Hati Hati Angin Kencang Dan Laut Bergelora Akhir Tahun Ini


Terkini, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memberi amaran mengenai angin kencang dan laut bergelora yang dijangka berlaku di perairan negara dari 29 hingga 31 Disember.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan petang tadi, METMalaysia memaklumkan angin kencang timur laut berkelajuan antara 40 hingga 50 kilometer sejam (km/j) dengan ketinggian ombak mencecah 3.5 meter dijangka melanda perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan.
“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, kenaikan paras air laut turut diramalkan berlaku di kawasan perairan berkenaan bermula Ahad hingga Isnin dengan risiko limpahan air laut di pesisir pantai.
Menurut METMalaysia, angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 km/j dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter turut dijangka membadai kawasan perairan selatan Samui, Tioman, selatan Bunguran, tenggara Reef North, Reef South, Layang-Layang, Labuan dan Palawan hingga Selasa.

Di kawasan perairan Condore dan barat laut Reef North, angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga dengan kelajuan melebihi 60 km/j dan ombak lebih 4.5 meter dijangka berlaku hingga Selasa.
“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak,” menurut kenyataan itu.
Amaran kategori kedua pula dikeluarkan bagi kawasan perairan utara Bunguran serta timur laut dan barat daya Reef North dengan angin kencang berkelajuan 50 hingga 60 km/j dan ombak hingga 4.5 meter.
“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” menurut METMalaysia.
 
Sumber: METMalaysia. & Berita Harian
The post Hati-Hati! Angin Kencang dan Laut Bergelora Akhir Tahun Ini appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/hati-hati-angin-kencang-dan-laut-bergelora-akhir-tahun-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Angin Kencang Laut Bergelora Sekitar Perairan Negara Dijangka Mulai Ahad

Angin Kencang Laut Bergelora Sekitar Perairan Negara Dijangka Mulai Ahad

papar berkaitan - pada 28/12/2024 - jumlah : 103 hits
Keadaan angin kencang dan laut bergelora sekitar perairan negara mulai Ahad hingga Selasa berbahaya bagi bot bot kecil rekreasi laut dan sukan laut menurut MetMalaysia PETALING JAYA Angin kencang dan laut bergelora dijangka berlaku sekitar ...
Empat Negeri Dilanda Hujan Lebat Angin Kencang Petang Ini

Empat Negeri Dilanda Hujan Lebat Angin Kencang Petang Ini

papar berkaitan - pada 23/12/2024 - jumlah : 93 hits
PETALING JAYA Jabatan Meteorologi menjangkakan hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri di Semenanjung sehingga pukul 3 petang ini MetMalaysia dalam kenyataan berkata negeri yang terlibat adalah Perak Pahang Selangor dan Johor Di Pe...
Air Laut Kini Banjiri Bandar Khabar Angin Jakarta Bakal Tenggelam Benar Benar Akan Berlaku Tak Lama Lagi

Air Laut Kini Banjiri Bandar Khabar Angin Jakarta Bakal Tenggelam Benar Benar Akan Berlaku Tak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 17/12/2024 - jumlah : 238 hits
Difahamkan kini beberapa daerah di Jakarta Indonesia berada dalam situasi yang membimbangkan susulan air laut dilaporkan kini sudah melimpah ke kawasan bandar Air laut sudah melimpah ke bandar Dapat dilihat dalam video video yang dimuat nai...
Doa Awal Tahun Baru 2025 Doa Akhir Tahun

Doa Awal Tahun Baru 2025 Doa Akhir Tahun

papar berkaitan - pada 31/12/2024 - jumlah : 201 hits
Sempena ketibaan tahun baru 2025 marilah kita mengakhiri penghujung tahun dengan membaca Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun Hari ini terakhir sebelum tahun 2024 berakhir kali ini bukan saja kita akan meraikan Tahun Baharu 2025 tapi umat Isl...
Kerana Perbezaan Ini Jadi Sebab Kenapa Negara Ini Paling Akhir Sambut Tahun Baharu

Kerana Perbezaan Ini Jadi Sebab Kenapa Negara Ini Paling Akhir Sambut Tahun Baharu

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 221 hits
Tepat pada pukul 12 tengah malam 1 Januari momen yang ditunggu tunggu oleh ramai orang di seluruh dunia akhirnya tiba Ia menandakan permulaan tahun baharu dengan pertunjukan bunga api yang mempesona Tahun ini 1 Januari jatuh pada hari Rabu ...
Perubahan Iklim Dulu Ubah Arus Laut Dan Angin Di Selat Selatan

Perubahan Iklim Dulu Ubah Arus Laut Dan Angin Di Selat Selatan

papar berkaitan - pada 2/1/2025 - jumlah : 163 hits
Perubahan iklim yang disebabkan oleh manusia kini mengubah arus lautan terbesar di dunia dan sistem angin barat mirip dengan apa yang terjadi semasa zaman ais dan tempoh pemanasan dalam sejarah Bumi menurut penyelidik Kajian ini menekankan ...
Saya Tawar Hati Dengan Suami Saya Tak Mampu Nak Jaga Dia Lagi 3 Tahun Sakit Kronik Apakah Saya Patut Minta Cerai

Saya Tawar Hati Dengan Suami Saya Tak Mampu Nak Jaga Dia Lagi 3 Tahun Sakit Kronik Apakah Saya Patut Minta Cerai

papar berkaitan - pada 14/12/2024 - jumlah : 186 hits
Pasang surut dalam perkahwinan adalah perkara biasa yang dilalui oleh setiap pasangan Namun seorang wanita berusia 45 tahun telah tular di media sosial selepas berkongsi pengalamannya yang mula tawar hati dan berfikir untuk bercerai dengan ...
Destinasi Percutian Akhir Tahun 2024

Destinasi Percutian Akhir Tahun 2024

papar berkaitan - pada 18/12/2024 - jumlah : 318 hits
Cuti sekolah akhir tahun sudah hampir tiba tetapi korang belum sempat membuat perancangan awal Jangan risau Apa kata kali ini kita fokuskan percutian akhir tahun 2024 anda di dalam Malaysia sahaja Dengan pelbagai pilihan destinasi menarik k...
Penganggur Dipenjara 12 Tahun Atas Kesalahan Merompak Dan Menyamar Sebagai Polis

Penganggur Dipenjara 12 Tahun Atas Kesalahan Merompak Dan Menyamar Sebagai Polis

papar berkaitan - pada 28/12/2024 - jumlah : 163 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 12 tahun kerana merompak dua wanita Indonesia dengan menyamar sebagai polis pada Oktober dan November lepas Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Egusra Ali memerintahkan M...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Makan Di Ayam Gepuk Top Global

Saya Terfikir Selepas Debut Dalam The Idol Jennie Jawab Jika Akan Teruskan Berlakon

Iftar Satu Ramadhan

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Finalis Piala Malaysia 2024 Sri Pahang Fc Tewas 0 2 Kepada Kuching City Fc Di Temerloh Malam Tadi

Shocking How Quickly Ismail Sabri Became A Suspect Says Pas