Hati Hati Bila Nak Mengata Dan Menghukum Orang


Kadang-kadang kita tak sedar, mulut ni lebih laju daripada akal. Bila nampak orang buat silap, cepat je kita nak komen. Bila dengar cerita daripada orang lain, laju je kita jatuh hukum. Padahal, kita tak tahu pun apa kisah sebenar yang berlaku di sebalik apa yang kita lihat atau dengar.
Zaman sekarang, mengata orang dah jadi perkara biasa. Kadang bukan depan-depan, tapi di media sosial. Satu gambar, satu status, dah cukup untuk kita mula menilai hidup seseorang. Kita kata, “Eh, kenapa dia macam tu?”, “Patutlah jadi macam ni,” atau “Kalau aku, aku takkan buat macam tu.” Sedangkan hakikatnya, kita tak berada pun dalam kasut dia. Kita tak rasa apa yang dia rasa

Mengata dan menghukum orang ni sebenarnya boleh jadi beban untuk diri kita sendiri. Kita mungkin rasa puas bila dapat lepaskan kata-kata, tapi dalam masa yang sama hati jadi semakin keras tanpa kita sedar. Lagi parah bila apa yang kita kata tu jadi doa yang berbalik semula pada diri kita. Hari ni kita mengata orang, esok lusa kita pula diuji dengan benda yang sama. Nauzubillah. 
Hakikatnya, manusia memang tak pernah lari daripada salah silap. Kita pun sama. Ada kelemahan, ada kekurangan. Bezanya, ada orang nampak salah kita, ada orang tak nampak. Kadang kita pun pernah buat salah tapi orang sekeliling pilih untuk diam, pilih untuk tutup aib kita. Jadi, kenapa kita pula mudah sangat nak buka aib dan jatuhkan hukum pada orang lain? 

Allah sendiri sudah ingatkan dalam Al-Quran: "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain." (Surah Al-Hujurat, ayat 12)

Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda: "Sesiapa yang menutup aib seorang Muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat." (Hadis riwayat Muslim).
Kalau kita betul-betul fikir sejenak, kita akan sedar satu perkara. Setiap orang ada cerita hidupnya sendiri. Apa yang kita nampak mungkin cuma satu bab kecil daripada keseluruhan kisah dia. Boleh jadi dia tengah melalui ujian yang berat, yang kita sendiri tak sanggup hadap kalau berada di tempat dia. Boleh jadi juga, apa yang kita dengar daripada orang lain langsung tak sama dengan realiti

Sebab tu, lebih baik kita pilih untuk doakan daripada terus mengata. Doa tu ringan di mulut, tapi besar kesannya di sisi Allah. Kalau kita tak mampu nak bantu atau betulkan keadaan, cukuplah dengan diam. Kadang-kadang, diam tu lebih selamat daripada kata-kata yang menyakitkan hati orang lain

Kadang-kadang bila kita nampak kelemahan orang lain, sebenarnya itu cara Allah nak ingatkan kita tentang kelemahan diri sendiri. Hari ini kita nampak salah orang, esok lusa mungkin orang nampak salah kita pula. Jadi lebih baik kita jaga hati, jaga lidah. Biarlah orang kenal kita sebagai seorang yang menenangkan, bukan yang melukakan

Akhirnya, hidup ni bukan tentang siapa paling pandai menilai orang lain, tapi tentang siapa paling pandai menjaga hati sendiri. Semoga kita semua jadi hamba yang sentiasa berusaha lembut lidahnya, bersih hatinya dan cuba jadi lebih baik hari demi hari. InshaAllah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2025/09/hati-hati-bila-nak-mengata-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penakut Sembang Di Luar Esok Anwar Nak Tumbang Kononnya

Penakut Sembang Di Luar Esok Anwar Nak Tumbang Kononnya

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 1556 hits
Pembangkang nak tumbangkan Anwar turun di jalan raya Di Parlimen bawa undi tidak percaya terhadap Anwar pembangkang tidak berani Berkali kali Anwar cabar pembangkang bawa usul undi tidak percaya terhadap beliau tapi pembangkang tidak berani...
Satu Keluarga Teruk Jahat Nak Mampos Fara Salleh Amuk Dakwa Shuk Sahar Elak Panggilan Mahkamah

Satu Keluarga Teruk Jahat Nak Mampos Fara Salleh Amuk Dakwa Shuk Sahar Elak Panggilan Mahkamah

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 2253 hits
Lama mendiamkan diri isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh kembali menjadi perhatian selepas diriya meluahkan rasa marah dengan sikap Shuk yang tidak memberi kerjasama kepada Mahkamah Rendah Syariah Segamat Johor atas urusan pe...
Jumpa Pakcik Di Tengah Hi Way Jalan Kaki 20km Nak Ke Pekan Sedih Baca

Jumpa Pakcik Di Tengah Hi Way Jalan Kaki 20km Nak Ke Pekan Sedih Baca

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 3132 hits
Tadi tgah bwak keta tgah haiwey Ternmpak ad sorang pkcik jln kaki sorang2 Ak tergerak hati nk patah balik kat pkcik ni Ak undur balik keta aku Smpi je ak tnye salam pkcik nk kemana Katenye nk ke pekan Ak terkejut gak pekan 20 km Xkn nk jln ...
Mereka Yang Nak Buattapi Tak Terbuat Kini Cuba Menghalang Orang Nak Buat

Mereka Yang Nak Buattapi Tak Terbuat Kini Cuba Menghalang Orang Nak Buat

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 459 hits
Alif Jamil Saya kalu bersembang isu politik dgn kwn saya kebanyakannya kwn saya akan pro PN khususnya PAS sebab depa anggap PAS ni wadah yg mengangkat martabat Islam TAPI TAK TERBUAT KINI CUBA MENGHALANG ORANG NAK BUTCumanya harini ramai yg...
Lirik Lagu Kumbang Bunga Nyanyian Dato Sri Siti Nurhaliza Dan Lesti

From Speeding Tickets To Blackouts To Rm5 05b Tax Liability Watts Going On Tnb

Kl Cops Warn Against Gatherings During Asean Summit

What Could Possibly Happen If You Honk A Car With A Honk Me For A Surprise Sticker At The Rear

Beyond Connectivity Towards Digital Justice In Education

Witness Tells Inquest Zara Was Helpful Not A Thief

Tular Video Babi Hutan Serang Kenduri Kahwin Tetamu Lari Bertempiaran

6 New Ways Google Is Protecting You From Scams


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Easy Beef Liver Japanese Recipe

Anniversary Di Bertam Resort Penang 2024

Tempat Makan Best Putrajaya Serai Ioi City Mall

Artikel Pilihan Boikot Untuk Kemanusiaan Pilihan Anda Menentukan Nasib Umat Ppim 22 10 2025

Resipi Wool Roll Bread Homemade Yang Gebu Lembut Macam Kapas

Prospek Buruk Untuk Pound British