Hawar Berdarah Ada Penternak Tak Ambil Peduli Vaksin Kata Exco




Vaksin untuk mencegah penyakit hawar berdarah dalam kalangan haiwan ternakan adalah percuma, justeru apa yang diperlukan hanya kerjasama penternak supaya memberi kebenaran suntikan dilakukan.
Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu Dr Azman Ibrahim berkata ada kalanya kerajaan mengalami kesukaran melaksanakan langkah pencegahan kerana sikap tidak ambil peduli tentang kepentingan vaksin.
“Apabila ada kes wabak yang melanda ternakan lembu dan kerbau seperti hawar berdarah dikesan di sesuatu lokasi, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) akan segera melakukan tindakan pencegahan dengan pemberian vaksin kepada semua ternakan yang berada dalam daerah dan kawasan sekitar.
“Ini adalah prosedur operasi standard (SOP) jabatan supaya wabak tak merebak. Pemberian vaksin itu dilakukan secara percuma sahaja.
"Hanya kerjasama daripada pemilik ternakan yang diperlukan dan saya yakin stok vaksin yang ada adalah mencukupi, “ katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Terengganu hari ini.
Azman berkata terdapat segelintir penternak yang menolak permohonan JPV kerana beranggapan ternakan mereka sihat hingga proses mencegah penularan terganggu, yang akhirnya membawa kematian ternakan dalam kuantiti yang banyak.
Katanya, penyakit hawar berdarah dikesan berlaku di Terengganu pada 2018 dan JPV mengambil tindakan sepatutnya sebagaimana SOP.
“Apabila mula dikesan pada 2018 hingga fasa perintah kawalan pergerakan (PKP) 2020 proses vaksin dilakukan secara berterusan.
"Tanpa vaksin, jangkitan dan kematian ternakan boleh berlaku tanpa dijangka. Vaksin sebagai suatu ikhtiar pencegahan. Tanpa ikhtiar kita tidak boleh berserah begitu sahaja.
“Biasa berlaku apabila berlaku kematian barulah pemilik yang asalnya tidak memberikan kerjasama, mengizinkan baki ternakan mereka yang masih hidup diberikan vaksin,” katanya yang turut berharap agar penternak di negeri itu mengubah sikap dan mendengar saranan JPV.
Azman juga menggesa penternak mengambil langkah pencegahan dengan mengasingkan haiwan ternakan bergejala serta segera melaporkan kepada JPV untuk mengambil vaksin dalam tempoh terdekat.
Semalam tular tentang kematian 36 ekor kerbau peliharaan keluarga ‘Kampung Boy’ atau Muhammad Syukur Khamis, 15 , secara berperingkat sejak Rabu lalu.
Pagi ini enam ekor lagi mengalami nasib sama yang dipercayai akibat hawar berdarah. Hingga kini, siasatan mengesan punca kematian itu masih giat dilakukan oleh pihak JPV.
Sementara itu, Pengarah JPV Terengganu Dr Mohd Tarmizi Ghazali berkata dari 9 hingga 28 Ogos lepas, seramai 13 penternak turut mengalami musibah itu, melibatkan kematian 22 kerbau dan 15 lembu di Kampung Tuman Jerong, Marang.
Pihaknya mengesan terdapat jangkitan penyakit hawar berdarah atau hemorrhagic septicemia pada haiwan berkenaan.
Susulan itu, operasi memberi vaksin dilakukan ke atas 675 lembu dan 58 kerbau milik 106 penternak di 12 kampung sejak 30 Ogos lalu.
#Sumber :  - Bernama  

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/09/hawar-berdarah-ada-penternak-tak-ambil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wilayah Persekutuan Akan Tubuh Badan Urus Air Sendiri Kata Menteri

Wilayah Persekutuan Akan Tubuh Badan Urus Air Sendiri Kata Menteri

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 660 hits
Annuar Musa berkata dengan adanya badan pengurusan air sendiri Wilayah Persekutuan boleh menguruskan konsesi air sendiri dan membeli air mentah atau memproses air PUTRAJAYA Badan pengurusan air akan diwujudkan di Wilayah Persekutuan bagi me...
Jpv Jangan Makan Daging Dijangkiti Hawar Berdarah

Jpv Jangan Makan Daging Dijangkiti Hawar Berdarah

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 241 hits
Foto Sekadar HiasanM Update 18 9 2020 Penternak dilarang daripada menyembelih makan dan menjual ternakan yang dijangkiti penyakit Haemorrhagic Septicaemia atau hawar berdarah Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu Dr Mohd Termiz...
Hawar Berdarah Dipercayai Punca Kematian 36 Ekor Kerbau Milik Syukur

Hawar Berdarah Dipercayai Punca Kematian 36 Ekor Kerbau Milik Syukur

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 787 hits
KUALA TERENGGANU Sebanyak 36 daripada keseluruhan lebih 100 kerbau milik keluarga remaja yang terkenal dengan jolokan Mowgli Malaysia Muhammad Syukur Khamis 15 mati mengejut sejak Rabu lalu Kesemua kerbau berusia antara dua hingga lima tahu...
Hari Tu Dabik Dada Kata Boleh Kawal

Hari Tu Dabik Dada Kata Boleh Kawal

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 228 hits
RINA HAMZAHBukankah menteri menteri PN aritu mendabik dada katanya dengan adanya kerajaan PN pandemik COVID 19 akan segera pulih dalam jangkamasa terdekat Kenapa sekarang tiba tiba melonjak balik seperti bakal wujud gelombang baru seperti j...
Mb Selangor Ph Menipu Kata Agc Pasal Kertas Siasatan Pencemaran Air Di Selangor

Mb Selangor Ph Menipu Kata Agc Pasal Kertas Siasatan Pencemaran Air Di Selangor

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 321 hits
Peguam Negara Idrus Harun menafikan dakwaan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari bahawa pihaknya tidak mengambil tindakan berhubung pencemaran air di Selangor Dalam kenyataan media hari ini Idurs menyifatkan tuduhan Amirudin itu sebagai ti...
Kata Hasto Harapan Puan Soal Sumbar Dialektika Ideologis Diucapkan Dengan Bismillah

Kata Hasto Harapan Puan Soal Sumbar Dialektika Ideologis Diucapkan Dengan Bismillah

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 180 hits
Pernyataan Ketua DPP PDIP Puan Maharani yang menyampaikan harapan agar Sumatera Barat menjadi provinsi yang mendukung Pancasila menuai polemik Sekjen PDIP Hasto Kristiyanto menjelaskan pernyataan Ketua DPR itu adalah dialektika ideologi Pua...
Harap Semua Pihak Terima Keputusan Mahkamah Kata Shafie

Harap Semua Pihak Terima Keputusan Mahkamah Kata Shafie

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 238 hits
Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal berharap semua pihak menerima keputusan dibuat Mahkamah Rayuan hari ini KOTA KINABALU Semua pihak di Sabah diharap menerima keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang menolak rayuan 33 Ahli Dewan Undangan Neger...
Usaha Perkukuhkan Ph Pantuk Dan Pejuwang Kata Itu Membina Persepsi

Usaha Perkukuhkan Ph Pantuk Dan Pejuwang Kata Itu Membina Persepsi

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 304 hits
1 Antara serangan terhadap saya oleh anai2 PANtuk dan anjing pejuWANG ialah mereka kata saya hanya membina persepsi dan membuat spekulasi Ada anai2 PANtuk kata saya kencing dan cabar nak jumpa saya depan pemimpin utama PKR Ok Fine 2 Penyoko...
Kerja Keras Macam Esok Pru Kata Muhyiddin

Kerja Keras Macam Esok Pru Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 359 hits
September 8 2020 10 48 PMPresiden PPBM Muhyiddin Yassin berkata untuk berjaya dalam pilihan raya tidak ada pilihan lain kecuali kukuhkan semangat dan mengelakkan perpecahan KUALA LUMPUR Muhyiddin Yassin mahu pemimpin politik dalam Perikatan...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord