Hari Derma Darah Sedunia


Hari Derma Darah Sedunia Tarikh rasmi Hari Derma Sedunia akan disambut setiap tahun pada 14 Jun. Sambutan ini bertujuan untuk memberi kesempatan menghargai para penderma darah dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menderma darah.
Apakah Hari Derma Darah? Maksud Hari Derma Darah Hari Derma Darah Sedunia merupakan hari di mana masyarakat di seluruh dunia dialu-alukan untuk menderma darah demi membantu pesakit yang memerlukan pendermaan darah. Hari ini merupakan hari yang penting untuk memupuk kesedaran tentang mengapa hari ini amat penting untuk disambut sekali gus dapat menyelamatkan nyawa beberapa orang.
Kepentingan Menderma Darah Beberapa Kepentingan Derma Darah Yang Perlu Anda Tahu Terdapat beberapa kepentingan menderma darah yang perlu kita semua ketahui. Menderma darah sememangnya perbuatan yang mulia kerana memberikan manfaat kepada pihak yang terlibat.
Kepentingan menderma darah adalah seperti yang berikut:
Menyelamatkan nyawa Dengan menderma darah, kita dapat membantu pihak hospital untuk menyediakan stok darah yang mencukupi. Pesakit yang terlibat dalam kecederaan, pembedahan atau penyakit darah yang kronik dapat diselamatkan.
2. Mengurangkan kadar kematian
Dengan adanya Hari Derma Darah Sedunia, kita mempunyai peluang untuk mengurangkan risiko kematian akibat kekurangan darah.
3. Membantu mengurangkan risiko penyakit kronik
Pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti Thalassemia atau kanser memerlukan pemindahan darah secara berkala untuk meningkatkan kualiti kesihatan dan harapan mereka untuk hidup.
4. Mempercepatkan proses pemulihan
Menderma darah dapat membantu pesakit pulih lebih cepat selepas pembedahan atau kecederaan dengan meningkatkan bekalan oksigen ke tisu dan organ.
5. Memupuk kesedaran kesihatan
Melalui sambutan Hari Derma Darah Sedunia dan Kempen Derma Darah yang disambut dan dianjurkan setiap tahun, masyarakat secara tidak langsung akan menyedari kepentingan menyumbang darah secara berkala, memupuk kesedaran kesihatan tentang pentingnya menjaga kesihatan diri dan mengamalkan amalan pemakanan yang sihat seperti mengambil banyak makanan yang mengandungi  zat besi,, vitamin B12, folate dan erythropoietin untuk kesihatan darah dalam tubuh.
Golongan Yang Tidak Boleh Menderma Darah Mengapakah Tidak Semua Orang Boleh Menderma Darah? Walaupun menderma darah adalah amalan yang mulia dan sangat dianjurkan demi kemaslahatan masyarakat kita namun, ada beberapa golongan yang tidak boleh menderma darah atas faktor-faktor tertentu.
Faktor tersebut akan saya huraikan di bawah ini dengan lebih mendalam.
Individu dengan penyakit berjangkit Mereka yang mempunyai penyakit berjangkit seperti HIV, Hepatitis B atau C dan Sifilis biasanya tidak dibenarkan menderma darah kerana risiko penularan penyakit kepada penerima.
2. Individu yang mengalami penyakit kronik yang kritikal
Individu yang menghidap penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung, penyakit darah atau penyakit autoimun tertentu mungkin tidak dibenarkan menderma darah kerana kesihatan mereka yang terjejas.
3. Individu yang mengambil dadah
Individu yang mengambil dadah adalah tidak dibenarkan untuk menderma darah sama sekali kerana mempunyai risiko menularkan penyakit.
4. Individu yang baru sahaja menjalankan rawatan perubatan
Individu yang baru menjalani pembedahan besar atau rawatan medikal lain tidak dibenarkan untuk menderma darah untuk jangka masa tertentu kerana badan mereka memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya.
5.Individu yang mempunyai Anemia atau hemoglobin rendah
Orang yang mempunyai Anemia dan tahap hemoglobin yang rendah tidak sesuai dan tidak disyorkan untuk menderma darah kerana mereka memerlukan darah sendiri untuk kesihatan mereka.
Sekian penulisan pada hari ini. Saya berharap para pembaca tahu akan pentingnya menderma darah dan mungkin akan melibatkan diri dalam program menderma darah setiap tahun. Melalui kesedaran dan tindakan yang diambil untuk menyambut Hari Derma Darah Sedunia, kita dapat membantu menyelamatkan nyawa, meningkatkan kualiti hidup pesakit dan memulihkan sistem kesihatan global.
Apakah Hari Derma Darah Sedunia? Hari Derma Darah Sedunia adalah hari yang ditetapkan untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya menderma darah,mengalakkan masayarakat untuk menderma dan mengiktiraf sumbangan derma darah yang penting untuk menyelamatkan nyawa.
Bilakah Hari Derma Darah Sedunia Disambut? Hari Derma Darah Sedunia disambut pada tanggal 14 Jun setiap tahun.
Apakah Tujuan Hari Derma Darah Sedunia? Tujuan utama Hari Derma Darah Sedunia ialah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya menderma darah, mengalakkan orang ramai untuk menderma darah secara sukarela serta menghargai sumbangan darah dari penderma.
Bagaimanakah Saya Boleh Menyertai Hari Derma Darah Sedunia? Anda boleh menyertai Hari Derma Darah Sedunia dengan menderma darah di pusat darah tempatan, menyokong kempen dalam komuniti anda atau menyertai program-program derma darah yang dijalankan oleh organisasi kesihatan atau badan derma darah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2024/04/hari-derma-darah-sedunia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perak Tuan Rumah Hari Anggota Bomba Sedunia 2024

Perak Tuan Rumah Hari Anggota Bomba Sedunia 2024

papar berkaitan - pada 21/4/2024 - jumlah : 261 hits
Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2024 akan diadakan di Lost World of Tambun pada 4 Mei IPOH Perak dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2024 peringkat kebangsaan berlangsung pada 4 Mei ini Menteri Pembangunan dan...
Tak Nampak Anak Bulan Dengan Mata Kasar Ramai Pilih Berpuasa Hari Ini

Tak Nampak Anak Bulan Dengan Mata Kasar Ramai Pilih Berpuasa Hari Ini

papar berkaitan - pada 11/4/2024 - jumlah : 297 hits
kosmo com myOleh KOSMO 10 April 2024Gambar hiasanPETALING JAYA Segelintir umat Islam di negara ini memilih untuk meneruskan ibadah puasa hari ini apabila mendakwa mereka tidak melihat hilal melalui mata kasar semalam Tinjauan Kosmo di Faceb...
Video Hari Ke 2 Lebaran Prabowo Bareng Didit Kembali Temui Jokowi Iriana Bareng Anak Di Istana

Video Hari Ke 2 Lebaran Prabowo Bareng Didit Kembali Temui Jokowi Iriana Bareng Anak Di Istana

papar berkaitan - pada 11/4/2024 - jumlah : 171 hits
Pemenang Pilpres 2024 Prabowo Subianto kembali bersilaturahmi temui Presiden Jokowi di Istana Negara Kamis
Hari Kedua Lebaran 41 707 Penumpang Ka Jarak Jauh Berangkat Dari Jakarta

Hari Kedua Lebaran 41 707 Penumpang Ka Jarak Jauh Berangkat Dari Jakarta

papar berkaitan - pada 11/4/2024 - jumlah : 171 hits
Sebanyak 17 247 penumpang berangkat dari Stasiun Gambir dan 24 460 penumpang lainnya berangkat dari Stasiun Pasar Senen
1 553 Napi Di Bali Dapat Remisi Hari Raya Idulfitri 9 Orang Langsung Bebas

1 553 Napi Di Bali Dapat Remisi Hari Raya Idulfitri 9 Orang Langsung Bebas

papar berkaitan - pada 11/4/2024 - jumlah : 163 hits
Remisi yang diterima bervariasi mulai dari 15 hari 1 bulan 1 bulan 15 hari hingga 2 bulan
Anak Jatuh Katil Pon Dia Buat Tak Tahu Sampai Satu Hari Aku Geram Ni Je Aku Buat Dekat Dia Sampai Dia Terdiam

Anak Jatuh Katil Pon Dia Buat Tak Tahu Sampai Satu Hari Aku Geram Ni Je Aku Buat Dekat Dia Sampai Dia Terdiam

papar berkaitan - pada 11/4/2024 - jumlah : 201 hits
Aku ni hobi main game Memang dari dulu lagi aku suka main game Bini aku ni selalu buat muka ada jer tak puas hati kalau aku main game Tambah lagi sekarang kan puasa Aku selalu jer balik lewat pkul 4 pagi sebab nak terus sahur Tu pun marah B...
Heads Up Kl Selangor Asean Summit Means Temporary Home Based Learning For Some Schools

How To Turn Your Child Into A Consistent Learner During The School Year

Lantikan Politik Dr Akmal Bersyukur Pm Anwar Kini Faham Apa Yang Dilakukan Bn

Berbuat Baiklah Kerana Ia Juga Untuk Dirimu Sendiri

Mas Khan Qi Razali Selamat Bergelar Suami Hari Ini

Karina Kot Siapa Taknak Tular Video Peminat Bawa Lari Standee Karina Aespa Di Mid Valley Kl

Peria Sayur Pahit Yang Kaya Dengan Pelbagai Khasiat

Milosuam Dah Kenapa Nepotisme Bukan Salah Kalau Ada Merit Teruk Kena Kecam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mee Rebus Johor

Pkr Ke Mana Hilangnya 60 Peratus Undi Di Persimpangan Jalan Atau Parti Yang Kehilangan Haluan

Usaha Bersama Asean Dalam Membangun Ekosistem Digital Yang Selamat

The Mysterious Yonaguni Monument Japan S Underwater Enigma

Manhunt Launched After 4 Abduct Goldsmith In Tumpat

Heard Of The Giant Pig Island In Malaysia