Harumanis Naik Harga Tahun Ini
Harumanis naik harga tahun ini
KANGAR – Harga jualan mangga harumanis premium pada tahun ini dijangka mencatatkan peningkatan berbanding tahun lalu berikutan kenaikan harga input pertanian bagi buah berkenaan.
Pengerusi Persatuan Harumanis Perlis, Datuk Hashim Suboh berkata, kenaikan input pertanian seperti baja, racun dan bahan penggalak bagaimanapun hanya memberi kesan kenaikan sekitar RM1 hingga RM2 sekilogram (kg) terhadap harga jualan mangga tersebut.
“Biasanya harga jualan sekotak 3kg harumanis premium gred A adalah sekitar RM100 hingga RM135 termasuk kos penghantaran dan harga pada tahun ini dijangka naik tidak melebihi RM5.
“Kenaikan input pertanian tersebut sekiranya dibahagikan dengan pengeluaran buah dalam unit kilogram, ia tidaklah memberi kesan kenaikan harga yang terlalu tinggi,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Tambahnya, penjagaan harumanis yang memerlukan pemerhatian teliti sepanjang 12 bulan serta kos penyelenggaraan lain turut diambil kira bagi kenaikan harga jualan pada tahun ini.
“Buah harumanis bergred premium biasanya mempunyai berat sekitar 300 hingga 450 gram sebiji, kulit cantik serta rasa yang manis serta aroma yang harum.
“Telah menjadi amalan pengusaha harumanis komersial dan semi komersial di Perlis agar harga jualan mangga itu ditetapkan mengikut kesesuaian dan kemampuan pengguna,” ujarnya.
Sementara itu, Pengerusi Koperasi Pengusaha Harumanis Y.A, Mohd. Asri Yusoff mengakui, kenaikan harga input pertanian memberi sedikit kenaikan kepada harga jualan buah berkenaan.
“Kenaikan harga racun rumput sehingga lebih 100 peratus dan racun serangga antara 20 hingga 50 peratus mempengaruhi kenaikan harga harumanis sekitar 5 hingga 10 peratus berbanding tahun lalu.
“Kami telah melakukan beberapa perbincangan mengenai faktor-faktor tersebut dan akan memaklumkan perkara tersebut kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) bagi memutuskan harga jualan rasmi seperti amalan biasa setiap tahun,” katanya.
Menurut beliau, koperasi tersebut mempunyai kira-kira 158 ahli dan menjalankan aktiviti pembelian daripada pengusaha serta jualan harum manis Perlis secara komersial setiap tahun.
“Harga jualan bagi sekotak 3kg harumanis gred A termasuk kos penghantaran sebelum ini adalah RM125 hingga RM135, gred B (RM100-RM125), gred C (RM85-RM100), manakala gred D dijual pada harga RM15 sekilogram diborong di pusat pengumpulan koperasi di Chuping.
“Sebenarnya indeks buah matang yang dituai adalah penting untuk memberikan rasa dan aroma sebenar selain saiz atau berat dan keadaan kulit yang cantik,” jelasnya. K Online
Harumanis naik harga tahun ini
Baca Artikel Menarik :
Pembantu Kit Siang pula mohon maaf pada Najib
‘Jenama Abah’ tak mampu tawan Johor, PAS nak ‘tumpang’ pengaruh Umno, kata penganalisis
2 beradik dibunuh bapa kandung di taman permainan
Anak bekas anggota Rejimen 10 Komunis Melayu kembali ke Malaysia
Bantuan khas RM700 penjawat awam, RM350 pesara
Berebut pelajar perempuan, cedera dibuli senior
Yasmin Hani Semakin ‘Fit’ Dan Cantik
Difitnah pencuri, polis tidak mampu menahan warga emas daripada maut dibelasah
Pembalakan bagus untuk harimau – Jabatan Perhutanan Kelantan
Saya tidak mahu bersama Bersatu yang dipimpin Muhyiddin – Mazlan Bujang
Bas lelong jadi rumah Nur Amira
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Nabila Huda dituntut bayar ganti rugi RM900,000 dan mohon maaf dalam 7 hari
Kata dua Aaron Aziz kepada Aliff Aziz
Pendayung solo rentas Atlantik maut di tengah laut [VIDEO]
The post Harumanis naik harga tahun ini appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/01/26/harumanis-naik-harga-tahun-ini/