Hasutan Anwar Ancam Ketenteraman Keselamatan Negara


Cubaan menimbulkan huru-hara dengan mencabar dan mempersoal Proklamasi Darurat dan tidak setia kepada Yang di-Pertuan Agong
January 27, 2021


KUALA LUMPUR: Tindakan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai tidak setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan cubaan menimbulkan huru-hara dengan menggesa pelbagai pihak mencabar atau mempersoalkan pengisytiharan Darurat.

Penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, sedangkan mantan Timbalan Perdana Menteri itu sendiri tahu bahawa tindakan Agong adalah tepat sebagaimana Rang Undang-undang (RUU) pernah dibentangnya di Parlimen pada 9 Mei 1994.

“Anwar sendiri bentang RUU itu mewajibkan Yang di-Pertuan Agong untuk menerima dan bertindak mengikut nasihat bila-bila sahaja Yang di-Pertuan Agong dinasihati oleh Jemaah Menteri.

“Apa lagi bila Perkara 150 (8) (a) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memperuntukkan bahawa hal puas hati Yang di-Pertuan Agong adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dicabar atau dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan.

“Ramai kawan-kawan saya di dalam bidang perundangan, termasuk sarjana-sarjana di bidang undang-undang dan mantan-mantan hakim ternama negara, juga menyatakan bahawa tindakan mencabar atau mempersoalkan Pengisytiharan Darurat merupakan satu kesalahan,” ujarnya.

Beliau melahirkan rasa terkejut membaca kenyataan media di dalam laman Facebook Anwar pada 14 Januari yang menggesa semua Ahli Parlimen mengutuskan warkah kepada Agong untuk membatalkan pengisytiharan itu.

Katanya, walaupun Anwar sendiri memadamkan kenyataan media beliau ini daripada laman Facebook beliau kemudiannya setelah ia tersebar rata ke seluruh pelosok negara, tetapi seumpama pengakuan bahawa beliau telah melakukan kesalahan.

Ini kerana persoalnya, jika Anwar tidak merasakan bahawa kenyataan media beliau yang menggesa pengutusan warkah kepada Agong untuk membatalkan pengisytiharan Darurat tidak salah, maka tiada sebab beliau memadamkannya.

Menurutnya, susulan daripada kenyataan media tersebut dapat kita lihat suara-suara semakin lantang bergema bagi menentang pengisytiharan dan bagi mendesak Yang di-Pertuan Agong untuk membatalkan Proklamasi Darurat.

“Pihak polis dan pendakwaraya perlu memandang serius dengan menyiasat dan mengemukakan kertas pertuduhan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan 13 laporan polis di seluruh negara ke atas beliau kerana menghasut serta mengancam keselamatan dan ketenteraman negara.

“Disebabkan besarnya impak tindakan begini ke atas ketenteraman negara, maka memang sepatutnyalah laporan polis begini dibuat dan tindakan segera diambil bagi memastikan kedaulatan undang-undang dan kemuliaan institusi Yang di-Pertuan Agong tidak tergugat,” ujarnya. 
– HARAKAHDAILY    27/1/2021

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/01/hasutan-anwar-ancam-ketenteraman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sikap Kepuraan Pemimpin Akan Hancurkan Negara Anwar

Sikap Kepuraan Pemimpin Akan Hancurkan Negara Anwar

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 246 hits
puteradaily comKetua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata banyak negara menjadi jahanam apabila adanya penguasa yang menganggap dirinya serba tahu Katanya sikap penguasa yang hanya berpura pura bercakap soal kepentingan dan keprihat...
Keputusan Agong Pun Dicabar Layak Ke Anwar Pimpin Negara

Keputusan Agong Pun Dicabar Layak Ke Anwar Pimpin Negara

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 284 hits
ismaweb netDulu masa memerintah tak betul betul bantu rakyat sekarang konon sibuk berjuangBANGI 1 Jamadilakhir 1442H Khamis Rakyat menempelak cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya semua Ahli Parlimen menghantar surat kepada Yang di Pertu...
Pkp Darurat Melawan Covid 19 Untuk Keselamatan Diri Negara Titah Agong

Pkp Darurat Melawan Covid 19 Untuk Keselamatan Diri Negara Titah Agong

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 301 hits
On Jan 31 2021 Perintah Kawalan Pergerakan dan darurat yang dilaksanakan untuk melawan Covid 19 demi kepentingan dan keselamatan rakyat serta negara titah Yang di Pertuan Agong Agong menasihati rakyat supaya terus bertenang tabah dan cekal ...
Kerajaan Muhyiddin Hari Ini Meletakkan Negara Di Lembah Kegilaan Anwar Ibrahim

Kerajaan Muhyiddin Hari Ini Meletakkan Negara Di Lembah Kegilaan Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 282 hits
Anwar IbrahimRakyat sedang menderita Perkara yang paling menyayat hati ialah untuk mendengar kenyataan kerajaan bahawa mereka tidak mampu berbuat apa apa mengenainya Inilah yang cuba disampaikan kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin baru baru ...
Tidak Faham Bahasa Ke Anwar Nafi Dakwaan Surat Kepada Agong Berunsur Hasutan

Tidak Faham Bahasa Ke Anwar Nafi Dakwaan Surat Kepada Agong Berunsur Hasutan

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 254 hits
Astro AwaniFebruari 2 2021 Anwar berkata demikian bagi menjawab kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang memberitahu surat tersebut mempunyai unsur hasutan serta mengancam ketenteraman negara KUALA LUMPUR Ketua Pemban...
Darurat Anwar Pertahan Dakwaan Surat Ada Unsur Hasutan

Darurat Anwar Pertahan Dakwaan Surat Ada Unsur Hasutan

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 332 hits
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil dengan respon berkait kenyataan Menteri Dalam Negeri berhubung siasatan pihak polis ke atasnya dan beberapa individu lain SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub con...
Kerugian Ekonomi Negara Dianggarkan Rm12 Billion Tahun Ini

Kerugian Ekonomi Negara Dianggarkan Rm12 Billion Tahun Ini

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 328 hits
February 1 2021 Malaysia mungkin mengalami kerugian ekonomi yang dianggarkan sebanyak RM12 bilion pada tahun ini jika diandaikan negeri negeri yang terjejas akan berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan hingga akhir bulan depan Jangkaan ...
Nak Dapatkan Vaksinasi Covid 19 Untuk Ke Luar Negara Anda Perlu Tunggu Giliran Moh

Nak Dapatkan Vaksinasi Covid 19 Untuk Ke Luar Negara Anda Perlu Tunggu Giliran Moh

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 214 hits
SINGAPURA Mereka yang mempunyai sebab sah untuk melakukan perjalanan keluar Singapura harus terus menunggu giliran dan tidak boleh memotong jalan untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID 19 lebih awal Ini memandangkan jumlah bekalan terhad b...
Pendedahan Bekas Peguam Negara Mengejutkan

Pendedahan Bekas Peguam Negara Mengejutkan

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 198 hits
ANWAR IBRAHIM Nama Dr Wan Azizah Wan Ismail disebut oleh Istana Negara sebagai calon Perdana Menteri interim menggantikan Mahathir Mohamad yang meletakkan jawatan itu pada 24 Februari tahun lalu Bagaimanapun Yang di Pertuan Agong tidak dapa...
1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord

15 Restoran Chinese Muslim Sekitar Kuala Lumpur Selangor


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lofoten Norway Is An Adventurer S Paradise In The Arctic

Hiburan Macam Rumah Nenek Kebayan Pelajar Universiti Awam Kecewa Fasiliti Kotor Usang Dan Bahaya

Walaupun Dia Popular Pengarah Pelakon The White Lotus 3 Dedah Sikap Sebenar Lisa Di Set

Di Asuh Gitu Tak Bagi Guling Guling Bila Bagi Tak Pun Berterima Kasih

Budak Sanusi Jawab Isu Bola Sepak Kedah 11 Bulan Tiada Gaji

Paling Besar Sitaan Sekarang Ini Babit Kes Ismail Sabri Cecah Rm177 Juta Azam Baki