Harga Tiket Dan Waktu Operasi Drawbridge Terengganu



Sejak mula dibuka kepada umum pada Ogos 2019, kami sekeluarga masih belum berkesempatan menjejak kaki ke menara tinjau yang terdapat di drawbridge Terengganu. Meskipun telah beberapa kali menghabiskan masa di sekitar drawbridge, malahan turut menyertai Fun Run yang berlangsung di atas drawbridge, namun berada di dalam menara tinjau adalah sesuatu yang asing bagi kami.



Kebetulan sahabat lama suami datang ke Terengganu sempena cuti sekolah akhir tahun 2019 dan ingin ke menara tinjau, jadi suami turut busy body ingin turut serta. Tidak buang masa, kami bersiap untuk menaiki menara tinjau drawbridge, dan pada masa yang sama berjumpa kawan jauh suami yang sudah lama tidak ketemu.


Jadi alang-alang sudah melawat ke menara tinjau drawbridge, eloklah jika saya kongsikan maklumat tentang berapa harga tiket masuk serta waktu operasinya supaya senang dijadikan rujukan kawan-kawan pada masa akan datang


Harga Tiket Menara Tinjau Drawbridge Terengganu
Harga tiket untuk naik ke menara tinjau adalah sebanyak RM5 untuk semua peringkat umur tidak kisah dewasa atau kanak-kanak. Harga ini merupakan harga promosi dan berkemungkinan akan berubah mengikut masa. Buat masa sekarang, harga tiket promosi masih berlangsung. Jadi bagi yang belum ke menara tinjau drawbridge Terengganu, cepatlah grab harga promosi ini sebelum harga dinaikkan nanti (dengar kata dewasa RM10 dan kanak-kanak RM5).


Memandangkan menara tinjau terletak di atas drawbridge, jadi semua pelawat perlu memarkir kenderaan di kawasan lapang yang terdapat samada di bahagian bawah drawbridge atau di bahagian penghujung jalan drawbridge yang menghala ke Pantai Miami. Jika malas berjalan jauh, seeloknya kenderaan diparkir di bawah drawbridge yang terletak berdekatan pantai dan seterusnya boleh terus menaiki tangga yang disediakan untuk naik ke bahagian atas drawbridge.


Menjadi mercu tanda kebanggaan rakyat Terengganu, drawbridge bukan sahaja menjadi lokasi tumpuan pelancong malah turut menjadi lokasi ideal untuk beriadah bersama keluarga. Kami juga jika tiada idea ingin menghabiskan masa di mana, memilih kawasan di sekitar drawbridge sebagai lokasi beristirehat. Bawa alas duduk dan buku, lalu habiskan masa berbual dan membaca atau mengambil gambar berlatar belakangkan drawbridge Terengganu bersama keluarga. Memang Instagram-worthy!


Waktu Operasi Menara Tinjau Drawbridge Terengganu
Menara tinjau drawbridge Terengganu beroperasi seawal jam 10 pagi dan berakhir pada jam 10 malam pada setiap hari. Manakala pada hari Jumaat, operasi menara tinjau akan ditutup seketika pada jam 12.30 tengahari sehingga 2.30 petang sebagai menghormati waktu solat Jumaat.


Apa yang ada dalam menara tinjau drawbridge Terengganu? Sebenarnya tiada apa yang istimewa di dalam menara tinjau selain dapat melihat persekitaran pantai dan sebahagian bandar Kuala Terengganu yang sedang mengalami proses pembinaan pesat kerana bangunan Kuala Terengganu City Centre (KTCC) sedang didirikan berhampiran drawbridge.


Sebenarnya saya sendiri terkejut apabila mendapat tahu bahawa sebahagian tanah rata yang sering kami jadikan lokasi riadah di drawbridge Terengganu bakal dimajukan menjadi Mini Dubai Terengganu. Pelbagai pembangunan dirancang akan dinaikkan antaranya pembinaan resort, taman tema, shopping mall serta hotel di kawasan tersebut. Biar betul?


Semua perkara ini saya dapat tahu semasa menaiki menara tinjau. Agak excited cuma tidak pasti samada kami berkesempatan atau tidak untuk melihat bangunan tersebut dibangunkan, mana tahu ajal terlebih dahulu menjemput kan. Walaubagaimanapun, kami agak teruja membayangkan Terengganu akan mempunyai taman temanya sendiri selepas ini. Yey!


Selain menikmati pemandangan dari puncak menara, terdapat pameran yang turut berlangsung di dalam menara tinjau drawbridge Terengganu. Kami berkesempatan melihat pameran lukisan dan barangan tradisional seperti tembaga, batik dan seni ukiran kayu dipamerkan. Pelawat juga boleh membeli bahan pameran sebagai ole-ole untuk dibawa pulang.


Booth bergambar juga turut disediakan bagi pelawat yang ingin mengabadikan kenangan dalam bentuk gambar. Semua bahan pameran berada di tingkat tiga manakala pelawat yang ingin mengerjakan solat atau menjawab seruan alam boleh melakukannya di tingkat dua menara tinjau kerana terdapat surau dan tandas pada tingkat tersebut.


Kami berada di dalam menara tinjau drawbridge Terengganu dalam anggaran setengah jam sahaja kerana tiada apa yang boleh dilakukan di sana kecuali sight-seeing. Meskipun sekejap namun saya sudah tidak sabar membayangkan pembangunan yang bakal berlaku di sekitar kawasan drawbridge nanti. Pasti cantik, teruja betul!


Jadi, awak taknak melawat ke menara tinjau drawbridge Terengganu ke? Harga tiket dan waktu operasi telah saya kongsikan, harap awak berkesempatan untuk naik ke sana suatu hari nanti ye :)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2020/01/harga-tiket-dan-waktu-operasi-drawbridge-terengganu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lion Air Turunkan Harga Tiket Pesawat Apakah Bakal Diikuti Maskapai Lain

Lion Air Turunkan Harga Tiket Pesawat Apakah Bakal Diikuti Maskapai Lain

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 287 hits
Pengamat penerbangan Gatot Raharjo memprediksi hal ini tidak akan diikuti oleh maskapai lain Gatot menilai meski sudah turun namun harga tiket pesawat Lion Air sebetulnya masih tinggi Sebab harga yang tertera tidak termasuk biaya bagasi
Harga Tiket Kedah Vs Tai Po Fc Kelayakan Acl 2020

Harga Tiket Kedah Vs Tai Po Fc Kelayakan Acl 2020

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 573 hits
Harga Tiket Kedah vs Tai Po FC Kelayakan ACL 2020 NANTIKAN pertembungan hebat antara pasukan Kedah menentang Juara Liga Hong Kong Tai Po FC untuk aksi Pusingan 2 Kelayakan Liga Juara Juara AFC 2020 Perlawanan hebat ini akan diadakan pada 21...
Alhamdulillah Akhirnya Harga Tiket Pesawat Turun Juga

Alhamdulillah Akhirnya Harga Tiket Pesawat Turun Juga

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 224 hits
Masyarakat saat ini tengah berbahagia karena harga tiket pesawat salah satu maskapai untuk rute domestik kembali turun Sebelumnya mahalnya harga tiket pesawat sempat menjadi hal yang menghebohkan Kegembiraan tersebut terlihat dari postingan...
Penurunan Harga Tiket Pesawat Lion Air Diramal Tidak Bakal Lama

Penurunan Harga Tiket Pesawat Lion Air Diramal Tidak Bakal Lama

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 257 hits
Lion Air menurunkan harga tiket pesawat nya Hal ini pun menjadi perbincangan pengguna pesawat sebab penurunan harga cukup signifikan Pengamat penerbangan Gatot Raharjo menilai harga tiket Lion murah saat ini tidak akan bertahan lama
Kurangkan Hari Waktu Bekerja Rakyat Untuk Lebih Masa Bersama Keluarga

Kurangkan Hari Waktu Bekerja Rakyat Untuk Lebih Masa Bersama Keluarga

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 355 hits
Perghh Bila Malaysia nak buat macam negara Finland ni Ohmedia maksudkan dengan satu usul yang telah dibentangkan Perdana Menteri Finland yang baru dan merupakan seorang Perdana Menteri wanita iaitu Sanna Marin Beliau telah mencadangkan untu...
Fakta Ilmiah Al Qur An Tentang Waktu Istirahat Di Malam Hari

Fakta Ilmiah Al Qur An Tentang Waktu Istirahat Di Malam Hari

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 289 hits
Al Qur an bukan hanya sebagai pedoman hidup bagi manusia yang mengatur tentang hubungan manusia dengan Penciptanya antar sesama manusia dan alam sekitarnya Lebih dari itu terdapat banyak fakta ilmiah yang dapat digali dari Al Qur an yang be...
Dprd Dki Nilai Pemanggilan Kadis Sda Jakbar Oleh Polisi Bukan Waktu Yang Tepat

Dprd Dki Nilai Pemanggilan Kadis Sda Jakbar Oleh Polisi Bukan Waktu Yang Tepat

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 203 hits
Kalau mereka dipanggil polisi itu otomatis butuh waktu Maksud saya kalau bisa tunggu banjir agak reda karena mereka butuh konsentrasi mengurusin banjir kata Ida Selasa
Lorong Waktu Perjalanan Musik Indonesia

Lorong Waktu Perjalanan Musik Indonesia

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 198 hits
Di antara lemari etalase berisi kaset dan piringan hitam Eva Putri Yuliana bersenandung Suaranya lirih mengiringi lagu ikonik Jhon Lennon bertajuk Imagine Lagu perdamaian dan syair bagi idealisme yang didengar oleh Eva itu terekam dalam for...
Optimal Iron Filtration For Well Water A Guide To Clean Water

Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Our Soft Offer

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Lawatan Penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia Ke Center Of Technology Politeknik Ungku Omar Ipoh

Singgah Lunch Di Kafe Olla Janda Baik

Gambaran Suit Power Rangers X Digimon Adventure Bergabung Meletop

Ipang Sahabat Kecil Chord

Lyla Kamu Cantik Kamu Baik Chord

Isuzu Is Set To Build New Facility In The United States For 280 Million