Hari Arafah Niat Puasa Sunat Dan Tarikh Hari Arafah 2023 Bagi Malaysia Dan Doa


Bulan Zulhijjah, bulan terakhir dalam takwim Hijrah yang punya keistimewaannya sendiri kerana di bulan ini, umat Islam seluruh dunia akan mengerjakan Ibadah Haji, melakukan ibadah Qurban dan Hari Arafah.  10 hari pertama Zulhijjah dianggap sebagai hari yang paling baik dalam setahun dengan melakukan amalan Sunnah antaranya berpuasa sunat bersempena dengan hari Wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah

Isi Kandung

Sabda Rasulullah:ما من أيام أعظم عند الله سبحانه ولا أحب إليه العمل فيهن من هذه الأيام العشر. فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد


“Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah dan tidak ada hari yang lebih disayangi oleh Allah supaya kita beramal di dalamnya melainkan pada 10 hari ini. Maka perbanyakkanlah bertahlil, bertakbir dan bertahmid” (HR al-Tabrani)






Amalan sunat hari Arafah ialah berpuasa sunat bersempena dengan hari Wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah. Umat Islam digalakan mengerjakan puasa sunat pada hari Arafah Sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW:



 “Puasa hari Arafah, ku mengharap agar Allah SWT mengampuni dosa setahun sebelumnya dan setahun selepasnya,” – Riwayat Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi


Maksud Hari ArafahHari Arafah juga adalah hari kedua dalam ibadah haji bagi umat Islam yang mampu melaksanakannya. Dipanggil nama sedemikian kerana pada hari ini para jemaah haji akan ke Gunung Arafah dari Mina serta Padang Arafah.


Waktu wukuf bermula dari tergelincir matahari (masuk waktu Zuhur/waktu di Arab Saudi) hari ke 9 Zulhijjah sehingga terbit fajar 10 Zulhijjah

Ketika melakukan wukuf, jemaah berkumpul dengan penuh khu­syuk mengabdikan diri dan menadah tangan berdoa agar diampunkan dosa dan diterima segala amalan.


Ganjaran puasa Arafah.

Berpuasa pada Hari Arafah adalah sunat bagi mereka yang tidak mengerjakan Haji. Ia adalah peluang keemasan bagi membersihkan diri daripada dosa yang telah dilakukan kerana ganjaran puasa pada hari tersebut menghapuskan dosa setahun sebelum dan selepas.


Daripada Abi Qatadah R.A, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda apabila ditanya mengenai puasa pada Hari Arafah:


يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ


“Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang”. 
[Riwayat Muslim (1977)]


Ibadah wukuf di padang Arafah simbolik dengan peristiwa di mana Nabi Adam dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga setelah terpedaya dengan tipu daya Iblis. Mereka memohon ampun daripada Allah selama bertahun-tahun dan akhirnya berjumpa semula di Jabar Rahmah selepas 40 tahun terpisah.


Tarikh Puasa Hari Arafah 20239 Zulhijjah 1444H bersama 28 Jun 2023, hari Rabu
Puasa Sunat Arafah dilakukan pada setiap 9 Dzulhijjah dalam kalendar hijrah Islam dan 8 Dzulhijjah, kita disunatkan untuk berpuasa Tarwiyyah.


Umat Islam di Malaysia yang ingin menunaikan puasa sunat sempena hari Wukuf di Arafah boleh melakukannya dengan mengikut kalendar Malaysia (berpandukan pakar rujuk ibadah haji) meskipun Arab Saudi akan mengerjakan wukuf pada 27 Jun 2023.


Waktu Doa Mustajab Arafah Waktu doa mustajab Arafah bermula masuk waktu Zuhur hingga waktu Maghrib. Waktunya ialah selepas gelincir matahari 9 Zulhijjah sehingga sebelum terbit Fajar 10 Zulhijjah.
Arab Saudi

Malaysia

9 Zulhijjah 1444, Selasa 27 Jun 2023

8 Zulhijjah 1444H, Selasa 27 Jun 2023

Zuhur 12.23 tengahari hingga 7.06 malam

5.23 petang hingga 12.06 malam



Berdoalah di mana jua, kita hanya menyatakan permohonan kita kepada Allah SWT hak menunaikan adalah hak Allah Ta’ala.


Nabi Muhammad Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda: 
Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah. - HR At Tirmidzi dishahihkan Al-Albani
 
Niat Puasa Hari Arafah Tiada niat khusus bagi bagi menunaikan ibadah puasa sunat, namun bacaan niat puasa Hari Arafah boleh digunapakai

"Sahaja aku berpuasa sunat esok hari Arafah kerana Allah Ta’ala""Sahaja aku puasa sunat Arafah kerana Allah Ta’ala"“Aku berniat puasa sunat Arafah kerana Allah Taala”
 
Doa berbuka puasa untuk puasa sunat Arafah Allahumma Lakasumtu Wabika Aamantu Wa’alaa Rizqika Afthortu Birohmatika Yaa Arhamar Roohimiin 


Maksudnya: Ya Allah kerana Mu aku berpuasa, Dengan Mu aku beriman, kepada Mu aku berserah dan dengan rezeki Mu aku berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.


Doa Hari Arafah Yang Ma’thurDoa Hari Arafah bukan sahaja baik dibaca oleh Jemaah Haji pada hari Arafah, tetapi disunatkan juga kepada seluruh Umat Muslim di seluruh dunia walaupun tidak berada di Padang Arafah.









Zikir Hari ArafahWalaupun kita tidak dapat berhimpun dan memperoleh kemuliaan berwukuf di Padang Arafah sepertimana para jemaah haji di Tanah Suci, tetapi kita turut dibolehkan untuk berdoa dan beramal walau di mana pun kita berada.


Kita digalakkan untuk melakukan amalan-amalan sunat seperti solat, berpuasa, berzikir dan berdoa terutama dengan zikir doa yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW.


Zikir Doa Hari Arafah ini sebaik-baiknya dibaca seberapa banyak yang termampu selepas solat Zuhur pada  9 Zulhijjah sehingga menjelang Subuh 10 Zulhijjah.


At-Tarmizi meriwayatkan, semasa Hari Arafah, Nabi mengamalkan zikir doa berikut:


Laa ilaha illallahu Wahdahu Laa Syarikalah, Lahul Mulku Walahul Hamdu Yuhyi Wayumitu Wahuwa A’la Kulli Syai’in Qadirr 


Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan Yang Maha Esa tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu.


Daripada Amru bin Syu’aib dari ayahnya dan daripada datuknya, Abdullah bin Amr bin Ash radhiyallâhu ‘anhu, Rasulullah ﷺ bersabda:


Sebaik-baik doa adalah yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapan adalah ucapan Nabi-nabi sebelumku iaitu, “Tiada tuhan yg berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu.” — Hadis Riwayat at Tirmizi


Hukum & Amalan Puasa Bulan DzulHijjah1. Al-Imam as-Syaf’ie berpendapat:


Disunatkan puasa pada hari ‘Arafah bagi mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji. Adapun bagi yang mengerjakan ibadah haji, adalah lebih baik untuknya berbuka agar ia kuat beribadat di ‘Arafah.”


2. Dari pendapat Imam Ahmad rh pula:


Jika ia sanggup berpuasa maka boleh berpuasa, tetapi jika tidak hendaklah ia berbuka, sebab hari ‘Arafah memerlukan kekuatan (tenaga).”


Begitu juga dengan para sahabat yang lain, lebih ramai yang cenderung untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah ketika mengerjakan ibadah haji.


3. Ulama Syafi’iyyah membenarkan untuk berpuasa pada hari tasyrik hanya untuk keadaan tertentu seperti bersumpah, qada puasa di bulan Ramadhan serta puasa kifarah (denda).
Puasa tanpa sebab tertentu pada hari-hari ini (puasa sunat) adalah ditegah.


Puasa Sunat ZulhijjahDisunatkan juga berpuasa pada hari ke 8 Zulhijjah di samping berpuasa pada Hari Arafah (9 Dzulhijjah) sebagai langkah berhati-hati yang mana kemungkinan pada hari ke 8 Zulhijjah itu adalah hari yang ke 9 Zulhijjah (Hari Arafah).


Bahkan adalah disunatkan berpuasa lapan hari, iaitu dari hari yang pertama bulan Zulhijjah hingga ke hari yang ke lapan sama ada bagi orang yang mengerjakan haji atau tidak mengerjakan haji, bersama-sama dengan Hari Arafah.


Hadis riwayat Ibni Abbas: Siapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya.”


Hari Yang Diharamkan Berpuasa 1. Berpuasa pada Hari Aidiladha (10 Dzulhijjah) dan hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) adalah diharamkan berdasarkan hadis yang diriwayatkan dari Umar ra:


Bahawasanya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada dua hari, iaitu Aidil Adha dan Aidil Fitri.” – Hadith Riwayat Imam Muslim, Ahmad, an-Nasa’ie, Abu Dawud


Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW telah mengirimkan Abdullah Ibn Huzhaqah untuk mengumumkan di Mina:


Kamu dilarang berpuasa pada hari-hari ini (hari Tasyrik). Ia adalah hari untuk makan dan minum serta mengingati Allah.” – Hadith Riwayat Imam Ahmad r.a.

Kelebihan Puasa ArafahAda beberapa dalil al-Quran dan hadis yang menyebut tentang kelebihannya.


Antaranya, firman Allah SWT yang bermaksud: 
Demi fajar dan malam yang sepuluh. (al-Fajr: 1-2)
Menurut Ibnu Kathir, yang dimaksudkan di sini ialah 10 malam yang pertama bulan Zulhijah.


Demikian juga tafsiran Ibnu Abbas, Ibnu Az-Zubair, Mujahid dan lainnya. (Hadis riwayat Bukhari)


Daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang 10 ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid”. - Riwayat Ahmad


Sementara itu, menurut al-Hafiz Ibnu Hajar, yang jelasnya, di antara sebab keistimewaan 10 hari Zulhijah ialah terhimpun di dalamnya beberapa ibadat yang besar iaitu solat, puasa, sedekah dan haji.


Pada waktu lain, ibadat-ibadat ini tidak pernah terhimpun sebegitu.


Oleh itu, marilah kita melipat-gandakan amalan pada bulan ini terutamanya solat. Disunatkan kita keluar awal ke tempat solat fardu (berjemaah) dan memperbanyak solat sunat kerana ia sebaik-baik amalan.


Thauban r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kepada Allah kerana setiap kali kamu sujud kepada-Nya, Allah akan angkatkan darjatmu kepada-Nya dan dihapuskan kesalahanmu. - Riwayat Muslim


Marilah kita semua umat Islam memanfaatkan Hari Arafah ini dengan sebaik mungkin. Amalkanlah puasa sunat pada hari ini dan bacalah doa-doa yang telah dianjurkan, tidak kira di mana kita berada.


Sesungguhnya, doa Hari Arafah ini bukan sahaja baik dibaca oleh mereka yang mengerjakan ibadat Haji pada hari Arafah, tetapi disunatkan juga kepada seluruh Umat Muslim di seluruh dunia walaupun tidak berada di Padang Arafah.



Ya Allah Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami, dan seandainya Engkau tidak mengampuni kami dan mengasihani kami nescaya kami mesti akan menjadi golongan orang-orang yang rugi.



Ya Allah Ya Tuhan Kami, ampunilah dosa-dosa kami dan terimalah taubat kami serta peliharalah kami dari segala keburukan.


Semoga Allah SWT kabulkan segala hajat kita dan ahli keluarga kita sekalian dan diberikan keberkatan dan rahmat dari Allah SWT kepada kita semua dengan apa yang terbaik di sisi Allah SWT


sumber : akuislam 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2023/06/hari-arafah-niat-puasa-sunat-dan-tarikh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Niat Puasa Hari Arafah

Niat Puasa Hari Arafah

papar berkaitan - pada 27/6/2023 - jumlah : 310 hits
hai assalammualaikumNiat Puasa Hari Arafah Puasa Hari Arafah merupakan salah satu ibadah sunnah yang dikerjakan sebelum merayakan Aidiladha Dalam Islam Hukum puasa Arafah adalah sunah muakad Bagi umat Islam yang tidak berkesempatan menunaik...
Puasa Arafah Niat Keutamaan Dan Tanggal Berapa 2023

Puasa Arafah Niat Keutamaan Dan Tanggal Berapa 2023

papar berkaitan - pada 26/6/2023 - jumlah : 403 hits
Puasa Arafah adalah puasa sunnah muakkadah yang pahalanya luar biasa Bagaimana niat dan tata caranya Apa keutamaan dan kapan waktu pelaksanaannya pada tahun 2023 Berikut ini pembahasan lengkapnya Pengertian Puasa Arafah dan Hukumnya Puasa A...
Puasa Dan Niat Puasa Hari Arafah

Puasa Dan Niat Puasa Hari Arafah

papar berkaitan - pada 27/6/2023 - jumlah : 255 hits
PUASA DAN NIAT PUASA HARI ARAFAH Rabu 28 Jun 2023 merupakan sunat untuk berpuasa sunat Arafah Hari Arafah jatuh pada 9 Zulhijjah sehari sebelum Aidiladha Digalakkan berpuasa pada Hari Arafah tetapi haram berpuasa pada Hari Raya Aidiladha da...
Nasi Goreng Cili Kering Yang Legend Dan Doa Hari Arafah

Nasi Goreng Cili Kering Yang Legend Dan Doa Hari Arafah

papar berkaitan - pada 24/6/2023 - jumlah : 378 hits
Nabi Muhammad SAW mengambil masa yang sangat lama untuk berdoa pada hari Arafah ini Mari lah kita sama sama ambil peluang untuk turut berdoa memohon kebaikan di dunia dan akhirat kepada Allah SWT pada hari dan waktu mustajab doa ini Sebaik ...
Zikir Doa Hari Arafah

Zikir Doa Hari Arafah

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 253 hits
Ini adalah panduan lengkap mengenai zikir dan doa Hari Arafah Doa ini boleh diamalkan oleh para jemaah haji mahupun mereka yang tidak mengerjakan haji yang ingin mengambil kelebihan dan keberkatan Hari Arafah atau Hari Wukuf ini Pada hari i...
Zikir Dan Doa Hari Arafah

Zikir Dan Doa Hari Arafah

papar berkaitan - pada 28/6/2023 - jumlah : 310 hits
Saat ini para jemaah haji sedang bersedia untuk melaksanakan salah satu rukun dalam ibadah haji iaitu wukuf di padang Arafah Detik ini ialah detik yang paling dinanti nantikan kerana mustajabnya doa yang dipanjatkan Daripada Abdullah bin Am...
Senarai Himpunan Doa Hari Arafah

Senarai Himpunan Doa Hari Arafah

papar berkaitan - pada 28/6/2023 - jumlah : 223 hits
Sudah senaraikan doa Bagi yang masih belum boleh save senarai ini untuk dibaca pada Hari Arafah SENARAI HIMPUNAN DOA HARI ARAFAH 1 Ya Allah Kurniakanlah padaku kejayaan terbesar Selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus 2 Ya Allah...
Zikir Nabi Ketika Hari Arafah Doa Waktu Wukuf

Zikir Nabi Ketika Hari Arafah Doa Waktu Wukuf

papar berkaitan - pada 27/6/2023 - jumlah : 434 hits
Zikir Nabi Ketika Hari Arafah Doa Waktu Wukuf Hari ini merupakan Hari Arafah hari yang dikenali sebagai masa berdoa paling mustajab kerana pada ketika itulah Nabi Muhammad SAW mengambil masa yang sangat lama untuk berdoa Marilah kita bersam...
Selamat Hari Raya 2023

Selamat Hari Raya 2023

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 186 hits
assalamualaikum korang macam biasalah kan setiap tahun akan ada entri hari raya kalau nak baca raya raya yang tahun lepas punya boleh je search dekat blog ada button search kan disebabkan tahun lepas dah beraya dekat kuantan tahun ni blah s...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids