Harga Sawit Rendah Menteri Saran Pekebun Tanam Buluh


KUANTAN – Pekebun kecil dan syarikat perladangan di negara ini disaran mencuba menanam tanaman lain yang mempunyai prospek pasaran yang lebih baik bagi menggantikan kelapa sawit yang kini berhadapan dengan masalah ketidaktentuan harga berikutan tekanan di pasaran antarabangsa.
Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkata, masalah penurunan harga minyak sawit pada tahun lepas menyebabkan ramai pekebun kecil merasa kesannya dan hanya beberapa syarikat besar sahaja yang mampu meraih keuntungan hasil perdagangan komoditi itu.
Menurutnya, antara tanaman yang dilihat mempunyai permintaan yang tinggi termasuk kelapa, nanas, dan buluh.
“Ada syarikat yang telah mula beralih daripada tanaman kelapa sawit kepada kelapa, tetapi tidak banyak. Tanaman kelapa juga boleh mendatangkan keuntungan, malah saya difahamkan setiap tahun kita mengimport kelapa dalam jumlah yang banyak bagi menampung keperluan.
“Jadi ia merupakan sesuatu yang berbaloi untuk kita cuba, begitu juga tanaman lain seperti nenas dan pokok buluh seperti yang ditanam di Pos Lenjang, Cameron Highlands yang boleh digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis barangan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Projek The Valley@Bentong di sini, hari ini.
Majlis turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack, Pengerusi Bina Puri Holdings Bhd (Bina Puri), Tan Sri Ir Wong Foon Meng dan Pengarah Urusan Kumpulan Bina Puri, Tan Sri Tee Hock Seng.

Pada masa yang sama, kerajaan juga akan menghentikan sebarang pembukaan kawasan penanaman kelapa sawit yang baharu di negara ini dan ia akan dilakukan dengan kerjasama semua kerajaan negeri.
Sementara itu, dalam usaha untuk memberikan imej baharu kepada sektor perladangan kelapa sawit negara dan menawan semula pasaran global terutama Kesatuan Eropah (EU), syarikat-syarikat tempatan perlu memainkan peranan utama, katanya.
Antaranya termasuk mempergiatkan usaha penanaman semula dengan menanam lebih banyak pokok di kawasan yang diteroka selain menyumbang kepada pemuliharaan hidupan liar yang merupakan dua isu yang sering dibangkitkan di peringkat antarabangsa selama ini.
Dalam perkembangan lain, Teresa berkata, kementeriannya akan bekerjasama dengan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim bagi menghantar satu pasukan untuk mengadakan pertemuan bersama jawatankuasa EU bagi membincangkan isu pemboikotan minyak sawit oleh EU.
Jika perkara itu berterusan, beliau sendiri bersama pemimpin Indonesia akan berjumpa dengan ketua negara-negara Eropah untuk menyuarakan bantahan. – Bernama


Sumber: cempedakcheese.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/03/harga-sawit-rendah-menteri-saran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Perlu Beralih Tanam Buluh Lupakan Sawit Kata Menteri

Rakyat Perlu Beralih Tanam Buluh Lupakan Sawit Kata Menteri

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 622 hits
Rakyat negara ini disaran beralih kepada tanaman lain seperti buluh dan kelapa selaras dengan cadangan kerajaan menghentikan peluasan penanaman kelapa sawit di kawasan baharu di seluruh negara Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Sim berka...
Tanam Buluh Untuk Lawan Sentimen Anti Minyak Sawit Menteri

Tanam Buluh Untuk Lawan Sentimen Anti Minyak Sawit Menteri

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 941 hits
KUALA LUMPUR Buluh nanas dan kelapa adalah cadangan alternatif kepada pekebun kecil yang selama ini bergantung hanya kepada tanaman kelapa sawit sebagai sumber pendapatan dan bukannya sebagai pengganti Kenyataan saya hanya merujuk kepada be...
Lpp Sedia Bantu Pekebun Tanam Buluh Ganti Kelapa Sawit

Lpp Sedia Bantu Pekebun Tanam Buluh Ganti Kelapa Sawit

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 1218 hits
KUALA LUMPUR Lembaga Pertubuhan Peladang sedia memberikan kepakaran untuk tanaman alternatif kepada sawit terutama di kawasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan dan Felcra Berhad Pengerusinya Datuk Mazlan Aliman berkata Felda mempunyai riza...
Tanam Buluh Ganti Sawit Teresa Kok

Tanam Buluh Ganti Sawit Teresa Kok

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 766 hits
Tanam Buluh Ganti Sawit Teresa Kok Ikuti laporan penuh yang dipetik dari dan Bernama ini Tetapi jangan cepat melatah bukan buluh sahaja tetapi Teresa Kok menyaran penanaman kelapa dan nanas juga Pekebun kecil dan syarikat perladangan di neg...
Pekebun Kecil Perlu Cari Tanaman Alternatif Selain Sawit Menteri

Pekebun Kecil Perlu Cari Tanaman Alternatif Selain Sawit Menteri

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 508 hits
Pekebun kecil dan syarikat perladangan di negara ini disaran mencuba menanam tanaman lain yang mempunyai prospek pasaran yang lebih baik bagi menggantikan kelapa sawit yang kini berhadapan dengan masalah ketidaktentuan harga berikutan tekan...
Buluh Ganti Sawit Menteri Ada Kajian

Buluh Ganti Sawit Menteri Ada Kajian

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 490 hits
MALAYSIAKINI Menteri Industri Utama Teresa Kok perlu peka dengan keadaan sekeliling sebelum mencadangkan penanaman buluh sebagai pengganti sawit kata Pemuda Parti Ikatan Bangsa Malaysia Ketuanya Shahir Adnan berkata menukar tanaman bukan sa...
Lupakan Kelapa Sawit Tanam Buluh

Lupakan Kelapa Sawit Tanam Buluh

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 629 hits
Rakyat negara ini disaran beralih kepada tanaman lain seperti buluh dan kelapa selaras dengan cadangan kerajaan menghentikan peluasan penanaman kelapa sawit di kawasan baharu di seluruh negara Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Sim berka...
Menteri Rini Pastikan Keuangan Pertamina Tak Terganggu Penurunan Harga Avtur

Menteri Rini Pastikan Keuangan Pertamina Tak Terganggu Penurunan Harga Avtur

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 284 hits
Menteri Badan Usaha Milik Negara Rini Soemarno memastikan bahwa penurunan harga avtur ini tak langsung mengganggu bisnis Pertamina itu sendiri Sebab penurunan harga avtur juga dibarengi dengan efisiensi yang dilakukan perusahaan
Cari Alternatif Untuk Kelapa Sawit Kata Menteri

Cari Alternatif Untuk Kelapa Sawit Kata Menteri

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 331 hits
Cari alternatif untuk kelapa sawit kata menteri Dikemas kini 43 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 2 Mar 2019 6 19PM m
Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

15 Restoran Chinese Muslim Sekitar Kuala Lumpur Selangor

Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Family Staycation Indonesia Aktiviti Menarik Yang Korang Boleh Have Fun Kat Kawah Rengganis Ciwidey

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await

Adik Kawan Saya Meninggal Semalam Akibat Lecur Daripada Insiden Putra Heights

Rules And Strategies Of Different Casino Online


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sebab Utama Amerika Syarikat Kenakan Tarif Tinggi Ke Atas China

Stacy Kisah Dongeng Chord

Sumber Pendapatan Pelbagai Bersara Muda Dan Selesa

Maximising Visual Impact How Large Format Porcelain Enhances Spatial Perception

Putra Heights Fire Ministry Undertakes 3 Phases To Rebuild Affected Area

More Bullying Complaints At Mrsms Coming In Says Asyraf