Hari Polis 2024
Hari Polis semestinya disambut oleh semua negara dan di negara kita ianya disambut pada 25 Mac pada setiap tahun. Sambutan Hari Polis diadakan bagi menunjukkan penghargaan kepada warga polis atau lebih dikenali sebagai Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas khidmat dan bakti yang telah diberikan dalam memikul amanah dan tanggungjawab yang besar untuk mempertahankan keselamatan negara daripada tergugat.
Hari Polis
Apakah itu Hari Polis 2024?
Hari Polis yang disambut pada 25 Mac pada setiap tahun ini adalah bagi menunjukkan penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas titik peluh dan lelah keringat dalam memikul amanah dan tanggungjawab yang besar untuk mempertahankan keselamatan dan kesejahteraan negara daripada dirampas oleh mana-mana pihak.
Mengenai Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Hari Polis
Polis Diraja Malaysia (PDRM) terdiri daripada 137,574 anggota yang terdiri daripada pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan pegawai awam. Setiap anggota dalam PDRM mempunyai tugas yang tersendiri.
Hari Polis
Bulan dan bintang melambangkan Islam sebagai agama rasmi di negara kita.
Mahkota melambangkan PDRM yang sentiasa menjunjung tinggi kesucian Islam dan kebesaran Allah dan menunjukkan sanjungan kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.
Keris dan parang yang melambangkan Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah.
Kepala harimau yang melambangkan kegagahan keberanian dan semangat juang yang tinggi dalam menghadapi ancaman musuh.
Bunga padi yang melambangkan makanan asas rakyat Malaysia.
Moto Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menunjukkan keazaman anggota polis.
Sang Saka Biru yang membawa makna tersendiri yang menjadi kemegahan anggota polis.
Tahukah anda bahawa PDRM mempunyai lima jabatan yang terlibat dalam pencegahan jenayah iaitu Jenayah Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Cawangan Khas dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |