Harga Rumah Pasti Turun


Henti Bantu Pemaju - BNM, pemaju didakwa punca
Unit kondominium dan apartmen berharga antara RM200,000 dan RM300,000 mendominasi senarai hartanah tidak terjual di negara ini, terutama disumbangkan oleh hartanah di Perak dan Kedah. Persoalannya, apakah yang menghalang kepada pemilikan rumah mampu milik itu? Wartawan Utusan Malaysia, bertanyakan perkara itu kepada Penganalisis Bebas, PROF. DR. HOO KE PING.


Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM), Southern Cross University di Australia dan American Liberty University, Amerika Syarikat dan terbaharu, Economic Institute Tsinghua University di Beijing.

Apakah punca sebenar masalah lambakan ­rumah?
Semuanya bermula dengan kecuaian Bank Negara Malaysia (BNM) yang tidak mengawal pinjaman sejak 2010 lagi apabila mengalami pelonggaran kuantitatif (QE) di peringkat global. Pada waktu itu, kadar faedah turun dan Skim Tanggungan Faedah Pemaju (DIBS) diberikan. BNM terus membenarkan institusi perbankan memberi pinjaman kepada pemaju yang terus membina rumah pada harga yang lebih tinggi sehingga mencecah RM800,000.

Masalahnya kini, bilangan peminjam tidak banyak tetapi jumlahnya tinggi. Pinjaman RM800,000 buat seorang pembeli misalnya boleh dipecahkan kepada empat peminjam bagi rumah berharga RM200,000. Tetapi, kebanyakan pinjaman bank telah dikuasai oleh rumah yang mahal menyebabkan tiada pinjaman buat pembeli rumah berharga RM200,000 hingga RM300,000.

Bagaimana dengan alasan harga tanah mahal?
Pemaju juga antara penyebab kepada lambakan hartanah. Alasan harga tanah mahal itu yang mereka berikan semua­nya bohong. Pemaju sebaliknya membuat rumah mahal dengan menambah ciri-ciri mewah untuk mencari keuntungan tinggi. Sehingga hari ini, rumah yang tidak terjual adalah rumah berharga RM300,000 ke bawah. Perbadanan PR1MA Malaysia pula tidak menyelesaikan masalah kerana rumah dibina di kawasan tidak bagus dan ­sukar untuk dijual.

Kalau kita bandingkan pada 2004 hingga 2007, contoh harga rumah di Sri Peta­ling bernilai RM110,000 bagi apartment 1,000 kaki persegi. Tetapi mengapa harga rumah di lokasi yang sama kini mencecah RM500,000? Ini memang salah pemaju, bank dan BNM. Harga tanah tidak naik 10 kali ganda tetapi harga unit rumah naik lapan kali ganda. Itu salah. Kalau naik pun, rumah mencecah RM200,000 masih baik lagi.

Adakah fenomena gelembung perumahan di Malaysia jalan terbaik?
Ya betul. Gelembung perumahan boleh membantu. Biar gelembung ini pecah dan harga akan turun mungkin sampai 50 peratus, jadi, ramai orang boleh beli rumah. Biarkan pemaju muflis, jangan beri muka pada mereka yang telah mengaut ­untung beratus juta.

Kalau ikut ekonomi kapitalisme, biar pasaran jatuh supaya harga rumah turun supaya pembeli dapat beli rumah. Ini apa yang saya maksudkan supaya kerajaan jangan campur tangan. Kerajaan perlu berhenti membantu pemaju. Pemaju kaya yang memandu kereta Rolls-Royce sibuk ­me­minta tolong kerajaan dan tindakan itu tidak berperikemanusiaan sama sekali.

Jadi, apakah langkah kerajaan sekarang membantu pembeli rumah tempatan?
Cadangan kerajaan Pakatan Harapan menganjurkan Kempen ­Pemilikan Rumah (HOC) khas bagi pembeli luar negara tidak membantu menyelesaikan masalah lambakan rumah. Apabila orang luar beli, harga rumah takkan turun dan ini bermakna lambakan kekal ada. Jadi, ini bermakna tiada harapan buat pembeli muda.

Kerajaan tidak seharus­nya campur tangan. Mengapa membantu orang luar untuk memiliki rumah sedangkan rakyat sendiri masih berdepan masalah untuk membeli rumah di Malaysia!

Apakah kesan lambakan rumah kepada ekonomi negara?
Dari segi ekonomi, segmen pembinaan tidak memberi sumbangan besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar kira-kira lima peratus berbanding bank yang menyumbang dengan ­lebih tinggi. Tetapi bank berdepan masalah untuk memberi pinjaman bagi perniagaan lain dan ini memberi impak negatif kepada ekonomi.

Dalam keadaan ekonomi kini, ada pembeli yang terpaksa reschedule, berbincang dengan bank untuk mengurangkan pembayaran. Ini akan bertambah teruk jika berlakunya ­kemelesetan ekonomi, pengangguran dan akhirnya me­ngakibatkan pembeli rumah tidak mampu untuk membayar pinjaman. Maka, situasi sete­rusnya adalah lelongan rumah. - www.utusan.com.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2019/09/harga-rumah-pasti-turun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Turunkan Harga Rumah Untuk Pembeli Asing Beri Mesej Salah

Turunkan Harga Rumah Untuk Pembeli Asing Beri Mesej Salah

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 353 hits
MALAYSIAKINI Langkah menurunkan harga lantai untuk pembeli hartanah asing akan menghantar isyarat yang salah kepada pemaju kata Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan Dalam satu kenyataan setiausaha agungnya Chang Kim Loong berkata cadangan yan...
Beli Rumah Flat 3 Bilik Dengan Harga Rm30 000

Beli Rumah Flat 3 Bilik Dengan Harga Rm30 000

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 1652 hits
Beli Rumah Flat 3 Bilik Dengan Harga RM30 000 Alhamdulillah Bulan Februari yang lepas saya belikan hero sulung saya rumah flat 3 bilik pada harga yang agak murah Harga asal rumah tersebut adalah RM50 000 Tetapi disebabkan dah lama tak terju...
Agar Harga Tiket Pesawat Turun Inilah Permintaan Menhub Budi Ke Maskapai Nasional

Agar Harga Tiket Pesawat Turun Inilah Permintaan Menhub Budi Ke Maskapai Nasional

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 254 hits
Menteri Perhubungan Budi Karya Sumadi mengharapkan maskapai maskapai dapat berdiskusi satu sama lain Hal ini perlu demi tercapainya harga tiket pesawat yang terjangkau Dia pun meminta semua pihak yang memiliki kepentingan dalam industri pen...
Harga Minyak Naik Atau Turun Untuk Minggu Ini

Harga Minyak Naik Atau Turun Untuk Minggu Ini

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 312 hits
Lama juga rasanya Ohmedia tak update pasal harga minyak ni dan bila terasa nak update ehh naik pulak dia Berdasarkan kemaskini terbaru harga runcit petrol untuk 12 tengah malam ni RON97 telah mengahadapi kenaikan sebanyak 3 sen iaitu daripa...
Petani Merugi Harga Ubi Bahan Baku Saus Turun Drastis

Petani Merugi Harga Ubi Bahan Baku Saus Turun Drastis

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 282 hits
Dengan harga jual di tingkat petani hanya di kisaran Rp1 000 per kilogram keuntungan yang diperoleh petani pemilik lahan menjadi amat tipis Biaya produksi untuk sekali penanaman meliputi biaya pupuk pembelian bibit dan yang terutama ongkos ...
Anda Confirm Rugi Beli Rumah Kalau Langgar Harga Ini

Anda Confirm Rugi Beli Rumah Kalau Langgar Harga Ini

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 266 hits
Artikel kali ni pendek sebab Tok betul betul nak korang hadamkan mesej yang Tok nak sampaikan ni Hari ni kita akan lihat data semua rumah yang tak terjual pada Q1 2019 dibandingkan dengan rumah yang betul betul terjual Nota editor Bagi mere...
Rumah Sewa Pelajar Malaysia Di Mesir Berkeladak Bangkai Kucing Pun Ada

Rumah Sewa Pelajar Malaysia Di Mesir Berkeladak Bangkai Kucing Pun Ada

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 460 hits
Rumah merupakan nbsp satu tempat berlindung yang sememangnya diperlukan oleh setiap individu Sudah semestinya kawasan rumah perlulah kemas dan selesa Namun begitu menerusi satu perkongsian daripada seorang pengguna Twitter yang tinggal di M...
Speku Rumah Tangga Lufya Akhirnya Terjawab Suami Dr Che Muhammad Hafiz Sah Jatuh T4lak Pada Lufya Omar

Speku Rumah Tangga Lufya Akhirnya Terjawab Suami Dr Che Muhammad Hafiz Sah Jatuh T4lak Pada Lufya Omar

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 1001 hits
Suami kepada penyanyi dan pelakon Lufya Omar Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum 29 mengesahkan dirinya sudah menjatuhkan talakk kepada isterinya itu minggu lalu Speku Rumah Tangga Lufya Akhirnya Terjawab suami Dr Che Muhammad Hafiz sah jatuh...
Diajak Nikah Dan Diiming Imingi Uang Hingga Rumah Begini Balasan Menohok Dinar Candy

Diajak Nikah Dan Diiming Imingi Uang Hingga Rumah Begini Balasan Menohok Dinar Candy

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 239 hits
Dinar Candy merupakan salah satu DJ yang cukup dikenal di tanah air Dinar Candy dikenal dengan penampilannya yang seksi
Investigation Reveals Millions Of Ringgit Transferred Into Najib S Account Testifies Former Io

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

Kuih Raya Homemade By Nieyl

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Raya Aidilfitri 2025

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter

Anggota Polis Parah Tertembak Diri Sendiri