Harga Terkini Lesen Memandu Kereta Dan Motosikal


Harga Terkini Lesen Memandu Kereta Dan Motosikal. Lesen memandu adalah sangat penting bagi pengguna jalanraya yang membawa kenderaan samada motosikal ataupun kereta. 
Ia membolehkan pengguna memandu secara sah dan menjadi bukti bahawa pemandu telah benar – benar lulus menjalani ujian memandu serta mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)

Selain itu, kepentingan lesen memandu ini supaya pemandu yang berada di atas jalanraya adalah berilmu, sekaligus dapat mengurangkan kes – kes kemalangan berlaku di jalan raya

Lesen memandu Malaysia juga mendapat pengiktirafan luar negara dan anda boleh memandu dengan tenang tanpa perlu membuat lesen baru jika berada di luar negara. 
Maka, tidak hairanlah jika ramai yang berlumba – lumba untuk mengambil lesen memandu. Namun, harga lesen memandu adalah berbeza saban tahun. Malah, ia dilihat semakin meningkat dari masa ke semasa

Jawatankuasa Pelesenan Institut Memandu (JKPIM) di bawah pengurusan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah membuat penetapan harga siling bagi yuran pembelajaran dan latihan pemanduan di Institut Memandu (IM) bagi semua pengguna yang ingin mendapatkan lessen memandu yang sah. 
Kadar siling yang ditetapkan haruslah sama di setiap negeri, namun masih terdapat segelintir pengusaha institut memandu yang mengenakan harga yuran yang berbeza. 
Harga siling yang ditetapkan oleh pihak berkuasa JPJ adalah bertujuan agar memastikan pengguna mendapat perkhidmatan pada kadar yang munasabah

JKPIM telah menetapkan harga siling untuk mendapatkan lessen motosikal kategori B2 adalah RM 350 dan kategori B pula adalah RM 900. 
Bagi lesen kereta transmisi manual pula adalah RM 1,150 manakala bagi transmisi automatik pula adalah RM 1,250. 
Walaubagaimanapun, terdapat sesetengah pusat memandu menetapkan harga yang sedikit tinggi dari yang telah ditetapkan disebabkan terdapat beberapa caj tambahan dalam pakej perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh institut memandu

Harga Terkini Lesen Memandu Kereta Dan Motosikal 2019
Antara harga yang sedikit berbeza ditawarkan oleh sesetengah pengendali institut memandu adalah seperti berikut :
Kategori motor B2 (tidak melebihi 250 cc) dari RM350 hingga RM450Kategori motor B (melebihi 500 cc) dari RM900 hingga RM1100Kategori kereta (manual) dari RM1150 hingga RM1300Kategori kereta (auto) dari RM1250 hingga RM1500

Seseorang individu yang ingin mendapatkan lesen memandu perlu mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ). Sebelum menduduki ujian memandu, anda perlu memenuhi syarat umur seperti berikut :
Lesen motosikal kategori B2 dan B : Berumur sekurang – kurangnya 16 tahun dan keatas.Lesen memandu kereta (manual atau automatik) : Berumur sekurang – kurangnya 17 tahun dan keatas.

CARA – CARA MENGAMBIL LESEN MEMANDU
Langkah 1. Pendaftaran
Pemohon perlu membuat pendaftar di mana – mana institut memandu yang berdaftar. Yuran pendaftaran perlu dibayar mengikut kadar yang ditetapkan.Langkah 2. Kursus KPP
Calon – calon perlu menghadiri kursus KPP selama 6 jam di institut memandu pada tarikh yang ditetapkan. Calon perlulah berpakaian kemas serta sopan seperti yang ditetapkan oleh pihak JPJ.  Langkah 3. Ujian Komputer
Calon – calon perlu menduduki ujian teori undang – undang berkomputer selama 45 minit setelah selesai menghadiri kursus KPP. Markah lulus adalah 42/50 dan sekiranya calon gagal, calon perlu mengulangi ujian tersebut. Langkah 4. Lesen L
Calon yang telah lulus ujian teori berkomputer akan memperoleh lesen L (Learner Driving License) Langkah 5. KPP 02
Calon akan menjalani latihan memandu KPP (Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu) 02 selama 16 jam. Setiap calon diberikan masa selama 8 jam untuk pembelajaran di dalam litar. Bagi lesen motosikal, calon perlu membuat pusingan 8, merentasi titi, halangan kon serta brek kecemasan. Bagi lesen kereta pula, calon akan belajar menaiki bukit, parking tiga penjuru serta side parking. Langkah 6. KPP 03
Setelah selesai menjalani latihan litar, calon lesen kereta perlu meneruskan latihan KPP 03 iaitu latihan di jalanraya. Masa yang diperuntukkan adalah selama 8 jam untuk sesi ini. Setelah tamat latihan KPP 02, calon akan diberikan borang belajar memandu (SM4). Langkah 7. Ujian QTI
Sebelum menjalani ujian praktikal bersama JPJ, calon – calon perlu menjalani ujian pra terlebih dahulu. Ia dijalankan oleh jurulatih bertauliah di institut memandu. Ini bagi memastikan supaya setiap calon yang akan menjalani ujian praktikal JPJ telah benar – benar bersedia. Bagi calon yang telah lulus di peringkat pra ini, mereka boleh membuat tempahan untuk ujian praktikal JPS pula. Langkah 8. Ujian Praktikal JPJ
Calon yang sudah bersedia untuk menjalani ujian praktikal JPJ akan dibenarkan menduduki ujian tertakluk kepada tarikh yang ditetapkan. Calon – calon yang telah lulus ujian ini boleh mendapatkan lesen memandu P sekurang – kurangnya dalam tempoh 3 hari. Bagi calon yang gagal ujian ini, mereka perlu mengulangi ujian praktikal ini semula.
Bagi calon yang ingin mendapatkan lesen memandu, anda perlu membuat kajian harga pasaran terlebih dahulu memandangkan institut memandu menawarkan kadar perkhidmatan yang berbeza – beza. Ini supaya anda tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk pakej perkhidmatan yang tidak diperlukan. 
Bagi yang ingin menyemak keputusan ujian memandu boleh semak  di https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-keputusan-ujian-memandu




Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/

Iklan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.addindeen.com/2019/09/harga-terkini-lesen-memandu-kereta-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berapa Harga Roadtax Kereta Dan Motosikal Di Malaysia Tahun 2019

Berapa Harga Roadtax Kereta Dan Motosikal Di Malaysia Tahun 2019

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 1129 hits
Berapa Harga Roadtax Kereta dan Motosikal di Malaysia Tahun 2019 Dahulu pilihan yang ada untuk memperbaharui cukai kereta atau cukai motor tidak banyak Samada boleh dilakukan di mana mana cawangan pejabat pos atau boleh ejen ejen yang dilan...
Semak Harga Halal Samyang Ramen Terkini

Semak Harga Halal Samyang Ramen Terkini

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 584 hits
Jom semak harga halal samyang ramen terkini Makanan kesukaan ramai genarasi muda terkini Remaja 90an cuma kenal meggi hihi Dengar kata beli dekat kedai online popular lebih murah Dan lepas itu munkin boleh main jual jual ramen dekat kawan k...
Survey Harga Terkini Dyson Vacuum

Survey Harga Terkini Dyson Vacuum

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 453 hits
Setakat catatan ini dibuat Hari hari iklan vacuum cleaners Dyson keluar dekat TV Kebetulan vacuum dekat rumah memang macam nak mintak baru Oleh kerana Hari hari dah kena sogok dengan dakyah iklan Dyson vacuum Fuh nampak memang smart doc vac...
Kereta Last Minit Tukar Lorong Dirempuh Penunggang Motosikal Sehingga Melambung

Kereta Last Minit Tukar Lorong Dirempuh Penunggang Motosikal Sehingga Melambung

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 339 hits
Seorang penunggang motosikal terlibat dalam kemalangan yang berlaku pada jam 6 41 petang semalam di Lebuhraya Sungai Besi Kejadian itu sempat dirakam dashcam kereta yang berada di belakang yang menunjukkan mangsa melambung selepas merempuh ...
Menhub Harap Harga Tiket Kereta Sedang Jakarta Surabaya Maksimal Rp 450 000

Menhub Harap Harga Tiket Kereta Sedang Jakarta Surabaya Maksimal Rp 450 000

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 258 hits
Menteri Perhubungan Budi Karya Sumadi mengatakan proyek kereta sedang Jakarta Surabaya ditargetkan rampung pada 2025 Menhub Budi dan pihak Jepang menyebutkan kemungkinan harga tiket akan berkisar Rp 400 000 sampai Rp 450 000 sekali jalan
Harga Terkini Kijang Emas Bullion Gold Bank Negara

Harga Terkini Kijang Emas Bullion Gold Bank Negara

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 445 hits
Ramai sebenarnya yang punyai disiplin yang bagus dalam menyimpan Antara yang menjadi simpanan terbaik adalah menyimpan emas Sebab tu masa saya kongsi sekeping Kijang Emas 1oz ramai yang Personal Message tanya Harga Terkini Kijang Emas Bulli...
Nak Bawa Kereta Sendiri Masuk Thailand Ini 3 Dokumen Penting Korang Perlu Ada

Nak Bawa Kereta Sendiri Masuk Thailand Ini 3 Dokumen Penting Korang Perlu Ada

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 498 hits
Melancong ke Thailand menjadi salah satu destinasi wajib para pelancong Ya kerana mempunyai pantai yang cantik malah mempunyai budaya dan peraturan berbeza daripada negera yang lain Jika anda baru pertama kali datang ke Thailand pasti peras...
Bahaya Jika Tinggalkan 7 Benda Ni Di Dalam Kereta Tak Sangka No 7 Tu Selalu Terjadi Setiap Tahun

Bahaya Jika Tinggalkan 7 Benda Ni Di Dalam Kereta Tak Sangka No 7 Tu Selalu Terjadi Setiap Tahun

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 545 hits
Bahaya jika tinggalkan 7 benda ni di dalam kereta tak sangka No 7 tu selalu terjadi setiap tahun Kereta ibarat rumah kedua kita bagi yang guna kereta setiap hari Segala benda kalau boleh nak biar je dalam kereta Biar senang dan tak terlupa ...
Akhir 2019 Kcic Optimistis Kereta Cepat Jakarta Bandung Sudah Setengah Selesai

Akhir 2019 Kcic Optimistis Kereta Cepat Jakarta Bandung Sudah Setengah Selesai

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 289 hits
Direktur Utama PT Kereta Cepat Indonesia China Chandra Dwiputra mengaku optimistis progres pengerjaan kereta cepat Jakarta Bandung hingga akhir 2019 bisa menyentuh 50 persen Mengingat sejauh ini progres pembangunan sudah mencapai sekitar 35...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Raised And Itchy

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Training Refresher Sistem 24 10 2024 29 10 2024

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Kru Voodoo Chord

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles

Sisters In Islam Denounce Cruel Public Caning At Mosque