Hari Pertama Persekolahan Murid Teruja Kembali Belajar Secara Bersemuka


 
Guru di SK Petaling 1 menyediakan cecair pensanitasi tangan untuk murid sebelum suhu badan mereka diperiksa.PETALING JAYA: Hari ini secara rasminya menjadi hari pertama persekolahan bagi murid-murid di SK Petaling 1 untuk menyambung pembelajaran secara bersemuka.
Guru-guru bersedia seawal 6.30 pagi untuk menerima pelajar dan memastikan mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sebelum memasuki pekarangan sekolah.
Ada pelajar yang tiba seawal 6.45 pagi dan berasa sangat teruja untuk bertemu guru dan rakan.
Seorang bapa, Nashrul berkata, ini adalah hari pertama anaknya ke sekolah dan dia kelihatan bersedia untuk belajar.
Anak lelakinya yang berusia tujuh tahun itu tidak kelihatan risau dan berkata dia tidak sabar-sabar mencari rakan baharu.
Seorang bapa menghantar anaknya pada hari pertama persekolahan.Nashrul berkata, beliau tidak bimbang dengan wabak kerana ia kelihatan terkawal.
“Saya yakin dengan SOP yang ditetapkan. Guru-guru akan memainkan peranan utama dalam memastikan pematuhan. Saya tidak begitu risau,” katanya.
Mohamad Ishak Abdul Rahman berkata, beliau gembira anaknya dapat bersekolah memandangkan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sukar bagi kanak-kanak itu.
Mohamad Ishak Abdul Rahman.Pengawal keselamatan berusia 49 tahun itu berkata, beliau tidak mahu anaknya ketinggalan dalam pelajaran selain menambah bahawa pembelajaran secara bersemuka lebih sesuai kerana kanak-kanak dapat berkomunikasi dengan guru dan rakannya.
“Anak lelaki saya yang berusia sembilan tahun sangat teruja untuk memulakan persekolahan. Dia bangun pada 6 pagi dan langsung tak menangis.
“Walaupun saya bimbang tentang Covid-19, apa boleh buat selain berharap yang terbaik dan jalankan peranan kita? Pendidikannya sangat penting,” katanya kepada FMT.
Apabila ditanya sama ada beliau akan membenarkan anaknya menerima vaksin di sekolah, Ishak berkata, beliau tidak kisah kerana anaknya tidak akan takut untuk menerima vaksin bersama rakan-rakannya.
Seorang ibu, Yati berkata, anak lelakinya berusia 11 tahun sangat gembira, malah bangun pada 5.30 pagi untuk bersiap.
Walaupun bimbang dengan varian Omicron, Yati berkata, beliau berasa yakin dan pihak sekolah akan mematuhi SOP bagi memastikan anaknya selamat.
“Pada masa sama, saya lebih selesa menghantar anak saya ke sekolah kerana gurunya akan dapat mengajar dan menerangkan pelajaran dengan lebih jelas,” katanya.
Beliau juga lebih suka anaknya diberi vaksin di sekolah katanya, kerana ini lebih mudah dan keselamatannya terjamin.
Pengerusi PIBG SK Petaling 1 Mohd Azizi Abdul Rahim berkata, SOP ketat dikuatkuasakan di sekolah.Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Petaling 1 Mohd Azizi Abdul Rahim berkata, pihak sekolah telah mengambil langkah untuk memastikan SOP ketat dikuatkuasakan dan dipatuhi.
Azizi, yang datang membantu menyelaras lalu lintas di sekolah, berkata, semuanya berjalan lancar kerana murid-murid mematuhi garis panduan.
Beliau berkata, semua guru telah lengkap vaksinasi dan ini adalah masa yang sesuai untuk sekolah dibuka semula.
“Kami mendapati murid yang tidak hadir bagi pembelajaran secara bersemuka ketinggalan dalam pelajaran walaupun pembelajaran dalam talian tersedia.
“Bagaimanapun pelajar dapat mengikuti pelajaran lebih baik dengan bimbingan guru mereka,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/01/hari-pertama-persekolahan-murid-teruja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
T22a03 Hari Pertama Aina Masuk Prasekolah

T22a03 Hari Pertama Aina Masuk Prasekolah

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 188 hits
Nampaknya ini adalah karangan pertama untuk tahun ini Hari ini hari pertama Aina masuk ke prasekolah kerana tahun ini Aina bakal berumur 5 tahun maka dia tidak boleh lagi duduk di Taska bersama Aidan Prasekolah yang baru ni dekat sahaja den...
Abim Selangor Bantu Mangsa Banjir Sejak Hari Pertama

Abim Selangor Bantu Mangsa Banjir Sejak Hari Pertama

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 254 hits
Angkatan Belia Islam Malaysia Selangor membantu mangsa banjir di negeri itu sejak hari pertama di Pusat Pemindahan Sementara sehinggalah misi pasca banjir membersihkan rumah dan membantu menyumbang barang barang keperluan harian Menurut Yan...
Banjir Sesi Persekolahan Kumpulan B Bermula Hari Ini

Banjir Sesi Persekolahan Kumpulan B Bermula Hari Ini

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 272 hits
Hari ini hari pertama sesi persekolahan penggal ketiga tahun 2021 2022 bagi negeri Kumpulan B bermula Ia selepas semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan yang terbabit dengan bencana banjir hanya akan bermula selepas ia be...
Hari Pertama Kerja Di Tahun 2022

Hari Pertama Kerja Di Tahun 2022

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 305 hits
Assalamualaikum Hi korang Today remarks my first day kat office Seawal pagi dah bangun sebab sepanjang malam tak lena tido Tak tahu kenapa x lena maybe sebab dah tido siang kot Perjalanan sedikit kelam kabut pagi ni bas pertama yang biasa n...
Hari Minggu Pertama 2022 Warga Dki Padati Sudirman Thamrin

Hari Minggu Pertama 2022 Warga Dki Padati Sudirman Thamrin

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 265 hits
Enggak ada Namun kalau melihat kondisi seperti ini tidak apa apa yang penting mereka tidak berkerumun kata petugas tersebut
Kehadiran Bersemuka Murid Sekolah Menengah Jika Kadar Vaksinasi Capai 90

Kehadiran Bersemuka Murid Sekolah Menengah Jika Kadar Vaksinasi Capai 90

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 229 hits
Pengoperasian institusi pendidikan yang belum mencapai kadar vaksinasi lengkap 90 adalah kekal secara penggiliran menurut KPM PUTRAJAYA Pengoperasian sekolah menengah bagi penggal 3 2021 2022 melibatkan murid kelas peral
Transjakarta Kembali Aktifkan Rute 2b Harapan Indah Asmi Mulai Hari Ini

Transjakarta Kembali Aktifkan Rute 2b Harapan Indah Asmi Mulai Hari Ini

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 272 hits
Pengaktifan kembali tersebut untuk memudahkan mobilitas warga Jakarta di rute tersebut
Cuaca Jakarta Di Hari Pertama 2022 Diprakirakan Cerah

Cuaca Jakarta Di Hari Pertama 2022 Diprakirakan Cerah

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 352 hits
Kondisi hujan ringan hingga sedang diprakirakan melanda sebagian wilayah Serang Bengkulu Yogyakarta Gorontalo Bandung Jambi Pontianak Palangkaraya Samarinda Tarakan Tanjung Pinang Bandar Lampung Ternate Medan dan Mataram
Bawani S Ayer Kuning Bid Crucial For Putting Socialism On The National Agenda

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Siti Kasim Rallies Behind Psm Give Smaller Parties A Chance To Deliver Shocker In Ayer Kuning By Election

Dah Try Gummy Coowy Ke Yang Viral Tu Sekali Rasa Confirm Nak Ulang

Anwar Defends Rm6m Tapah Allocations Says Announcement Made Before By Election Nomination

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Warga Malaysia Rompak Emas Di Thailand Ada Rekod Bunuh


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Menggubah Bunga Hiasan Meja

Perginya Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 5

Sinopsis Filem Mantera

Rajaram Raj Sulu Tampun Puji Chord

Tambah Koleksi Rantai Loket Dan Subang Telinga Emas 916 Raya

Anak Tidak Perlukan Ibu Bapa Yang Sempurna