Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail 23 Ogos 2023 Bersamaan 6 Safar 1445h


6 Safar 1444 Hijrah bersamaan 23 Ogos 2023 hari Rabu adalah hari peristiwa memperingati Hari Hol Johor, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail bagi seluruh rakyat negeri Johor Darul Ta’zim

Hari Hol merupakan Hari Kelepasan Am Negeri Johor (cuti umum) bagi seluruh rakyat Johor

sumber : Facebook page Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Mari sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail bagi memperingati kemangkatan baginda pada 6 Safar 1431H


بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيمٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين
Apakah Hari Hol Johor"Hol" menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu membawa maksud kenduri arwah yang diadakan setahun sekali.
Hari Hol disambut berbeza-beza tarikh setiap tahun jika mengikut kalendar Masihi kerana menggunakan kalendar Islam (Hijriah) sebagai penentuan tarikh.
Fakta - Hari Hol adalah acara keagamaan sempena memperingati kemangkatan Almarhum Sultan-Sultan Johor. Acara ini diamalkan sejak tahun 1896, iaitu setahun selepas kemangkatan Almarhum Sultan Abu Bakar. Pada hari tersebut, doa dan tahlil diadakan bagi memohon keberkatan daripada Allah S.W.T.

Lazimnya, majlis tersebut diadakan di Makam DiRaja yang terletak di Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru

Sultan Johor akan mengetuai kerabat lelaki Baginda yang terdekat untuk menabur bunga dan menyiram air wangian bunga ke atas makam selepas bacaan doa oleh Dato’ Mufti.

Pada kebiasaanya, Majlis Tahlil diadakan selepas menziarahi makam. Namun, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, telah menitahkan bahawa majlis ini diadakan di Masjid Pasir Pelangi (sementara Masjid Sultan Abu Bakar sedang diubahsuai) pada waktu petang sehari sebelum Majlis Istiadat Ziarah Makam DiRaja.

Semua pentadbir negeri Johor berbangsa Melayu yang bergelar Dato’, Pegawai Daerah, penjawat awam negeri Johor, Penghulu, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor, Ahli Parlimen dan Ketua - Ketua Jabatan yang beragama Islam wajib untuk menghadiri kedua-dua upacara tersebut

Hari Hol Johor 2023Pada hari Selasa, 22 Ogos 2023, Satu Majlis Bacaan Yasin sempena Istiadat Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar diadakan di Masjid Sultan Abu Bakar.

Pada hari Rabu, 23 Ogos akan disusuli dengan Istiadat Ziarah Makam Diraja di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah.

Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil pada pukul 5.30 petang, lelaki berpakaian baju Melayu teluk belanga putih, sampin kain hitam bukan songket berdagang luar, songkok, stokin dan sepatu hitam. Bagi wanita pula baju kurung teluk belanga putih berkain sarung batik berjahit dan bertudung putih.

Pakaian bagi istiadat ziarah makam pula baju Melayu teluk belanga dengan sampin kain bukan songket berdagang luar selain songkok, stokin dan sepatu yang semuanya berwarna hitam.
Jemputan dari istana adalah titah Raja dan perlu dijunjung. Tuanku akan menarik balik dan membatalkan kurniaan darjah kebesaran kepada Dato’ Johor yang tidak hadir ke kedua-dua istiadat itu. Kehadiran akan dicatit dan tindakan susulan akan diambil terhadap mereka yang tidak hadir tanpa sebab yang munasabah
sumber : viral media Johor | utusan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2023/08/hari-hol-johor-2023.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar

Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar

papar berkaitan - pada 23/8/2023 - jumlah : 202 hits
Assalamualaikum WBTHARI ini 6 Safar 1445H bersamaan 23 Ogos 2023 merupakan Hari Hol bagi memperingati kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Ia juga merupakan Hari Kelepasan Am Negeri Johor bagi seluruh rakyat Joho...
Kementerian Belia Sukan Kelantan Buka Permohonan Personal Mystep Bagi Kemasukan Segera Ogos 2023

Kementerian Belia Sukan Kelantan Buka Permohonan Personal Mystep Bagi Kemasukan Segera Ogos 2023

papar berkaitan - pada 22/8/2023 - jumlah : 354 hits
Kementerian Belia Sukan Kelantan Buka Permohonan Personal Mystep Bagi Kemasukan Ogos 2023 Makluman terbaru Kementerian Belia Sukan Kelantan membuka peluang kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon tawaran yang ditawarkan Mohon unt...
Peluang Kerjaya Mara Pengambilan Khas Guru Dg41 Seluruh Negeri Bulan Ogos 2023

Peluang Kerjaya Mara Pengambilan Khas Guru Dg41 Seluruh Negeri Bulan Ogos 2023

papar berkaitan - pada 22/8/2023 - jumlah : 234 hits
Peluang Kerjaya MARA Pengambilan Khas Guru DG41 Seluruh Negeri Bulan Ogos 2023 Gembira untuk admin umukan Kini diumumkan oleh pihak mara mengenai peluang kerjaya guru yang dinanti nantikan oleh para graduan pendidikan Oleh itu diminta untuk...
Pengambilan Besar Besaran Pekerja Di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Spa9 Ambilan Ogos 2023

Pengambilan Besar Besaran Pekerja Di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Spa9 Ambilan Ogos 2023

papar berkaitan - pada 23/8/2023 - jumlah : 240 hits
Pengambilan Besar Besaran Pekerja Di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA9 Ambilan Ogos 2023 Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan kami gembira untuk mengumumkan bahwa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sedang menjemput warganegara Mala...
Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

The Evolution Of Gaming Technology How Video Games Have Transformed Over The Years

Rena Monrovia When You Transport Something By Car Definitive Guide

Madani Wins Ayer Kuning But Psm Makes Waves While Pn S Pig Agenda Fails

Big Stage Alpha 2025

Scrut Nurul Izzah Aliff Aku Suruh Mereka Keluarkan Sahaja Waran Tangkap

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Once Poor M Sian Influencer Says Rm10 Mooncake Felt Like A Luxury

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Rantai Perak Dari Bali Didakwa Jadi Punca Gangguan Makhluk Halus Terhadap Pasangan Malaysia

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf