Cucur ikan bilis
Scallop Ayam jenama Saudi GoldSeperti biasa sambil breakfast, mesin basuh ligat berputar.. Sementara saya menyediakan breakfast pagi ini rumah pun siap kemas bila ada bantuan dari anak bujang yang rajin vacum. Selesai breakfast saya ke halaman rumah meninjau tanaman yang segar selepas hujan.. Hari ini saya perlu bubuh baja dalam setiap pasu memandangkan daun pokok masing-masing pun agak kekuningan disebabkan cuaca panas terik.
Pokok bunga Marigold 2 tone
Pokok bunga marigold atau bunga tahi ayam
Jermain atau pokok bunga halau nyamuk
Tak tau nama pokok
Pokok rosemary
Apium graveolens atau pokok daun supBila melayan pokok waktu pagi seolah terapi minda, hilang segala serabut dalam fikiran walaupun untuk sementara waktu .. Tak lama selepas itu mesin basuh pun berbunyi.. Bermulalah sesi menjemur kain..
The Big Bad Wolf 2019 book fair @ Mydin Mall, Seremban 2Hasil 'tuaian' di The Big Bad Wolf 2019 book fair semalam.. Hari kedua berkunjung ke situ semata-mata untuk memuaskan hati dan perasaan.. Rasa rugi kalau lepaskan peluang ini.
Buku-buku yang dibeli di pameran buku The Big Bad Wolf 2019Selepas blogging masa yang ada saya penuhi dengan membaca buku-buku ini.. Alhamdulillah puas hati dapat koleksi buku kegemaran.. Begitulah perkongsian masa saya di hujung minggu ini.. 
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |