Hari Yang Sunat Harus Dan Makruh Untuk Berpuasa
Hai semua,
Sebenarnya Juju ni memang ada masalah hilang ingatan bila tiap kali nak puasa sunat. Huhu, hilang ingatan sebab teringat ada hari yang boleh puasa ada hari yang tak boleh puasa.
Jadi untuk mengatasai masalah hilang ingatan dan rasa was-was maka Juju pun ambil keputusan untuk google dan simpan dekat blog Juju ni. Semoga bermanfaat untuk korang juga
Puasa Isnin dan KhamisDalam riwayat Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: “Diangkat amalan seseorang pada Isnin dan Khamis, maka aku lebih suka amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa” (Hadis Tarmizi)
Puasa tiga hari setiap bulanIni mungkin senang sikit nak diamalkan. Tak kisah hari apa atau tarikh bila. Dalam sebulan ada 30 hari. Ambil tiga hari sahaja untuk berpuasa. Maknanya ada 27 hari lagi untuk makan-makan. Tapi yang afdalnya pada hari putih iaitu 13, 14 dan 15 setiap bulan Hijrah. Pada tiga tarikh ini, bulan sedang mengambang penuh. Jadi cahaya bulan menerangi. Itu pasal nama ‘Hari Putih’
Sabda Nabi s.a.w, maksudnya: “Apabila kamu berpuasa tiga hari dalam sebulan, maka puasalah pada hari ketiga belas, empat belas dan lima belas” (Riwayat Tirmizi)
Puasa hari ini, esok tak puasaLusa puasa semula, tulat tak puasa. Ini maknanya puasa sehari, tak puasa sehari. Selang seli antara keduanya. Ini juga termasuk puasa sunat yang afdal
Sabda Nabi s.a.w: Maksudnya “Seafdal-afdal ialah fesyen puasa Nabi Daud. Adalah Nabi Daud berpuasa sehari dan berbuka puasa sehari” (Riwayat Bukhari)
Puasa pada hari ArafahBagi orang yang tidak mengerjakan haji. Hari Arafah ini ialah Sembilan Zulhijjah. Puasa pada hari tersebut besar fadilatnya. Rugi jikalau puasa hari Arafah ditinggalkan
Sabda Nabi s.a.w, maksudnya: “Puasa hari Arafah, aku mengharapkan pahala kepada Allah bahawa ia menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun selepasnya.” (Riwayat Muslim)
Hari kelapan ZulhijjahAmat elok berpuasa pada hari kelapan Zulhijjah iaitu maknanya dua hari berturut-turut. Ini kerana ada keazaman Nabi s.a.w untuk berpuasa pada sembilan Zulhijjah
Puasa pada bulan-bulan ‘Haram’ iaitu bulan Muharram, Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah
Tidaklah puasa empat bulan penuh tetapi maksudnya memperbanyakkan puasa pada bulan-bulan ini
Sabda Nabi s.a.w maksudnya: “… dan seafdal-afdal puasa selepas Ramadan ialah bulan Allah iaitu bulan Muharram” (Riwayat Muslim)
Puasa bulan SyaabanIni juga besar fadilatnya. Nabi s.a.w memang selalu berpuasa bulan Syaaban sebagaimana yang diceritakan oleh isterinya Aishah r.ha. (Riwayat Bukhari)
Puasa ‘AsyuraPuasa ‘Asyura ini dilakukan pada hari kesepuluh dari bulan Muharram dan lebih baik jika ditambahkan pada hari kesembilan
‘Asyura berasal perkataan Arab iaitu ‘Asyarah yang bermakna sepuluh
Hari-hari yang dimakruhkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:Puasa pada hari ‘Arafah bagi orang yang mengerjakan hajiPuasa pada hari Sabtu sahaja (ditunggalkan)Puasa pada hari Jumaat sahaja (ditunggalkan)Puasa sepanjang tahun (sepanjang masa)
Hari haram berpuasa sunatPuasa pada Hari Raya Aidilfitri iaitu pada satu SyawalHari Raya Aidiladha iaitu pada sepuluh ZulhijjahHari Tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 ZulhijjahHari wanita sedang uzur syari’I iaitu kedatanganPuasa sunat seorang isteri tanpa izin suaminyaPuasa pada separuh kedua daripada bulan SyaabanBagi nak memudahkan korang faham, maka Juju attachkan sekali kalendar yang boleh korang print dekat bawah ni ya. Selamat berpuasa
Klik untuk lebih jelas.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.kasihjuju.com/2020/04/hari-yang-sunat-harus-dan-makruh-untuk.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+KasihJuju+(Kasih+Juju)