Harga Tayar Rim 15 Inci
Nampaknya dah kena tukar tayar kereta Proton Persona 2009. Kereta Proton Persona menggunakan tayar 15 inci.
Sudah tentulah Master nak menggunakan tayar murah tetapi berkualiti di Malaysia ni.
Sebelum ni kami sudah menggunakan tayar Michelin, tayar Viking, dan tayar Continental sebagai tayar kereta kepada kereta Proton SAGA BLM dan Proton Persona.
Tayar Continental mungkin takkan kami pertimbangkan untuk digunakan lagi kali ini, begitu juga dengan tayar Michelin, kerana kedua-duanya cepat haus kerana materialnya lebih kepada keselesaan dan cengkaman jalan basah. Semakin lembut tayar kereta lebih bagus tayar mencengkam permukaan jalan.
Pak Lang Epul mencadangkan agar kami gunakan tayar Falken untuk menggantikan tayar Continental yang digunakan pada kereta Proton Persona kami sekarang.
Pak Lang kata saiz tayar untuk kereta Proton Persona Elegance mungkin tayar 195/55/R15 atau 195/60/R15.
195 tu lebar tayar.
55 atau 60 di tengah tu ialah profil tayar (lebih mudah disebut ketebalan dinding tayar), semakin tebal semakin selesa perjalanan, tapi orang kereta lumba suka tayar profil rendah iaitu di bawah 50 kerana semakin nipis tayar semakin tinggi prestasinya, cuma akan rasa macam naik kereta kuda lah (agaknya lah).
Untuk memudahkan kajian Tedi pada malam ini Tedi akan mencari senarai harga tayar paling murah dan paling mahal untuk dibandingkan dan menjadi panduan jika kami ke kedai tayar nanti.
Saiz Tayar Kereta 195/55/R15 MalaysiaBerikut adalah senarai harga tayar saiz 15 inci dengan profil 55. Susah nak jumpa tayar Falken. Murah pula tayar Continental berbading tayar Viking, tapi dah serik nak guna tayar kereta Continental
Tayar Bridgestone Ecopia EP300 - RM 136 hingga RM 220Tayar Continental ComfortContact CC6 - RM 149 hingga RM 220Tayar Continental UC6 - RM 196 hingga RM 240Tayar Falken ZIEX ZE914 ECORUN - RM 145 hingga RM 162 Tayar Michelin ENERGY XM2 - RM 218 hingga RM 320Tayar TOYO NanoEnergy 3 NE3 - RM 155 hingga RM 240.Tapi setelah Tedi menyelesaikan kajian harga tayar kereta 195/55/R15 ni barulah Master makumkan bahawa saiz tayar kereta Proton Persona Elegance transmisi manual kami menggunakan tayar kereta 195/60/R15
Harga tayar kereta 195/60/R15 sudah tentulah tidak sama dengan tayar kereta 195/55/R15, harganya sudah tentu lebih mahal
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://interpretzz.blogspot.com/2019/02/harga-tayar-rim-15-inci.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29