Harta Rampasan Perang Untuk Mereka Yang Pergi Berperang Bukan Untuk Yang Duduk Di Rumah Ketika Perang


 
Sesungguhnya saya turut berasa simpati dengan pelbagai cerita dan maklumat yang diterima mengenai nasib orang-orang parti yang bagai disisihkan setelah PH berjaya menjadi kerajaan.
Ramai yang bertungkus lumus dan menyumbang tenaga kepada kemenangan PH merasa dipinggirkan dalam pelbagai lantikan setakat ini, khususnya untuk bertugas di pejabat-pejabat menteri.
Dikatakan banyak lantikan yang dibuat oleh menteri-menteri tidak daripada kalangan yang aktif dan mengeluarkan peluh ketika PRU15 lalu, sebaliknya daripada kalangan yang bukan saja tidak mengeluarkan walau setitik peluh pun ketika musim kempen, tetapi semata-mata kerana hubungan peribadi dengan menteri berkenaan.
Sehingga ada yang meluahkan perasaan – kami ini nampaknya berguna ketika membajak saja, tetapi dilupakan bila musim menuai tiba.
Dalam maksud yang lebih mudah difahami ialah mereka ini tidak diberikan hak menikmati ghanimah atau harta rampasan perang setelah perang berakhir dan kemenangan diperolehi.
Di beberapa catatan sejarah Rasulullah ketika perang, harta rampasan perang itu dibahagikan kepada mereka yang ikut berperang sebagai membalas jasa dan pengorbanan yang dilakukan.
Dari segi bahasa, istilah harta rampasan itu sendiri bermaksud ia untuk mereka yang terlibat dalam peperangan.
Dalam Al-Quran surah Al-Anfaal ayat 41 secara jelas menyebut siapa yang berhak mendapatkan ghanimah tersebut – “Ketahuilah, sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin, dan ibnu sabil (orang yang telantar di perjalanan)…”
Dengan demikian, yang dibagi-bagikan kepada para pasukan yang ikut berperang adalah empat perlima harta rampasan perang setelah bahagian seperlima itu dibagi kepada pihak-pihak yang dicantumkan Allah SWT dalam ayat di atas.
Adapun surat Al-Anfaal ayat 69 berbunyi: ”Maka makanlah dari sebahagian harta rampasan perang yang telah kamu ambil itu, sebagai makanan yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah…”
Hukum halalnya mengambil harta melalui jalan perang ini juga terdapat dalam sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Jabir bin Abdillah yang bermaksud: ”Allah memberi saya lima hal, yang Nabi-Nabi sebelum saya tidak mendapatkannya…Dijadikan bagiku bumi ini sebagai tempat sujud dan suci, maka di mana saja seseorang dari umatku dipanggil salat, maka salatlah dan dihalalkan bagiku ghanimah, sementara bagi umat sebelumku tidak dihalalkan…”
Pada masa Khalifah Umar bin Al-Khattab, ditetapkan bahawa jenis harta yang boleh diambil oleh pasukan Islam yang telah memenangi peperangan adalah harta bergerak saja dengan alasan, harta bergerak inilah yang sesuai dengan ‘urf (kebiasaan).
Lantaran pembahagian ghanimah yang adil dan mengikut hak itulah juga yang menyumbang kepada pelbagai kejayaan tentera Islam dalam peperangan, seterusnya menjadikan Islam berkembang dengan luas.
Dalam sistem bernegara moden seperti sekarang, ghanimah atau harta rampasan perang itu adalah jawatan dan kedudukan dalam kerajaan setelah berjaya mengambil alih pentadbiran negara.
Maka, sebagaimana harta rampasan perang seharusnya dinikmati oleh mereka yang ikut berperang, mengisi jawatan dalam kerajaan setelah kemenangan dalam PRU juga sewajarnya diberikan kepada mereka yang ada sumbangan dalam kejayaan yang diperolehi.
Untuk fasa berikutnya, sasaran ghanimah yang ditunggu-tunggu ialah jawatan dalam GLC dan juga agensi kerajaan masih banyak lagi kekosongannya.
Namun, bertembung dengan desakan pihak tertentu agar jawatan dalam GLC khususnya tidak diberikan kepada orang politik, sebaliknya kepada profesional, orang-orang parti sekali lagi berhadapan dengan nasib yang tidak menentu.
Kalau sebelum ini mereka yang tidak pernah berpeluh untuk kemenangan PH diberikan jawatan di pejabat-pejabat menteri, kini golongan profesional yang mungkin hanya duduk di rumah ketika musim kempen, malah ada sesetengahnya menolak PH dan Anwar Ibrahim, ternampak lebih ditonjolkan untuk diberikan ghanimah.
Ada nama-nama yang disebut untuk dilantik itu, selain bukan orang parti dan tidak pernah memberi apa-apa sumbangan, ada di antaranya memang tidak memihak kepada PH pun.
Cuma diberitakan, setelah PH menjadi kerajaan ini, rajin pula mereka itu menghimpit pihak-pihak tertentu untuk turut sama menikmati ghanimah tersebut.
Adalah malang sebenarnya apa yang berlaku ini, terutama apabila mereka yang berharap ghanimah itu sampai sampai ke peringkat terpaksa membangkitkannya dalam mesyuarat parti dan kumpulan tertentu turut mengadakan perjumpaan khusus untuk menuntut jawatan yang dikehendaki.
Tanpa mengenepikan faktor kelayakan dan kemampuan, seharusnya orang parti dan mereka yang berperanan dalam kemenangan PH pada PRU15 lalu hendaklah diberi keutamaan dalam pemberian ghanimah ini.
Mereka harus dihargai dan tidak perlu sampai meminta-minta ghanimah itu.
Sebagaimana mereka berperanan, berpeluh dan bertungkus-lumus pada perang PRU15 lalu, peranan mereka untuk berlawan dalam peperangan yang masih banyak menunggu di hadapan pasti lebih berkesan lagi jika diberikan ghanimah yang sewajarnya.
Tetapi, jika selepas ini ghanimah itu tidak juga diperolehi, sebagai tanda simpati kepada mereka yang diketepikan itu, pesanan saya cuma satu – baiklah berehat saja daripada terus berjuang yang hasilnya dikutip oleh orang lain.
Sebaliknya, biarkan mereka yang diberi ghanimah itu pula berperang dalam perang-perang seterusnya yang masih banyak lagi selepas ini. – ShahbudinHusin 09/01/2023.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/01/harta-rampasan-perang-untuk-mereka-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Dua Dua Boleh Bagi Statement Mereka Akan Kata Ayah Banyak Kali Keluar Rumah

Kalau Dua Dua Boleh Bagi Statement Mereka Akan Kata Ayah Banyak Kali Keluar Rumah

papar berkaitan - pada 7/1/2023 - jumlah : 266 hits
Hati isteri mana yang tak sedih saat dapat tahu orang yang dia percaya dan ayah kepada anak anaknya tidak bercakap benar saat kemelut rumah tangga berlaku sebelum ini Walaupun pahit untuk ditelan namun demi anak anak perlu juga kuat Sejak k...
Pernafasan Sudah Perlahan Chef Wan Takut Ibu Pergi Ketika Tidur

Pernafasan Sudah Perlahan Chef Wan Takut Ibu Pergi Ketika Tidur

papar berkaitan - pada 4/1/2023 - jumlah : 98 hits
Baru baru ini cef selebriti popular Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan memaklumkan ibunya Noraini Abdullah atau Cik Ani kini dalam keadaan tenat dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital Perkembangan tersebut dikongsikan sendiri oleh C...
Potret Rumah Mewah Peninggalan Milyarder Desa Harta Si Gadis Bisa Sampai 7 Turunan

Potret Rumah Mewah Peninggalan Milyarder Desa Harta Si Gadis Bisa Sampai 7 Turunan

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 155 hits
Sebuah rumah mewah milik milyarder desa terbengkalai hingga dipenuhi tanaman hijau Bahkan diketahui harta si gadis ahli waris bisa sampai 7 turunan Melansir dari akun YouTube Aziz Nurahman Selasa berikut potretnya
Video Ternyata Ini Tujuan Pengacara Putri Minta Hakim Ke Rumah Saguling Dan Duren Tiga

Video Ternyata Ini Tujuan Pengacara Putri Minta Hakim Ke Rumah Saguling Dan Duren Tiga

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 143 hits
Hakim Wahyu Imam Santoso mendatangi tempat kejadian perkara di Rumah Dinas Ferdy Sambo di Duren Tiga Imam merupakan ketua majelis kasus pembunuhan Brigadir Yosua Hutabarat
Viral Kisah Tiko Dan Bu Eny 12 Tahun Tinggal Di Rumah Mewah Terbengkalai

Viral Kisah Tiko Dan Bu Eny 12 Tahun Tinggal Di Rumah Mewah Terbengkalai

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 225 hits
Tiko dan sang ibu yang mengalami depresi itu tinggal bersama di rumah mewah tak terawat selama 12 tahun tanpa listri dan air
Intip Interior Rumah Mewah Terbengkalai Usai Dibersihkan Petugas Gulkarmat

Intip Interior Rumah Mewah Terbengkalai Usai Dibersihkan Petugas Gulkarmat

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 133 hits
Intip Interior Rumah Mewah Terbengkalai Usai Dibersihkan Petugas Gulkarmat Suku Dinas Gulkarmat Jaktim melakukan pembersihan rumah Ibu Eny yang viral di medsos Sebelumnya viral di media sosial mengenai kehidupan Ibu Eny dan anaknya Tiko kar...
Stres Penat Uruskan Anak Kerja Rumah Pakar Saran Wujudkan Green Space Terapi Emosi Mak Mak

Stres Penat Uruskan Anak Kerja Rumah Pakar Saran Wujudkan Green Space Terapi Emosi Mak Mak

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 129 hits
Kepenatan menguruskan anak anak dan rumahtangga ditambah pula dengan tugas dan tanggungjawab hakiki membuatkan emosi ibu jadi bercelaru Selalu goyah lagi lagi saat anak sudah pun mula bersekolah Jadual terlalu padat Bila kepenatan tak dinaf...
Cara Tukar Tarif Elektrik Rumah

Cara Tukar Tarif Elektrik Rumah

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 288 hits
Rumah dah dapat kunci eletrik dah masuk air pun dah ada Kalau ikutkan kelengkapan asas dah cukup Boleh duduk dah rumah aku kat Canopy Hill Kajang 2 tu Cumanya masalah biasa orang baru dapat rumah kan mana puas hati bila tengok dalam rumah t...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian