Harimau Malaya Ditempa Untuk Gagal


 
Saya paling tersentuh hati menonton penyerang, Haqimi Azim Rosli, menahan sebak ketika memohon maaf bagi diri dan rakan sepasukan selepas Harimau Malaya terkandas di peringkat kumpulan Kejohanan Bolasepak ASEAN Piala Mitsubishi Electric (AMEC ’24) di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBC) pada Jumaat malam.
Ingatan mendalam turut terjurus kepada penyerang kelahiran Glasgow, Scotland, Fergus Tierney, yang ditamatkan kontrak pinjamannya daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) oleh kelabnya Chonburi FC dalam Liga Thailand kerana memilih untuk mewakili Malaysia.
Tidak sekadar menghargai susah-payah empat pemain Sabah FC, Dominic Tan, Daniel Ting, Stuart Wilkin dan Darren Lok yang kembali membarisi skuad kebangsaan selepas satu komitmen untuk kelab, malah ucapan terima kasih selayaknya buat kesemua pemain yang ditampilkan Harimau Malaya malam kelmarin atas perjuangan mereka hingga minit terakhir.
Juga perasaan saya diruntun oleh perlawanan terakhir bawah kendalian ketua jurulatih interim, Pau Marti Vicente, berkesudahan dengan nota hampa selepas keputusan 0-0 melayakkan skuad Singa itu mengiringi Thailand ke separuh akhir dari Kumpulan A.
Dalam pada itu, ia bukan pun satu kegagalan yang terlalu sukar ditelan. Kecuali muncul juara sekali pada edisi 2010, Malaysia tampil naib juara pada 1996, 2014 dan 2018, dua kali di tempat ketiga (2000, 2004), tempat keempat pada 2002 selain mara ke separuh akhir edisi 2007, 2012 dan 2022.
Penyertaan dalam edisi selebihnya (1998, 2008, 2016 dan 2020) berakhir di peringkat kumpulan. Kegagalan malam kelmarin adalah kali kelima Harimau Malaya gagal melepasi halangan awal yang mungkin boleh dipersalahkan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang tidak menjadikan penyertaan kali ini – malah mungkin sejak satu dekad lalu — sebagai satu keutamaan.
Selepas memimpin kumpulannya buat seketika hasil tiga mata daripada dua perlawanan pertama — seri 2-2 dengan Kemboja di Phnom Penh (8 Dis) dan mengalahkan Timor Leste 3-2 di Bukit Jalil (11 Dis) — Setiausaha Agung FAM Noor Azman Rahman mengumumkan sasaran Harimau Malaya ialah untuk ke final.
Atas perkiraan apa sasaran itu diputuskan, barangkali hanya beliau yang tahu. Atau ia mungkin didorong kontraknya selaku setiausaha agung yang difahamkan sudah dilanjutkan setahun lagi tanpa terikat dengan bagaimana Harimau Malaya berkesudahan atau pelan revolusi pasukan kebangsaan yang akan bermula pada 1 Jan.
Dinafikan khidmat ‘pemain-pemain bintang’ dari awal atas komitmen kelab – yang tidak wajib melepaskan pemain di luar kalendar antarabangsa FIFA – Vincente terpaksa berpuas hati dengan pemain-pemain yang ada.
Malah, sebelum kunjungan untuk berdepan Thailand di Bangkok pada 14 Dis, jurulatih itu mengakui tidak tahu berapa ramai pemain yang boleh dibawanya dengan sebilangan yang cedera dan beberapa lagi dipanggil pulang kelab untuk aksi Piala Cabaran MFL dan suku akhir Piala Malaysia. Barisannya masih mampu memberi persembahan terpuji untuk tewas hanya 0-1.
Kegawatan dalam pasukan ketika itu disimpulkan bekas pemain Selangor dan kebangsaan, Reduan Abdullah, umpama pemain bebas keluar masuk seperti mengunjungi kompleks membeli-belah.
“Tidak semua pemain tersedia dengan saingan liga masih berjalan dan semua perkara ini tidak normal bagi saya. Kami akan gunakan pemain yang ada dan bersedia.
“Persediaan agak pendek, tiada masa untuk berlatih dan tiada perlawanan persahabatan. Perkara ini bukan perkara yang ideal tetapi pemain dan barisan jurulatih sudah bersedia dengan motivasi yang tinggi,” kata Vincente menjelang perlawanan menentang Timor Leste.
Malam kelmarin, pemain-pemain bertekad untuk melanjutkan tempoh Vicente sekurang-kurangnya satu perlawanan lagi tetapi seperti disimpulkan pengacara siaran langsung Astro Arena, mereka melakukan 19 percubaan dengan dua daripadanya terkena palang tetapi ia masih tidak memadai untuk tiga mata diperlukan sebagai tiket ke separuh akhir.
Buat kali kelima dalam kejohanan ini yang bermula pada 1996, kempen Harimau Malaya berakhir awal tetapi kekangan dan keterbatasan yang dilalui sebenarnya menyukarkan perjuangan mereka sejak sepak mula perlawanan pertama lagi.
Jika direnung semula persiapan dari mula, AMEC ’24 bukanlah medan untuk Harimau Malaya mengharapkan nasib lebih baik ketika ia dinafikan khidmat pemain-pemain terbaik.
Sekali imbas perbandingan kesebelasan utama malam kelmarin menyerlahkan kekurangan dengan skuad yang diturunkan dalam perlawanan persahabatan menentang Laos di Bangkok pada 14 Nov.
Harimau Malaya ketika itu membariskan Syihan Hazmi Mohamed, Matthew Davies, Dion Cools, Harith Haiqal Adam Afkar, Adib Ra’op, Zhafri Yahya, Paulo Josue, Noah Laine, Safawi Rasid, Syafiq Ahmad dan Arif Aiman Hanapi. Barisan simpanan saja mengandungi antaranya Feroz Baharudin, Azam Azmi, Dominic Tan, Daniel Ting, Sergio Aguero, Syamer Kutty Abba, Stuart Wilkin, Akhyar Rashid, Haqimi Rosli, Fergus Tierney dan Fazrul Amir Zaman.
Tanpa Davies, Feroz dan Arif Aiman yang dilepaskan pulang ke tanah air selepas itu berikutan permohonan kelab mereka menjelang aksi Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) menentang Shandong Taishan di China pada 26 Nov, kesebelasan dalam perlawanan persahabatan berikutnya menentang India di Hyderabad pada 18 Nov masih seimbang.
Gandingan Syihan, Azam, Cools, Dominic, Ting, Wilkin, Laine, Aguero, Haqimi, Josue dan Akhyar masih mampu mengikat India – pasukan di tangga ke-127 dunia – dengan keputusan 1-1.
Namun, untuk kempen AMEC ’24, FAM menampilkan skuad campuran tanpa pemain utama dari JDT dan Selangor FC yang menghadapi jadual padat aksi kelab di peringkat Asia.
“Dalam tempoh ini juga, Liga Malaysia akan diteruskan seperti yang dijadualkan, sekali gus menambah kerumitan untuk mendapatkan pemain.
“Kejohanan ini memberi peluang yang baik untuk meluaskan kumpulan pemain yang layak menyertai Harimau Malaya, terutama ke arah pembabitan mereka di pentas antarabangsa pada masa akan datang, termasuk Kelayakan Piala Asia 2027 bermula Mac tahun depan,” kata kenyataan FAM.
Seperti yang terbukti malam kelmarin, ia bukanlah ramuan cukup ampuh untuk melayakkan Harimau Malaya ke separuh akhir sekurang-kurangnya.
“Ia menyedihkan untuk mengakhiri kempen seperti ini. Pasukan (Harimau Malaya) berhak mendapat lebih lagi malam ini. Saya fikir dalam permainan, kita tak dapat lakukan lebih untuk mendapatkan kemenangan,” kata Vicente sebagai merumuskan berakhirnya kempen pasukannya.
Tutup buku lama, buka buku baharu dengan revolusi Harimau Malaya bermula dengan pelantikan Peter Cklamovski sebagai ketua jurulatih baharu yang akan memulakan tugas pada 1 Jan diharap dapat meniupkan angin perubahan yang dinanti-nantikan ramai. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/12/harimau-malaya-ditempa-untuk-gagal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fam Sasar Harimau Malaya Ke Final

Fam Sasar Harimau Malaya Ke Final

papar berkaitan - pada 14/12/2024 - jumlah : 135 hits
Noor Azman Yakin Harimau Malaya Bakal ke pentas Final perlawanan akhir Piala Asean Mitsubishi Electric 2024 FAM tetap optimis Harimau Malaya ke final Skuad Harimau Malaya kendalian Pau Marti memulakan aksi di pentas AMEC dengan keputusan se...
Harimau Malaya Kecewa Kesilapan Haziq Nadzli

Harimau Malaya Kecewa Kesilapan Haziq Nadzli

papar berkaitan - pada 15/12/2024 - jumlah : 79 hits
Gara gara hantaran ke belakang oleh Declan Lambert impian Malaysia ke final Piala ASEAN Mitsubishi Electric bakal berakhir Cuma kemenangan ke atas Singapura sahaja bakal menentukan laluan seterusnya Ayuh Harimau Malaya jangan cepat mengalah...
Bola Sepak Piala Aff Persembahan Harimau Malaya Amat Teruk Dan Memalukan Bertemu Timor Leste

Bola Sepak Piala Aff Persembahan Harimau Malaya Amat Teruk Dan Memalukan Bertemu Timor Leste

papar berkaitan - pada 12/12/2024 - jumlah : 139 hits
Meskipun menang tipis 3 2 di gelanggang sendiri tetapi pasukan Harimau Malaya sempat di boo oleh penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi ketika meninggalkan padang menuju ke bilik persalinan selepas ketinggalan 1 2 kepada Timur ...
Hanya Berlatih Di Pantai Timor Leste Dah Cukup Syukur Jika Dapat Seri Lawan Harimau Malaya

Hanya Berlatih Di Pantai Timor Leste Dah Cukup Syukur Jika Dapat Seri Lawan Harimau Malaya

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 97 hits
PASUKAN kebangsaan Timor Leste tidak mempunyai padang bola dan terpaksa berlatih di pantai sehingga merencatkan rentak perlawanan mereka ketika aksi sebenar Akibatnya skuad Crocodiles dibelasah 0 11 oleh Thailand dalam perlawanan pertama Ku...
Calon Ceo Harimau Malaya Hampir Dimuktamadkan

Calon Ceo Harimau Malaya Hampir Dimuktamadkan

papar berkaitan - pada 27/12/2024 - jumlah : 96 hits
KUALA LUMPUR Calon Ketua Pegawai Eksekutif skuad Harimau Malaya semakih hampir dimuktamadkan di mana individu itu perlu sekurang kurangnya pernah beraksi peringkat tertinggi dalam arena bola sepak tanah air Bayangan kriteria itu diumumkan P...
Vicente Kecewa Persembahan Harimau Malaya Di Kemboja

Vicente Kecewa Persembahan Harimau Malaya Di Kemboja

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 116 hits
PHNOM PENH 8 Dis Ketua jurulatih skuad kebangsaan Pau Marti Vicente kecewa selepas skuad negara sekadar seri 2 2 dengan Kemboja pada aksi pembukaan Piala ASEAN 2024 di Stadium Olimpik Nasional Phnom Penh di sini malam ini Secara keseluruhan...
Sah 2 Individu Ini Diumum Jurulatih Baru Harimau Malaya

Sah 2 Individu Ini Diumum Jurulatih Baru Harimau Malaya

papar berkaitan - pada 17/12/2024 - jumlah : 114 hits
Persatuan Bola Sepak Malaysia hari ini mengumumkan pelantikan Peter Cklamovski sebagai jurulatih baharu skuad Harimau Malaya Cklamovski 46 merupakan jurulatih dari Australia dan bekas pengurus FC Tokyo Pelantikan tersebut diumumkan melalui ...
Video Bersama Peter Cklamovski Harimau Malaya Bakal Terap Taktikal Bertahan Sukan

Video Bersama Peter Cklamovski Harimau Malaya Bakal Terap Taktikal Bertahan Sukan

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 180 hits
SELEPAS beberapa nama jurulatih dikaitkan dengan Harimau Malaya kini pengendali kelab Jepun Peter Cklamovski semakin kuat dikhabarkan akan mengetuai cabaran skuad kebangsaan bagi menghadapi kelayakan Piala Asia 2027 pada tahun depan Jurulat...
Awas Harimau Malaya 3 Tonggak Singapura Bakal Menyusahkan Sebab Ada Pengalaman Di Tanah Air Sukan

Awas Harimau Malaya 3 Tonggak Singapura Bakal Menyusahkan Sebab Ada Pengalaman Di Tanah Air Sukan

papar berkaitan - pada 19/12/2024 - jumlah : 95 hits
SKUAD Harimau Malaya akan berdepan tugas getir menentang Singapura pada aksi terakhir Kumpulan A untuk mara ke separuh akhir Piala Asean 2024 pada Jumaat Beraksi di gelanggang keramat skuad kebangsaan pastinya akan memberi kelebihan buat Ha...
Jetblue Fined 2 Million For Chronic Delays

Kadir Jasin Najib Bukan Curi Milo Atau Roti Benggali

Hmpv Situasi Terkini Tanda Gejala Pencegahan Rawatan

What Is Brics Good For

Susulan Titah Agong Kpn Bagi Amaran Jangan Sertai Sebarang Perhimpunan

2 Maut Kereta Terhumban Dalam Gaung

Kenyataan Media Umno Pas Gagal Tipu Umno

Virus Seakan Covid 19 Hmpv Mula Menular Di China Kenali Gejala Dan Cara Pencegahannya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro

Siapa Boleh Jawab Ayam atau Telur Yang Mana Wujud Dahulu

5 Perkara Buruk Yang Normal Dalam Politik Malaysia


Petronas Gerik

Kenapa Menjadi Pendengar Yang Baik Menjadi Rahsia Kejayaan Sesebuah Hubungan

5 Mitos Berkaitan Vaksin Hpv

Warga Asing Rempuh Mati Penunggang Motosikal Di Lampu Isyarat Direman

Lelaki Hentikan 57 Kipas Berpusing Guna Lidah

Craving For Roti Nan And Tandoori Naseeb Capati Nan In Pasir Gudang Is A Must Visit