Alhamdulillah, home sweet home selepas jauh perjalanan hari raya kami... malam hari raya baru lah kami berpeluang balik ke kampung... walaupun tak dapat berkumpul dirumah peninggalan arwah mak bapa, tapi Alhamdulillah adik beradik yang yang lain juga balik dan berkumpul dirumah adik... dan kami ramai2 sewa homestay yang berdekatan. yang penting dapat salam bermaafan dipagi raya yang penuh dengan emosi...
sampai di boundary ni dalam pukul tiga petang, dan Alhamdulillah tak ramai orang di immigresen dan juga di komplek kastam tu... mudah lah urusan kemasukan selesai dan terus meneruskan perjalanan ke Narathiwat.. sebelum tu mesti dapatkan dulu talian internet dan juga tukar currency... rm masih sangat murah dengan exchange rate rm1=7.4thb... bila la agaknya rm ni nak naik balik kan...
dua hari beraya disana dan semalam kami balik semual ke shah alam... melalui lebuhraya timur barat Jeli ke Gerik, walaupun masih banyak kereta tapi tak lah jem... tapi bila lepas jer swipe kad tuch n go kat plaza tol Kuala Kangsar terus jer jem... macam parking kat sepanjang lebuh raya pulak.. katanya sebab ade kemalangan di terowong menora... Alhamdulillah lepas tu smooth perjalanan dan kami sampai semual dirumah selepas 11 jam diperjalanan... tu lah baru dikatakan hari raya kan.. berpesta dihighway! dan selamat hari raya buat semua, lepas ni sibuk dengan open house pulak kan...|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |