Video Bersama Peter Cklamovski Harimau Malaya Bakal Terap Taktikal Bertahan Sukan
SELEPAS beberapa nama jurulatih dikaitkan dengan Harimau Malaya, kini pengendali kelab Jepun, Peter Cklamovski semakin kuat dikhabarkan akan mengetuai cabaran skuad kebangsaan bagi menghadapi kelayakan Piala Asia 2027 pada tahun depan.
Jurulatih berusia 46 tahun itu merupakan anak didik pengendali kelab Inggeris (EPL), Tottenham Hotspurs iaitu Ange Postecoglou semasa di Liga Jepun dan skuad kebangsaan Australia.
Sejak 2020, Cklamovski telah mengendalikan tiga kelab dalam saingan Liga Jepun iaitu Shimizu S-Pulse, Montedio Yamagata dan FC Tokyo.
BACA LAGI: Penang jadi ‘role model’, Selangor dan Kuching City tuntut balik pemain
BACA LAGI: [VIDEO] Tonggak utama Peterborough United dakwa ada pertalian darah dari Pulau Pinang
Sebelum menyentuh gambaran taktikal yang akan diterapkan oleh Cklamovski bersama Harimau Malaya, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sebelum ini telah memuat naik satu hantaran corak permainan baharu bakal digunakan oleh skuad kebangsaan.
“Sistem dan falsafah yang sesuai (Harimau Malaya) dengan pemain yang ada, untuk menjadi lebih ‘compact’, ‘attack’ dan ‘defend’ sebagai satu unit. Displin adalah kunci, InshaALLAH boleh.”
Dengan gambaran yang telah dirangka oleh Tunku Mahkota Ismail, Cklamovski mungkin calon sesuai untuk merealisasikan perkara itu selepas melihat rekod formasi taktikal yang gemar dibawa olehnya bersama FC Tokyo musim ini.
Rekod formasi yang digunakan oleh Cklamovski bersama FC Tokyo.
Sejak hari pertama dilantik pada 2023, Cklamovski gemar menggunakan formasi 4-3-3 bertahan yang mana membawa kemenangan debutnya bersama FC Tokyo dengan keputusan 2-0 menewaskan Nagoya Grampus.
Untuk rekod, dalam 65 perlawanan sepanjang mengendalikan FC Tokyo setakat ini, Cklamovski telah memenangi 27 daripada keseluruhannya.
Cklamovski juga berjaya membantu FC Tokyo menewaskan kelab-kelab gergasi Liga Jepun seperti Cerezo Osaka, Vissel Kobe, Yokohama F. Marinos dan Urawa Reds pada musim ini.
Pemain seperti Syamer Kutty Abba, Hong Wan dan Nooa Laine pastinya bakal menjadi taruhan besar buat Cklamovski bersama Harimau Malaya kerana beliau sering mengutamakan pemain tengah bertahan sebagai asas formasi 4-3-3 bertahan.
Bersama FC Tokyo, Kei Koizumi antara individu penting buat Cklamovski untuk merealisasikan formasi 4-3-3 bertahan dengan pemain itu telah digunakan sebanyak 60 kali dalam dua musim berturut-turut.
Selain itu, peranan Dion Cools pasti akan diubah ke pertahanan kiri atau kanan kerana sistem ini memerlukan pemain yang mahir untuk membantu bahagian serangan seperti Yuto Nagatomo di FC Tokyo.
Kehadiran Cklamovski dalam skuad kebangsaan pastinya bakal memberikan dimensi baharu apatah lagi beliau akan mendapat sokongan penuh daripada Tunku Mahkota Ismail.
Bukan itu sahaja, skuad kebangsaan juga akan diperkuatkan dengan pemain-pemain warisan yang beraksi di Eropah seperti digembar-gemburkan sebelum ini di media sosial.
Selain itu, kehadiran pemain naturalisasi baharu, Bergson da Silva akan menambah sengat di barisan Harimau Malaya untuk mengharungi kempen kelayakan Piala Asia 2027 Kumpulan F bersama Vietnam, Laos dan Nepal pada Mac 2025. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
Source link
The post [VIDEO] Bersama Peter Cklamovski, Harimau Malaya bakal terap taktikal bertahan? – Sukan appeared first on Edisi Viral Plus.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://plus.edisiviral.com/video-bersama-peter-cklamovski-harimau-malaya-bakal-terap-taktikal-bertahan-sukan/