Hari Ke 75 Saya Tak Mesej Jho Low Mengenai Transaksi Kad Kredit Disekat Najib


HIDIR REDUAN ABDUL RASHID & FAISAL ASYRAF


LANGSUNG | Perbicaraan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak melibatkan dakwaan penyalahgunaan dana SRC International Sdn Bhd memasuki hari ke- 75 di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.

Malaysiakini melaporkan perbicaraan ini secara langsung:


11.00 pagi: Prosiding disambung semula


10.33: Prosiding berhenti rehat seketika


Saya tidak mesej Jho Low mengenai transaksi kad kredit disekat: Najib
10.17 pagi: Najib Razak menafikan beliau menghantar mesej kepada Jho Low mengenai transaksi kad kredit yang disekat pada 23 Dis 2014.

Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian semasa pemeriksaan semula oleh peguam bela, Harvinderjit Singh.

Harvinderjit bertanya mengenai satu log mesej perbualan yang dipertikaikan  antara Jho Low dan pengurus perhubungan AmBank, Joanna Yu pada 23 Dis, 2014.

Dalam log perbualan yang dikatakan itu, Jho Low didakwa memanjangkan mesej dari Najib yang bertanya mengapa kad kredit Platinum (Najib) tidak boleh digunakan dan meminta perkara itu diperiksa dengan AmBank.

Harvinderjit: Adakah anda menghantar mesej kepada Jho Low?
Najib: Tidak.

Najib bagaimanapun mengakui bahawa terdapat satu transaksi Visa Platinum yang berjumlah AS$ 130,625 di Honolulu, Hawaii, pada Disember 2014.

Sebelum ini, Najib mengakui bahawa transaksi itu untuk membeli sebuah jam tangan Chanel di Hawaii pada 22 Dis 2014.


Jho Low bantu hubungan dua hala dengan Arab Saudi
9.40 pagi: Bekas Perdana Menteri Najib Razak memberi keterangan bahawa Jho Low membantu dalam mengukuhkan hubungan dua hala dengan Arab Saudi.

Beliau memberi contoh Jho Low telah membantu mendapatkan pelepasan untuk pesawat Malaysia mendarat di Jeddah tanpa visa ketika negara ini membawa keluar pelajar dari Mesir semasa peristiwa Kebangkitan Arab (Arab Spring).

"Seperti yang kamu tahu, sebab utama mengapa kami mempunyai hubungan dengan Jho Low kerana ia terbukti dia mempunyai hubungan istimewa dengan Arab Saudi dan beberapa keluarga diraja yang lain di Timur Tengah.
 "Atas dasar itu, beliau membantu, bukan sahaja sebagai saluran untuk Arab Saudi, tetapi juga membantu dalam sebahagian daripada hubungan dua hala dengan Arab Saudi

"Sebagai contoh, ketika berlaku Arab Spring, dan pelajar-pelajar kita terperangkap di Mesir dan mahu pulang ke tanah air, saya meminta beliau membantu, untuk mendapatkan pelepasan dari Saudi untuk membolehkan terbang ke ruang udara mereka, agar pesawat kita mendarat di Jeddah tanpa visa, "katanya semasa pemeriksaan semula oleh peguam bela Harvinderjit Singh.


'Derma RM2.6 bilion untuk pastikan saya bebas daripada penderma lain dalam PRU13'
9.36 pagi: Najib dalam keterangannya berkata sumbangan RM2.6 bilion daripada keluarga diraja Arab Saudi untuk memastikan beliau bebas daripada penderma korporat di kalangan orang lain dalam pilihanraya umum ke-13.

Semasa pemeriksaan semula oleh peguam bela Harvinderjit Singh, bekas perdana menteri itu mengatakan ia bertujuan memastikan beliau bebas daripada perasaan terhutang budi kepada penderma lain seperti individu-individu korporat di Malaysia.

"Sebagai presiden Umno, saya mahu sumber pendapatan untuk membuatkan saya bebas daripada penderma lain, yang bermakna saya tidak mempunyai IOU (I Owe You) dengan sesiapa sahaja.

"Saya lebih selesa jika saya tidak mengambil sumbangan korporat. Saya tidak mahu rasa terhutang budi kepada sesiapa.

"Sumber derma akan memenuhi keperluan parti (Umno) yang mana bukan termasuk membeli undi (yang dinafikan Najib sebelum ini) tetapi untuk aktiviti seperti acara, papan iklan. Ia adalah keperluan apabila BN adalah sebuah parti yang terlibat (bertanding) di 222 kerusi Parlimen di seluruh negara (menjelang PRU-13), "kata Najib.

Najib menambah, menerima sumbangan politik adalah perkara biasa yang diamalkan oleh pemimpin terdahulu, tanpa menyebut nama mereka.


Saya tahu RM2.6b masuk ke akaun kerana surat dari keluarga diraja Arab: Najib

9.23 pagi: Bekas Perdana Menteri Najib Razak memberitahu beliau tahu bahawa RM2.6 bilion dimasukkan ke akaunnya berdasarkan surat dari keluarga diraja Arab.

Semasa pemeriksaan semula, tertuduh mengatakan kayakinan beliau  berdasarkan surat yang mengatakan wang itu dimasukkan oleh Raja Arab Saudi ketika itu, Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud melalui pelbagai saluran.

Harvinderjit bertanya bagaimana Najib tahu secara khusus bahawa RM2.6 bilion itu masuk ke akaun bank tertuduh walaupun tertuduh semasa pemeriksaan balas berkata, beliau tidak dimaklumkan mengenai jumlah tertentu yang masuk ke akaun banknya.

Semasa pemeriksaan balas oleh pihak pendakwaan, Najib berkata Ketua Setiausaha peribadinya Azlin Alias ​​antara lain, biasanya memberitahunya bahawa wang mencukupi dalam akaunnya bagi beliau mengeluarkan cek, tanpa menyatakan jumlah tertentu.

"RM2.6 bilion berdasarkan surat derma yang saya terima.

"Saya percaya bahawa ia (RM2.6 bilion) datang dari derma Raja Abdullah melalui pelbagai saluran," kata Najib ketika memberi keterangan.


9.20 pagi: Bekas Perdana Menteri Najib Razak memasuki kandang saksi apabila prosiding bermula
Pasukan pembelaan akan meneruskan pemeriksaan semula terhadap tertuduh.


8.59 pagi: Tertuduh Najib Razak memasuki Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan mengambil tempat duduk di baris hadapan galeri awam

Turut kelihatan menunggu prosiding bermula di mahkamah ialah peguam utama beliau Muhammad Shafee Abdullah, serta anggota pendakwaan.


Bekas pengurus hubungan AmBank, Krystle Yap mungkin memberi keterangan bagi pihak pembelaan pada hari ke-75 perbicaraan terhadap Najib Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM42 juta dana SRC International

Semalam, peguam bekas perdana menteri itu, Harvinderjit Singh memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa pihak pembelaan sedang meneliti untuk menyelesaikan pemeriksaan semula terhadap tertuduh hari ini, sekali gus memberi laluan bagi Yap memberi keterangan bagi pihak pembelaan.

Sejak perbicaraan di peringkat pembelaan bermula pada 3 Disember tahun lalu, Najib telah menjalani pemeriksaan utama oleh pasukan pembelaan selama tiga hari, dan tertakluk kepada pemeriksaan balas selama 11 hari.

Jika pihak pembelaan menyelesaikan pemeriksaan semula terhadap Najib hari ini, ia bermakna bekas perdana menteri perlu berada di kandang saksi selama 16 hari.

Yap adalah antara senarai saksi pendakwaan yang telah ditawarkan kepada pihak pembelaan berikutan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali mengarahkan Najib membela diri pada 11 November tahun lepas.

Semasa perbicaraan di peringkat pendakwaan tahun lalu, Yap dirujuk dalam pelbagai keterangan,
termasuk bekas pegawai penyiasat Bank Negara Ahmad Farhan Sharifuddin, yang mengetuai serbuan sepasukan pegawai dari bank pusat itu di Ambank cawangan Jalan Raja Chulan pada Julai 2015.

Pemeriksaan semula oleh pasukan pembelaan terhadap Najib dijangka disambung semula di hadapan Nazlan sekitar jam 9 pagi ini.

Semalam, Najib antara lain memberi keterangan bahawa beliau tidak pasti  sama ada kedua-dua jaminan kerajaan, bagi RM4 bilion pinjaman daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) untuk SRC International, telah dibentangkan di Parlimen seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 2 (3) Akta Jaminan (Pertubuhan Perbadanan) 1965.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/hari-ke-75-saya-tak-mesej-jho-low.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Saya Masih Guna Kad Kredit Sehingga Hari Ini

Kenapa Saya Masih Guna Kad Kredit Sehingga Hari Ini

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 293 hits
Apabila keluar statistik yang menunjukkan kad kredit merupakan salah satu hutang yang membebankan golongan muda saya sangat terkejut kerana masih tidak faham bagaimana kad kredit boleh menyebabkan mereka terbeban Kini baru saya faham kerana...
Najib Apalah Sangat Rm42 Juta Jika Nak Dibandingkan Dengan Kerja Jho Low

Najib Apalah Sangat Rm42 Juta Jika Nak Dibandingkan Dengan Kerja Jho Low

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 287 hits
Former Prime Minister Datuk Seri Najib Razak told the court today that the RM42 million from SRC International Sdn Bhd which found its way into his personal accounts was put there by fugitive financier Low Taek Jho to disguise the latter s ...
Manifesto Hari Ini Ph Menang Besok Najib Masuk Penjara Tidak Menjadi Kenyataan Rakyat Marah Dan Anggap Ph Berbohong

Manifesto Hari Ini Ph Menang Besok Najib Masuk Penjara Tidak Menjadi Kenyataan Rakyat Marah Dan Anggap Ph Berbohong

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 269 hits
Sekurang kurangnya Najib perlu di masukan dalam tahanan atau di tahanan rumah dan di larang mengeluarkan sebarang kenyataan selagi kesnya belum selesai Bila proses perbicaraan mengambil masa rakyat anggap pihak kerajaan tidak mempunyai bukt...
Baru 22 Hari Tahun 2020 Ph Sudah Pinjam 11 Billion Najib

Baru 22 Hari Tahun 2020 Ph Sudah Pinjam 11 Billion Najib

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 544 hits
22 hari pertama tahun 2020 pinjam RM11 bilion Slow sikit lah PH 22 Jan 2020 Pinjam RM3 bilion 10 Jan 2020 Pinjam RM3 5 bilion 7 Jan 2020 Pinjam RM1 bilion 3 Jan 2020 Pinjam RM3 5 bilion Satu sen hutang pun tak dibayar balik oleh kerajaan PH...
Lindungi Kad Debit Dan Kad Kredit Anda Dengan Bigpay

Lindungi Kad Debit Dan Kad Kredit Anda Dengan Bigpay

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 396 hits
Bayar Guna Prepaid Debit Kad Lebih selamat Nak topup Touch n Go guna bigpay Nak topup Boost guna bigpay Nak buat bayaran online atau di kedai guna bigpay Ya kad debit prepaid bigpay ni dah seperti carapaling selamat untuk saya buat transaks...
Najib Low Baited Me For Scam

Najib Low Baited Me For Scam

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 394 hits
KUALA LUMPUR On his last day of testifying on the stand Datuk Seri Najib Razak claimed fugitive financier Low Taek Jho had baited him for a scam involving SRC International Sdn Bhd The former prime minister was convinced of Low or better kn...
Jho Low Pulanglah Sambut Tahun Baru Cina Kami Rindu

Jho Low Pulanglah Sambut Tahun Baru Cina Kami Rindu

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 311 hits
ANNABELLE LEE Ketika Jho Low masih dalam buruan pihak berkuasa sekumpulan individu tampil menyeru ahli perniagaan itu pulang merayakan Tahun Baru Cina Seruan itu dibuat dalam bentuk dokumentari satira bertajuk Time To Come Home Dokumentari ...
Sekali Lagi Dalam Mahkamah Hari Ni Bila Disoal Balas Oleh Timbalan Pendawa Raya Najib Hanya Mampu Jawab Saya Tidak Tahu

Sekali Lagi Dalam Mahkamah Hari Ni Bila Disoal Balas Oleh Timbalan Pendawa Raya Najib Hanya Mampu Jawab Saya Tidak Tahu

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 421 hits
Mohd Affendi AbasSEKALI LAGI dalam mahkamah hari ni bila disoal balas oleh Timbalan Pendawa Raya Najib hanya mampu jawab SayaTakTahu12 17 tengah hari Najib Razak dalam keterangannya tidak dapat memberikan sebab mengapa mana mana pihak akan ...
Bank Btn Tercatat Salurkan Kredit Rp595 2 Triliun Selama 70 Tahun

Bank Btn Tercatat Salurkan Kredit Rp595 2 Triliun Selama 70 Tahun

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 146 hits
Kredit tersebut mengalir kepada hampir 5 juta lebih keluarga di Indonesia dari semua segmen baik segmen Masyarakat Berpenghasilan Rendah hingga generasi milenial masa kini
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Tips For Achieving Your Saving Goals



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Lindungi Peranti Galaxy Anda Dengan Samsung Care

Khutbah Jumat Jika Seorang Muslim Memperhatikan Shalat Asalnya Agama Dia Itu Baik

Adab Apabila Menghadiri Majlis Kenduri Kahwin

Menjadi Kesalahan Dan Teladan Buruk Jika Kerajaan Tidak Akur Dekree Ydpa

Bicara Profesional Pengarah Pendidikan Negeri Johor Bersama Pengetua Sekolah Negeri Johor 2024

Beyond The Pew The Bridal Heart Guides Your Daily Walk With Christ