Hati Berkarat Tiga Hari Tidak Baca Al Quran Habib Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
Al-Quran itu penawar bagi penyakit-penyakit yang ada di dalam dada. Penyakit ini ada dua, penyakit badan dan penyakit hati. Penyakit badan bermacam-macam seperti kita maklum. Penyakit hati yang paling teruk adalah syirik kepada Allah. Penyakit hati kufur kepada Allah. Berkeyakinan adanya Tuhan selain daripada Alla SWT. Penyakit hati juga adalah sombong, hasad dengki, riak. Kesemua itu adalah penyakit-penyakit hati.
Al-Quran ini mempunyai dua fungsi. Menjadi penawar kepada penyakit hati, itu yang utama dan juga penawar kepada penyakit badan. Saidina Umar al-Khattab (sebelum memeluk agama Islam) ketika dia datang ke rumah saudara perempuannya. Lalu mendengar perempuan mengajar Al-Quran kepada adiknya, Saidina Umar mengetuk pintu dengan kuat apabila mengetahui adiknya telah memeluk agama Islam. Adiknya mengaku telah memeluk agama Islam dan Saidina Umar marah lalu memukul adiknya. Saidina Umar meminta Al-Quran yang dibaca oleh adiknya itu pada helaian kulit binatang dan Saidina Umar membacanya dan juga untuk ingin tahu. Maka setelah di baca oleh Saidina Umar al-Khattab RA, dia tersentuh dengan bacaan Al-Quran dan bertukar niat ketika keluar daripada rumahnya untuk pergi membunuh Rasulullah, dia kembali kepada Rasulullah dengan tujuan untuk beriman kepada Beliau. Ubat penawar apa yang ada di dalam hati.
Sesungguhnya hati ini boleh berkarat seperti berkaratnya besi. Penawar yang membersihkan kekaratan yang ada di dalam hati adalah Al-Quran. Orangyang tidak membaca Al-Quran selama tiga hari akan keras hatinya. Oleh sebab yang demikian, kita melihat ramai orang ketika berada dalam masalah, tindakannya kadang-kadang diluar kawalan. Ada yang sampai stress yang melampau. Ada yang bunuh diri kerana tidak tahan drasai oleh hati dan jiwanya. Kesemua itu berpunca daripada hati yang tidak dirawat oleh A-Quran. Terlalu tebal karatnya dalam hati sehingga suara iman di dalam tidak terdengar kerana hilangnya kesan Al-Quran di dalam dada.
Apabila Al-Quran apabila di baca oleh Baginda Rasulullah, Rasulullah menangis kerana tersentuh hati dan perasaannya berkenaan apa yang Allah ceritakan di dalam Al-Quran. - Kuliah Habib Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://detikislam.blogspot.com/2021/10/hati-berkarat-tiga-hari-tidak-baca-al.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/UHQdyX+(Detik+Islam)