Hari Pertama Perbicaraan Serentak Jejaskan Peguam Shafee


Hidir Reduan Abdul Rashid & Hariz Mohd 
   
LANGSUNG | Perbicaraan terhadap perdana menteri Najib Abdul Razak bagi 25 tuduhan penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram berkaitan dana 1MDB memasuki hari pertama hari ini di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.

Malaysiakini membawakan laporan perbicaraan secara langsung.

10.15 pagi: Dua perbicaraan terhadap Najib berkaitan 1MDB dan SRC International menjejaskan keupayaan peguam untuk menyediakan pembelaan pada tahap terbaik.

Peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah berkata ini kerana perbicaraan serentak melibatkan anak guam yang sama adalah tidak seperti peguam perlu berjalan kaki dari satu mahkamah ke mahkamah yang lain.

"Kami perlu menyediakan pembelaan kami di rumah, sediakan untuk penghujahan bertulis dan untuk pemeriksaan balas.

"Maaf cakap, ini bukan seperti doktor, yang datang ke klinik, lihat pesakit, rawat pesakit, mereka tidak bawa pulang pesakit ke rumah.

"Peguam membawa pulang kerja mereka. Kadang-kadang kita tidak tidur. Dengan perbicaraan SRC sendiri pun, ramai di antara kami kurang tidur.

"Untuk tambah satu lagi (perbicaraan 1MDB yang berjalan serentak dengan perbicaraan SRC) boleh menjejaskan kemampuan kami untuk melakukan pembelaan terbaik," kata Shafee pada sidang media selepas prosiding.

Hakim putuskan perbicaraan 1MDB bermula Isnin depan
9.45 pagi - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perbicaraan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak berkaitan kes 1MDB yang dijadual bermula hari ini ditangguhkan ke Isnin depan.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu setelah mendengar dari pihak pendakwa dan peguam bela bahawa perbicaraan tidak dapat dimulakan hari ini berikutan beberapa sebab.

Antara isu yang dinyatakan Timbalan Pendakwa Raya, Gopal Sri Ram (gambar) termasuk hak statutori peguam untuk meneliti keterangan saksi sekurang-kurangnya 14 hari, yang mana pihak pendakwaan hanya dapat menyerahkannya pada Jumaat lalu.
Beliau juga menyebut bahawa pihak pendakwaan hampir menyelesaikan kes mereka dalam perbicaraan SRC International

Sequerah menetapkan Khamis ini bagi pengurusan kes dan mengatakan beliau sedia mendengar dari pendakwa dan peguam berhubung kesediaan mereka untuk memulakan perbicaraan pada Isnin depan.

Beliau kemudian memerintahkan pendakwa menyediakan kenyataan pembukaan dan saksi pada tarikh itu.

Najib memasuki mahkamah
9.23 pagi: Perbicaraan bermula
9 pagi: Tertuduh, Najib Razak, memasuki mahkamah dan mengambil tempat duduk di barisan depan galeri awam

Pendakwa utama, bekas hakim Gopal Sri Ram, juga dilihat di mahkamah dengan anggota lain pendakwaan - Ahmad Akram Gharibz Mohammad Mustaffa P Kunyalam, T Deepa Nairz Nadia Mohd Izhar, Najwa Bistamam, Hazmida Harris Lee, dan Tan Song Yan.

Barisan peguam Najib juga dilihat sudah berada di mahkamah.

Hampir setahun selepas menghadapi pertuduhan, perbicaraan terhadap Najib Razak atas tuduhan menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram sebanyak RM2.28 bilion berkaitan dana 1MDB akan bermula hari ini

Susulan beberapa kali penangguhan, perbicaraan dijadualkan bermula di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah pada pukul 9 pagi.

Najib berhadapan 25 tuduhan yang dikaitkan dengan skandal 1MDB, khususnya sumbangan RM2.6 bilion yang didakwanya diterima sebagai derma.

Empat pertuduhan adalah atas tuduhan menyalahgunakan kedudukannya bagi memperoleh RM2.28 bilion daripada 1MDB.

Baki 21 tuduhan lagi adalah pengubahan wang haram melalui penerimaan, perbelanjaan dan pemulangan sumbangan RM2.08 bilion (seperti yang dinilai pada masa itu) dari Tanore Finance Corporation.

Bagaimanapun, difahamkan bahawa pihak pendakwaan dengan sokongan pihak pembelaan akan cuba memohon agar perbicaraan itu dijadualkan semula.

Antara sebabnya adalah untuk membenarkan perbicaraan berkaitan SRC International di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali selesai dengan saksi pendakwaan terakhir memberi keterangan iaitu pegawai penyiasat SPRM Rosli Hussain.

Selain itu, pihak pendakwaan hanya dapat menyampaikan kenyataan saksi dalam kes 1MDB kepada pasukan peguam bela Jumaat lalu.

Di bawah Kanun Prosedur Jenayah, kenyataan saksi hendaklah disampaikan kepada pihak pembelaan selewat-lewatnya 14 hari sebelum perbicaraan, kecuali jika dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Bergantung kepada keputusan permohonan di hadapan Sequerah, pasukan peguam Najib akan memaklumkan kepada Nazlan hari ini untuk memberitahunya tentang perkembangan tersebut, dengan kemungkinan bahawa kes SRC mungkin diteruskan hari ini.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/hari-pertama-perbicaraan-serentak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terengganu 2019 Hari Pertama

Terengganu 2019 Hari Pertama

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 423 hits
AssallammualaikumUntuk hari pertama ini jeng Jeng Jeng Mengadap jem Hahaha Shailla gerak dari Sungai Buloh pada pukul 5 30 petang Sepanjang perjalanan memang tidak minum banyak air untuk mengelak terkencing Hahaha Perjalanan pun ada pasang ...
Tim Tenis Meja Pelajar Indonesia Sukses Lalui Rintangan Hari Pertama Di India

Tim Tenis Meja Pelajar Indonesia Sukses Lalui Rintangan Hari Pertama Di India

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 293 hits
Bertanding di Sama Indoor Sports Complex Kamis tim beregu putra mengungguli Uni Emirat Arab 3 1 dan kalah dari Hong Kong 2 3 Sementara tim beregu putri kalah dari Thailand 0 3 dan Hong Kong 0 3
Hari Pertama Di Surabaya Indonesia

Hari Pertama Di Surabaya Indonesia

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 341 hits
Kali ini bercuti dengan rakan rakan satu Universiti iaitu USM atau lebih tepat geng KLKMUSM Pada mulanya nak ajak ramai rakan rakan geng join trip ni tapi semua takit bini Lalu tinggal kami bertiga yang mendapat lesen pelepasan hehehe Berle...
Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman Yang Ke 14 Hari Ketiga Sesi Pagi

Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman Yang Ke 14 Hari Ketiga Sesi Pagi

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 483 hits
Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman yang ke 14 Hari Ketiga Sesi Pagi
Pmi Kebutuhan Darah Wilayah Kota Bandung Per Hari Kurang Lebih 400 Kantung

Pmi Kebutuhan Darah Wilayah Kota Bandung Per Hari Kurang Lebih 400 Kantung

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 199 hits
Staf rekrutmen donor darah Palang Merah Indonesia kota Bandung Mutiara Afriani mengatakan persediaan darah yang ideal setiap bulannya sebanyak 12 ribu labu Dengan asumsi kebutuhan per hari 400 labu darah akumulasi dari semua jenis golongan ...
Pasca Gempa Bupati Pandeglang Tetapkan 14 Hari Tanggap Darurat

Pasca Gempa Bupati Pandeglang Tetapkan 14 Hari Tanggap Darurat

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 150 hits
Hingga saat ini tercatat sebanyak 551 rumah mengalami rusak ringan sedang dan berat Korban jiwa dua orang tewas Sebanyak 18 banguan SD rusak Prioritas saat ini yakni penyisiran di seluruh wilayah terdampak
Video Langit Mekkah Mendung Di Hari Kh Maimun Zubair Meninggal Dunia

Video Langit Mekkah Mendung Di Hari Kh Maimun Zubair Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 267 hits
Langit Mekkah tampak mendung di hari Ulama Kharismatik Nahdlatul Ulama Kiai Haji Maimun Zubair meninggal dunia di Mekkah Selasa Dilansir TribunWow com video suasana langit Mekkah di hari Mbah Moen meninggal itu direkam dan dibagikan oleh pe...
Kylie Jenner Sambut Hari Jadi Diatas Kapal Mewah Equanimity

Kylie Jenner Sambut Hari Jadi Diatas Kapal Mewah Equanimity

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 303 hits
Jutawan muda yang juga selebriti sensasi dan model Hollywood terkenal Kylie Jenner dikatakan bakal menyambut hari jadinya yang ke 22 di atas kapal mewah Equanimity pada bulan ini Kapal mewah yang penuh kontroversi itu dilaporkan telah disew...
Niat Puasa Hari Arafah

Niat Puasa Hari Arafah

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 469 hits
Bagaimana niat puasa hari arafah Artikel ini akan memberi panduan tentang niat puasa hari Arafah secara lengkap dan mudah Panduan ini juga menyenaraikan zikir yang digalakkan doa yang disunatkan kelebihan kelebihan yang terdapat pada hari A...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids