepada pemimpin Umno.
Kenyataan Tuan Ibrahim itu menyusuli kenyataan Abdul Hadi Awang hari ini yang menyimpulkan Umno sudah menyeleweng dari matlamat asal penubuhan MN selain turut mahu kerajaan Perikatan Nasional (PN) dipertahankan.
Dalam kenyataan yang sama, Hadi turut menolak untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu, rakan politiknya dalam PN.
Tanpa menamakan Umno secara jelas, Hadi berkata PAS menolak kerjasama dengan mereka yang menunjukkan “tiada kesetiaan kepada negara dengan sifat melampau yang mencabar agama dan bangsa.
“Marilah bersama tawaran baharu ini iaitu berintegriti dan berkebajkan yang berpijak atas Perlembagaan Persekutuan yang meraikan masyarakat majmuk beragama dan berbangsa,” kata Hadi.
Tuan Ibrahim berkata MN dimeterai ketika Umno dan PAS berada dalam pembangkang dan menyasarkan untuk melindungi kepentingan Islam dan Melayu.
Bahkan, katanya, kedua-dua parti turut mendapat manfaat dari permuafakatan politik itu dalam siri pilihan raya kecil sejak 2018.
“Tujuannya agar tidak berlaku pertandingan tiga penjuru yang mengakibatkan PAS atau Umno kerugian. Maka sekiranya Umno masuk PRK maka PAS tidak akan menyertainya, begitulah sebaliknya.
Menurutnya, pembentukan MN dinyatakan dengan jelas bahawa PAS dan Umno adalah teras muafakat, namun sedia menerima mana-mana parti politik, atau NGO yang ingin bersama dalam usaha memperkukuhkan penyatuan ummah.
Namun, Tuan Ibrahim berkata Umno tidak memberikan respons mengenai persetujuan Bersatu untuk menyertai MN.
“Ia terjadi kerana Umno kecewa bila PN didaftarkan sebagai gabungan parti. Ia dilihat penting bagi kerajaan PN kerana ada parti yang mendukung kerajaan.
“Bertolak kepada pendirian Umno yang tidak akan bekerjasama dengan Bersatu bila parlimen dibubarkan, ia telah menjadi keputusan seolah-olah ‘point of no return’ bagi Umno, maka kini ramai pihak meluahkan usaha agar MN diperkukuhkan antara dua parti sahaja.
Menurut Tuan Ibrahim lagi, PAS melihat asas pembentukan harus dlihat dalam kerangka semasa, buka sebelum pembentukan kerajaan PN.
Selain itu, beliau turut mengingatkan Umno untuk mengamalkan politik meramaikan kawan bukannya musuh politik.
“Jangan menang sorak, kampung tergadai. Menyanyilah lagu anak kecil bermain api, kalau tidak dihayati, ia akan membakar diri,” kata Tuan Ibrahim memetik lirik lagu semangat yang biasa dimainkan dalam majlis Umno ~ MalaysiaNow

.. Buat yang tak pernah dengar lagu pembakar semangat orang UMNO tu.. tengoklah kat bawah ni..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/04/hayatilah-lagu-anak-keci-main-api-pesan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hadi Tuan Ibrahim To Attend Umno S Agm

Hadi Tuan Ibrahim To Attend Umno S Agm

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 219 hits
Pas president Datuk Seri Abdul Hadi Awang and his deputy Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man will be attending Umno s Annual General Meeting this weekend NST pic KOTA BARU Pas president Datuk Seri Abdul Hadi Awang and his deputy Datuk Seri Tua...
Tanggapan Pas Ketepikan Umno Tidak Benar Tuan Ibrahim

Tanggapan Pas Ketepikan Umno Tidak Benar Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 238 hits
Tanggapan Pas mengetepikan UMNO dan memilih Parti Pribumi Bersatu Malaysia adalah tidak benar kata Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Presiden Pas itu berkata parti itu dengan UMNO masih mempunyai hubungan dan mesyuarat Muafakat Nasi...
Tiada Pihak Boleh Beri Kata Dua Pada Mana Mana Parti Lain Tuan Ibrahim

Tiada Pihak Boleh Beri Kata Dua Pada Mana Mana Parti Lain Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 212 hits
Setiap parti politik di negara ini mempunyai kuasa autonomi untuk menentukan hala tuju masing masing dan tidak ada pihak yang boleh memberi kata dua kepada mereka berhubung perkara itu kata Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man Selain...
Lihat Mn Dalam Kerangka Semasa Bukan Sebelum Kerajaan Pn Terbentuk Tuan Ibrahim

Lihat Mn Dalam Kerangka Semasa Bukan Sebelum Kerajaan Pn Terbentuk Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 200 hits
KUALA LUMPUR Asas pembentukan Muafakat Nasional harus dilihat dalam kerangka semasa dan bukan sebelum pembentukan kerajaan Perikatan Nasional Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata MN diasaskan ketika PAS dan UMNO me...
Gabungan Tiga Parti Dalam Pn Jalan Terbaik Tuan Ibrahim

Gabungan Tiga Parti Dalam Pn Jalan Terbaik Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 214 hits
SHAH ALAM Pas tetap berpendirian bahawa gabungan antara tiga parti iaitu UMNO Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia di bawah Perikatan Nasional adalah jalan terbaik Timbalan Presidennya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata bagi Pas asa...
Mereka Nak Gunakan Kita Lawan Politik Dalam Umno Anwar Ibrahim

Mereka Nak Gunakan Kita Lawan Politik Dalam Umno Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 198 hits
PRESIDEN PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap rakaman perbualan telefon bersama Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi seperti sengaja digunakan untuk melawan politik dalam UMNO Menurut Anwar dia sudah mengarahkan supaya satu lap...
Umno Kongsi Matlamat Amanah Lawan Pas Di Kelantan Kata Che Ibrahim

Umno Kongsi Matlamat Amanah Lawan Pas Di Kelantan Kata Che Ibrahim

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 266 hits
ARIF BASHARUDINUmno perlu mengambil sikap tegas dengan Pas di Kelantan kerana sudah terang lagi bersuluh Pas bermain dua kolam untuk kepentingan kuasanya walaupun mengkhanati rakannya sendiri Oleh itu Umno Kelantan patut membuat keputusan t...
Anwar Ibrahim Kot Calon Perdana Menteri Oleh Umno

Anwar Ibrahim Kot Calon Perdana Menteri Oleh Umno

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 381 hits
Petikan dari satu surat bertarikh 11 Oktober 2020 yang didakwa dihantar Zahid sendiri kepada Yang di Pertuan Agong Selain nama dan tandatangan Ahmad Zahid sebagai pengutus surat tersebut turut dilihat mempunyai tandatangan Ahli Parlimen Pek...
Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Berebut Kasih

Reaching Out

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools

Penuhkan Keseniangan Anda Dengan Kedatangan Terbaru Vivo V30e 5g Di Malaysia

Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


The Infinite Rise House By Earthscape Studio In Anaikatti India

Territorial Sea Act Still Valid And Applicable Including In T Ganu Pmo

Bomba Extinguishes Blaze That Razed 40 Of Pasir Gudang Palm Oil Factory

Towards More Comprehensive Pension Reform

Sayur Tauge Masak Lemak Putih Untuk Lunch

Sungai Muda Sempadan Pulau Pinang Kedah