Hasil Tangan Sejuk Pak Zain
Assalamualaikum..
Hi korang..
Salam Jumaat semua...hari ni SA bersiaran dari rumah...semalam balik kerja Seremban hujan lebat...SA terperangkap kat KTM Seremban...Pak Zain sampai SA terus redah je hujan tu..lencun jugak la...dapat selamatkan laptop dan handbag memang jenis kulit dan kalis air...yang x selamat kepala la...hehehe...sudahnya SA selsema, sakit kepala dan ada rasa nak demam....kejap- kejap bersin...pukul 5 pagi tadi SA whatsaap boss SA bagi tau condition SA...buat self test alhamdulillah masih negative...sebab tu sekarang makan ubat..kalau boleh elak dari demam atau selsema ni lagi bagus la kan...tapi tu la ubat selsema ni mengantuk...SA work from home plak tu.
Hari ni SA nak citer bab tanaman Pak Zain...apa lagi kalau bukan Peria ni ha....pokok peria ni memang tumbuh hasil dari peria yang sebelum ni masak dan gugur ke tanah...pokok lama dah lama mati..sekali tumbuh yang baru...sekali 2-3 pokok kot...hasilnya masih x putus- putus..jiran- jiran semua dah merasa..adik beradik semua dah merasa..kawan- kawan office SAa pun dah merasa...tapi masih banyak berbunga dan berbuah...subur betul...rezeki kan...
ni tak tau la Pak Zain semai apa plak ni...x jelas..
Pak Zain memang suka bercucuk tanam kat depan rumah tu...pokok cili dah habis musim dah..dah di buang sebab dah takde hasil..nanti nak beli anak pokok lain pulak katanya...Banyak faedah bercucuk tanam kan, salah satu faedah berkebun ialah penjimatan kos perbelanjaan keluarga. Jika sesebuah rumah terletak jauh dari pasar atau dari kedai runcit, pasti kos perbelanjaan terpaksa ditambah kerana perlu mengira kos perjalanan. Harga barang keperluan yang sentiasa meningkat turut membebankan keluarga yang berpendapatan rendah. Apabila bercucuk tanam di sekitar kawasan rumah, suri rumah tidak perlu kerap ke pasar untuk membeli sayur-sayuran. Pada waktu yang sama, langkah berjimat cermat dalam perbelanjaan dapat diambil bagi menjamin kesejahteraan hidup.
Bertepatan juga dengan peribahasa, “beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis”
Dengan ekonomi sekarang makin teruk...harga barangan melampau tinggi...elok lah bercucuk tanam serba sedikit...boleh juga membantu perbelanjaan harian kan...Selain tu ramai yang tidak mengetahui bahawa sebenarnya menanam sayur-sayuran dapat memupuk sikap bersedekah. Hal ini menyebabkan sayur-sayuran menjadi alat silaturahim antara masyarakat kan..macam Pak Zain pasti akan bersedekah kat jiran- jiran..x kisah la melayu ke cina atau jiran india.Terbuktilah,aktiviti ini memberi faedah bukan sahaja daripada segi fizikal,malahan mental. Kalau dulu jiran- jiran jarang bertegur sapa, sejak Pak Zain bagi hasil tanaman dia..jiran- jiran dah mula bertegur sapa dan diorang pun gilir- gilir bersedekah tanaman masing2...Ada jiran hujung tu tanam kobis..dah macam Cameron dah rumah dia sebab dia rumah tepi kan...tanah luas...kalau ada tanah macam dia confirm la boleh tanam macam- macam. Semalam Jiran selang 4 buah rumah bagi seplastik Jambu Madu...geram tengok buahnya yang besar dan gebu2..
SA nak cari anak pokok terung la plak...kat mana ada pasar tani minggu ni agaknya...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2022/03/hasil-tangan-sejuk-pak-zain.html