Hari Raya Aidil Adha 29 Jun 2023 Yang Penuh Kenangan




Hari raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban memang meriah di Kelantan. Selang beberapa rumah akan ada penyembelihan lembu atau kambing korban. Setelah sekian lama tidak balik melakukan korban di kampung, tahun ini saya dan menantu Alain Iylia memutuskan untuk melakukan korban bersama adik beradik dan keluarga di rumah kakak.
Ini juga kali pertama saya balik sendiri kerana Nana terpaksa On Call di hari raya. Saya balik pada hari Selasa 27 Jun 2023. Seronok pula bila balik sendiri, kerana saya boleh berada di kampung lama lama mengikut masa yang saya sukai. Saya boleh habiskan masa dengan adik beradik dan anak anak buah. Memang hasrat saya sebaik bersara untuk balik kampung dan habiskan masa yang lama tapi saya bersara masa PKP, jadi hasrat itu tidak menjadi kenyataan. 
Kakak dan anak buah menunggu saya di airport. Semasa dalam perjalanan balik kami singgah di Kedai Mok Yoh Pak Kob untuk membeli lauk kerutuk itik serati. Alhamdulillah masih ada walaupun dah agak lewat. 

Saya bungkus untuk dibawa balik berbuka puasa. Kebetulan anak tuan kedai adalah menantu sahabat saya semasa di Universiti Malaya, jadi saya diberikan juga ikan gelama bekok yang sangat sedap.  Tidak lupa, lauk ikan percik di sini sangat sedap. Terasa sangat ori Kelantan punya ikan percik.


Seperti biasa, pagi pagi kami telah ke masjid untuk bersolat sunat raya. Solat sunat hari raya Korban dibuat awal untuk membolehkan urusan korban dibuat secepat mungkin. Maksudnya boleh selesai sebelum tengahari. 

Korban tahun ini sangat menyeronokkan kerana semua adik beradik dan anak buah ada bersama sama untuk membantu urusan menyembelih kemudian bersama sama melapah daging sehingga urusan membahagi daging pada mereka yang miskin dan jiran tetangga,
Tahun ini lembu kepunyaan kakak saya yang dikorbankan sangat besar. Bayangkan untuk menumbangkan lembu hampir 10 orang juga anak anak buah saya yang terpaksa memegang tali. Berat keseluruhan daging untuk lembu ini ialah 210 kg. Untuk satu bahagian, kita dapat 52 kg termasuk tulang. Daging untuk 1 bahagian ialah 30 kg. Bermakna daging yang kita boleh makan sendiri ialah 1/3 dari 30 kg iaitu 10 kg. Haa banyak tak? Baki lagi 20 kg akan dibahagikan pada golongan orang miskin dan jiran tetangga. 


Memang setiap tahun kakak saya akan beli lembu dan bela dulu untuk bagi gemuk sebelum dijadikan haiwan korban. Jadi haiwan korban kami biasanya memang gemuk dan cantik kerana dibela dan dijaga elok. Saya tidak dapat membawa balik daging korban dengan flight kerana terlalu berat. Maklum daging untuk bahagian saya dan Alain dah 20 kg, belum termasuk tulang lagi. Jadi ianya dikirimkan pada anak buah yang balik ke KL dengan kereta.
Sebaik selesai melapah daging, kakak ambil beberapa kilo daging untuk digoreng dan dimakan bersama sama selepas semua urusan selesai. Selain daging goreng, kakak saya juga menyediakan solok lada kerana dia tahu itu adalah makanan kesukaan saya. Ada juga kerutuk itik serati, gulai ayam kampung dan kerabu perut. Masya Allah dah lama tak makan sedap sedap macam ini. 
Keesokannya saya ke rumah kawan sepersekolahan Puan Maznah yang mengadakan majlis akikah dan kesyukuran di rumah baru beliau. Saya meminta anak buah, Dee untuk menghantar saya. Selepas makan makan, saya kemudian ke rumah abang kerana esoknya dah nak balik. 

Makanan hidangan hari raya di sana yang utama ialah ketupat palas, tapai pulut. Ketupat palas dimasukkan inti sambal daging. Pencucui mulut pula agar agar. Agaknya makan bermacam macam, menjadikan perut saya meragam berhari hari.
Hari Sabtu 1 Julai saya bertolak balik, kakak dan anak anak buah menghantar saya ke airport. Kemudian saya bertemu dengan sahabat mengaji dan sahabat umrah saya, Puan Roslina Yaacob. Kami dah lama tak bertemu sejak dia berpindah ke Kota Bharu.


Akhirnya saya tiba di lapangan terbang Subang dengan disambut oleh anak anak dan cucu. Alhamdulillah kerana akhirnya selesai ibadah korban kami pada tahun ini. Memang saya berazam selagi ada rezeki, saya akan melakukan ibadah korban. Mudahan ibadah kita semua diterima Allah Taala. Aamiin. 
Haa setiap kali balik ke sini, pasti tidak lupa untuk menikmati air tebu Laman Tebu Laris Ori yang diusahakan oleh adik ipar saya yang sangat sedap. Ianya dalam bentuk segar dan frozen. Kalau frozen tu, kita boleh nikmati bila bila masa rasa teringin. Boleh lawati Instagram dan Tik Tok mereka juga tau untuk membuat pembelian. 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2023/07/hari-raya-aidil-adha-29-jun-2023-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambutan Hari Raya Aidil Adha 1444

Sambutan Hari Raya Aidil Adha 1444

papar berkaitan - pada 30/6/2023 - jumlah : 360 hits
Assalamualaikum Raya Haji datang lagi Seperti lazimnya Abe Kie menyertai ibadah korban pada tahun ini Jika tahun lepas buat on9 di Kemboja tahun ini kita buat fizikal di tempat kediaman kita plak Memang Abam Kie dan isteri bergilir gilir me...
Sup Tulang Dari Pemberian Daging Korban Hari Raya Haji 2023

Sup Tulang Dari Pemberian Daging Korban Hari Raya Haji 2023

papar berkaitan - pada 7/7/2023 - jumlah : 310 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Hari ini aku macam rajin sikit hahaha niat hati nak masak sup tulang itupun da lama mengidam nak makan siap tanya mummy mahal tak tulang Alhamdulillah Hari Raya Haji aritu mummy ayah dan kakak ipar ada bu...
Libur Panjang Hari Raya Idul Adha Harga Bawang Putih Hingga Cabai Naik

Libur Panjang Hari Raya Idul Adha Harga Bawang Putih Hingga Cabai Naik

papar berkaitan - pada 2/7/2023 - jumlah : 165 hits
Beberapa hari ini masyarakat Indonesia tengah menikmati hari libur panjang yakni sejak tanggal 28 Juni 2023 hingga 2 Juli 2023 di mana hari tersebut terdapat cuti bersama hari raya Idul Adha 1444 Hijriyah dan libur weekend
Koleksi Senarai Ucapan Hari Raya Aidiladha 2023 Yang Menarik

Koleksi Senarai Ucapan Hari Raya Aidiladha 2023 Yang Menarik

papar berkaitan - pada 28/6/2023 - jumlah : 463 hits
Setiap tahun ucapan Hari Raya Aidiladha sudah menjadi kebiasaan untuk rakyat malaysia Jadi untuk tahun 2023 ini pelbagai contoh ucapan yang anda boleh gunakan untuk dikongsikan kepada keluarga dan rakan rakan tersayang Umat Islam mempunyai ...
Video Kurban Plus Plus Ala Bos Jalan Tol Jusuf Hamka Di Hari Raya Idul Adha

Video Kurban Plus Plus Ala Bos Jalan Tol Jusuf Hamka Di Hari Raya Idul Adha

papar berkaitan - pada 30/6/2023 - jumlah : 237 hits
Pengusaha jalan tol Jusuf Hamka merayakan hari Idul Adha Jusuf salat di Masjid Babah Alun Cilandak Jakarta Selatan Seusai ibadah Babah Alun berbagi dengan warga dan pegawainya Tradisi ini selalu dijalankan Jusuf setiap Idul Adha dan Idul Fi...
Hari Raya Aidiladha 2023 Suasana Korban Di Jalan Paip Meru

Hari Raya Aidiladha 2023 Suasana Korban Di Jalan Paip Meru

papar berkaitan - pada 5/7/2023 - jumlah : 365 hits
hai assalammualaikumHari Raya Aidiladha 2023 Suasana Korban Di Jalan Paip Meru Alhamdulillah sekali lagi dapat nad rewang dengan saudara mara terdekat bantu majlis ibadah korban bagi yang membuat korban Masih umur panjang dapat merasa ni se...
Selamat Hari Raya 2023

Selamat Hari Raya 2023

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 186 hits
assalamualaikum korang macam biasalah kan setiap tahun akan ada entri hari raya kalau nak baca raya raya yang tahun lepas punya boleh je search dekat blog ada button search kan disebabkan tahun lepas dah beraya dekat kuantan tahun ni blah s...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids