Hati Hati Inilah Akibatnya Tak Bersarapan Kurang Minum Air Wanita Terseksa Kerana Ada 2 000 Batu Karang


Selalu kita dengar, tak kiralah nasihat daripada doktor ataupun ibu kita sendiri bahawa sarapan ialah meal paling penting yang kita ambil perlu dalam sehari.
Sebab kalau korang kerap sangat skip breakfast, kemungkinan besar korang akan jadi seperti Wang, wanita dari China ini yang mempunyai hampir 2,000 batu karang dalam hempedu! Alamak!
Alami sakit yang melampau, doktor terkejut wanita ada 2,000 batu karang
Semuanya bermula apabila Wang yang berusia 29 tahun dari Guizhou, China ini dikatakan telah didiagnos alami sakit ulser perut hampir 6 tahun lepas, lapor WORLD OF BUZZ.
Disebabkan penyakitnya tu, Wang memang akan alami ketidakselesaan perut tapi pada hari kejadian, sakit yang dialaminya memang sungguh luar biasa sampai dia dimasukkan hospital. Dari sinilah baru doktor tahu yang Wang ada batu karang dan dorang terkejut gila bila tahu jumlah batu karang tersebut.
Lepas jalani pembedahan laparoscopy, doktor mengira jumlah batu karang dan mendapati mereka actually dah keluarkan 2,000 biji daripada hempedu Wang. Gilalah!

Sumber: WOB
Batu karang terbesar saiz 1 cm dan semua ini berpunca dari…
Melalui pemerhatian doktor, batu karang terbesar yang mereka keluarkan bersaiz 1cm, manakala batu karang terkecil pula bersaiz 0.2cm dalam diameter.
Walaupun ada banyak perkara yang menyebabkan batu karang berlaku, berdasarkan kajian doktor, mereka mendapati yang semua ini terjadi disebabkan gaya hidup Wang yang tak sihat iaitu tak makan breakfast dan diet yang buruk.

Sumber: WOB
Tambahan lagi, Wang pulak sedang menganggur sekarang, jadi dia memang akan bangun lewat dan skip makan breakfast.
Menurut Wang, dia mengaku yang dia suka makan makanan berminyak dan pedas serta makan organ dalaman haiwan tetapi kurang minum air. Aduhai! Anyway admin pun tak tahu yang perkara-perkara ni boleh sebabkan batu karang ye!

Sumber: WOB
Macam manapun, kata doktor perkara ni bukanfirst time berlaku. Yang paling penting, korang mestilah amalkan healthy lifestyle untuk elakkan benda ni daripada berlaku di masa hadapan.
Eat clean and stay healthy gaiss!
sumber: lobak merah
Artikel berkaitan:
Penyakit Batu Karang: Punca, Tanda-tanda, Rawatan Dan Pencegahan
Penyakit batu karang (kidney stone) adalah masalah kesihatan yang lazim terjadi di kalangan lelaki. Ubat batu karang yang paling berkesan sememangnya agak sukar ditemui. Oleh itu, segala langkah pencegahan patut diambil dari awal lagi seperti mengenali tanda-tanda batu karang jika ia mula menyerang seseorang.
Artikel ini akan mengenalpasti punca, tanda-tanda, jenis dan rawatan untuk masalah batu karang dimana semua maklumat ini sangat berguna bagi menghadapi kemungkinan berlakunya serangan penyakit ini.
Bagi mereka yang sedang mengalami masalah ini, semua maklumat ini diharap dapat membantu dari aspek rawatan dan pencegahan daripada berulang.

Apa Itu Batu Karang?
Secara umumnya, batu karang merujuk kepada batu yang terbentuk di dalam saluran kencing, iaitu dari buah pingganghingga ke pundi kencing.
Dari segi perubatan, terdapat pelbagai jenis batu karang dimana setiap satunya berbeza mengikut simptom dan bahagian tubuh badan yang mengalami kesakitan. Jika batu karang tersebut berada di dalam buah pinggang, ia dikenali “nephrolithiasis” dan jika ia di dalam ureter iaitu saluran yang menghubungkan buah pinggang dan pundi kencing, ia dikenali sebagai “ureterolithiasis”.
Bagaimanapun, secara umum ia dikenali sebagai “urolithiasis”, iaitu batu di dalam saluran kencing.
Selain mengakibatkan rasa sakit yang melampau, batu karang juga boleh menyebabkan kerosakan atau kegagalan buah pinggang.
Lebih teruk lagi, batu karang boleh menyebabkan jangkitan kuman yang membawa kepada berlakunya nanah di dalam buah pinggang. Ini mengakibatkan pembentukan bisul di dalam organ berkenaan. Akibatnya, jika kuman merebak ke seluruh sistem tubuh badan tanpa sempat dirawat, ia boleh menyebabkan kematian.
Mari kita lihat dengan lebih lanjut berkaitan penyakit ini.
Punca Penyakit Batu Karang
Batu karang terjadi disebabkan pelbagai punca, antaranya termasuklah;
Kurang Air
Kurangnya pengambilan air adalah antara punca berlakunya penyakit batu karang. Apabila kita kurang minum air, penghasilan air kencing juga turut berkurangan dan ini menyebabkan air kencing menjadi semakin pekat. Malahan, air kencing juga akan dipenuhi kalsium, oxalate dan asid urik yang menyebabkan pembentukan batu karang.
Garam
Garam masakan mengandungi kandungan natrium yang tinggi. Pengambilan garam dalam kuantiti yang tinggi boleh menyebabkan pembentukan batu karang. Unsur natrium di dalam garam akan menyebabkan banyak kalsium masuk ke dalam air kencing, lantas menyebabkan berlakunya pembentukan batu karang.
Lemak Omega 6
Makanan yang tinggi dengan bahan Omega 6, seperti lemak haiwan dan beberapa jenis minyak sayuran boleh mendorong kepada pembentukan batu karang. Terdapat kajian yang merumuskan bahawa lemak jenis ini boleh mempengaruhi kemasukan oxalate dan mengurangkan pergerakan kandungan citrate ke dalam air kencing dimana keadaan ini membolehkan berlakunya pembentukan batu karang.
Vitamin C
Vitamin C yang diambil untuk tujuan kesihatan akan diuraikan di dalam tubuh badan. Akan tetapi, selain manfaat kesihatan,terdapat juga kesan sampingan. Ini adalah kerana Vitamin C mempunyai kompaun oxalate dimana secara lazimnya, oxalate akan disingkirkan menerusi air kencing. Apabila kandungan oxalate tinggi di dalam air kencing, ia boleh menyebabkan terbentuknya batu karang.
Penyakit Metabolik
Penyakit metabolik boleh menyebabkan peningkatan kalsium yang tinggi di dalam badan dan menyebabkan simptom “hypercalciuria”. Hypercalciuria merujuk kepada kadar kandungan kalsium yang tinggi di dalam air kencing dan ia adalah salah satu penyebab berlakunya pembentukan batu karang.
Peningkatan kalsium di dalam badan boleh disebabkan pelbagai faktor. Antaranya termasuklah pengambilan makanan tambahan yang mengandungi unsur kalsium pada kadar berlebihan. Ia juga mungkin disebabkan penyerapan kalsium dari tulang ke dalam darah pada kadar yang tinggi.
Dengan kata lain, batu karang boleh terbentuk apabila wujudnya unsur kalsium dan oxalate dalam kuantiti yang banyak di dalam air kencing.
Masalah kesihatan ini boleh dielakkan jika kandungan citrate wujud dalam kuantiti yang tinggi di dalam air kencing.
Tanda-Tanda Batu Karang
Antara tanda lazim terjadinya batu karangialah sakit belakang, kencing kotor, sakit ketika buang air kecil dan kencing berdarah.
Semua simptom batu karang, terutama pada tahap serius, dapat dirasai pesakit.
Batu karang yang bergerak melalui ureter dan tersekat akan menyebabkan saluran ureter mengembang dan menjadi punca sakit belakang yang teruk.
Pesakit akan merasa sakit belakang di bahagian kiri atau kanan badan. Rasa sakit tersebut bergantung kepada tempat di mana batu karang itu berada.
Kesan kesakitan itu akan merebak ke bahagian lain sehinggalah ke bahagian kemaluan pesakit. Tahap kesakitan akibat batu karang dikatakan lebih teruk berbanding sakit hendak bersalin (menurut gambaran dari pesakit wanita yang pernah bersalin).
Tanda lain seseorang diserang masalah batu karang ialah loya dan muntah.
Ada juga pesakit batu karang yang tidak mengalami kesakitan dan ia adalah berkemungkinan mereka mempunyai masalah batu karang jenis bercabang seperti tanduk rusa yang juga dikenali sebagai ‘batu staghorn’.
Batu karang jenis ini lazimnya tidak menampakkan sebarang tanda kerana ia tidak membabitkan pengembangan saluran ureter. Namun, ia boleh menyebabkan jangkitan saluran kencing akibat kewujudan bakteria pada batu karang berkenaan.
Jenis Batu Karang
Batu Karang Stones
Lazimnya wujud beberapa jenis batu karang, iaitu:
Batu Kalsium (Kalsium Oxalate)
Batu Asid Urik
Batu Cystine
Batu Struvite.
Batu Struvite terbentuk dari unsur magnesium, ammonia dan fosfat yang bercampur dengan karbonat. Batu Struvite juga dikenali sebagai batu jangkitan.
Batu Kalsium terbentuk hasil campuran 80 peratus bahan kalsium dimana ia berbentuk bercabang dan tajam.
Batu Kalsium Fosfat terbentuk akibat jangkitan kuman dalam air kencing yang bersifat alkali.
Batu Asid Urik pula terbentuk disebabkan penyakit gout.
Batu karang bukan sahaja boleh wujud di dalam saluran kencing. Ia juga boleh terbentuk di dalam hempedu.
Batu karang jenis Kalsium Oxalate, Kalsium Fosfat dan Stuvite dapat dikesan menggunakan X-Ray.
Batu karang jenis Asid Urik dan Cystine pula dapat dikesan menerusi kaedah ultrasound atau ujian CT scan.
Batu karang tidak terbentuk dalam masa yang singkat. Ia mengambil masa yang lama untuk terbentuk dan membesar di dalam ginjal. Bagi sesetengah kes, ia mungkin mengambil masa sehingga berpuluh tahun untuk terbentuk, tanpa disedari.
Data perubatan menunjukkan satu daripada 20 orang terdedah dengan risiko penyakit batu karang. Dari segi jantina pula, lelaki mempunyai kecenderungan yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit ini berbanding wanita dengan nisbah 3:1.
Dari segi usia, batu karang kerap dialami oleh individu berusia di antara 20 tahun dan 50 tahun.
Penyakit batu karang merupakan penyakit yang boleh berulang.
Rawatan Batu Karang
Hari ini, terdapat banyak kaedah rawatan batu karang samada secara tradisional mahupun moden.
Rawatan tradisional batu karang biasanya menggunakan buah-buahan, herba dan akar kayu. Penawar batu karang ini biasanya diwarisi sejak turun temurun. Kaedah rawatan tradisional ini akan dirangkumi secara terperinci di dalam artikel lain nanti
Berikut ialah beberapa kaedah moden yang biasa menjadi pilihan doktor perubatan dalam merawat batu karang.
Kebiasaannya kaedah rawatan akan bergantung kepada tahap penyakit. Antara rawatan yang biasanya diberikan adalah:
Ubat tahan sakit
Antibiotik
Ubat hancurkan batu karang
Pembedahan
Ubat Tahan Sakit
Ubat tahan sakit akan digunakan sebagai rawatan awal sementara doktor perubatan mempertimbangkan kaedah lain. Lazimnya ubat tahan sakit yang diberikan adalah daripada jenis “non steroidal anti-inflammatory drugs”.
Penggunaan ubat ini akan memberi kelegaan kepada saluran ureter, sekali gus mengurangkan kesakitan yang dialami oleh pesakit.
Jika pesakit masih sakit, biasanya doktor perubatan akan memberi ubat yang lebih kuat, seperti morfin. Sekiranya kesakitan masih tidak berkurangan, pesakit berkemungkinan dimasukkan ke wad untuk rawatan seterusnya.
Antibiotik
Doktor perubatan juga akan mempertimbangkan untuk memberi antibiotik kepada pesakit batu karang. Antibiotik biasanya diberikan selepas pemeriksaan air kencing dilakukan dan ujian air kencing mendapati ada tanda-tanda kencing kotor. Kencing kotor biasanya menunjukkan jangkitan kuman telah berlaku dan ia mewajarkan pemberian antibiotik.
Ubat Menghancurkan Batu Karang
Batu karang jenis Asid Urik dan Cystine boleh dilarutkan atau dihancurkan. Kaedah yang digunakan adalah dengan mengubah tahap keasidan air kencing supaya menjadi lebih alkali.
Ubat jenis “potassium citrate” digunakan untuk melarutkan batu karang dimana ubat ini mampu melarutkan batu karang yang bersaiz sehingga satu sentimeter.
Pembedahan
Kaedah pembedahan akan digunakan sekiranya perlu. Ianya akan dipertimbangkan apabila semua kaedah lain didapati tidak berkesan untuk menghilangkan kesakitan. Ia juga dilakukan sekiranya pesakit menghadapi risiko jangkitan kuman dan boleh mengakibatkan kerosakan buah pinggang.
Prosedur lain
Selain dari kaedah yang telah dinyatakan di atas, terdapat satu lagi kaedah yang kini digunapakai oleh pakar perubatan moden. Kaedah yang dimaksudkan adalah “extracorporeal shockwave lithotripsy” (ESWL).
Kaedah ESWL ini adalah sejenis prosedur merawat batu karang tanpa pembedahan. Ia adalah kaedah rawatan yang dapat memecahkan batu karang menggunakan gelombang bunyi berkuasa tinggi.
Pesakit batu karang tidak perlu risau dan pening kepala untuk memilih kaedah rawatan moden yang diperlukan. Jenis rawatan akan ditentukan oleh doktor yang mengendalikan kes anda selepas segala ujian dilakukan terlebih dahulu.
Mencegah Pembentukan Batu Karang
Walau apa pun kaedah rawatan yang wujud, cara terbaik untuk menghadapi masalah Batu Karang adalah dengan mencegah pembentukan batu karang itu sendiri. Cara pencegahan paling baik adalah dengan mengamalkan langkah pencegahan melalui amalan pemakanan sihat dan gaya hidup aafiyat.
Dari aspek pemakanan, anda patut mengelak dari mengambil makanan yang boleh menyebabkan pembentukan kalsium dan asid berlebihan seperti tomato dan anggur yang mengandungi unsur Natrium dan Oxalate yang tinggi. Pengambilan makanan ini dalam kuantiti yang berlebihan akan menyebabkan peningkatan kalsium dalam air kencing dan menggalakkan pertumbuhan batu karang jenis Kalsium.
Minuman air berkarbonat, walaupun sedap rasanya, adalah salah satu daripada penyebab pembentukan batu karang. Kebanyakan air jenis ini mengandungi Asid Fosforik yang menjadi agen pembentukan batu karang. Oleh itu, kurangkan pengambilan air berkarbonat sekiranya anda ingin mengelakkan dari terhasilnya batu karang jenis Kalsium Fosfat.
Minum air yang mencukupi setiap hari. Air yang cukup dapat mengelakkan air kencing menjadi pekat. Apabila kencing mula pekat, struktur kompaun di dalam air kencing akan menjadi semakin rapat satu sama lain dan seterusnya membentuk batu karang.
Di samping itu, terdapat makanan yang dikenal pasti dapat mengurangkan risiko pembentukan batu karang seperti buah delima, buah teen, minyak zaitun dan juga madu.
Buah Delima kaya dengan antioksida yang bertindak untuk melindungi buah pinggang dari kerosakan akibat radikal bebas. Disamping itu, buah Delima juga dapat mengurangkan tahap keasidan air kencing sekaligus melarutkan batu karang (jika ada) secara semula jadi.
Pengambilan Jus Delima (Jus Delima Azerbaijan) secara konsisten setiap hari dapat mengelakkan pembentukan batu karang.
Sesungguhnya masalah batu karang ini boleh dicegah. Apa yang penting adalah mengamalkan pemakanan serta gaya hidup yang sihat dan aafiyat.
sumber: Aafiyatlifestyle
The post Hati-Hati! Inilah Akibatnya Tak Bersarapan & Kurang Minum Air, Wanita Terseksa Kerana Ada 2,000 Batu Karang appeared first on MFADHLY.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mfadhly.net/2019/01/18/hati-hati-inilah-akibatnya-tak-bersarapan-kurang-minum-air-wanita-terseksa-kerana-ada-2000-batu-karang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jarang Sarapan Dan Pola Makan Tak Teratur 2 000 Batu Empedu Ditemukan Dalam Tubuh Wanita Ini

Jarang Sarapan Dan Pola Makan Tak Teratur 2 000 Batu Empedu Ditemukan Dalam Tubuh Wanita Ini

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 329 hits
Sebuah kondisi medis mengerikan dialami oleh seorang wanita bermarga Wang karena pola makan yang tidak teratur Seperti dikutip dari ET Today melalui World of Buzz pada Kamis secara umum peasian diketahui sering melewatkan sarapan pagi Diket...
Wajib Baca Ini Sebab Kenapa Tidak Boleh Minum Air Botol Plastik Yang Ditinggalkan Dalam Kereta Terutamanya Wanita

Wajib Baca Ini Sebab Kenapa Tidak Boleh Minum Air Botol Plastik Yang Ditinggalkan Dalam Kereta Terutamanya Wanita

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 371 hits
Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payudara Dia tampil di acara Ellen Show dan mengatakan perkara yang sama Perkara ini telah diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kan ser payu da ra terutamanya di Australia Dokt...
Dalam Hati Ada Taman Isteri Dedah Punca Pengantin Lelaki Gugur Air Mata Ketika Cium Dahinya

Dalam Hati Ada Taman Isteri Dedah Punca Pengantin Lelaki Gugur Air Mata Ketika Cium Dahinya

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 388 hits
Dalam hati ada taman isteri dedah punca pengantin lelaki gugur air mata ketika cium dahinya Pernikahan adalah momen yang paling ditunggu tunggu setiap pasangan untuk menyatukan dua hati menerusi satu ikatan yang sah BACA Sudah tentu saat du...
Kpk Identifikasi 20 Proyek Air Minum Di Kemenpu Pera Ada Praktik Suap

Kpk Identifikasi 20 Proyek Air Minum Di Kemenpu Pera Ada Praktik Suap

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 194 hits
KPK Identifikasi 20 Proyek Air Minum di KemenPU Pera Ada Praktik Suap Febri mengatakan dari 20 proyek air minum yang terindikasi adanya praktik rasuah itu dikerjakan oleh PT Tashida Sejahtera Perkasa dan PT Wijaya Kusuma Emindo Menurut Febr...
Seawal Umur Berapa Bayi Anda Boleh Mula Minum Air Putih

Seawal Umur Berapa Bayi Anda Boleh Mula Minum Air Putih

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 424 hits
Air putih merupakan suatu yang sangat penting untuk survival setiap individu Namun begitu bayi yang berumur 6 bulan ke bawah masih belum boleh minum air putih kerana boleh mendatangkan pelbagai kesan terhadap kesihatan mereka Pada masa yang...
Belajar Minum Air Pada 4 Waktu Yang Betul Barulah Sihat Dan Cantik

Belajar Minum Air Pada 4 Waktu Yang Betul Barulah Sihat Dan Cantik

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 439 hits
Minum air pun ada caranya bukan main sebarang je Sebab tu orang tua pesan jangan minum air selepas makan kerana akan menyebabkan perut buncit Sebenarnya pantang larang ini adalah demi kebaikan kita Namun paling penting perlu minum air secuk...
Inilah Sebab Kenapa Si Cantik Manis Fazura Hanya Minum Air Panas

Inilah Sebab Kenapa Si Cantik Manis Fazura Hanya Minum Air Panas

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 450 hits
Berapa ramai dari kita yang mengamalkan minum air panas Berapa kerat Nisbahnya cukup kecil Rata rata semua orang lebih menggemari minum air sejuk kerana tidak perlu menunggu lama malah rasanya lebih selesa di tekak Tapi tahukah kamu mulakan...
Apa Kesan Minum Air Kopi Pada Orang Yang Ada Masalah Kencing Manis

Apa Kesan Minum Air Kopi Pada Orang Yang Ada Masalah Kencing Manis

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 332 hits
Kalau ada saudara atau kawan kawan atau mungkin anda sendiri sedang hadapi masalah penyakit kencing manis apa agaknya kesan minum air kopi pada penyakit kencing manis yang sedang dihadapi Sebelum ini minum kopi dikatakan tak bagus untuk kes...
Minum Asi Dari Ibu Kurang Dari 9 Bulan Bisa Buat Seseorang Jadi Kidal

Minum Asi Dari Ibu Kurang Dari 9 Bulan Bisa Buat Seseorang Jadi Kidal

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 196 hits
Penelitian yang dilaksanakan di University of Washington menyebut bahwa pada balita yang mendapat ASI lebih sedikit yang kidal Anak yang mendapat asi lebih dari enam bulan cenderung menjadi penggunaan tangan kanan di kemudian hari
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Lirik Lagu Rahsia Tuhan Noh Salleh

Cara Mudah Tanam Daun Selom

Mulia Dengan Al Qur An

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Upiak Feat Beby Acha Lato Lato Chord

Worldcoin Dan Ai