Pantun Hari Ibu Penuh Makna Dan Menyentuh Hati


Terdapat banyak cara untuk mengekspresikan cinta anda kepada ibu anda sempena Hari Ibu, termasuklah melalui pantun.
Koleksi pantun Hari Ibu di bawah boleh anda gunakan dalam ucapan ketika menghantar mesej kepada ibu anda, membuat hantaran di akaun media sosial anda atau selitkan dalam kad ucapan Selamat Hari Ibu kepada ibu anda yang tersayang.
Sambutan Hari Ibu Hari Ibu ialah hari istimewa yang telah ditetapkan untuk memberi tumpuan, meraikan dan menghormati ibu/emak (atau apa sahaja panggilan anda) atas segala jasa yang telah mereka lakukan.
Ia adalah hari yang dianjurkan agar orang ramai menunjukkan rasa terima kasih kepada tokoh ibu dan ibu-ibu di seluruh dunia atas pengorbanan mereka dalam kehidupan peribadi kita dan kerja mereka dan dalam kalangan masyarakat secara amnya.
Hari Ibu disambut pada hari berbeza antara negara kerana berbagai-bagai asal-usulnya dan di Malaysia kita menyambutnya pada hari Ahad minnggu ke 2 bulan Mei.
Oleh itu, bagi tahun 2024 ini, ia jatuh pada 12 Mei 2024 dan sambutan ini tidak terkait dengan unsur keagamaan jadi terpulang kepada anda sama ada hendak menyambutnya ataupun tidak.
Terdapat pelbagai cara untuk menyambut hari istimewa ini seperti menghandiahkan ibu anda sesuatu yang bermakna buatnya, memberikan kad ucapan, ucapan pantun Hari Ibu dan pelbagai cara lagi mengikut kemampuan dan kreativiti anda.
Artikel berkaitan: Selamat Hari Ibu – Tarikh Di Malaysia & Contoh Ucapan
Pantun Hari Ibu Berikut merupakan koleksi Pantntun Hari Ibu yang boleh anda gunakan pada kad ucapan, hantaran di akaun media sosial atau menghantar mesej pada ibu/ emak anda:
Beri diambil kapak yang ringan,
Semak pegaga di longkang bata,
Dari sekecil telapak tangan,
Emak menjaga bersengkang mata.
Cenderawasih kepak berasap,
Kuasa kayangan sebutan alam;
Terimakasih tidak terucap,
Jasamu rentangan lautan dalam.
Serai serumpun sirih sejunjung,
Diambil lalu di kerat-kerat,
Kasih ibu tiada penghujung,
Tetap teguh ke akhir hayat.
Pisang emas di dalam peti,
Disimpan bersama buah delima,
Kasih ibu tiada pengganti,
Hanya satu di dalam dunia.
Sungguh ayu sidara sunti,
Gadis Peringgit berkebaya nyonya;
Kasih ibu sukar diganti,
Duit ringgit bukan harganya.
Harum sungguh aroma setanggi,
Baunya wangi sehingga melekat,
Dengan doa ibu mengiringi,
Hidup si anak semakin berkat
Bermain bola memakai sepatu,
Lapangan rumput hijau warnanya,
Terima kasih padamu ibu,
Telah membesarkanku sepenuh jiwa.
Pergi ke hutan di tengah hari,
Buat mencari pohon kekabu,
Ibarat lilin membakar diri,
Begitulah pengorbanan murni si ibu.
Hari minggu pergi ke kota,
Untuk bertemu sanak saudara,
Semoga ibu selalu bahagia,
Sihat selalu hingga akhir masa.
Sudah lama tidak bertemu,
Kini tubuhku dimamah usia,
Besar sekali pengorbananmu,
Hanya syurga yang setimpal membalasnya.
Promosi: Dapatkan Surprise Box hadiah hari Ibu
Mangga jatuh busuk sebelah,
Sebelum dimakan dicuci dahulu,
Ke manapun kakiku melangkah,
Pada ibu selalu ku rindu.
Malam hari makan buah jambu,
Makannya di bawah terangnya bulan,
Sembilan bulan mengandung diriku,
Pengorbananmu tak akan mampu terbalaskan.
Irama tempua sedihnya cuma,
Buah ketapang dicari makan,
Sama jua kasihnya mama,
Tangan berdepang memberi pelukan.
Kelam iklim paginya merah,
Tepi jerami mayang berasap,
Dalam rahim berkongsinya darah,
Lelahnya ummi tiada terungkap.
Bunga trompet berwarna biru,
Tumbuh subur berdekatan batu,
Hari ini adalah harimu,
Happy Mother’s Day diucapkan untukmu.
Tolak basikal turun bukit,
Penatnya sungguh tidak terkata.
Mamaku tidak pernah sesekali mengungkit,
Sejarah lalu yg membawaku kedunia.
Berlari-lari membeli labu,
Membeli labu untuk ayah,
Jadi bila tiba Hari Ibu,
Kita kena beli hadiah.
Tanam tebu juga betik,
Ditepi telaga dihujung taman;
Sayangilah ibu setiap detik,
Hargailah mereka sepanjang zaman.
Doa rindu selalu dikirim,
Kasih semarak cinta terulung;
Kasih ibunya bukannya bermusim,
Jasanya banyak tidak terhitung.
Di taman ada kupu-kupu,
Kupu-kupunya menghisap madu,
Untuk ibu tercintaku,
Diucapkan Selamat Hari Ibu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/pantun-hari-ibu/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pantun-hari-ibu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Koleksi Ucapan Pantun Selamat Hari Ibu 2024

Koleksi Ucapan Pantun Selamat Hari Ibu 2024

papar berkaitan - pada 10/5/2024 - jumlah : 168 hits
Biasanya kita akan ucapkan selamat apabila tibanya apa apa perayaan dan sambutan Tetapi sempena Hari Ibu yang bakal tiba ini selain ucapan biasa yang kita ungkapkan apa kata kita tukar dalam bentuk unik iaitu dalam Pantun Mother s Day atau ...
Cinta Hati Papa Mama Bahagia Jadi Ibu Mira Filzah Titip Pesanan Di Hari Lahir Anak

Cinta Hati Papa Mama Bahagia Jadi Ibu Mira Filzah Titip Pesanan Di Hari Lahir Anak

papar berkaitan - pada 12/5/2024 - jumlah : 97 hits
Diam tak diam dan betapa pantasnya masa berlalu anak kesayangan Mira Filzah dan suami Wan Khair Amir rupanya kini sudah pun berusia dua tahun Menerusi Instagramnya Mira memuat naik momen bahagianya sepanjang dua tahun bergelar ibu malah tur...
Sakit Hati Suami Menikah Lagi Ibu Rumah Tangga Di Sumsel Siram Korban Pakai Air Keras Dicampur Cabai

Sakit Hati Suami Menikah Lagi Ibu Rumah Tangga Di Sumsel Siram Korban Pakai Air Keras Dicampur Cabai

papar berkaitan - pada 10/5/2024 - jumlah : 113 hits
Sakit Hati Suami Menikah Lagi Ibu Rumah Tangga di Sumsel Siram Korban Pakai Air Keras Dicampur Cabai
Ayden Janji Tak Akan Buat Mommy Sedih Bella Astillah Mengalir Air Mata Dengar Ucapan Hari Ibu Daripada Anak

Ayden Janji Tak Akan Buat Mommy Sedih Bella Astillah Mengalir Air Mata Dengar Ucapan Hari Ibu Daripada Anak

papar berkaitan - pada 10/5/2024 - jumlah : 108 hits
Penyanyi dan juga pelakon Bella Astillah dirakam sebak dan menangis hiba ketika anak lelakinya Ayden Adrian memberikan ucapan sempena hari ibu buat dirinya Dalam hantarn video yang dimuat naik di IG Era Je itu Bella bersama ibunya dilihat m...
Lepas Potluck Raya Mak Mak Bersedia Untuk Hadiah Hari Guru Pula Idea Ibu Ni Simple Jimat

Lepas Potluck Raya Mak Mak Bersedia Untuk Hadiah Hari Guru Pula Idea Ibu Ni Simple Jimat

papar berkaitan - pada 10/5/2024 - jumlah : 128 hits
Selepas sambutan potluck raya yang diadakan di sekolah sekolah kini mak mak mula mempersiapkan hadiah anak anak untuk diberikan kepada guru sempena meraikan Hari Guru yang bakal tiba pada 16 Mei ini Mulalah mak mak mencari pelbagai idea unt...
Remaja Berhenti Kerja Sebagai Promotor Pada Hari Pertama Dakwa Ibu Tidak Benarkan Ambil Pengangkutan Awam

Remaja Berhenti Kerja Sebagai Promotor Pada Hari Pertama Dakwa Ibu Tidak Benarkan Ambil Pengangkutan Awam

papar berkaitan - pada 9/5/2024 - jumlah : 114 hits
Seorang majikan yang frustrasi NA Dyla baru baru ini mengambil ke Facebook untuk berkongsi tangkapan skrin perbualan WhatsApp antara beliau dan pekerja baharu yang diambil bekerja Dalam pertukaran WhatsApp tersebut Dyla pertama tama memberi...
Resipi U S Waffle Cut Fries With Zesty Mango Blueberry Salsa Istimewa Hari Ibu

Resipi U S Waffle Cut Fries With Zesty Mango Blueberry Salsa Istimewa Hari Ibu

papar berkaitan - pada 8/5/2024 - jumlah : 107 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Setiap tahun di Malaysia akan menyambut Hari Ibu adalah pada hari Ahad kedua bulan Mei Jadi pada tahun ini ia jatuh pada tangg...
Idea Contoh Aktiviti Hari Ibu

Idea Contoh Aktiviti Hari Ibu

papar berkaitan - pada 15/5/2024 - jumlah : 95 hits
Idea Contoh Aktiviti Hari Ibu Hari Ibu merupakan hari istimewa yang didedikasikan untuk menghargai pengorbanan serta kasih sayang seorang ibu Terdapat pelbagai cara untuk memeriahkan sambutan Hari Ibu Anda boleh rujuk beberapa idea dan cont...
Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu

papar berkaitan - pada 12/5/2024 - jumlah : 151 hits
Selamat Hari Ibu Happy Mothers Day kepada mereka yang bergelar ibu Sambutan hari ibu pada tahun ini jatuh pada hari Ahad 12 Mei 2024 Tak kisahlah mereka digelar sebagai umi mama mami ibu emak atau apa apa panggilan sekalipun tetap ingat jas...
More Than One Reason To Dump Blackrock

Pengambilan Jawatan Kosong Kwsp Jun 2024

Mahb Blckrock Serah Nyawa Negara Pada Israel

Why Regular Roof Maintenance Lowers Insurance Costs

Terungkap Penyebab Kebakaran Gudang Elpiji Tewaskan 18 Orang Di Bali

Stadium Sultan Ibrahim Rekabentuk Kapasiti Lawatan

Penjadualan Penstrukturan Semula Ptptn

Parti Keadilan Rakyat Pahang Bentuk Satu Jawatankuasa Kepimpinan Baharu Pada Sabtu



Info Dan Sinopsis Filem Ipar Adalah Maut 2024 Kini Di Pawagam Malaysia

Kahwin Beristerikan Bella Hanna Bella Luna Ini 10 Fakta Biodata Pelakon Redza Rosli Yang Ramai Tak Tahu

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Terjerat iQIYI Malaysia Gandingan Aliff Aziz Dan Ruhainies

8 Fakta Biodata Aisyah Hijanah Azhari Penulis Buku Isteri Kepada Alif Teega

5 Kes Jenayah Melibatkan Kanak Kanak di Malaysia Yang Tak Boleh Kita Lupakan


Makan Sedap Masakan Hainan Di Restoran Chuen 1954 Wangsa Walk

Basmalah Tulisan Arab Arti Tafsir Keutamaan

Boleh Ke Beli Frame Tempat Lain Tukar Cermin Tempat Lain

Anak Pokok Moringa Kelor

Bila Maknya Tak Sihat

Beyond The Boardroom Second City Livery Your Chicagoland Transportation Concierge