Harga Sayur Tempatan Meningkat 150 Peratus



(SH) : Harga sayur-sayuran tempatan mencatatkan kenaikan sehingga 150 peratus dalam tempoh dua minggu ini, memberikan kesan besar kepada peniaga dan pengguna di daerah ini.
Kenaikan harga itu melibatkan pelbagai jenis sayur berdaun dan berbuah, susulan kerosakan tanaman akibat banjir yang melanda baru-baru ini.
Tinjauan Sinar Harian di Pasar Besar Kuantan pada Rabu mendapati kebanyakan peniaga menjangka situasi ini akan berlarutan sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) sehingga penghujung Januari tahun depan.
Peniaga sayur, Yusaini Arif Abu Bakar, 54, berkata, kenaikan paling ketara adalah pada harga sayur berdaun seperti bayam, kangkung, sawi, kailan, dan daun sup.
“Bayam merah, kalau dulu dijual sekitar RM4 hingga RM5 sekilogram, tapi sekarang naik ke RM12, Kangkung pula daripada RM3 atau RM4, kini mencecah RM10 sekilogram.
“Sayur (jenis) berbuah pula seperti labu air, terung, peria, dan timun tua juga mengalami kenaikan sekitar 100 peratus,” katanya.
Yusaini yang berpengalaman hampir 32 tahun dalam perniagaan sayur memberitahu faktor utama kenaikan harga ini ialah kekurangan bekalan akibat kerosakan tanaman selepas banjir.
“Sebelum banjir, masih ada stok dari kebun, tapi banjir, banyak tanaman rosak dan bekalan berkurangan.
“Bila bekalan kurang, pembekal naikkan harga, jadi perkara biasa kami peniaga lalui setiap tahun, lebih-lebih lagi (dalam keadaan) cuaca tak menentu,” jelasnya.
Senada dengan itu, Tan Siew Kim, 60, turut mendakwa kenaikan harga barangan hasil tanaman di Cameron Highlands yang mungkin terjejas disebabkan MTL.
“Harga naik sejak dua minggu lepas dan akan kekal tinggi sehingga Januari. Barang kurang tapi harga naik.
“Namun, sayur import seperti kobis, bunga kubis, dan cili merah import masih stabil,” katanya yang sudah 45 tahun berniaga sayur-sayuran di bandar ini.
Siew Kim berkata, pelanggan berhak memilih untuk tidak membeli sayur, sekiranya berasa mahal.
“Ada yang tidak mahu beli, tapi itu semua ikut pelanggan. Namun kami sebagai perniaga keadaan (kenaikan harga) sukar dielakkan,” luahnya.
Bagi, pembekal sayur, A Francis, 55, memberitahu, kenaikan harga lebih tertumpu kepada sayur berdaun tempatan yang mudah rosak akibat hujan.
Jelasnya, bekalan sayur-sayuran sukar didapati dan terpaksa ke beberapa lokasi termasuk luar daripada Pahang.
“Kalau Kuantan kekurangan bekalan, kami terpaksa beli dari Kuala Lumpur. Begitulah sebaliknya (sukar dapatkan bekalan) pada musim ini (tengkujuh)” katanya.
Francis turut menjangkakan kenaikan harga ini akan berterusan sehingga Tahun Baharu Cina, sebagaimana yang lazim berlaku setiap tahun.
“Kita berharap cuaca kembali normal untuk menstabilkan bekalan dan harga serta situasi tidak berpanjangan agar pengguna tidak terus terbeban,” ujarnya lagi.
Namun, di sebalik kenaikan harga sayur-sayuran moden, sayur kampung seperti pucuk paku dan ulam-ulaman kekal pada harga biasa, kata penjual sayur kampung, Azizah Awang, 67.
“Harga sayur kampung tak berubah. Saya jual pucuk paku dan ulam-ulam serendah RM2 satu ikat.
“Alhamdulillah, sambutan tetap baik kerana sayur kampung tidak terjejas dengan musim hujan,” katanya yang sudah 20 tahun berniaga di pasar.
Sumber : Sinarharian
The post Harga sayur tempatan meningkat 150 peratus appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/12/20/harga-sayur-tempatan-meningkat-150-peratus/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Musim Hujan Harga Ikan Dan Sayur Naik

Musim Hujan Harga Ikan Dan Sayur Naik

papar berkaitan - pada 6/12/2024 - jumlah : 329 hits
AssalamualaikumHai Semua Alhamdulillah harini LM berkesempatan ke pasar untuk cari stok ayam dan ikan Musim hujan ni harga sayur naik stok susah dapat katanya Harga ikan pun nampak beza seringgit dua juga naik ya dari harga biasa LM ambil l...
Langkah Sederhana Bersihkan Pestisida Pada Buah Dan Sayur

Langkah Sederhana Bersihkan Pestisida Pada Buah Dan Sayur

papar berkaitan - pada 25/12/2024 - jumlah : 142 hits
image amritaretreat Untuk menjaga kualitas buah yang habis kita beli ada berbagai faktor yang perlu diperhatikan Mengonsumsi buah bersih yang bebas dari sisa pestisida tentu akan jauh lebih baik dari biasanya Racun pestisida yang banyak dig...
Resepi Tauhu Sayur Brokoli Goreng Sos Tiram

Resepi Tauhu Sayur Brokoli Goreng Sos Tiram

papar berkaitan - pada 18/12/2024 - jumlah : 119 hits
Assalamualaikum Semalam tengah duk belek2 hp dan scroll FB sebelum tido SA ternampak resepi ni haaa bagus ni simpan kat blog dulu sebelum cuba sebab nanti food court dah tutup 3 bulan kan so kena la pelbagaikan resepi untuk bawak bekal tany...
Resepi Sup Sayur Campur

Resepi Sup Sayur Campur

papar berkaitan - pada 15/12/2024 - jumlah : 210 hits
SUP ABCKalau anak anak tak sihat korang biasa masakkan apa akakadmin selalunya buat Sup Sayur Campur ni sebab dia ada macam macam tekstur dalam tu dari sayur sayur dan ayam Memang berselera they all makan Khasiat pun banyak senang nak bagi ...
Media Tempatan Sokong Perdana Menteri Cytro Pas Bersatu Pilih Serang Pm Sendiri

Media Tempatan Sokong Perdana Menteri Cytro Pas Bersatu Pilih Serang Pm Sendiri

papar berkaitan - pada 26/12/2024 - jumlah : 248 hits
Man TobaKenyataan kontroversi Teddy mengenai isu membabitkan Malaysia telah menerima kritikan hebat daripada majoriti portal media tempatan yang secara jelas menyokong Perdana Menteri Malaysia dalam mempertahankan kepentingan negara Namun b...
700 Juta Kawal Harga Barang Bantu Rakyat

700 Juta Kawal Harga Barang Bantu Rakyat

papar berkaitan - pada 6/12/2024 - jumlah : 164 hits
Sebanyak RM700 juta dikhususkan untuk memperbanyak saluran program kos sara hidup lain bagi mengawal harga barang termasuk melalui usaha sama dengan pengusaha pasar raya pasar borong kedai runcit pasar tani koperasi dan sebagainya Kerajaan ...
Gbp Usd 5 Disember Kenaikan Harga Didorong Oleh Semangat

Gbp Usd 5 Disember Kenaikan Harga Didorong Oleh Semangat

papar berkaitan - pada 6/12/2024 - jumlah : 237 hits
Pada carta setiap jam pasangan GBP USD kebanyakannya didagangkan dalam keadaan mendatar sepanjang hari Rabu Hari ini harga telah bergerak semula ke arah zon rintangan di antara 1 2709 1 2734 menandakan percubaan kedua dalam beberapa hari ke...
Sekarang Barangan Asas Tak Naik Dan Ada Peniaga Tak Mau Turunkan Harga Rasa Mahal Jangan Beli

Sekarang Barangan Asas Tak Naik Dan Ada Peniaga Tak Mau Turunkan Harga Rasa Mahal Jangan Beli

papar berkaitan - pada 8/12/2024 - jumlah : 148 hits
Pernah nampak posting macam ni Rasanya banyak kali lalu di kan Tapi kita tak nampak ianya salah Maka tak ramai ulas atau beri perhatian Sebenarnya posting ni Aku mula bekerja tahun 1998 Masa tu harga roti canai dalam 60 sen Gaji adalah RM90...
Harga Durian Muar 2025 Musim Kecil

Harga Durian Muar 2025 Musim Kecil

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 690 hits
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera Alhamdulillah dengan kurniaan rahmat Allah swt dipertemukan lagi kita dengan musim durian kecil penghujung tahun 2024 dan berlarutan hingga ke awal tahun 2024 Berikut kami akan senaraikan harga durian...
Kemalangan Ngeri Lelaki Maut Digilis Lori Dilanggar Beberapa Kenderaan Ketika Hujan Lebat

The Evolution Of The Internet From Arpanet To The Digital Age

Ura Pas Ancam Turun Ke Jalanan Anwar Ikrar Akan Lawan Dengan Himpunan Lebih Besar

Rompak Cari Duit Raya

Are Self Cleaning Fish Tanks Still Fiction Practical Fishkeeping

Menu Berbuka 14 Ramadan Sotong Goreng Kunyit Sayur Pak Choy Sos Tiram Sotong Goreng Tepung

Buffet Ramadan Dapo Mokcik Kopi Pokcik

Tyka Zatyka Cahaya Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pakaian Selam Tertua Yang Masih Wujud Di Dunia

Proton X90 Vs Chery Tiggo 8 Pro Suv 7 Seater Mana Lebih Berbaloi

Macau888 15 Slot168 Macau888 Top 95 By Claire Faro168 Co 28 25

Doe Suspends Yan Rice Mill Over Air Pollution

Focus On 10 Projects In Negeri Sembilan Pm Tells Economy Ministry

Over 1 000 Attend Iftar Event With Pm In Tampin