Harungi Sungai Dengan Ppe Urus Jenazah Pesakit Covid 19


Anggota APM dan kakitangan KKM serta JHEAINS menaiki bot untuk membawa jenazah untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Betutai yang terletak di Pulau Torong Kibing, Tuaran pada Khamis. klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

TUARAN - Tiada laluan darat untuk ke tanah perkuburan menyebabkan sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) tampil memberi bantuan dengan menyediakan bot untuk pengurusan jenazah pesakit Covid-19 yang dikebumikan di Pulau Torong Kibing, di sini pada Khamis.


Difahamkan, jenazah yang dibawa mereka adalah wanita warga emas berusia 87 tahun yang meninggal dunia pada Isnin lalu dan disahkan dijangkiti Covid-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).


Susulan daripada itu, ketika menyempurkan tugasan berkenaan, anggota APM Tuaran terpaksa menggunakan pakaian pelindung diri (PPE) lengkap untuk melindungi diri sepanjang tempoh perjalanan menyusuri sungai membawa jenazah terbabit ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Betutai.

Pegawai APM Tuaran, Leftenan Paulina Francis berkata, operasi membawa jenazah ke tanah perkuburan kampung berkenaan dilakukan oleh empat anggota APM bersama kakitangan KKM dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

"Pesakit yang meninggal dunia pada Isnin lalu itu mahu dikebumikan di tanah perkuburan yang terletak di kawasan Pulau Torong Kibing iaitu tiga kilometer dari Kampung Betutai.


"Disebabkan tiada laluan darat ke tanah perkuburan berkenaan, pihak KKM meminta bantuan anggota APM Tuaran dengan menaiki bot bagi membawa jenazah ke tanah perkuburan," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Mengulas lanjut, Paulina berkata, tugasan anggota APM tidak setakat membawa jenazah tetapi diteruskan untuk urusan pengebumian.


"Tempat pengebumian telah disediakan oleh penduduk kampung dan anggota APM membantu untuk menurunkan dan seterusnya mengebumikan jenazah sehingga urusan selesai kira-kira jam 11.30 pagi," katanya.


Sebelum itu, beliau berkata, tugasan itu adalah antara tanggungjawab pihak APM dalam membantu pihak berkaitan bagi menyempurnakan pengurusan jenazah terutama membabitkan pesakit Covid-19.

"Sudah menjadi tanggungjawab, yang hidup akan menguruskan si mati. Itulah pengorbanan petugas barisan hadapan dalam menguruskan jenazah pesakit Covid-19," ujarnya.

SOURCE: Sinar Harian

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/10/harungi-sungai-dengan-ppe-urus-jenazah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pesakit Covid 19 Lahirkan Anak Ketika Koma

Pesakit Covid 19 Lahirkan Anak Ketika Koma

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 275 hits
Kapsyen Routs terkejut melihat bayinya sudah dilahirkan selepas dia tersedar daripada koma The Sun LONDON Seorang wanita terpaksa melahirkan bayinya dalam keadaan koma selepas dijangkiti virus Covid 19 ketika usia kandungannya mencecah 28 m...
Jangan Pandang Sebelah Mata Rawatan Murah Untuk Pesakit Covid 19 Kata Wakil Pembangkang

Jangan Pandang Sebelah Mata Rawatan Murah Untuk Pesakit Covid 19 Kata Wakil Pembangkang

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 272 hits
October 11 2021 Ahli Parlimen Kuala Kedah Azman Ismail berkata tidak ada sebarang bukti saintifik yang baik mengatakan tubuh manusia tidak boleh ambil lebih 100mg KUALA LUMPUR Seorang Ahli Parlimen pembangkang menyelar kenyataan Kementerian...
Rasuah Urus Jenazah 5 Kakitangan Hospital Dicekup

Rasuah Urus Jenazah 5 Kakitangan Hospital Dicekup

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 261 hits
PETALING JAYA Lima kakitangan hospital ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor hari ini kerana disyaki meminta dan menerima wang suapan daripada ejen sebagai balasan mendapatkan kerja pengurusan jenazah di hospital itu Haria...
Pesakit Covid 19 Cuba Lari Terperangkap Di Hospital

Pesakit Covid 19 Cuba Lari Terperangkap Di Hospital

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 302 hits
Usaha menyelamat dilakukan sepasukan tujuh anggota dan pegawai yang tiba bersama jentera dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan menurut bomba Wanita pesakit COVID 19 diselamatkan bomba selepas terperangkap ketika cuba larikan dir...
Sembuh Covid 19 Bukan Pengakhiran Derita Bekas Pesakit

Sembuh Covid 19 Bukan Pengakhiran Derita Bekas Pesakit

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 331 hits
SEMBUH COVID 19 BUKAN PENGAKHIRAN DERITA BEKAS PESAKIT Assalamualaikum pejam celik dah hampir 2 tahun Pandemik Covid 19 melanda negara kita dan juga seluruh dunia Kesan pandemik Covid 19 terhadap kesihatan mental dan fizikal akan berlarutan...
Pesakit Covid 19 Dakwa Diculik Hospital Meninggal Dunia

Pesakit Covid 19 Dakwa Diculik Hospital Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 312 hits
Pesakit Covid 19 dakwa diculik hospital meninggal dunia Seorang pesakit Covid 19 yang mendakwa dirinya diculik dan dipaksa menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang George Town meninggal dunia hari ini Seorang pengamal per...
Helikopter Bomba Keluarkan Pesakit Covid 19

Helikopter Bomba Keluarkan Pesakit Covid 19

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 302 hits
Oleh Bomba melakukan penerbangan ihsan mengeluarkan pesakit COVID 19 dari perkampungan Orang Asli Pos Dakoh Foto NSTP Ihsan bomba GUA MUSANG Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengadakan penerbangan ihsan menyelamat seorang le...
5 Kakitangan Hospital Direman Komplot Rasuah Urus Jenazah

5 Kakitangan Hospital Direman Komplot Rasuah Urus Jenazah

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 431 hits
SHAH ALAM Lima kakitangan sebuah hospital di negeri ini direman lima hari bagi membantu siasatan komplot rasuah pengurusan jenazah Perintah reman terhadap kesemua suspek berusia 34 hingga 44 tahun itu dikeluarkan Majistret Ellyna Othman di ...
Gagal Lari Pesakit Covid 19 Terperangkap

Gagal Lari Pesakit Covid 19 Terperangkap

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 247 hits
Gagal lari pesakit Covid 19 terperangkap di hospital Cubaan seorang pesakit Covid 19 untuk melarikan diri dari Hospital Keningau membawa padah apabila dia terperangkap di salah satu tingkat bangunan terbabit pagi tadi Tindakan wanita berusi...
No Promotions For Macc Officers With Bmi Above 27 From Next Year

Tnb S Share Price Falls After Federal Court Decision On Lhdn Case

Bank Rakyat Defends Ex Ybr Ceo S Termination Says Proper Procedures Followed

Oppo Reno14 Drops At Ooo Fest With Ai Cam Freebies

Ahli Parlimen Temerloh Gesa Kerajaan Agensi Berkaitan Naik Taraf Dan Baik Pulih Bekalan Air Pahang Tanpa Alasan

Zunar Diam Membisu Cukai 1malaysia Vs Cukai Madani Mana Korang Suka

What New York S Mamdani Can Teach Malaysia S Madani

Masak Lemak Udang Dan Bab Dosa Media Social


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Beli Terus Dari Kilang China Rahsia Untung Besar Tanpa Orang Tengah

Penebusan Baucar Buku Guru Madani 2025 Hadiah Ilmu Untuk Guru Bermula 1 Julai 30 September 2025

Bahagianya Hidup Ini

5 Kesilapan Kecil Yang Buat Hutang Semakin Menjadi Jadi Ramai Tak Sedar

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan

Belajarlah Redha Walau Dalam Keperitan