Hati Hati Dengan Sikap Ghuluw Ekstrem Dalam Agama Benda Yang Perlu Dihindari




Pengertian Ghuluw'
Ghuluw ditakrifkan sebagai sikap atau perbuatan yang berlebihan dalam perkara agama sehingga melampaui batasan syari'at. Ini boleh berlaku dalam bentuk keyakinan (i’tiqad), lisan atau perbuatan.
Friman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

ﻗُل ﯾَﺎ أَھْلَ اﻟْﻛِﺗَﺎبِ ﻻ ﺗَﻐْﻠُوا ﻓِﻲ دِﯾﻧِﻛُمْ ﻏَﯾْرَ اﻟْﺣَﻖِّ وَ ﻻ ﺗَﺗﱠﺑِﻌُوا أَھْوَ اءَ ﻗَوْ مٍ ﻗَدْ ﺿَﻠﱡوا ﻣِنْ ﻗَﺑْلُ وَ أَﺿَﻠﱡوا ﻛَﺛِﯾرً ا وَ ﺿَﻠﱡوا ﻋَنْ ﺳَوَ اءِ اﻟﺳﱠﺑِﯾل
“Katakanlah: “Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu ghuluw (melampaui batas) dengan cara yang tidak benar di dalam agamamu. Dan janganlah kamu mengikuti hawanafsu orang-orang terdahulu yang telah sesat (sebelum kedatangan Muhammad) dan mereka telah menyesatkan kebanyakkan (manusia), dan mereka tersesat dari jalan yang lurus.” (Surah Al-Ma’idah, 5: 77)

Sedangkan agama ini telah pun lengkap dan tidak perlu kepada penambahan atau pengurangan. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

اﻟْﯾَوْ مَ أَﻛْﻣَﻠْتُ ﻟَﻛُمْ دِﯾﻧَﻛُمْ وَ أَﺗْﻣَﻣْتُ ﻋَﻠَﯾْﻛُمْ ﻧِﻌْﻣَﺗِﻲ وَ رَ ﺿِ ﯾتُ ﻟَﻛُمُ اﻹﺳْﻼمَ دِﯾﻧًﺎ
“Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama-mu, dan telah aku cukupkan kepada kamu nikmat-Ku, dan telah Aku redhai Islam itu menjadi agama bagimu.” (Surah Al-Ma’idah, 5: 3)

Berikut adalah beberapa perkataan atau istilah yang digunakan untuk menunjukkan sikap berlebih-lebihan di dalam agama, di antaranya:
1. Tanaththu’ (Ekstream)
Daripada ‘Abdullah bin ‘Abbas (radhiyallahu ‘anhu), beliau berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

ھَﻠَك اﻟْﻣُﺗَﻧَطِّﻌُونَ ﻗَﺎﻟَﮭَﺎ ﺛََﻼﺛًﺎ
“Celakalah orang-orang yang tanaththu’ (ekstream).” dan beliau mengatakannya sebanyak tiga kali. (Shahih Muslim, no. 2670)



2, Tasyaddud (Memberat-beratkan Diri dengan suatu yang tidak diperintahkan) Daripada Abu Hurairah, bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda:

إنﱠ اﻟدِّﯾنَ ﯾُﺳْرٌ، وَ ﻟَنْ ﯾُﺷَﺎدﱠ اﻟدِّﯾنَ أَﺣَدٌ إِﻻﱠ ﻏَﻠَﺑَﮫُ، ﻓَﺳَدِّدُوا وَ ﻗَﺎرِ ﺑُوا، وَ أَﺑْﺷِرُوا، وَ اﺳْﺗَﻌِﯾﻧُوا ﺑِﺎﻟْﻐَدْوة اﻟرﱠوْﺣَﺔِ وَ ﺷَﻲْءٍ ﻣِنَ اﻟدﱡﻟْﺟَﺔِ
“Sesungguhnya agama ini adalah mudah, dan tiada seorang pun yang cuba menyusah-nyusahkan diri di dalam perkara agama ini melainkan dia pasti akan gagal. Maka luruslah (dalam beramal), dekatilah kesempurnaan (dengan cara yang benar), bergembiralah, dan mintalah pertolongan (kepada Allah) pada pagi hari, petang, dan penghujung malam. ” (Shahih Al-Bukhari, no. 39)


ﺗِﻠْك  ﺣدُودُ  ﱠ ِ ﻓَﻼ ﺗَﻘْرَ ﺑُوھَﺎ ﻛَذَﻟِكَ ﯾُﺑَﯾِّنُ  ﱠ ُ آﯾَﺎﺗِﮫِ ﻟِﻠﻧﱠﺎ ِس ﻟَﻌَﻠﱠﮭُمْ ﯾَﺗﱠﻘُون
“Itulah batasan yang telah ditetapkan oleh Allah, maka janganlah kamu melanggarnya. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka bertaqwa.” (Surah Al-Baqarah, 2: 187)

Dan juga firman-Nya:

وﻗَﺎﺗِﻠُوا ﻓِﻲ ﺳَﺑِﯾلِ  ﱠ ِ اﻟﱠذِﯾنَ ﯾُﻘَﺎﺗِﻠُوﻧَﻛُمْ وَ ﻻ ﺗَﻌْﺗَدُوا إِنﱠ  ﱠ َ ﻻ ﯾُﺣِ بﱡ اﻟْﻣُﻌْﺗَدِﯾن
“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas (keluar dari garis yang dibenarkan), kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” (Surah al-Baqarah, 2: 190)

4, Takalluf (Memaksakan Diri Dengan Mengada-adakan Sesuatu)

ﻗُل ﻣَﺎ أَﺳْﺄَﻟُﻛُمْ ﻋَﻠَﯾْﮫِ ﻣِنْ أَﺟْرٍ وَ ﻣَﺎ أَﻧَﺎ ﻣِنَ اﻟْﻣُﺗَﻛَﻠِّﻔِﯾن
“Katakanlah (Wahai Muhammad), “Aku tidak meminta upah sedikitpun kepadamu atas dakwah-ku dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang takalluf (mengada-adakan).” (Surah Shaad, 38: 86)

Iaitu maksudnya, “Aku tidak meminta risalah yang Allah pikulkan kepadaku, aku pula tidak meminta tambahan darinya melainkan apa yang diperintahkan kepadaku maka aku laksanakan, aku tidak menambah dan tidak menguranginya. Tetapi yang aku pinta adalah keredhaan Allah Subhanahu wa Ta’ala dan kehidupan akhirat.” (Tafsir Ibnu Katsir, 7/82)
Termasuk perbuatan takalluf adalah mengatakan sesuatu yang kita tiada pengetahuan tentangnya. ‘Abdullah bin Mas’oud radhiyallahu ‘anhu mengatakan: 
Allah Subahanhu wa Ta’ala berfirman:

ﯾَﺎ أَﯾﱡﮭَﺎ اﻟﻧﱠﺎسُ ﻣَنْ ﻋَﻠِمَ ﺷَﯾْﺋًﺎ ﻓَﻠْﯾَﻘُلْ ﺑِﮫِ، وَ ﻣَنْ ﻟَمْ ﯾَﻌْﻠَمْ ﻓَﻠْﯾَﻘُلِ  ﱠ ُ أَﻋْﻠَمُ، ﻓَﺈِنﱠ ﻣِنَ اﻟﻌِﻠْمِ أَنْ ﯾَﻘُولَ ﻟِﻣَﺎ ﻻَ َﻌْﻠَمُ ﱠ ُ أَﻋْﻠَمُ، ﻗَﺎلَ  ﱠ ُ ﻋَزﱠ وَ ﺟَلﱠ ﻟِﻧَﺑِﯾِّﮫِ ﺻَﻠﱠﻰ ﷲُ ﻋَﻠَﯾْﮫِ وَ ﺳَﻠﱠمَ: ﻗُلْ ﻣَﺎ أَﺳْﺄَﻟُﻛُمْ ﻋَﻠَﯾْﮫِ ﻣِنْ أَﺟْرٍ وَ ﻣَﺎ أَﻧَﺎ
“Wahai manusia, sesiapa yang mengetahui sesuatu hendaklah dia mengatakannya, dan sesiapa yang tidak mengetahui hendaklah dia mengatakan, “Allahu A’lam (Allah lebih mengetahui)”. Kerana termasuk sebahagian dari ilmu adalah mengatakan “Allahu A’lam” bagi sesuatu yang tidak diketahuinya.” Kemudian beliau menyebutkan firman Allah ‘Azza wa Jalla (Surah Shaad, 38: 86):

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak meminta upah sedikitpun padamu atas dakwahku dan bukanlah aku dari kalangan orang yang mengada-adakan.”.” (Shahih Al-Bukhari, no. 4809)
Contoh-contoh Ghuluw1. Ghuluw Dalam Perkataan (atau Ucapan)
Contoh 1: Terburu-buru dalam mengkafirkan, memfasiqkan dan mengkritik orang lain tanpa berpandukan kepada adab dan kaedah yang betul. Sehingga mengaib, mencerca dan mencela seseorang individu didahulukan dari menasihatinya dengan cara yang dianjurkan agama.
Contoh 2: Menokok tambah lafaz-lafaz zikir atau selawat yang telah sedia ada yang disunnahkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Termasuk dalam contoh kedua ini adalah memuji-muji Nabi dengan pujian yang tidak syar’i bahkan melanggar adab-adab dan batasan saat berselawat seperti meletakkan tambahan Sayyidina, maulana, Asy-Syafi dan seumpamanya ke atas nama Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.
Dari sebuah hadis dari Anas bin Malik, kata beliau seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam lalu berkata:

ﯾَﺎ ﻣُﺣَﻣﱠدُ ﯾَﺎ ﺳَﯾِّدَﻧَﺎ وَ اﺑْنَ ﺳَﯾِّدِﻧَﺎ، وَ ﺧَﯾْرَ ﻧَﺎ وَ اﺑْنَ ﺧَﯾْرِ ﻧَﺎ، ﻓَﻘَﺎلَ رَ ﺳُولُ ﷲِ ﺻَﻠﱠﻰ ﷲُ ﻋَﻠَﯾْﮫِ وَ ﺳَﻠﱠمَ:  ﯾَﺎ َﯾﱡﮭَﺎ اﻟﻧﱠﺎسُ ﻋَﻠَﯾْﻛُمْ ﺑِﺗَﻘْوَ اﻛُمْ، ﻻَ ﯾَﺳْﺗَﮭْوِﯾَﻧﱠﻛُمُ اﻟﺷﱠﯾْطَﺎنُ، أَﻧَﺎ ﻣُﺣَﻣﱠدُ ﺑْنُ ﻋَﺑْدِ ﷲِ ﻋَﺑْدُ ﷲِ وَ رَ ﺳُوﻟُﮫُ، وَ ﷲِ ﻣَﺎ أُﺣبﱡ أَنْ ﺗَرْ ﻓَﻌُوﻧِﻲ ﻓَوْ قَ ﻣَﻧْزِ ﻟَﺗِﻲ اﻟﱠﺗِﻲ أَﻧْزَ ﻟَﻧِﻲ 
“Ya Muhammad! Ya Sayyidina ibni Sayyidina! (Wahai Tuan kami dan anak kepada Tuan kami), Wahai yang terbaik di kalangan kami dan anak kepada yang terbaik di kalangan kami!” Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun menjawab:
“Wahai manusia, hendaklah kalian bertaqwa dan jangan biarkan syaitan mempermainkan kalian. Sesungguhnya aku adalah Muhammad bin ‘Abdillah, hamba Allah dan Rasul-Nya; dan aku bersumpah kepada Allah bahawasanya aku tidak suka sesiapa mengangkat kedudukan aku melebihi apa yang telah Allah tentukan bagiku.” (Musnad Ahmad, no. 12551)

Kemudian, dari hadis Mutharrif bahawa ayahnya berkata:

اﻧْطَﻠَﻘْتُ ﻓِﻲ وَ ﻓْدِ ﺑَﻧِﻲ ﻋَﺎﻣِرٍ إِﻟَﻰ رَ ﺳُولِ  ﱠ ِ ﺻَﻠﱠﻰ ﷲُ ﻋَﻠَﯾْﮫِ وَ ﺳَﻠﱠمَ: ﻓَﻘُﻠْﻧَﺎ: أَﻧْتَ ﺳَﯾِّدُﻧَﺎ، ﻓَﻘَﺎلَ: »اﻟﺳﱠﯾِّد  ﺗَﺑَﺎرَ كَ وَ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ« ﻗُﻠْﻧَﺎ: وَ أَﻓْﺿَﻠُﻧَﺎ ﻓَﺿًْﻼ وَ أَﻋْظَﻣُﻧَﺎ طَوْ ﻻً ، ﻓَﻘَﺎلَ: »ﻗُوﻟُوا ﺑِﻘَوْ ﻟِﻛُمْ، أَوْ ﺑَﻌْضِ ﻗَوْ ﻟِﻛُمْ وﻻﯾَﺳْﺗﺟرﯾَﻧﱠﻛُمُ اﻟﺷﱠﯾْطَﺎن،
“Aku pergi bersama utusan bani ‘Aamir kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, lalu kami pun berkata (memuji beliau):
“Anta sayyiduna (engkau tuan kami).” Maka Rasulullah lantas berkata: “As-Sayyid adalah Allah Tabaaraka wa Ta’aala.” Kami lalu mengatakan:
“Engkau adalah orang yang afdhal (paling utama) antara kami dan engkau memiliki kedudukan yang besar dari kami.” Maka beliau pun berkata:
“Ucapkanlah kata-katamu atau sebahagian kata-katamu, tetapi jangan sampai kalian dipengaruhi oleh syaitan.” (Sunan Abi Dawud, no. 4806. Dinilai sahih oleh Al-Albani)


2. Ghuluw Dalam Keyakinan (I’tiqad)
Contoh 1: Menganggap Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam itu hidup di dalam kuburnya sehingga mampu memperkenankan doa bagi orang yang datang berdoa di atas kuburnya.
Contoh 2: Menganggap orang-orang Soleh sebagai ma’shum dan tidak memiliki sebarang kesalahan. Malah ada sehingga menganggap orang-orang soleh mereka mampu meraih maqam (darjat) ketuhanan sepertimana yang berlaku dalam kelompok Syi’ah.
3. Ghuluw Dalam Amal Perbuatan
Contoh 1: Melayani perasaan dan sikap was-was ketika hendak beribadah sehingga terpaksa melakukan dan mengulangi ibadah tersebut berulang-ulang kali. Perkara seperti ini banyak berlaku kepada orang yang hendak berwudhu’, bersolat, dan seumapamanya kerana mereka menganggap lafaz niat itu wajib (atau dituntut) dan perlu sehingga wujudnya rasa niat telah meresap ke dalam hati. Selagi mana, niat tidak dapat dirasa telah masuk ke dalam hati, maka selagi itulah mereka tidak akan merasa yakin untuk memulakan ibadah.
Contoh 2: Mengadakan waktu imsak lebih awal ketika hendak berpuasa, sedangkan waktu untuk mula berpuasa itu adalah dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari. Tetapi mereka mengawalkan sahur bagi mengelakkan terkena waktu subuh sehingga mereka meletakkan batas imsak 10 minit atau setengah jam lebih awal sebelum datangnya subuh (terbit fajar). Dan ketika hendak berbuka puasa, mereka melewat-lewatkan untuk berbuka bagi memastikan bahawa maghrib telah benar-benar masuk.
4, Ghuluw Dalam Semangat
Contoh 1: Memiliki semangat agama yang terlalu tinggi dan berkobar-kobar sehingga hilang kesabaran. Tetapi, ilmunya sangat kurang. Kemudian ia tergesa-gesa di dalam menyebarkannya dan mengkritik orang lain yang tidak memahaminya.
Meninggalkan Sikap Ghuluw Tidak Bererti Meremehkan Agama
Dalam menjauhi sikap ghuluw, hendaklah kita supaya tidak sampai terjebak ke dalam sikap meremeh agama (Taqshir). Meletakkan diri di tengah-tengah di antara taqshir (meremehkan agama) dengan melampau-lampau atau berlebih-lebihan (ghuluw) di dalam agama ia adalah suatu perkara yang agak sukar untuk dilaksanakan.
Namun, jika kita memahami agama itu berdasarkan kedudukannya yang tepat, ia sebenarnya akan lebih menampakkan keindahan dan relevannya sebuah agama itu sendiri. Jadi, hendaklah kita tidak bermalasan-malas dalam rangka memahami dan melaksanakan agama dan jangan pula kita sehingga berlebih-lebihan di dalam melaksanakannya dengan melaksanakan apa yang tidak disyari’atkan oleh agama. Maka dalam hal ini, perkara yang paling penting untuk dikuasai dalam melawan kedua-dua sifat ini (ekstrim dan meremehkan agama) adalah ilmu, yakni terus belajar dan memperbanyakkannya.
Faktor Lahirnya Sikap Ghuluw
1. Kejahilan dalam memahami agama. Gagal dalam meletakkan agama di atas landasannya yang sebenar dengan meninggalkan sumber-sumbernya yang asas dari Al-Qur’an dan As-Sunnah yang sahih, serta meninggalkan kefahaman yang benar terhadap keduanya.
2. Berpuas hati dengan hanya bertaqlid buta. Iaitu mengamalkan agama cukup dengan mengambilnya dari individu, ustaz-ustaz, atau buku-buku tertentu tanpa peduli untuk mengetahui sama ada pijakannya bertepatan dengan Al-Qur’an dan As-Sunnah atau tidak.
3. Memahami agama dengan mengikuti hawa nafsu dan akal fikiran tanpa merujuk kepada kaedah dan pemahaman yang sebenarnya yang telah diwariskan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan para sahabatnya.
Berpegang Teguh Di Atas Syari’at Bukan Ghuluw
Terdapat sebahagian pihak yang mengeluarkan pendapat bahawa terdapat kelompok lain yang bersikap berlebih-lebihan di dalam agama sehingga mereka kelihatan asing berbanding dengan majoriti manusia lain di medan arus perdana.
Kelompok tersebut dilabelkan sebagai ghuluw (berlebih-lebihan) di dalam agama atas sebab contohnya seperti tidak isbal (iaitu tidak melabuhkan seluar/pakaian melebihi mata kaki bagi lelaki), sentiasa memelihara janggut dan enggan mencukurnya, tidak mahu menyambut maulid Nabi setiap tahun, tidak mahu menghadiri majlis tahlilan, enggan mengiktiraf kelompok (hizb) lainnya yang berbeza dalam beberapa soal dasar-dasar aqidah.
Ada pun sebenarnya, pendapat mereka ini adalah menyimpang dan sama sekali tidak tepat. Terhadap perkara-perkara yang telah ada tuntutan dan petunjuknya di dalam As-Sunnah, maka sekiranya kita melaksanakannya dengan penuh rasa tanggungjawab, maka itu tidaklah termasuk dari sebahagian sikap ghuluw. Tetapi, ia adalah sebagai tanda taatnya seseorang itu terhadap agamanya (Islam), dan bahkan itulah sikap pertengahan (adil) di antara meremehkan dan berlebih-lebihan. Bahkan ditakuti, mereka pula yang telah bersikap taqshir atau bahkan ghuluw iaitu meremehkan atau berlebihan dalam beberapa perkara dari apa yang ada di dalam agama tanpa mereka sedari kerana tidak punya ilmu.
Oleh itu, janganlah kita bersikap terburu-buru, sebaliknya hendaklah memahami agama ini dengan ilmu dan disiplinnya. Jika ia tidak difahami dengan cara yang benar, tidak hairanlah nanti akan wujud suatu fenomena di mana perkara yang sunnah akan dianggap sebagai bid’ah, dan amalan yang bid’ah dianggap sebagai sunnah, manakala hal yang maksiat dianggap sebagai makruf, manakala yang makruf pula dipandang serong.

ﻗُل  ِﻧﱠﻣَﺎ ﺣَرﱠمَ رَﺑِّﻲَ اﻟْﻔَوَ اﺣِشَ ﻣَﺎ ظَﮭَرَ ﻣِﻧْﮭَﺎ وَ ﻣَﺎ ﺑَطَنَ وَ اﻹﺛْمَ وَ اﻟْﺑَﻐْﻲَ ﺑِﻐَﯾْرِ اﻟْﺣَﻖِّ وَ أَنْ ﺗُﺷْرِ ﻛُوا ﺑِﺎﷲُ ﻣَﺎ ﻟَمْ ﯾُﻧَزِّ لْ ﺑِﮫِ ﺳُﻠْطَﺎﻧًﺎ وَ أَنْ ﺗَﻘُوﻟُوا ﻋَﻠَﻰ  ﱠ ِ ﻣَﺎ ﻻ ﺗَﻌْﻠَﻣُون 


“Katakanlah, “Rabb-ku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, sama ada yang dapat dilihat atau pun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, (mengharamkan) mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujjah untuk itu dan (mengharamkan) memperkatakan ke atas Allah apa yang tidak kamu ketahui.”.” (Surah Al-A’raaf,7: 33)


Dan, sekiranya kita tidak mengetahui, hendaklah kita mencari ilmu tentangnya atau bertanya kepada mereka yang memiliki pengetahuan terhadap wahyu (Al-Qur’an dan As-Sunnah). Allah Ta’ala berfirman:


وﻣَﺎ أَرْ ﺳَﻠْﻧَﺎ ﻣِنْ ﻗَﺑْﻠِكَ إِﻻ رِ ﺟَﺎﻻ ﻧُوﺣِﻲ إِﻟَﯾْﮭِمْ ﻓَﺎﺳْﺄَﻟُوا أَھْلَ اﻟذِّﻛْرِ إِنْ ﻛُﻧْﺗُمْ ﻻ ﺗَﻌْﻠَﻣُون


“Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang punya pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.” (Surah An-Nahl, 16: 43)

Cara-cara Menghindari Sikap Ghuluw
1. Menuntut ilmu agama dari sumber yang benar.
Kerana jika tanpa ilmu, nescaya kita tidak akan dapat memahami sesuatu perkara. Begitu jugalah terhadap agama, sekiranya tanpa ilmu, sudah tentu kita tidak akan memahami apa dan bagaimana agama itu. Dan para salaf mengatakan bahawa:

إنﱠ ھَذَا اﻟْﻌِﻠْمَ دِﯾن
“Sesungguhnya ilmu itu adalah agama…”

Maka, belajarlah. Jangan sampai kita memusuhi sesuatu (kebenaran) disebabkan oleh kejahilan kita sendiri.
2. Jangan malu untuk bertanya kepada ahli ilmu.
Apabila kita mengamalkan sikap rajin bertanya, ia akan membantu kita untuk mendapatkan lebih maklumat dan kepastian. Dan sekaligus mampu memperbaiki diri kita sekiranya apa yang kita fahami sebelum ini memiliki beberapa kesalahan atau kesilapan.
3. Sentiasa melakukan penelitian yang baik dan menghindari sikap terburu-buru.
Agama ini dibangun dan dibina di atas prinsip yang teliti di atas manhaj ilmu. Dengan itu, hendaklah kita sentiasa menyemak dan memastikan ia berada di atas asas-asasnya yang tepat.
4. Tidak terburu-buru dalam bertindak dan sentiasa melazimi sikap sabar dan diam jika belum mengetahui.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الدِّينَ يُسْرٌ وَلَنْ يُشَادَّ الدِّينَ أَحَدٌ إِلَّا غَلَبَهُ فَسَدِّدُوا وَقَارِبُوا وَأَبْشِرُوا وَاسْتَعِينُوا بِالْغَدْوَةِ وَالرَّوْحَةِ وَشَيْءٍ مِنْ الدُّلْجَةِ
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya agama itu mudah, dan tidaklah seseorang mempersulitkan urusan agama kecuali dia akan dikalahkan (semakin berat dan sulit). Maka hendaklah kamu betul dan bersederhana serta hendaklah kamu bergembira. Hendaklah kamu mendapatkan pertolongan di waktu pagi dan petang serta sebahagian daripada waktu malam yang berlalu. (HR Bukhari No: 38) Status: Hadis Sahih




Wallahu a’lam.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rahmanhatim93.blogspot.com/2023/08/hati-hati-dengan-sikap-ghuluw-ekstrem.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Berbaiklah Demi Anak Anak Datuk Yusof Haslam Amp Datin Patimah Gembira Lihat Sikap Syamsul

Hiburan Berbaiklah Demi Anak Anak Datuk Yusof Haslam Amp Datin Patimah Gembira Lihat Sikap Syamsul

papar berkaitan - pada 7/8/2023 - jumlah : 204 hits
Penerbit dan pengarah filem terkenal Datuk Yusof Haslam menzahirkan rasa gembira apabila anak lelakinya Syamsul Yusof meluangkan masa untuk bersama anak anaknya menyertai acara hari sukan di sekolah di sebalik kesibukannya bekerja Ujar Yuso...
Hiburan Netizen Macam Kau Kan B Doh Dituduh Sikap Kasar Jadi Punca Cerai Puteri Sarah Balas Komen Netizen Biadab

Hiburan Netizen Macam Kau Kan B Doh Dituduh Sikap Kasar Jadi Punca Cerai Puteri Sarah Balas Komen Netizen Biadab

papar berkaitan - pada 2/8/2023 - jumlah : 245 hits
Meskipun sudah membawa haluan masing masing nampaknya kisah perceraian antara pelakon Puteri Sarah Liyana dan pengarah Syamsul Yusof masih lagi diperkatakan warga maya di media sosial Baru baru ini Puteri Sarah telah didakwa menjadi punca s...
Hiburan Bukan Cop Parkir Ada Penduduk Flat Lagi Ekstrem Buat Garaj Kereta Ni Mesti Ada Cable Dengan Majlis

Hiburan Bukan Cop Parkir Ada Penduduk Flat Lagi Ekstrem Buat Garaj Kereta Ni Mesti Ada Cable Dengan Majlis

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 224 hits
Hampir setiap rumah flat dia Malaysia ini akan ada cerita tentang perangai atau sikap tiada commen sense warga penduduk mereka Ada sahaja isu mereka tapi paling selalu kita rungutan penduduk tentang perangai cop parkir atau ubah suai rumah ...
6 Maut Akibat Cuaca Ekstrem Di Papua Tengah

6 Maut Akibat Cuaca Ekstrem Di Papua Tengah

papar berkaitan - pada 31/7/2023 - jumlah : 182 hits
ENAM maut akibat kepanasan dalam keadaan cuaca ekstrem di Puncak Papua Tengah Indonesia baru baru ini menurut ketua daerahnya Willem Wandik Tiga kematian dilaporkan di Agandugume manakala tiga lagi di Lambewi membabitkan lima dewasa dan seo...
Berbaiklah Demi Anak Anak Datuk Yusof Haslam Amp Datin Patimah Gembira Lihat Sikap Syamsul

Berbaiklah Demi Anak Anak Datuk Yusof Haslam Amp Datin Patimah Gembira Lihat Sikap Syamsul

papar berkaitan - pada 7/8/2023 - jumlah : 298 hits
Penerbit dan pengarah filem terkenal Datuk Yusof Haslam menzahirkan rasa gembira apabila anak lelakinya Syamsul Yusof meluangkan masa untuk bersama anak anaknya menyertai acara hari sukan di sekolah di sebalik kesibukannya bekerja Ujar Yuso...
Peguam Persoal Sikap Berdiam Diri Peguam Negara Berhubung Pengguguran Ketua Pendakwa Kes Zahid

Peguam Persoal Sikap Berdiam Diri Peguam Negara Berhubung Pengguguran Ketua Pendakwa Kes Zahid

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 247 hits
malaysianow comOgos 8 2023 11 45Rafique Rashid berkata penjelasan mesti diberikan segera Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 1 Ogos Gambar BernamaSeorang peguam menggesa Peguam Negara Idrus Harun menj...
Hati Hati Nak Sakiti Hati Orang

Hati Hati Nak Sakiti Hati Orang

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 156 hits
Hati hati nak sakiti hati orang Kita tengok dia diam tak balas Sama ada dia maafkan Atau diam diam dia mengadu dengan Allah Masa ni lagi bahaya Kita bukan hadap dia yang lemah tapi Penciptanya
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport