Hari Ke 27 Rosmah Tinggalkan Mahkamah Lepas Kehadirannya Dipersoal
MALAYSIAKINI
LANGSUNG | Perbicaraan terhadap bekas perdana menteri Najib Rizak berhubung dakwaan penyelewengan dana SRC International di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur masuk hari ke-27 hari ini.
Malaysiakini membawa liputan secara langsung perbicaraan tersebut.
9.38am - Isteri Najib Razak, Rosmah Mansor keluar dari mahkamah apabila timbalan pendakwaraya, V Sithambaram membangkitkan sama ada wajar untuk dirinya berada di situ kerana beliau merupakan seorang saksi yang berpotensi dalam kes itu. Rosmah dilihat berdiri di barisan depan galeri awam dan meninggalkan mahkamah, dengan diikuti peguamnya K Kumaraendran.
Sejurus sebelum itu, Sithambaram memberitahu mahkamah bahawa oleh kerana pernyataan Rosmah telah direkodkan, adalah lebih baik bagi dirinya untuk tidak berada di mahkamah untuk mengelakkan masalah pada masa depan.
"Rosmah Mansor berada di mahkamah. Dia adalah saksi yang berpotensi, kenyataan beliau sebagai saksi telah direkodkan.
"Kami tidak mahu sebarang masalah kemudian hari. Kami tidak mahu dilihat menyukarkannya, ia hanyalah satu prosedur," kata Sithambaram.
Peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah kemudian memberitahu mahkamah bahawa dia menyerahkannya kepada hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali untuk membuat keputusan mengenai perkara itu.
9.22am - Isteri Najib, Rosmah Mansor memasuki bilik mahkamah
Dia yang dilihat memakai baju kurung berwarna merah, mengambil tempat duduk di barisan depan galeri awam, berdekatan suaminya yang duduk di kandang tertuduh.
Peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah sedang memeriksa balas bekas Pengerusi SRC, Ismee Ismail.
9.07am - Najib Razak melangkah masuk ke kandang tertuduh sejurus perbicaraan bermula
9am - Najib Razak memasuki mahkamah dan mengambil tempat duduk di barisan depan galeri awam untuk menunggu prosiding bermula
Turut kelihatan di mahkamah adalah peguamnya Muhammad Shafee Abdullah dan pasukan pembelaan, serta timbalan pendakwaraya (DPP) V Sithambaram bersama pasukan pendakwaan.
Hari ini merupakan hari ketujuh bekas pengerusi SRC International, Ismee Ismail akan memberi keterangan dalam perbicaraan bekas perdana menteri, Najib Razak atas dakwaan salah guna kuasa, rasuah dan pengubahan wang haram sebanyak RM42 juta melibatkan SRC International Sdn Bhd.
Perbicaraan yang masuk hari ke-27 diadakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali bermula jam 9 pagi ini
Ismee yang merupakan saksi ke-39 akan disoal sekali oleh pihak pembelaan menerusi peguam Harvinderjit Singh
Peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah kemudian dijangka mengambil alih tugas itu seperti dimaklumkan oleh Harvinderjit kepada Nazlan pada akhir prosiding semalam.
Lim bukan sebahagian daripada rombongan dalam dua lawatan terakhir Mahathir ke China sebelum ini
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/06/hari-ke-27-rosmah-tinggalkan-mahkamah.html