Harga Ikan Tertentu Naik 10 Peratus Telur Kekal


Muhammad Azizul Osman
Pengunjung membeli ikan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL 
KUALA LUMPUR – Harga ikan tertentu seperti ikan tongkol, ikan bawal dan lain-lain didapati naik antara 5 hingga 10 peratus, hari ini.

Hasil tinjauan MalaysiaGazette di Pasar Besar Chow Kit mendapati harga ikan tongkol hitam naik sebanyak 10 peratus berbanding minggu lalu.
Peniaga Ikan, Harry Musa bercakap mengenai harga ikan ketikatinjauan di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL Menurut peniaga, kenaikan itu disebabkan oleh bekalan ikan tersebut yang berkurangan disebabkan cuaca tidak menentu kebelakangan ini.

“Harga seperti biasa sahaja kami jual minggu ini. Tapi ada beberapa ikan yang naik harga. Contoh ikan tongkol hitam, naik dari RM9 kepada RM10 sekilogram.

“Naik 10 peratus sahaja. Tidak banyak mungkin sebab belkalan kurang,” kata peniaga ikan, Harry Musa hari ini.
Peniaga Ikan, Harris Basir bercakap mengenai harga ikan ketika tinjauan di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL,“Harga ikan pada paras biasa sahaja. Ada juga yang naik tapi tidak ketara sangat disebabkan oleh bekalan ikan yang berkurangan ekoran ribut Pabuk.

“Kenaikan  sekilogram tidak banyak. Bergantung juga kepada bekalan ikan,” demikan kata seorang lagi peniaga ikan, Harris Basir.

Bagaimanapun, menurut Tuah Yahya, biarpun bekalan beberapa ikan berkurangan namun peniaga tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga.

“Kami jual dengan harga biasa seperti minggu lepas. Tapi stok ikan berkurangan sedikit disebabkan kejadian ribut di Pantai Timur. Kami tidak naikkan harga,” katanya.

Hasil tinjauan tersebut, MalaysiaGazette mendapati harga ikan sardin dijual pada harga RM8 sekilogram, ikan kembung RM12 sekilogram, dan ikan kerisi RM12 sekilogram.
Pembeli ikan, Hamzah Saadun bercakap mengenai harga ikan ketika tinjauan di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZILPengguna yang ditemui rata-rata tidak merungut dengan harga yang ditawarkan.

Menurut mereka, margin kenaikan harga ikan di pasar ini tidak terlibat tinggi juga dibandingkan dengan kawasan lain.

“Saya dapati ada harga yang berbeza dengan minggu lepas, terutamanya hujung minggu. Beza besar jugak. Kalau tengok ikan tongkol boleh dapat RM8 sekilogram, hari ini dah RM10 sekilogram.

“Tapi di Chow Kit ini harga boleh dikatakan berpatutan. Macam saya yang beli dalam kuantiti kecil tidak terkesan sangat, kalau peniaga tu besar jugalah kesannya,” kata Hamzah Saadun.
Pembeli ikan, Supiah Sulaiman bercakap mengenai harga ikan ketika tinjauan di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZILMenurut Supiah Sulaiman, 60, harga ikan yang dibelinya minggu lalu tidak berubah cuma bekalan ikan segar di pasar itu berkurangan berbanding minggu lalu.

“Minggu lepas, ikan sardin pun RM8 sekilogram, tapi ada beberapa ikan yang naik saya nampak. Saya harap LKIM dapat pastikan bekalan cukup supaya harga tidak naik,” katanya.
Peniaga menyusun telur untuk dijual kepada orang ramai ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZILDalam pada itu, tinjauan juga mendapati harga telur yang dijual di kawasan itu tidak naik.

Menurut Marcus Low, 35 harga telur yang dijual beliau hari ini tidak naik dan masih dijual pada harga 43 sen sebiji bagi telur gred A.

“Harga telur tidak berubah hari ini, kita jual seperti biasa juga. Bagi saiz A, cuma 43 sen sebiji.
“Kita tidak boleh naikkan harga sebab kerajaan telah tetapkan turun 2 sen sebiji kan. Kita kena ikut,” katanya.
Peniaga Telur, Ng Tgong Sun bercakap mengenai harga ikan ketika tinjauan di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZILNada sama turut disuarakan peniaga telur selama 20 tahun di Pasar Chow Kit, Ng Thong Sun, 62.
Menurut beliau, harga telur bagi gred A masih dijual pada harga RM12 bagi 30 biji.

“Tidak boleh naik harga sebab kerajaan sudah turunkan 2 sen,” ujar beliau kepada MalaysiaGazette.

Awal hari ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang membuat tinjauan di Pasar Datuk Keramat berkata, hasil tinjauannya menunjukkan harga telur tidak turun.

Malah, menurut beliau, para peniaga telah memberitahunya, harga telur bukan sahaja tidak turun malah naik. -MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/harga-ikan-tertentu-naik-10-peratus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Kata Harga Tak Naik Harga Ikan Kembong Rm20 Berbanding Biasa Rm14 Sekilogram

Ph Kata Harga Tak Naik Harga Ikan Kembong Rm20 Berbanding Biasa Rm14 Sekilogram

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 314 hits
Minggu lepas kerajaan PH jamin harga ikan dan makanan laut tidak akan naik Fuh Satu jaminan yang sangat berani Tapi apa yang saya baca dari laporan media selepas jaminan diberi ialah harga ikan terus naikEmpat hari dahulu dilaporkan pula ik...
Harga Tiket Zoo Panda Dah Naik Dan Teruja Tengok Panda

Harga Tiket Zoo Panda Dah Naik Dan Teruja Tengok Panda

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 671 hits
Dah lama tak pergi zoo negara last pergi pun masa time belajar kat universiti itu pun atas assignment subjek kena jadi sukarelawan kat Zoo Negara Jadi adalah pengalaman sikit bersihkan kandang haiwan kat sana lagi lagi najis haiwan Macam sa...
Kekanda Jangan Naik Harga Giliran Domino S Pula Berbahasa Klasik

Kekanda Jangan Naik Harga Giliran Domino S Pula Berbahasa Klasik

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 386 hits
Kekanda Jangan Naik Harga Giliran Domino s Pula Berbahasa Klasik Apabila tularnya sesuatu isu atau frasa ramai yang akan mula mengambil kesempatan populariti tersebut Tiada yang salah kerana ia merupakan satu bentuk pemasaran yang berkesan ...
Set Ayam Kfc Naik Harga

Set Ayam Kfc Naik Harga

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 1576 hits
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri akan melakukan pemeriksaan selepas tular di laman laman sosial rungutan pengguna berikutan kenaikan mendadak harga hidangan berasaskan ayam di restoran Kentucky Fried Chicke...
Harga Menu Kfc Naik Kerana Kos Pengeluaran Meningkat Menteri Kpdnhep

Harga Menu Kfc Naik Kerana Kos Pengeluaran Meningkat Menteri Kpdnhep

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 524 hits
Harga menu KFC naik kerana kos pengeluaran meningkat Menteri KPDNHEPKos pengeluaran meningkat menjadi punca harga menu di restoran makanan segera Kentucky Friend Chicken dinaikkan demikian kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal...
Menteri Mungkin Dapat Ilham Dari Langit Sebelum Umum Harga Telur Turun 2 Sen

Menteri Mungkin Dapat Ilham Dari Langit Sebelum Umum Harga Telur Turun 2 Sen

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 477 hits
6 Januari 2019Pukul 8 pagi ini saya berkunjung ke Pasar Datuk Keramat untuk bertemu serta bersarapan dengan beberapa peniaga dan penduduk di sana Ini papan harga telur di pasar pagi tadi Menteri kata harga telur turun tapi penjual kata naik...
Najib Kata Gara Gara Sst Kfc Naik Harga Namun Kfc Kata Kenaikan Harga Tiada Kaitan Dengan Sst

Najib Kata Gara Gara Sst Kfc Naik Harga Namun Kfc Kata Kenaikan Harga Tiada Kaitan Dengan Sst

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 455 hits
Semalam bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan penjelasan KFC mengenai kenaikan harga produk makanannya adalah contoh bagaimana cukai jualan dan perkhidmatan tidak telus berbanding cukai barangan dan perkhidmatan yang dila...
Kfc Naik Harga Contoh Mengapa Cukai Sst Tidak Telus

Kfc Naik Harga Contoh Mengapa Cukai Sst Tidak Telus

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 487 hits
Penjelasan pihak KFC semalam bahawa kenaikan harga jualan mereka ialah akibat memasukkan cukai SST merupakan satu contoh mengapa SST tidak telus Rakyat semakin sedar mereka masih dicukai di bawah SST walaupun resit tidak lagi menunjukkan cu...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Bab 4 April 2025

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Timbalan Presiden Pas Pn Dijangka Rombak Struktur Kepimpinan

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia

Dah Makan Tengahari Apa Menu Hari Ini Jom Resepi Lala A K A Retak Seribu

Chemical Peel Treatment In Malaysia Restore Your Skin S Natural Glow

Harga Langganan Playstation Plus Naik Di 15 Negara