Hasil Menggunakan The Pink Stuff The Miracle Cleaning Paste
Semasa berpindah masuk rumah di Perlis pada bulan November lalu, saya mula mencari-cari produk untuk membersihkan pelbagai kotoran di rumah yang berusia sekitar 40 tahun ini
Ada kotoran yang mudah dibersihkan hanya dengan menggunakan tisu lembab - saya gunakan Antibacterial Hygiene Hand Wipes jenama Perfect, beli di MR DIY. Tisu lembab ni sangatlah membantu, banyak ruangan/barangan kotor dapat saya bersihkan dengan mudah. Memang berpek-pek habis saya gunakan sepanjang proses pindah keluar dari Rumah PP dan pindah masuk ke Rumah Perlis
Bagi kotoran degil, saya cuba gunakan produk The Pink Stuff yang dibeli melalui Shopee - The Pink Stuff Official Store.
Saya beli dua jenis produk The Pink Stuff, iaitu The Miracle Cleaning Paste (RM22.99) dan The Miracle Toilet Cleaner (RM19.22). Jumlah pembelian dua produk ni sebanyak RM33.39 termasuk caj pos dan selepas tolak baucer diskaun. Dapat percuma span pencuci yang juga berwarna pink, ada bentuk muka binatang apa entah. Comel je
Saya beli The Miracle Cleaning Paste 850 gram. Pes pencucinya berwarna pink lembut
Cara menggunakan The Miracle Cleaning Paste - dengan menggunakan span kering, ambil sedikit pes pencuci dan ratakan pada pemukaan kotoran. Kemudian gosok sehingga kotoran hilang. Ada jenis kotoran yang cuma perlu gosok perlahan dan ada yang saya perlu gosok sedikit kuat
Antara hasil selepas saya menggunakan pes warna pink ni :
Singki dapur kembali berseri! Boleh nilaikan sendiri mana satu foto sebelum dan selepas. Walaupun tidaklah bersinar macam singki baru, tapi hasil begini pun dah cukup menggembirakan
Suis lampu kembali bersih! Kotoran hitam kuning hilang, tapi kesan lebihan cat dinding tu tak hilanglah ya, itu perlu guna alat pengikis (scraper)
Kesan karat pada lantai jubin pun boleh hilang! Kali ini saya gosok sedikit kuat dengan menggunakan span lembab. Mungkin saya perlu gosok menggunakan berus dan buat lama sedikit barulah boleh betul-betul bersih
Alhamdulillah…lega rasanya bila dapat produk yang mampu membantu kerja-kerja pembersihan. The Miracle Cleaning Paste sememangnya produk yang berbaloi untuk dicuba, harganya juga tak mahal. Satu lagi produk yang saya beli - The Miracle Toilet Cleaner, nampaknya bukan produk yang bagus. Terlampau cair dan tak nampak kesan pembersihan. Setakat ini saya kekal memilih Magiclean Stain & Mold Cleaner bagi kerja pembersihan tandas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ujieothman.blogspot.com/2024/01/hasil-menggunakan-pink-stuff-miracle.html