Hari Ke 3 Induksi Dess 2019 2021
Hi semua, alhamdulillah hari ini hari ketiga aku dah lapor ke Maktab Cheras. Hari kedua semalam, lepas taklimat oleh Supt Pozlan, kami ada ice breaking dengan Cikgu Billy. Dan selepas kami dibahagikan group dengan satu teknik yang amat unik, kami di kehendaki melukis bendera team kami. Tapi kami juga diberikan peluang untuk warna dan menconteng pada 4 lari bendera kumpulan lain. Dalam gambar kat atas inilah rakan-rakan sepejuangan UN sepanjang DESS 2019/2021. Dari Kiri – ASP Richard, Insp Coltilda (Jenn), Insp Farid, ASP musa , ASP Faurizan, Insp Norraini , Aku dan Insp Siti. Hari ke-3 – kami diberikan peluang untuk touch u p bendera kami dan pasang pada batang yang disediakan Kapal Terbang Kertas Projek kapal terbang kertas ini seronok. Kami kena buat kapal terbang kertas dan coretkan apa hala tuju kami dalam DESS. Cara permainan mudah jer, lepas masing-masing dah siapkan kapal terbang, kena terbangkan kepada crew kumpulan masing-masing. Crew team DREAMS adalah ASP Richard, yang berbaju merah kat dalam.gambar di bawah tu. Siapa yang berjaya bagi kapal terbang mereka landing kepada crew atau sekitar crew adalah pemenang. Asp Aziz yang menjuarai game ini. Kesimpulan : Dalam meneruskan pengajian ini, banyak cabaran dan dugaan. Tetapi perancangan, persediaan yang rapi akan mendorong kepada kejayaan students. Kerjasama adalah tonggak kejayaan, Cikgu Billy pesan kepada kami supaya sentiasa sokong satu sama sepanjang tempoh 1 tahun setengah ini. Okay untuk hari ke3 ini yang aku lalui. Ini Insp Norita, roomate aku sepanjang course ini selama setahun setengah. 🙂 Nanti aku coretkan pula apa yang kami lalui sepanjang laluan perjuangan ini nanti 🙂 bye..
The post Hari ke-3 Induksi DESS 2019/2021 appeared first on Ummi Nani.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://umminani.com/2019/09/18619/