Hari 66 Pendakwaan Mohon Najib Diambil Tindakan


HIDIR REDUAN ABDUL RASHID & HARIZ MOHD


Perbicaraan yang memasuki hari ke-66 ini menandangan permulaan kepada sekurang-kurangnya lima prosiding jenayah yang akan dihadapi Najib Razak sepanjang 2020

Empat kes jenayah lain yang bakal dihadapi bekas perdana menteri itu akan diadakan di mahkamah lain, ialah tuduhan salah guna kuasa membabitkan dana RM2.28 bilion milik 1MDB, RM6.64 bilion dana IPIC International Petroleum International Corp (IPIC), pindaan laporan akhir audit 1MDB, dan kes SRC International Sdn Bhd (SRC) melibatkan dana RM27 juta.

Timbalan Pendakwa Raya, V Sithambaram, menyambung soal balas ke atas Najib yang kini dibicarakan atas dakwaan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram wang SRC sebanyak RM42 juta.

Najib dibicarakan di depan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Tertuduh diwakili sepasukan peguam diketuai Muhammad Shafee Abdullah.

LANGSUNG
 
11.10 pagi: Pihak pendakwaan memberikan hujah mereka bagi menyokong permohonan agar mahkamah meneliti cadangan agar Najib diambil tindakan ekoran kenyataan bercanggahnya semasa memberi keterangan.

Kata Sithambaram, tertuduh terbabit memberikan kenyataan berbeza mengenai hal yang dibangkitkan ketika siasatan SPRM dan semasa memberi keterangan di mahkamah.

Justeru, kata Sithambaram, mahkamah wajar meneliti kenyataan Najib kepada pihak berkuasa (SPRM) dan membandingkannya semasa memberi keterangan di mahkamah.

Semasa disoal balas, kata Sithambaram, Najib sendiri bersetuju wujud percanggahan berkenaan.

"Sehingga kenyataan SPRM dilihat yang arif, rakan saya (peguam bela) itu tidak boleh mendahului permohonan saya kepada mahkamah untuk melihat kenyataan tersebut, terutama (apabila) tertuduh sendiri bersetuju ada percanggahan di antara kenyataannya (di mahkamah hari ini) dengan kenyataan (kepada) SPRM," katanya.

Sithambaram juga berkata, Najib juga tidak menjelaskan mengenai percanggahan tersebut.

"Saya berharap kita mengambil langkah pertama dengan menggariskan bahagian-bahagian dalam pernyataan kepada SPRM untuk yang arif lihat dan membuat keputusan awal," katanya.

10.54 pagi: Prosiding disambung semula selepas berhenti rehat seketika

10.03 pagi: Shafee dan Sithambaram terus berbalas hujah sama ada mahkamah patut mendengar permohonan pihak pendakwaan agar Najib - yang kini memberi keterangan membela diri - diambil tindakan

Ketika Sithambaram berkata pihak pembelaan tidak ada hak untuk menghalang mahkamah meneliti keterangan diberikan Najib dan membuat keputusan mengenainya, Shafee pula berpendapat, langkah tersebut adalah cubaan pendakwaan untuk memanggil saksi pakar bagi meneliti kesahihan tandatangan pada beberapa dokumen didakwa diturunkan oleh Najib.

Mohd Nazlan kemudian membenarkan perbicaraan ditangguhkan selama 30 minit bagi memberi peluang kepada pihak pembelaan menyediakan hujah mereka untuk mencabar permohonan pendakwaan.

9.55 pagi: Permohonan dibuat Sithambaram mencetuskan suasana tegang di antara timbalan pendakwa raya itu dengan ketua pembelaan Najib

Mendengar permohonan Sithambaram itu, Shafee meminta perbicaraan ditangguhkan selama satu jam untuk membolehkan pihak pembelaan menyediakan hujah mengapa tindakan ke atas Najib pada waktu ini dianggap bercanggah dengan undang-undang.

Kedua-dua peguam terbabit kemudian saling berbalas hujah. Antara lain, Shafee berkata Najib sudah memberikan penjelasan mengapa beliau kini ragu-ragu mengenai kesahihan tandatangam pada dokumen yang dikemukakan kepada mahkamah sebelum ini.

Sithambaram bagaimanapun membalas, pihak pendakwaan hanya meminta mahkamah melihat keterangan Najib dan memutuskan sama ada mahu mengambil tindakan ke atas Najib atau sebaliknya.

9.47 pagi: Sithambaram memohon agar Najib dikenakan tindakan kerana didakwa memberi keterangan bercanggah dalam keterangannya

"Buat masa ini, saya ingin memohon untuk mencabar kredibiliti saksi ini (Najib) mengikut Seksyen 145 (1) dan Seksyen 155 (c) Akta Keterangan," kata Sithamabram.

Isu itu timbul selepas Najib mengakui - semasa disoal balas timbalan pendakwa raya itu - bahawa berlaku perbezaan dalam kenyataan saksi yang diberikan hari ini dengan apa yang diberikan semasa siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Najib merujuk kepada apa yang diberitahunya kepada SPRM dan kenyataan saksi di mahkamah mengenai beberapa dokumen penting yang dilihat - dan ditandatanganinya - berhubung kes SRC sekarang.
Timbalan Pendakwa Raya, Sithambaram (kiri).Antara dokumen itu ialah minit mesyuarat SRC yang dikaitkan dengan pinjaman RM2 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) pada 2012.

Sebelum ini Najib mengaku beliau memaklumkan kepada SPRM bahawa tandatangan yang ditunjukkan kelihatan seperti miliknya

Bagaimanapun ahli parlimen Pekan itu kemudian menjelaskan bahawa kenyataan saksi semasa menyatakan beliau tidak ditunjukkan dengan dokumen asal semasa keterangannya kepada SPRM dirakamkan, dan kini meragui keaslian tandatangan pada dokumen tersebut

9.22 pagi: Tertuduh memasuki kandang saksi untuk disoal balas Sithambaram. Turut kelihatan berada dalam mahkamah ialah Shafee

Najib yang juga bekas presiden Umno itu mula menjawab soalan Sithambaram selepas selesai mengangkat sumpah.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/hari-66-pendakwaan-mohon-najib-diambil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah Tiga Hari Najib Masih Terkial Kial Belum Buat Apa Tindakan Ke Atas Latheefa

Dah Tiga Hari Najib Masih Terkial Kial Belum Buat Apa Tindakan Ke Atas Latheefa

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 408 hits
Siapa yang rakam Cuba toleh kiri dan toleh kanan Budak tadika pun tahu ini siapa punya kerja Bagaimana yang lain TAKKANLAH dengan pompuan pun kau orang Tak berani keroyok dia Jangan jadi darai lah kalau sekadar gesa latheefa letak jawatan
Keterangan Najib Bercanggah Hakim Terima Permohonan Pendakwaan

Keterangan Najib Bercanggah Hakim Terima Permohonan Pendakwaan

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 191 hits
Ketua pembelaan Najib berhujah cubaan pihak pendakwaan mahu mengenakan tindakan ke atas bekas perdana menteri itu dibuat tanpa niat yang baik Hal itu kerana menurut Shafee pihak pendakwaan membuat permohonan tersebut baru hari ini iaitu seh...
Inilah Kesan Pendedahan Klip Suara Najib Dan Rosmah

Inilah Kesan Pendedahan Klip Suara Najib Dan Rosmah

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 559 hits
Nampaknya kesan manifesto hancing lebih teruk daripada pendedahan klip suara oleh SPRM Korang fikirlah sendiri
Sprm Najib Dan Rakaman Audio

Sprm Najib Dan Rakaman Audio

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 489 hits
SPRM Najib dan Rakaman Audio 1 Pada 1 November 2018 Menteri Komunikasi Gobind Singh memutuskan kerajaan tidak akan menyiarkan siaran langsung perbicaraan kes 1MDB bekas PM Najib Razak Alasan beliau RTM dan Bernama mempunyai banyak perkara l...
Garangnya Kak Mah Sprm Dedah Rakaman Perbualan Rosmah Amp Najib Trending Di Twitter

Garangnya Kak Mah Sprm Dedah Rakaman Perbualan Rosmah Amp Najib Trending Di Twitter

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 696 hits
Hari ini nama bekas isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansur menjadi trending di Twitter gara gara tersebarnya mengenai rakaman perbualan telefon antara Datin Seri Rosmah dan Datuk Seri Najib Tun Razak Rakaman tersebut didedakan mene...
Rosmah Marah Najib

Rosmah Marah Najib

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 721 hits
Rosmah Marah Najib Mengikut rakaman perbualan telefon yang tidak diketahui penghantarnya kepada SPRM Rosmah Mansor dikatakan berang dan tidak berpuas hati semasa membuat panggilan kepada suaminya Najib Razak pada 27 Julai 2016 SPRM yang men...
Recording Najib Wanted To Shield Stepson Paint Funds For Movie As Uae Loan

Recording Najib Wanted To Shield Stepson Paint Funds For Movie As Uae Loan

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 272 hits
Following the US Department of Justice s 1MDB related civil forfeiture suits in 2016 former premier Najib Abdul Razak had purportedly attempted to shield his stepson Riza Aziz This was revealed in the audio recordings released by MACC which...
Macc Exposes Recordings Of Najib S Conversations With Ex Macc Chief Others

Macc Exposes Recordings Of Najib S Conversations With Ex Macc Chief Others

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 389 hits
MACC has released audio recordings of several telephone conversations involving former premier Najib Abdul Razak with regard to the 1MDB scandal Among them were several calls between him and former MACC chief Dzulkifli Ahmad Others included...
Day 68 Najib Claims He Didn T Use Own Money To Regularise Overdrawn Accounts

Day 68 Najib Claims He Didn T Use Own Money To Regularise Overdrawn Accounts

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 233 hits
The criminal trial of former prime minister Najib Abdul Razak involving the alleged misappropriation of funds from SRC International Sdn Bhd enters day 68 today at the High Court in Kuala Lumpur Malaysiakini brings you live reports of the p...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp