Doa Awal Tahun Baru 2025 Doa Akhir Tahun


Sempena ketibaan tahun baru 2025, marilah kita mengakhiri penghujung tahun dengan membaca Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun.
Hari ini, terakhir sebelum tahun 2024 berakhir kali ini bukan saja kita akan meraikan Tahun Baharu 2025, tapi umat Islam juga memasuki awal bulan Rejab.
Jadi jangan lupa untuk sama-sama memperbanyakkan amal ibadah sebagai persediaan untuk kita menyambut bulan Ramadan yang akan tiba dalam masa 2 bulan saja lagi.
Semoga kehidupan kita sepanjang tahun ini dan tahun mendatang akan dilimpahi keberkatan dan rahmat Allah.
Doa Akhir Tahun 2024 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِينَ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ.
اللَّهُمَّ مَا عَمِلْنَاهُ مِنْ عَمَلٍ فِي السَّنَةِ الْمَاضِيَةِ وَلَمْ تَرْضَهُ، وَنَسِينَاهُ وَلَمْ تَنْسَهُ، وَحَلِمْتَ عَنَّا مَعَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَتِنَا، وَدَعَوْتَنَا إِلَى التَّوْبَةِ بَعْدَ جُرْأَتِنَا عَلَيْكَ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْتَغْفِرُكَ مِنْهُ فَاغْفِرْ لَنَا. اللَّهُمَّ وَمَا عَمِلْنَا مِنْ عَمَلٍ تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوَابَ وَالْمَغْفِرَةَ فَتَقَبَّلْهُ مِنَّا، وَلَا تَقْطَعْ رَجَاءَنَا مِنْكَ يَا كَرِيمُ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.
Maksudnya:
Segala puji bagi Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW semulia-mulia Nabi dan Rasul, dan ke atas keluarga dan sahabat Baginda seluruhnya.
Ya Allah, jika ada apa-apa yang telah kami lakukan pada tahun ini, apa yang Engkau tegah, tetapi kami tidak bertaubat daripadanya sedangkan Engkau tidak melupakannya, dan Engkau berlembut ke atas kami dengan kasih sayang-Mu, padahal Engkau berkuasa untuk menghukum kami, dan Engkau memberi peluang kepada kami untuk bertaubat selepas kami dengan beraninya melakukan maksiat kepada-Mu.
Oleh yang demikian, Ya Allah, kami memohon keampunan-Mu maka ampunilah kami.
Ya Allah, jika ada apa-apa yang telah kami lakukan pada tahun ini, apa yang Engkau redha dan Engkau janjikan pahala dan keampunan padanya, maka Engkau terimalah amalan kami, dan janganlah Engkau menghampakan harapan kami kepada-Mu, wahai Tuhan yang Maha Penyayang.
Doa Awal Tahun 2025 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِينَ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ.
اللَّهُمَّ أَنْتَ الْأَبَدِيُّ الْقَدِيمُ الْأَوَّلُ، وَعَلَى فَضْلِكَ الْعَظِيمِ وَكَرَمِ جُودِكَ الْمَعْهُودِ، وَقَدْ أَقْبَلَ عَامٌ جَدِيدٌ قَدْ أَقْبَلَ، نَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيهِ مِنَ الشَّيْطَانِ وَأَوْلِيَائِهِ، وَالْعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ الْأَمَّارَةِ بِالسُّوءِ، وَالِاشْتِغَالَ بِمَا يُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ زُلْفَىٰ، يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ.
وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.
Maksudnya :
Segala puji bagi Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW semulia-mulia Nabi dan Rasul, dan ke atas keluarga dan sahabat Baginda seluruhnya.
Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Kekal Abadi, yang Qadim lagi Awal, tiada permulaan, dengan limpah kurnia-Mu yang besar dan kemurahan-Mu yang sejati, telah tiba tahun yang baharu ini kepada kami. Maka kami memohon kepada-Mu pemeliharaan daripada syaitan dan tentera-tenteranya, dan kami memohon pertolongan menghadapi nafsu ammarah yang sentiasa mengajak kepada kejahatan, dan kami memohon pertolongan untuk sentiasa melakukan apa-apa amalan yang dapat menghampirkan kami kepada-Mu sehampir-hampirnya, wahai Tuhan yang empunya kebesaran dan kemuliaan.
Sumber: Jabatan Agama Islam Selangor via Majlis Agama Islam Selangor
Sumber infografik : JAKIM
Doa Masuk Bulan Rejab Bulan Rejab termasuk dalam bulan Haram, yang mana di antara bulan yang disukai oleh Allah SWT. Jom kita pertingkatkan amalan kita di bulan rejab ini sebagai persiapan untuk kita bertemu dengan bulan Ramadan.
Sama-sama kita membaca doa ini:
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبَ وَشَعْبَانَ، وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
Maksudnya:
“Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Syaaban, serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.”
Baca juga:
Azam Tahun Baru 2025 : Senarai Checklist, Contoh & Tips Inspirasi Solat Jamak Dan Qasar : Panduan, Syarat & Niat (JAKIM) 1 Rejab 2025, Niat, Doa & Tarikh Puasa Sunat

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/doa-awal-tahun/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=doa-awal-tahun

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambutan Tahun Baru 2025 Lokasi Pertunjukan Bunga Api Bacaan Doa

Sambutan Tahun Baru 2025 Lokasi Pertunjukan Bunga Api Bacaan Doa

papar berkaitan - pada 28/12/2024 - jumlah : 737 hits
Sambutan Tahun Baru 2025 Nikmati Keindahan dan Kesejahteraan Bersama Tahun Baru 2025 bakal tiba membawa harapan baru semangat segar dan impian yang lebih besar Di seluruh Malaysia pelbagai acara menarik dirancang bagi memeriahkan detik bers...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

papar berkaitan - pada 23/12/2024 - jumlah : 539 hits
Selamat datang Tahun Baru 2025 Tahun baru adalah peluang untuk membuka lembaran baru dan memulakan perjalanan hidup dengan penuh harapan semangat dan tekad Kata kata motivasi sering menjadi pendorong semangat untuk menghadapi hari hari mend...
Selamat Tahun Baru 2025 Cukup Jadi Jahat Dalam Cerita Orang Lain

Selamat Tahun Baru 2025 Cukup Jadi Jahat Dalam Cerita Orang Lain

papar berkaitan - pada 6/1/2025 - jumlah : 333 hits
Assalamualaikum selamat tahun baru tahun 2025 buat semua Sekejap betul masa berlalu alhamdulillah qaseh masih lagi bernafas dan mampu lagi update blog ni ya so yaaaa my azam baru mungkin untuk update everything as a diari p haha doakan iols...
Tahun Baru 2025 Semangat Pun Baru Nadi Busyra 1

Tahun Baru 2025 Semangat Pun Baru Nadi Busyra 1

papar berkaitan - pada 2/1/2025 - jumlah : 391 hits
Hai semua Tahun baru 2025 semangat pun baru Tahun 2024 banyak sangat aku tinggalkan blog Nak update satu post sehari pun gagal Hopefully tahun ni dapat lah seperti yang aku target Dulu nak buat blog ni macam diari sebab tengok orang lain ra...
Terima Kasih 2024 Selamat Tahun Baru 2025

Terima Kasih 2024 Selamat Tahun Baru 2025

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 995 hits
Terima kasih buat mereka yang sentiasa sudi mendoakan saya famili dan semua orang serta hal hal yang saya sayang untuk tahun ini dan seterusnya Moga ingatan dan harapan yang baik baik kembali semula buat kalian Alhamdulillah Allah masih izi...
Lima Produk Apple Baru Bakal Muncul Awal 2025 Ini Yang Boleh Dijangkakan

Lima Produk Apple Baru Bakal Muncul Awal 2025 Ini Yang Boleh Dijangkakan

papar berkaitan - pada 27/12/2024 - jumlah : 483 hits
Menyambut Tahun 2025 Produk Baru Apple Tahun 2025 hampir tiba dan Apple bersedia untuk melancarkan beberapa produk menarik Berikut adalah lima produk baru yang dijangka muncul pada awal tahun 2025 M4 MacBook Air MacBook Air salah satu model...
Selamat Tahun Baru 2025

Selamat Tahun Baru 2025

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 368 hits
Assalamualaikum salam 1 REJAB dan SELAMAT TAHUN BARU 2025 kepada semua Alhamdulillah masuk tahun baru azam baru tekad baru agar lebih baik berbanding tahun lalu InsyaAllah Semoga Allah murahkan rezeki kita semua dan diberi kesihatan yang ba...
Selamat Menyambut Tahun Baru 2025

Selamat Menyambut Tahun Baru 2025

papar berkaitan - pada 31/12/2024 - jumlah : 302 hits
nbsp Tahun baru 2025 telah tiba membawa harapan peluang dan semangat baharu untuk kita semua Sambutan tahun baru bukan sahaja satu tradisi tetapi juga detik yang sesuai untuk merenung kembali pencapaian cabaran dan perjalanan sepanjang tahu...
Senarai Contoh Ucapan Selamat Tahun Baru 2025 Happy New Year

Senarai Contoh Ucapan Selamat Tahun Baru 2025 Happy New Year

papar berkaitan - pada 31/12/2024 - jumlah : 627 hits
Kini telah tiba hari terakhir tahun 2024 yang juga merupakan hari ke 346 Sebelum menjelang tahun baru pastinya semua bersemangat untuk bagi ucapan Selamat Tahun Baru 2025 sama ada kepada keluarga kawan kawan atau kongsikan di media sosial K...
Telefilem Wasiat Ayah

Duta Riang Villa Vila Dengan Konsep Tradisional Melayu Dan Rustik

The Decline Of Malaysian Hockey

Printing Beg Guni Custom Pilihan Ekonomi Berkualiti Untuk Pembungkusan Produk

Kanada Rekod Wabak Campak Terburuk Dengan Lebih 4 500 Kes

Izzul Islam Dibenarkan Pulang Ke Rumah Malam Tadi Utusan Malaysia

Lirik Doa Mudah Urusan Ustaz Bazli Unic

It S Finally Confirmed That Huawei Pura 80 Series Is Powered By Their Strongest Chipset Kirin 9020


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aktiviti Seminar Scamproof Safeguarding Malaysia Consumers Financial Future Ppim 20 08 2025

Aktiviti Avocake Pukis Delight By Elegance Group Lancar Produk Hiliran Terbaharu Berasaskan Santan Ppim 22 08 2025

Kek Coklat Kurma Moist Resipi Mudah Guna Lebihan Kurma Bulan Puasa

Monolog Khas Jumaat 22 Ogos 2025

Ethereum Berpotensi Untuk Mengukuh Hari Ini Menuju Tahap Rintangan Terdekatnya Jumaat 22 Ogos 2025

Derby Gelora Asmara Chord