Hati Hati Senjata Makan Tuan


BUKAN orang UMNO sahaja melenting dengan pendedahan Tan Sri Dr. Rais Yatim dalam satu program Ruang Bicara dari Facebook Bernama TV, 10 Mac lalu.

Khabarnya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pun sama naik mempersoalkan kenyataan Rais itu.

Pengundi 18 tahun tak jadi, begitu tajuk tertera di web Utusan Malaysia iaitu Utusan Digital atau utusan.com.my diungkapkan Rais dalam program itu – yang pantas kemudiannya dipetik oleh portal-portal berita lain.

Berpeluang sarapan dengan Yang Dipertua Dewan Negara itu di sebuah restoran di Ampang Jaya, Selangor, kelmarin, Rais yang berbaju T merah dan berseluar trek baru selesai berjogging ditanya saya mengenai ‘keberaniannya’ itu.

Ini kerana pada 16 Julai 2019, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 bagi menurunkan had umur mengundi dari 21 ke 18 tahun, pendaftaran pengundi automatik serta menurunkan umur calon bertanding pilihan raya kepada 18 tahun.

Kalau ikut jadualnya, semua perkara itu akan berkuat kuasa Julai tahun ini.

Jawab Rais: “Saya sudah nyatakan kalau (anda) nak lantik saya sebagai speaker, bagi ruang kepada saya. Kalau tak, ambil balik (jawatan itu). Lagi saya tak boleh menyuarakan sesuatu, lagi saya tak boleh jadi ‘pak turut’. Saya kena bersuara. Lagipun, saya tak ada pegang jawatan besar dalam parti (Bersatu). Saya pun tak bertanding (jawatan dalam Bersatu).”

Saya petik hujah-hujah Rais dalam sarapan sambil bual santai tersebut. Pada masa sama, Rais turut menghujahkan mengapa pentadbiran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin harus diteruskan sehingga cukup penggal lima tahun pada Mei atau Jun 2023. Ikuti pengamatan Rais:

TERGESA-GESA
Dilemanya begini, undang-undang sudah dilulus, tetapi pelaksanaannya berintangan. Setahun lebih sudah lulus tak bergerak menunjukkan dasar ini ‘tak masak’ lagi dihalusi dari konteks pelaksanaan, perimbangan sosiopolitik dan pegangan kemasyarakatan di Malaysia.

Sekitar tujuh juta berada dalam lingkungan umur 18 ke 21 tahun. Bermakna, seseorang anak yang baru keluar dari Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sudah bergerbang nak jadi pengundi. Sedangkan dalam dada dan pengalaman masing-masing belum ada persediaan untuk timbangkan sosiopolitik. Bagaimana kita nak harapkan anak 18 tahun atau 19 tahun ini membuat satu pilihan yang sebenar dari segi nilai?

Cucu saya serta kawan- kawan saya yang ada anak dalam lingkungan usia itu semua berkata, anak-anak mereka tak seharusnya mengundi dahulu. Belajar dahulu. Bab ini tidak diperhalusi oleh Pakatan Harapan dahulu. Mereka buat dasar ini tergesa-gesa oleh kerana kebanyakan hujah itu dikemukakan secara gelap oleh (Menteri Belia dan Sukan waktu itu) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sahaja.

Saya tak perkecilkan pegangan beliau (Syed Saddiq). Tetapi saya perkecilkan ketiadaan perhalusan dari segi dasar yang hendak dibuat. Boleh sahaja dipinda Perkara 48 atau syarat-syarat menjadi wakil rakyat, sama ada ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri, namun realiti di bawah sana, mereka masih anak-anak.

RENAISSANCE
Tapi hujah mereka, oh! sekurang-kurangnya 80 negara sudah laksana. Kita ini bekas ‘air tangan’ British. Bekas koloni. Manifestasi minda kita belum bercambah lagi macam Eropah. Negara-negara lain suasana berbeza dengan negara ini. Keadaan ini nisbahnya 50:50. Dan kita serlahkan karier berpolitik terlampau awal.

Di Eropah, mereka dengan renaissance (zaman kebangkitan Eropah yang amat terkenal oleh para sejarawan pada kurun ke-14 hingga 17 sebelum berlaku Revolusi Perindustrian) mereka. Misalnya pemberontakan Perancis 1778. Kita masa itu masih gelap, sedangkan Eropah sudah perbesarkan minda mereka. Kita masih suntuk dalam membajai warga muda. Proses pendidikan kita belum sampai ke situ. Boleh kalau hendak diteruskan (pengundi 18 tahun) tetapi bahananya lebih banyak daripada faedah.

MUDAH ‘DIBANCUH’
Apa bezanya seseorang yang berumur antara 18 ke 20, hanya empat tahun? Tunggulah sampai ke 21 tahun untuk berdaftar sebagai pengundi. Dalam empat tahun saya tak nampak percambahan manusia yang begitu hormat sehingga ditunjukkan menjadi pemilih. Seperkara lagi, umur 18 ke 21 sangat mudah ‘dibancuh’ pemikiran mereka. Kalau dikatakan mereka yang berusia 18 ke 21, kenapa orang Melayu begitu banyak jadi mat rempit? Bermakna mereka tak gunakan nilai asas pemikiran bangsanya, masyarakatnya dalam tempoh empat tahun itu.

‘MEMUJA’
Mengapa saya tidak bantah waktu itu (Syed Saddiq kemukakan cadangan pengundi 18 tahun)? Saya tak ada dalam parti (Bersatu) masa itu. Saya masih di luar (Bersatu). Saya bukan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi. Saya masuk bulan enam 2019. Tapi takkan suara saya seorang (yang bantah). Masa itu juga suasana ‘puja memuja’ Tun Dr. Mahathir (Mohamad) dengan Syed Saddiq. Suara orang lain tenggelam.

Soalnya, setelah undang-undang dilulus, mesti ada satu tempoh yang dipanggil justifikasi iaitu ‘melarutkan makanan dalam perut.’ Tapi tempoh itu tak ada. Nak cepat sangat, ini masalahnya.

Maklumlah masa itu suara gemuruh Tun Mahathir, suara (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, pakar reformasi. Jadi, saya fikir tak kena masanya.

POLITIK DALAM SEKOLAH
Sekarang, masih tak dapat buat. Sebabnya dari segi pentadbiran sangat sukar. Sudah buat kajian tentang kumpulan kelima ini? Menyenaraikannya sebagai pengundi tetapi pada masa sama mereka pelajar sekolah? Kalau masih jadi penuntut sekolah tingkatan lima nak mengundikah? Ini secara langsung amalkan politik dalam kelas. Tak salahkah?

JIKA TETAP DIBENAR PENGUNDI 18 TAHUN?
Saya fikir parti-parti berasaskan Melayu kalah dalam pilihan raya umum. Orang Melayu ini ‘sedap cakap.’ Tapi yang buat kerja di bawah tidak ada. Yang buat kerja di bawah ini DAP. DAP sudah bersedia dengan soldadu pengundi 18 tahun mereka. Kita orang Melayu, saya tak nampak. Saya bertanya kepada rakan-rakan di Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka pun belum buat penyusunan pentadbiran yang rapi. Saya tak lihat perkara ini boleh jadi realiti pada pilihan raya umum akan datang sekiranya tidak dimulakan penyusunan mengikut peraturan baharu. Iaitu satu peraturan baharu yang ingin dipersoalkan ialah mereka yang masih bersekolah, apa hukumnya dari aspek peraturan pendidikan negara? Mungkin mereka yang bersekolah ini menyatakan mereka harus bebas. Mereka akan mula buat kumpulan politik dalam kelas. Adakah ini menguntungkan untuk kita? Sedangkan Tun Dr. Arshad Ayub sendiri menyatakan profesor di negara ini tidak ada standard. Apa lagi cara kita berpolitik.

ALA MALAYSIA
Walaupun undang-undang menyatakan umur 18 tahun boleh mengundi, kita masih perlukan masa untuk kematangan ala Malaysia bagi perhitung dan menilai kedudukan pengundi berumur 18 ke 20 tahun. Mereka yang dalam tiga tahun lingkungan ini harus dididik, dilatih dan diserlahkan. Jadi, adakah parti-parti Perikatan Nasional membuat latihan untuk mereka? Tiada. UMNO jauh sekali. Yang buat latihan ini ialah DAP. Cergas saya tengok.

Jadi, ini (benarkan seawal 18 tahun jadi pengundi) untuk apa? Saya rasa akan menjadi ‘senjata makan tuan’. Sebabnya bukan Melayu lebih cergas menjalankan usaha pendaftaran pengundi.

Kecenderungan parti-parti Melayu berbuat demikian tidak seperti parti lawan. Ini realitilah.

Teruskan hingga satu penggal 2023

TAN Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri diyakini. Yang terbaik bagi beliau adalah menghabiskan khidmat sepenggalnya atau sekurang-kurangnya tiga suku dari penggalnya. Baru nampak kesan positif daripada pembekalan bajet yang diluluskan.

Kejayaan kerajaan pimpinannya mengatasi penularan pandemik Covid-19 dan membela kehidupan masyarakat secara tuntas, itu hendak direkodkan dalam buku hari-hari. Ini perlukan masa. Kalau diadakan pilihan raya umum (PRU) dalam tempoh terdekat, ujian ini tidak dapat dibuat.

Maka Perdana Menteri perlu habiskan tempoh penggal pentadbiran yang ada sehingga 2023. Jika dijalankan PRU tahun ini, ia terlampau suntuk kerana belum lagi dapat dibuktikan bahan-bahan bantuan dan standard kehidupan rakyat. Tidak perlu takut ke Parlimen sebab mereka (pembangkang) tidak akan berjaya melakukan undi tidak percaya. Main bicara dan ‘songlap musang-musang’ bolehlah. Tapi tak ada yang jatuh.

WALAUPUN PM KONONNYA TIADA MAJORITI?
Itu cakap-cakap sahaja. Jika tadbir urus kerajaan (PN) mencapai rekod, saya fikir majoriti beliau (Muhyiddin) takkan terjejas.

Menghabiskan satu penggal pentadbiran, akan banyak faedah kepada kerajaan dan rakyat sebab bajet yang baru lulus ini baru satu per lapan digunakan. Ia peruntukan paling besar RM322.5 bilion. Penyerlahan atau impaknya tidak terasa lagi.

TAK DILAKSANA SEBAB TAKUT KALAH?
Ini bak kata orang kita bekerja sampai habis musim, baru orang dapat menilai. Kalau kerja separuh musim, rakyat tidak dapat nilai kita.

PESANAN BUAT MENTERI-MENTERI UMNO
Kepada menteri-menteri daripada UMNO dalam kerajaan haruslah lebih lantang menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin. Jangan main dua belah. Awak menteri, takkan tengok sahaja. Tegaskan pendirian, be gentleman.

Saya tak takut suarakan hal ini. Takkanlah Yang Dipertua Dewan Negara tak boleh cakap banyak. Lagi speaker disekat daripada bercakap, lagi dia akan cakap banyak. Buat apa dia tercongok di situ? Tak bermakna saya jadi speaker, awak nak tutup mulut saya. Takkan saya nak cakap yang bukan-bukan.

Oleh: Zulkifli Jalil

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/03/hati-hati-senjata-makan-tuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pertama Kali Makan Koko Jar Shake Puas Hati Balang Besar

Pertama Kali Makan Koko Jar Shake Puas Hati Balang Besar

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 545 hits
PERTAMA KALI MAKAN KOKO JAR SHAKE PUAS HATI BALANG BESARAssalamualaikum semua Dari panas berdenting eh tetiba hujan turun dengan lebatnya Hujan hujan macam ni sedapnya tarik selimut baca buku sambil menikmati Koko Jar Shake Memang satu pake...
Jika Suami Tak Mahu Mendengar Isteri Pun Susah Nak Luah Akhirnya Makan Hati

Jika Suami Tak Mahu Mendengar Isteri Pun Susah Nak Luah Akhirnya Makan Hati

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 252 hits
Kadang kadang isteri sukar meluahkan keinginannya Mungkin kerana lebih mementingkan keperluan suami dan anak anak Juga tidak mahu menyusahkan suami untuk memenuhi apa yang dia mahukan Sudahnya isteri lebih selesa memendam sendiri Sebagai su...
17 Kesan Buruk Makan Riba

17 Kesan Buruk Makan Riba

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 395 hits
Berikut ini diantara kesan buruk riba yang kami sarikan dari Ar Riba Adlraruhu wa Atsaruhu fii Dlauil Kitabi was Sunnahkarya Dr Sa id bin Wahf Al Qahthani Riba memberikan dampak negatif bagi akhlak dan jiwa pelakunya Jika diperhatikan maka ...
Hiburan Saya Orang Korea Kami Makan Daging Khinzir Instafamous Maryam Younarae Tampil Jawab Komen Nakal Netizen

Hiburan Saya Orang Korea Kami Makan Daging Khinzir Instafamous Maryam Younarae Tampil Jawab Komen Nakal Netizen

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 713 hits
Personaliti media sosial terkenal Malaysia Korea Ryzal dan Mariam mula terkenal dalam kalangan pengguna Instagram kerana keletah mereka berdua yang tampil bersahaja dengan gurau senda antara suami isteri Sumber Instagram Durian Kimchi Serin...
Makan Petang

Makan Petang

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 307 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Kalau bab makan jaranglah KK nak tolak tak kisahlah makan apapun kita ni kalau bab makan memang depan sekaliKali ni KK yang ajak sebab KK teringin nak makan chicken chop kat Local Cafe lagipun bila dah ...
Cara Membuat Popcorn Caramel Sekali Makan Tak Sedar Habis Sebekas

Cara Membuat Popcorn Caramel Sekali Makan Tak Sedar Habis Sebekas

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 287 hits
Cara Membuat Popcorn Caramel Sekali Makan Tak Sedar Habis Sebekas Popcorn caramel ni memang sedap terutama bila dimakan dalam panggung wayang Popcorn antara jajan yang cukup digemari Sambil tengok tv atau menonton wayang memang sedap melaya...
5 Menu Makanan Terbaik Malaysia Untuk Makan Tengahari Yang Mengenyangkan

5 Menu Makanan Terbaik Malaysia Untuk Makan Tengahari Yang Mengenyangkan

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 226 hits
5 Menu Makanan Terbaik Malaysia Untuk Makan Tengahari Yang Mengenyangkan Makanan di Malaysia memang banyak pilihan Baik sarapan makan tengahari mahupun makan malam terdapat pelbagai jenis makanan untuk dinikmati Kadang ada yang beranggapan ...
Bapa Tetap Makan Habis Walaupun Anak Masak Tak Sedap Siap Puji Lagi

Bapa Tetap Makan Habis Walaupun Anak Masak Tak Sedap Siap Puji Lagi

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 324 hits
Seorang ayah sanggup lakukan apa sahaja untuk anak yang disayanginya mana mungkin mereka yang bergelar bapa sanggup membuat hati anak mereka terasa walaupun kadang kala mereka jarang mengucapkannya dari mulut dan lebih daripada perbuatan un...
Ajar Anak Perempuan Makan 3 Superfood Ni Untuk Otak Rugi Tak Ambil

Ajar Anak Perempuan Makan 3 Superfood Ni Untuk Otak Rugi Tak Ambil

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 394 hits
Orang kata mendidik anak perempuan ni lain macam sedikit caranya Mungkin emosi anak perempuan yang berlebih lebihan ditambah pula dengan emosi ibu buat makin rasa payah Hakikatnya anak perempuan kita memang istimewa Menuntut lebih perhatian...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias